KONSEP KESEDERHANAAN MENURUT PANDANGAN ISLAM



Muqaddimah

Bab I: Mengapa timbul konsep fifty-fifty?

Bab 2: Apa itu kesederhanaan

Bab 3: Kesederhanaan yang Lumrah

Bab 4: Besarnya Akhirat, kecilnya dunia

Bab 5: Contoh kehidupan yang mengutamakan Akhirat

Bab 6 :Rahsia terbangunnya tamadun ummah

Bab 7: Penutup


PRAKATA


DENGAN tiba-tiba saja, saya terfikir dan terasa penting untuk menjelaskan tentang konsep kesederhanaan menurut pandangan Islam, sekaligus menjawab masalah konsep fifty-fifty. Mungkin kerana waktu ini ramai lagi umat Islam, khususnya rakyat Malaysia yang tercinta, masih terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang mengatakan 50% untuk dunia dan 50% lagi untuk Akhirat. Sedangkan dakyah inilah yang telah memesongkan umat Islam dari landasan hidup yang sebenar. Yang kemudiannya mencampakkan kita semua, umat Islam ke dalam lembah kemunduran, kemiskinan, kejahilan, kekotoran, kebekuan, kehinaan, hidup berkasta-kasta, kebinasaan dan 1001 macam penyakit dan permasalahan lagi. Yang kerana itu memberi kesempatan kepada bangsa lain untuk bangun menguasai dunia, mengkotak- katikkan ia semahu-mahunya, sehingga dunia sudah jadi begitu kotor dan hancur, untuk sekian lamanya.

Umat Islam sudah terlalu lama dibohongi, ditipu, dipermain-mainkan dan dihina-hina. Dan selama itulah pula Yahudi dan nasrani bergelak ketawa sepuas-puasnya. Mereka gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam. Lihat satu contoh kecil bagaimana kita diperbodohkan sekian lama. Yakni dalam soal pakaian. Sebenamya musuh-musuh ALLAH itu tahu peri bagusnya pakaian. cara Islam yang menutup aurat itu diamalkan. Sebab berpakaian menutup aurat itulah satusatunya cara untuk menyelamatkan mata lelaki dari terpesona dan tergoda dengan perempuan. Tetapi oleh kerana mereka terlalu benci dengan Islam, maka mereka benci dan dengki juga dengan pakaian umat Islam. Maka mereka pun memburuk-burukkan dan berusaha menghalang umat Islam dari memakainya. Dikatakannya pakaian itu ketinggalan zaman, menyusahkan pergerakan, panas, rimas, hodoh dan melampau. Padahal pakaian merekalah yang ketinggalan zaman, menyusahkan orang lelaki, hodoh dan melampau. Pakaian mereka tidak ada tujuan dan matlamat yang baik. Tetapi dik umat Islam termasuk para ulama termakan dakyah mereka, akibat tidak ada pegangan atau prinsip yang kukuh terhadap maha benarnya ajaran Islam yang dianutinya maka dapatlah diperbodohkan oleh orang-orang bodoh Akhirat itu.

Bukan sahaja dalam soal pakaian, bahkan dalam setiap aspek hidup sama ada kecil mahupun besar, umat Islam sudah ditipu atau dipesongkan dari ajaran Islam. Yang mana pada dasamya, segala bidang hidup yang penting telah dipisahkan dari Akhirat. Dalam ha1 pendidikan, pelajaran, akhlak, ibadah, aqidah, syariat, ekonomi, politik, sosial, perubatan, perhubungan, ketenteraan dan serba-serbinya semuanya dihalakan kepada dunia. Akhirat seolah-olah tidak wujud. Atau kalaupun ada, kecil sekali. Yakni diperingati dalam waktu-waktu yang singkat di upacara-upacara kecil di masjid, di hari kematian dan di majlis-majlis khusus yang ada hubungan dengan agama. Akhirat betul-betul disisihkan dari hidup umat; dari fikiran dan hati mereka. Siapa selalu sebut Akhirat akan jadi kolot, jumud dan anti pembangunan, katanya. Lalu umat Islam dilalaikan selalai-lalainya dengan dunia. Tuhan dan Akhirat sekali-sekala sahaja datang dalam hidup atau dalam ingatan mereka.

