Dato' Seri Idris Jusoh : Permata Dari Pantai Timur

Dato' Seri Idris Jusoh bersama dengan penduduk di Besut, Terengganu.

Dato' Seri Idris bin Jusoh merupakan Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) bermula dari 16 Mei 2013. Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Besar Terengganu(2004-2008). Beliau memegang jawatan itu sejak Mac 2004 selepas Barisan Nasional berjaya menguasai semula DUN Terengganu dengan membawa Gelombang Biru dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN Terengganu di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihanraya umum tersebut dengan majoriti 2 per 3, ketika BN di negeri-negeri lain mengalami tsunami politik. Walaupun dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menyandang Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, cadangan tersebut tidak diperkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) ketika itu. Beliau kemudian dilantik untuk memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari Julai 2008 sehingga Mac 2013.

Keluarga

Foto Dato' Seri Idris Jusoh.

Berkahwin dengan Che Kamariah Binti Zakaria yang berasal dari Melor, Kelantan. Mempunyai 5 orang anak. Isteri beliau aktif sebagai seorang Pendidik yang memberi pengajaran secara percuma dalam pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah-sekolah kawasan Terengganu, juga menjadi pendidik di Pusat Minda Jerteh, dan juga mengajar anak-anak kecil untuk pelajaran bahasa Inggeris secara percuma di masjid sekitar Besut. Hasil didikan Idris dan isterinya, 3 orang anaknya telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran (Al-Hafiz) dan juga berjaya dalam bidang akademik.

Keturunan Ulama'

Datuk kepada Idris Jusoh yang dipangil Tuan Guru Abdul Hamid bin Fadhlullah al-Basuti al-Falimbani merupakan Ulama' Islam yang terkenal suatu ketika dahulu yang sentiasa didampingi kerabat raja,rakyat biasa di Besut mahupun dari luar kawasan suatu ketika dahulu. Yang dimaksudkan dengan ‘al-Basuti’ ialah Besut di Terengganu.

Program Ulul Albab

Ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dari 2004- Mac 2008, beliau memperkenalkan slogan Terengganu Bumi Ulul Albab. Kemudian di daerah beliau juga, diperkenal Besut Bumi Ulul Albab sehingga kini.

Ciri-ciri Ulul Albab

Perbincangan mengenai Ulul al Bab dan definisinya tidak terhad kepada penyenaraian ayat - ayat suci Al Qur’an. Walaupun terdapat sifat - sifat umum yang disebut dalam Al Qur’an yang melayakkan seseorang itu diberi gelaran Ulul al Bab, cabaran yang lebih besar ialah menyenaraikan ciri - ciri yang lebih khusus.

Dato Seri Idris Jusoh telah mengambil inisiatif menyenaraikan 3 ciri golongan Ulul al Bab ini sebagai mereka yang:

Qur’anik
Ensiklopedik
Ijtihadik


CIRI 1 : Qur’anik diertikan sebagai mereka yang bukan sahaja khatam hafazan (menghafal 30 Juzuk Al-Quran), tetapi juga mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang ilmu Al Qur’an seperti ketertiban bacaan, lagu dan mengamalkan ajaran Al Qur’an itu sendiri.

CIRI 2 : Ensiklopedik dimaksudkan dengan keupayaan untuk menguasai pelbagai cabang ilmu (multi - discipline) dan pelbagai bahasa (multi lingual).

CIRI 3 : Ijtihadik Memberi erti bahawa seseorang itu haruslah mempunyai keupayaan untuk memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah umat. Haruslah memiliki sifat-sifat kreatif dan inovatif, pemikiran strategik, pemikiran lateral dan sebagainya.

Beberapa negeri di Malaysia telah menggunakan konsep Ulul Albab ini seperti di Melaka, Pulau Pinang, dan Kedah. Dato' Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah mengakui konsep ini berjaya dan beliau sendiri praktikkan di Kedah (Parlimen Jerlun) dan keputusan akademik pelajar di sana meningkat.
Sekolah IMTIAZ, MRSM Ulul Albab, Pintar Quran

Menyedari pentingnya pembelajaran Agama Islam iaitu dengan menghafaz dan memahami Al-Quran, Hadith, dan mengamalkan cara Sunnah Wal Jamaah,Idris jusoh telah mengasaskan sekolah IMTIAZ iaitu sekolah yang menekankan pelajar cemerlang akademik dan disamping itu menghafal Al-Quran.Atas inisiatif beliau kini sekolah IMTIAZ telah menjadi antara sekolah terkemuka di Terengganu dan di negeri negeri lain.

Beliau juga telah memperkenalkan kelas Pintar Quran di Terengganu sekitar tahun 90 an. Di mana,pelajar-pelajar dari umur 4 hingga 12 tahun diberi pelajaran dari Iqra' sehingga dapat membaca Al-quran di sekitar pondok-pondok Pintar Quran yang terletak di Terengganu.

Selepas memegang jawatan sebagai Pengerusi MARA pada 2008,Idris Jusoh memperkenalkan MRSM Ulul Albab, di mana pelajar-pelajar Islam khususnya akan diberi pendidikan yang mengutamakan pelajaran wajib dan menghafaz Al-Quran. MRSM Ulul Albab kini sudah diperkenalkan di beberapa MRSM di Malaysia seperti di MRSM Ulul Albab Kota Putera,Besut,MRSM Ulul Albab Gemencheh (Negeri Sembilan), MRSM Ulul Albab Kepala Batas (Pulau Pinang).