Ingatan-ingatan dari ALLAH dan Rasul tentang besamya Akhirat diputar-belitkan dan diselewengkan dari maksud asal. Bahkan sesiapa yang serius dengan Akhirat dikatakan golongan frust dan tinggal dunia. Dan dikatakan tidak maju dan anti establishment. Dunia yang menipu dibesar besarkan hingga kelihatan begitu indah dan menakjubkan. Hingga umat Islam memuja dunia bagaikan kelkatu mengerumuni lampu.

Penyakit makan gaji sudah jadi hidup mati umat Islam, yang begitu diperjuangkan; guna menampuk-nampuk dunia untuk diri sendiri, bukan untuk masyarakat atau kemajuan umat. Lalu merangkaklah kita menuju ke pintu neraka dunia yang haru-biru itu. Di Akhirat akan terjun ke kawah api Neraka yang maha dahsyat. Wal'iyazubillah

Sepatutnya umat Islam ini terbentuk oleh pendidikan Rasulullah SAW. Yakni hidup dan mati mereka diuntukkan kepada ALLAH. Matlamat mereka ialah Akhirat, bukannya dunia. Mereka zuhud untuk diri kerana memberi kekayaan kepada Islam dan masyarakat Islam. Mereka takut untuk kaya di dunia kerana bimbangkan Hari Hisab yang maha dahsyat itu. Mereka benar-benar bersedia untuk mati, kerana mati adalah kemuncak kehidupan. Yakni saat penentu bahagia atau derita hakiki yang bakal ditempuh. 

Umat Islam sepatutnya jadi abid perindu ALLAH dan mengenangi-Nya di malam hari, dan menjadi pejuang- pejuang yang handal dan gigih di waktu siang. Supaya dengan itu mereka dapat mengambil kembali dunia ini, yang sudah lama dirampas oleh Yahudi dan nasrani dari tangan umat Islam; untuk faedah umat Islam selumhnya, bukan untuk individu. Kerana itu Akhirat mesti di hati. Dunia cuma di tangan. Bukannya dunia di hati, akhirat di tangan. 

Buku ini ingin mengembalikan umat Islam ke tempat asal mereka. Supaya mereka benar-benar layak untuk dipanggil Islam. Dan supaya kehebatan umat Islam yang pemah menguasai dunia selama 700 tahun dahulu itu berulang kembali di abad ke-15 Hijrah ini. 

Hanya ALLAH yang mampu melakukannya. Sebab itu doa-doalah kita agar usaha kecil ini diberkati dan dibantu ALLAH dalam mencapai matlamatnya. Pahala dari usaha kecil ini kiranya ada wahai Tuhan, hendak kuhadiahkan kepada guru agungku, iaitu kedua-dua Sayidina Muhammad bin Abdullah Rasulullah SAW dan Imamul Mahdi Al Muntadzar. Juga pada kesemua guruku dan pada ayah dan ibuku. 

Amin ya ALLAH. Hamba yang hakir wal fakir,




Muqaddimah

 

Berdasarkan firman-firman ALLAH itu, fahamlah kita bahawa Islam mahu kita utamakan Akhirat. Sebab Akhirat jauh lebih baik, lebih hebat dan lebih dahsyat daripada dunia. Kita patut cinta dan rindu pada nikmat Akhirat. Dan kita patut bimbang, cemas dan gerun dengan azab di Akhirat. Sebab kedua-duanya itu sangat jauh tingginya daripada nikmat dunia yang kita ingini dan azab dunia yang kita takuti itu.

adalah patut sekali. Macamlah orang yang ke luar negeri atau orang yang meninggalkan kampung halaman kerana masuk universiti. Semasa belajar, dia tidak boleh main-main atau buat kerja lain. 

Kalau mahu hasil yang besar, kena belajar sungguh-sungguh selama empat atau tujuh tahun itu. Salahlah bagi seseorang yang berfikir, universiti tempat rehat-rehat, enjoy atau tempat lakukan lain-lain kerja. Nanti bila tamat tempoh pengajian dia akan kecundang. Demikianlah sebenarnya tujuan manusia datang ke dunia iaitu untuk berpeluang merebut Syurga di Akhirat dan peluang untuk menyelamatkan diri daripada api Neraka di Akhirat. 

Tetapi kiranya ada orang berkata, jangan fikir Akhirat, kerana dunia sudah cukup, dia akan jadi papa-kedana di Akhirat nanti. Begitu juga orang yang berkata, dunia mahu, Akhirat pun mahu 

Lalu dia membezakan urusan untuk dunia dan urusan untuk Akhirat. Bahkan lebih banyak melakukan perkara- perkara haram, nasibnya tidak akan terjamin nanti. Akan jadi pengemis dan hina-dina di Akhirat. Hanya orang yang gunakan dunia seluruhnya untuk merebut Akhirat yang akan mendapat hasil yang gilang-gemilang di Akhirat.


Terjemahannya: bekerjalah untuk duniamu seolaholah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk Akhirafmu seolah-olah kamu akan mati esok hari. (Riwayat lbnu Asakir)


Bukankah semua ayat Quran dan Hadis di atas menyuruh kita bekerja untuk dunia di samping bekerja juga untuk Akhirat. Maka kerana itulah banyak ulama yang cinta dunia mentafsirkan supaya amalkan konsep 50-50 (fifty-fifty). Buat 50% untuk dunia, 50% lagi untuk Akhirat. Di sinilah punca terjadinya salah faham tersebut.

Pada saya, bukan begitu maksud ALLAH dan Rasul dengan ayat-ayat di atas. Semuanya mempunyai maksud yang tersirat, maksud yang tersembunyi, dengan ukuran neraca dan penilaian yang tersendiri. Yang disuratkan, semuanya berlaku dalam realiti kehidupan Rasulullah SAW dan sekalian salafussoleh. Kita mesti menjadikan sifat kehidupan mereka itu sebagai kehidupan contoh yang melaksanakan seluruh tuntut‘ln Al Quran dan Hadis. Bagaimana Rasulullah SAW dan para Sahabat berbuat untuk dunia dan untuk Akhirat, maka begitulah maksud ayat-ayat Quran dan Hadis di atas.

Perbuatan dan sikap mereka itu adalah maksud tafsiran Al Quran dan Hadis. Dunia benar-benar dikorbankan untuk Akhirat oleh Rasulullah SAW.

Bukannya dunia dipisahkan dari Akhirat. Dan bukan berusaha untuk dunia 50% dan 50% untuk Akhirat. Adapun maksud Rasulullah menyuruh kita bersederhana itu ialah supaya kita tidak samakan urusan dunia dengan Akhirat. Untuk dunia biar padan dengan umur dunia yang tidak kekal. Dan untuk Akhirat biar sepadan pula dengan umur Akhirat yang kekal itu. Jangan disamakan. Macamlah kita hendak buat dua kerja; yang satu kecil dan yang satu lagi besar. Mana boleh memberi tenaga yang sama pada keduadua jenis kerja tersebut. Tenaga yang seimbang dengan kerja itulah sederhana namanya. Tidak melampau.

Seperkara lagi, perlu diingat ALLAH dan Rasul suruh kita rebut dunia itu bukan untuk peribadi. Tetapi untuk masyarakat dan negara. Supaya diri tetap zuhud dan masyarakat tetap kaya-raya.

Tahun 2015 : Kemuncak Pertembungan Antara Kebenaran Dan Kepalsuan Di Malaysia

Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul- Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” (Riwayat Ahmad)

Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun kewafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal berlaku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. JADUAL TUHAN YANG TELAH BERLAKU Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku. 1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 80-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuhnya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergembira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)

2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.” (Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uqduddurar fi akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

Tuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Tuhan dalam jadual-Nya untuk zaman ini seperti berikut:

1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer) Rasulullah SAW bersabda (lihat matan Hadis di muka 4):

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Riwayat Abu Daud)

4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda (lihat matan Hadis di muka 12): Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain: Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya: “Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia dipenuhi kezaliman.”

iii. Sabda Rasulullah SAW lagi: Dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia.”