Tabung Warisan MARA

Tabung yang diwujudkan untuk mengumpul dan mentadbir dana yang akan diwaqafkan sebanyak 50% dan 50% lagi digunakan untuk keperluan pendidikan anak-anak Melayu dan Bumiputera generasi akan datang. Merupakan inisiatif MARA di bawah kepimpinan beliau bagi menjaga keperluan Melayu dan Bumiputera seluruhnya, ditubuhkan pada bulan Mei 2012.

Sejarah dan sumbangan Idris Jusoh dalam membangunkan kembali UMNO dan BN di negeri Terengganu

Pada tahun 1999,iaitu pilihan raya ke 10,BN Terengganu jatuh di tangan pembangkang, iaitu PAS. Kekuatan pembangkang ketika itu terletak pada krisis Anwar Ibrahim dan tampuk pimpinan yang lama dipegang bekas Menteri Besar Terengganu ketika itu yang melebihi 20 tahun.Idris pada mulanya ingin menyambung pelajaran ke peringkat P.hD(Doktor Falsafah). Atas permintaan pimpinan UMNO pusat,negeri dan semangat beliau, Idris Jusoh lantas menyahut cabaran untuk memimpin Terengganu ketika itu, mengisi jawatan Timbalan Pengerusi Pehubungan UMNO Terengganu di belakang pimpinan Abdullah Badawi bagi misi mendapatkan kembali Terengganu untuk BN. Idris antara yang telah memberi inspirasi Gelombang Biru di Terengganu. Sepanjang kepimpinan Menteri Besar(Tuan Guru Haji Hadi Awang),Idris Jusoh telah menyaman Haji Hadi kerana dikatakan memfitnah beliau berkenaan projek-projek di Terengganu yang berkait dengan beliau dan beberapa wakil UMNO yang lain ketika Haji Hadi berkuasa memegang jawatan MB Terengganu.Berkat kesabaran dan kegigihan beliau,pada pilihan raya Umum ke-11(2004),BN Terengganu di bawah kepimpinan Idris Jusoh berjaya mendapatkan kembali Terengganu dari pembangkang dengan majoriti yang sangat besar iaitu 28 BN dan hanya 4 kerusi untuk PAS. Di bawah kepimpinan Idris Jusoh juga menyaksikan Hadi Awang tewas di Parlimen Marang pada pilihanraya 2004, dikalahkan oleh calon BN Abdul Rahman Bakar yang turut digelar "Giant Killer".Personaliti Idris Jusoh yang disenangi semua kaum, tidak kira bangsa atau agama, menyebabkan rakyat Terengganu ketika itu beralih memilih BN. Beliau juga ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu (2004),dan merupakan Menteri Besar pertama dari daerah Besut. Pada pilihan raya umum Terengganu ke-12 juga,BN di bawah kepimpinan beliau sekali lagi mengekalkan Terengganu di bawah Barisan Nasional dengan Majoriti 2 per 3.

Pembangunan Terengganu dari 2004-2008 oleh Idris Jusoh diiktiraf Pembangkang & Penganalisis Politik

Kenyataan Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat,“Masa kepimpinan Idris dahulu memang bagus, Terengganu membangun".

Naib Presiden Pas,Husam Musa ketika kempen Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, melalui satu portal berita berkata,"Idris semasa menjadi Menteri Besar ada program pembangunan untuk Terengganu,”.


Krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu

Rencana utama: Politik Terengganu 2008-2009

Berikutan pilihan raya umum Malaysia 2008, BN telah berjaya memenangi pilihan raya negeri Terengganu dengan memenangi 24 dari 32 kerusi yang dipertandingkan, denganPAS memenangi baki 8 kerusi. Ia merupakan pencapaian yang terbaik bagi negeri Terengganu di saat negeri-negeri lain jatuh di tangan pembangkang yang dikatakan tsunami politik. Satu krisis telah meletus apabila Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tidak memperkenankan untuk melantik semula Idris sebagai Menteri Besar. Dato' SeriAbdullah Ahmad Badawi mempertikai hak Sultan melantik Menteri Besar, dengan berkata bahawa perlantikan Ahmad Said "tidak mengikut perlembagaan".

22 ADUN BN negeri yang lain juga berikrar menyatakan sokongannya terhadap perlantikan Idris Jusoh, merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.

Walaupun tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar,Semangat Beliau tetap gigih untuk membangunkan Umat Islam itu sendiri. Dengan memperkenalkan Sekolah IMTIAZ, MRSM Ulul Albab, Pintar Quran,dan pelbagai inisiatif lagi, telah menunjukkan beliau bukan seorang yang cepat berputus asa.

Jawatan dalam Kerajaan Malaysia

Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA) - (1991-1993)

Ahli Parlimen Besut ( 1995 -1999)(2013- sekarang)

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (1995 -1999)

Ahli Dewan Undangan Negeri, Jertih (2004 - 2013)

Menteri Besar Terengganu (2004 - 2008)

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) - ( 2008 - 2013)

Menteri Pendidikan ke-II Malaysia (2013 - kini)