5. Putera Bani Tamim dari Timur pemegang panji-panji Imam Mahdi Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat: Maksudnya: Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama (yakni dengan mencarinya) Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

6. Jemaah kebenaran pimpinan Putera Bani Tamim mendapat kemenangan di Timur dan merintis jalan untuk Imam Mahdi.

i. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah datangnya ketentuan Allah (Kiamat).” (Riwayat Muslim)

ii. Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim: Maksudnya: Daripada Tsauban, telah bersabda Rasulullah SAW: “Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mereka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

iii. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

v. Hadis Ibnu Mas‘ud (lihat matan Hadis di muka 13): Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72) 7.

Kebangkitan Dari Timur Dalam Jadual Allah Era Kasih Sayang

Negara Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum hingga kini masih lagi dapat mengekalkan keamanan serta kemakmuran untuk semua.   Cabaran tahun 2014 menyaksikan bagaimana berlaku tragedi MH 370, MH 17 dan terakhir QZ8501 dan telah mendapat perhatian seluruh dunia. 


Pada 12.10.2013 saya telah menyiarkan artikel yang bertajuk,"

Datuk Seri Zahid Hamidi : Umat Islam di Malaysia Perlukan Kepimpinan Beliau Untuk Hadapi Tekanan Antarabangsa" 

Kejayaan cemerlang Pasukan Keselamatan Negara di bawah Kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara telah terbukti dalam menangani pelbagai insiden yang berlaku dan langkah-langkah pencegahan.

Kepimpinan beliau amat diperlukan di mana umat Islam di Malaysia bakal berdepan dengan tekanan antarabangsa berkaitan dengan hak mereka mengamalkan agama dan budaya tempatan.

Keadaan itu adalah berikutan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) (UPR)  di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva Switzerland Pada 24 Oktober 2013 ini.

Melaluinya Malaysia akan dinilai dalam pencapaian hak asasi manusianya.
Laporan juga disediakan oleh pelbagai pihak termasuk Comango (Coalition of Malaysian NGO) yang mendesak Kerajaan tunduk kepada beberapa tuntutan mereka.

Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO)


Antaranya adalah berkaitan dengan hak kebebasan beragama sehingga boleh menghalalkan pemurtadan di kalangan umat Islam.

Tuntutan Comango antara lain adalah seperti berikut:

a)     Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).  PPMM maklum Perkara 18 ICCPR adalah berkait dengan  kebebasan beragama. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

b)    Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (Icerd) yang membawa implikasi "menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik" tanpa mengambil kira nilai budaya dan resam tempatan.



Kesedaran orang-orang Melayu berhubung dengan musuh2 Islam yang mempergunakan umat Islam di Malaysia untuk menjayakan rancangan jahat itu, di antara NGO yang berjuang ialah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) .

Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang berdaulat. Agama Islam merupakan asas perlembagaan negara sehingga diangkat dan diperincikan dalam perkara 3 perlembagaan negara. 
1. Seiring dengan pencapaian dan kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang membangun dan disegani, di suatu sudut ada segelintir kecil pihak-pihak yang dengki dan iri hati dengan kegemilangan negara yang kita sayangi ini. Segelintir pihak yang dimaksudkan di sini adalah mereka yang cuba mencairkan status negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 
2. Agenda mencairkan status negara Islam oleh mereka sebenarnya sudah dapat dihidu oleh majoriti rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu Islam (bangsa majoriti yang telah menapak di negara ini sejak berkurun lamanya). Terma-terma yang selama ini tidak pernah kita dengar, kini giat didendangkan di media massa oleh pihak-pihak yang ingin memecahbelahkan masyarakat. Promosi terma-terma tersebut cuba dinormalisasikan dan dimainkan berkali-kali sebagai langkah pertama mengelirukan pemikiran masyarakat. Liberalisasi, liberal demokratik, hak asasi manusia (acuan barat), kebebasan (berhujah tanpa disiplin ilmu), dan sebagainya kini menjadi ‘zikir harian’ golongan-golongan yang ingin memecahbelahkan keharmonian masyarakat di negara yang kita cintai ini.
Artikel selanjutnya..

Rupa-rupanya kebimbangan berhubung dengan usaha-usaha dari dalam Malaysia melibatkan media termasuk orang-orang Melayu sendiri yang turut sama perjuangkan Liberalisasi, liberal demokratik, hak asasi manusia (acuan barat), kebebasan (berhujah tanpa disiplin ilmu), dan sebagainya kini menjadi ‘zikir harian’ golongan-golongan yang ingin memecahbelahkan keharmonian masyarakat di negara yang kita cintai ini.

Berikut petikan dari blog,




Kesunyian Mc Donalds di Alamanda, Putrajaya yang sebelum ini dipenuhi pelanggan
yang terpaksa menunggu meja yang kosong sebelum membuat pesanan



KOMEN:

IT.Scheiss5 September 2014 07:36

Laman web Innovative Minds kata:-

"The Jewish United Fund that "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel" lists McDonalds as its major corporate partner in its last published corporate sponser list (2002). McDonald's has 125 restaurants in Israel which have a policy of sacking its Arab employees if they are caught speaking arabic.Last Updated: 29 July 2009"

Bantahan, kritikan dan sindiran bekas Ketua Pengarang dan CEO The Star, Wong Chun Wai dalam tulisannya baru-baru ini terhadap orang Melayu dan Islam yang memulaukan Mc Donalds kerana kedhaliman Yahudi tidak berkesan sebaliknya outletnya di seluruh negara terus kosong dan sunyi.

Peristiwa pemboikotan terhadap Mc Donalds yang pertama kali berlaku di Malaysia menunjukan kuasa beli orang Melayu telah semakin kuat dan tinggi dan hal ini boleh berlaku kepada Coca Cola, kepada syarikat-syarikat Cina yang menentang GST dan juga kepada akhbar The Star sendiri jika ia terus menunjukkan sikap anti Melayu dan anti Islam dengan memomokkan orang Melayu dan Islam sebagai pelampau dan rasis kerana mempertahankan kedaulatan perlembagaan.

DALAM KEMPEN BRAVE VIEWS,BOLD IDEAS THE STAR TELAH PUN MENYELITKAN NEGARAKU SEBAGAI BADAN YANG MEMPERJUANGKAN PERPADUAN SEDANGKAN ROS TELAH MENGHARAMKANYA KERANA KEMUNGKINAN DENGAN NAMA ITU GERAKAN MEREKA DI LUAR PERLEMBAGAAN NEGARA AKAN MENGELIRUKAN RAKYAT.

INILAH JUGA WAJAH THE STAR DENGAN BERSELINDONG DI SEBALIK MCA DAN BEBERAPA MUKA MELAYU. SETIAP ORANG MELAYU DAN ISLAM MESTI MEMBACA DAN MENELITINYA DENGAN KESEDARAN INI. ANTARA MELAYU YG DIGUNAKANNYA IALAH ANAK TUN DR MAHATHIR YANG FIKIRAN DAN PENDIRIANNYA BANYAK TIDAK DISENANGI OLEH MAHATHIR SENDIRI.

Menjelang tahun baru 2015 media serta pihak2 tertentu mengambil kesempatan dengan terma-terma yang selama ini tidak pernah kita dengar, kini giat didendangkan di media massa oleh pihak-pihak yang ingin memecahbelahkan masyarakat. Promosi terma-terma tersebut cuba dinormalisasikan dan dimainkan berkali-kali sebagai langkah pertama mengelirukan pemikiran masyarakat. 

Berikut di paparkan sebahagian isu-isu yang di ketengahakan;



Memandangkan begitu sekali di war-warkan berhubung dengan 'moderate" oleh segelintir orang Melayu dan ini di jadikan senjata atau alat untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia.

Serentak itu, saya mengambil inisiatif disini untuk berkongsi satu buku yang bertajuk,
"


Sekapur Sirih

BUKU ini merupakan buku karangan Ustaz Ashaari Muhammad yang ke-49 dan diterbitkan pada tahun 1991. Ia insya-ALLAH akan membetulkan segala kekeliruan dan salah faham berhubung dengan konsep fifty-fifty yang telah sekian lama memisahkan umat Islam dari corak hidup sebenar seorang Muslim. Buku ini membawa pembaca melihat pengertian kesederhanaan yang sebenar sebagaimana dituntut oleh ajaran Islam, bukan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan umat Islam hari ini. Yakni bukan konsep kesederhanaan yang meletakkan dunia dan Akhirat setaraf hingga boleh di 'fifty fifty’kan.

Kelahiran buku ini amat sesuai dengan masanya ketika sebahagian umat Islam di seluruh dunia sedang bersungguh- sungguh menghayati cara hidup Islam yang syumul, manakala sebahagian yang lain memandang negatif akan perkembangan itu sambil membuat tuduhan-tuduhan “ekstrim”, “lupa dunia”, “kolot” dan pelbagai tuduhan lagi. 
Sebagai pemimpin sebuah jemaah Islam, Ustaz Ashaari membawa visi yang jelas bagi merealisasikan kegemilangan Islam akhir zaman. Melalui buku-bukunya, termasuk juga buku ini, beliau membangkitkan kesedaran dan memberi garis panduan, bimbingan, nasiha t serta teguran yang berhikmah ke arah itu. Pendekatan sufi beliau, hujahhujah bernas serta contoh-contoh semasa yang dikemukakannya menjadikan buku-buku beliau teristimewa berbanding dengan buku-buku lain karangan ulama-ulama mutaakhirin. Ini ditambah dengan gaya bahasanya yang mudah, segar dan padat yang menjadikan tulisan beliau punya kekuatan ‘roh’ hingga memberi kesan yang kuat kepada pembaca; mendorong ke arah perubahan diri dan masyarakat.

Apa yang dituliskannya merupakan hasil pemerhatian, pengkajian dan pengalaman sebagai individu Muslim dan pemimpin jemaah Islam. Ia memuatkan fikrah atau minda beliau yang telah diterapkan secara bertahap-tahap dalam jemaah Darul Arqam sejak penubuhannya lalu hingga kini. Bermula dengan usaha membaiki diri, keluarga dan jemaah, beliau telah meluaskan gelanggang perjuangannya ke arena antarabangsa. Beliau membawa Darul Arqam menjelajah ke hampir 3/4 -*dunia Timur Tengah, Eropah, Amerika, Asia dan Pasifik dalam misi dakwah dan ziarah. 

Wajah Islam yang diperkenalkannya ke seluruh dunia itu adalah Islam yang mampu menangani segala masalah masyarakat di semua peringkat termasuk dunia antarabangsa. Yakni yang mampu membangunkan tamadun hidup di dunia sebagai alat untuk kebahagiaan hidup di Akhirat.
Bukan Islam yang telah dipersempitkan ruang lingkupnya pada soal-soal sembahyang, puasa, naik haji, wirid zikir semata-mata. Atau ‘Islam’ yang memisahkan urusan dunia dari urusan Akhirat. 
Buku ini merupakan satu lagi sumbangan Ustaz Ashaari kepada kebangkitan Islam yang kian menuju kemuncaknya. Semoga ia dapat mendorong perubahan jiwa dan fikiran masyarakat ke arah era kegemilangan yang kita cita-citakan itu-era Dunia Baru Islam.


Teruskan ke laman "

"

JIHAD FISABILILLAH : MUKADDIMAH

Perkataan atau kalimah 'JIHAD' telah disalahertikan. Ia sudah dicemari dengan hal-hal yang bersifat negatif, padahal perkataan jihad itu sangat baik dan mulia. Ia datang dari Tuhan, dari Rasulullah, dan dari ajaran Islam yang sangat cantik, indah dan mulia. Jihad itu kalau dapat dilaksanakan dengan tepat, maka akan lahirlah syiar yang indah dalam kehidupan.

Malangnya sekarang jihad sudah dikotori oleh umat Islam sendiri. Bila dikatakan jihad, yang dibayangkan ialah bunuh orang, tembak dan bom sana-sini, serangan berani mati, sabotaj, dan lain-lain keganasan lagi, sehingga hendak sebut perkataan jihad pun sudah malu dan rasa inferiority complex (malu tak bertempat). Ini kerana orang bukan Islam sudah pandang serong dengan perkataan jihad. Umat Islam sendirilah yang sudah menyalahertikan jihad itu. 

Erti jihad 

Orang ramai mengertikan jihad itu sebagai berjuang. Sebenarnya jihad bukan ertinya berjuang. Terpaksalah di sini dibahaskan dari segi lafaz atau bahasanya. Erti jihad yang asal bukannya berjuang. Cuma setelah dirumuskan intipatinya, barulah dikatakan berjuang.

Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan, (جهد يجهد جهدا جهادا ) jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itulah erti jihad.

Ahli bahasa mengambil intipati dan kesimpulan makna lalu dibuat istilah baru, iaitu berjuang. Hingga akhirnya seolah-olah itulah istilah yang tepat bagi jihad. Istilah asalnya sudah tidak diketahui lagi. Maka kita pun terbawa sama, terpaksa mengikut trend mereka. Jika tidak, bila kita hendak mengajak berjihad, kita terpaksa berkata, “Mari kita bersungguh-sungguh kumpulkan tenaga.” Pelik pula bunyinya. Sebaliknya kalau kita kata, “Mari kita berjuang”, maka orang terus faham.
Seterusnya apa pula hubungkait erti jihad di atas dengan maksud jihad dalam erti yang kedua. 

Di sini kita bawa satu cerita sejarah. Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:

Sahabat berkata kepada Rasulullah, 

Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?

Tidak.  Jawab Rasulullah.

Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.

Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?

tanya Sahabat lagi.

Tidak, jawab Rasulullah.

Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?

Bukan.

Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?

"لتكون كلمة الله هي العليا "

Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.

Di sini baru kita faham, ajaran Allah atau ajaran Islam itu adalah dari satu kalimah iaitu: 

Asyhadu allaa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

- Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Pintu Islam ialah kalimah syahadah. Maka siapa yang berjuang bagi meninggikan dua kalimah syahadah agar diterima orang, itulah berjuang. Bagi orang yang sudah syahadah, kita berjuang agar mereka mengekalkannya. Manakala orang yang belum syahadah, kita berjuang agar mereka mengucapkannya, ertinya sampai mereka masuk Islam. Ini baru takrif dari segi perkataan, belum dihurai isinya yang lebih mendalam lagi.

Isi jihad.

Syahadah itu adalah wadah. Ia ibarat bakul. Jadi apa yang kita hendak perjuangkan ialah apa yang ada dalam wadah itu. Kalau tidak ada wadah atau bakul itu, macam mana hendak masukkan barang. Ertinya segala-galanya bertolak dari kalimah syahadah.

Apakah isi bagi dua kalimah syahadah itu? 

Di sini kita ambil yang terpokok sahaja iaitu Iman, Islam dan Ihsan. 

Rupanya dalam bakul dua kalimah syahadah itu, isinya yang terpenting ada tiga yakni Iman (Aqidah), Islam (Syariat) dan Ihsan (Hakikat atau Tasawuf). 

Jadi umat Islam yang berjuang itu ibarat membawa bakul yang ada tiga benda tadi ke pasar, ke kampung, ke bandar.

“Mari, mari! Belilah apa yang saya bawa ini.”

Kita berjuang seolah-olah membawa bakul yang berisi Iman, Islam dan Ihsan itu lalu menjaja-jajanya. Kita pergi membawa mesej dari Tuhan untuk menyampaikannya kepada manusia secara percuma.

Iman itu pula, ia bukan seketul atau sebiji tetapi ia juga merupakan satu bekas yang di dalamnya mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan Iman yang merupakan pakej Iman. 

Di situ ada keyakinan dan sebagainya.

Bila dikatakan Islam, itulah syariat. Syariat pula tentulah banyak. Ada fardhu ain, fardhu kifayah, wajib dan sunat. Ada pendidikan, ekonomi, kebudayaan, dakwah, pentadbiran dan lain-lain lagi.

Begitu juga Ihsan. Di dalam bakul Ihsan itu ada ilmu hakikat dan ilmu rasa. Yakni penghayatan kita pada Tuhan seperti rasa takut, redha, rasa hamba dan seterusnya.

Jadi orang yang berjuang; keluar dari pagi sampai petang baru pulang; dia membawa bakul maknawi yakni “Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah”. 

Dalam bakul itu macam-macam pula isinya yang terdiri dari Iman, Islam, dan Ihsan. Kalau hendak ditamsilkan orang berjuang itu, ibarat orang yang berjual ikan dan sayur. Pergi dari rumah ke rumah dan berkata:

 “Mari beli ikan. Mari beli sayur!” Maka orang yang berjuang pun hakikatnya menjaja juga. “Mari beli Iman, Islam, dan Ihsan!”

Itulah erti jihad atau berjuang di jalan Tuhan. Selain itu, ia dikira berjuang pada jalan syaitan. Justeru itu mengapa berjuang sampai bunuh orang? Ledak bom sana sini. Itu syaitan yang ajar. Itu bukan mati syahid tetapi mati sakit. Berjuang ialah hendak beri sesuatu yang baik pada orang.

Natijah jihad.

Bilamana bila kita sudah pandai menjaja ‘barang’ Tuhan dengan bijaksana dan dengan cara yang betul, maka berebut-rebutlah orang membelinya. Bila orang membeli dengan pakejnya iaitu Iman, Islam dan Ihsan, maka nampaklah syiar-syiar Tuhan pada peribadi orang itu. 

Kalau berlaku pada satu kelompok manusia maka lagi terserlah syiar Tuhan pada kelompok manusia itu. Keindahannya dapat dilihat pada pendidikan, pada ekonomi, pada kebudayaan, pada pentadbirannya, pada ibadah dan pada akhlaknya. Nampak indah, nampak kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

Nampak kehidupan yang begitu indah dan cantik. Nampak dalam masyarakat berlaku kasih sayang. Lahir perpaduan, kesatuan, kerjasama dan bekerjasama.

Begitu juga pada pentadbiran. Nampak indahnya pentadbiran. Begitulah seterusnya di sudut-sudut lain, akan terserlah keindahannya, kerana orang yang berjuang pada jalan Allah berjaya menjual barangnya kepada orang ramai, iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Ibarat orang dapat makan makanan berkhasiat, dia nampak sihat dan badannya kuat. Tidak terkena penyakit atau tidak sakit. Hidupnya selesa. Itulah yang dinamakan syiar.

Syiar dapat dilihat oleh mata pada keindahan hidup. Hasil orang berjuang menjual Iman, Islam dan Ihsan maka manusia atau masyarakat menjadi baik, berakhlak, berkasih sayang dan bersatu padu. Nampak syiarnya dan nampak kebesaran Tuhan. Tuhan berfirman:

Maksudnya:

 “Barang siapa membesarkan syiar-syiar Tuhan, itulah dari hati yang bertaqwa.” 

(Al Haj: 32)

Jadi yang dikatakan jihad atau berjuang itu ialah supaya orang terima ajaran Tuhan yang tiga perkara tadi. Hasilnya orang nampak syiar Tuhan di tengah masyarakat. Natijahnya, barang siapa yang berjuang hingga nampak syiar Tuhan, itulah yang dikatakan berjuang di jalan Allah.

Jadi berjuang pada jalan Tuhan itu ialah hendak bangunkan syiar Tuhan. Supaya syiar itu berlaku dalam kehidupan, dalam ibadah, dalam ekonomi, kebudayaan dan masyarakat. Hari ini orang berjuang; sekalipun atas nama jemaah Islam; tidak nampak syiar Tuhan itu. Tidak nampak hasilnya seperti ibadahnya berdisiplin, berkasih sayang, lahir perniagaan atas dasar khidmat dan bertolak ansur dan lain-lain. Sebab mereka menjual barang Tuhan dengan ganas, menzalim, menindas dan kasar. Akibatnya barang Tuhan tidak laku.

Peringkat jihad.

Jihad atau berjuang itu banyak peringkat. 

Di antaranya:

Ada dua lagi perjuangan yang tidak nampak iaitu perjuangan terhadap nafsu dan perjuangan terhadap syaitan. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, erti jihad itu ialah bersungguh-sungguh mengumpulkan tenaga. Bagaimana tenaga itu hendak dijadikan alat. Kalau nafsu, bagaimana hendak menggunakan tenaga itu untuk membendung nafsu ammarah sehingga meningkat jadi lawwamah. Setelah itu hendak bendung nafsu lawwamah itu hingga menjadi mulhamah dan seterusnya.

Begitu juga kita menghimpunkan tenaga bersungguh-sungguh untuk membendung pengaruh syaitan. Pengaruh syaitan ini lebih mudah diperangi. Yakni setelah nafsu dapat diperangi, dapat ditundukkan, maka automatik jalan syaitan dapat ditumpaskan. Apabila nafsu ditumpaskan, mudahlah untuk membendung syaitan sebab nafsu itu highway bagi syaitan. Kalau highway sudah ditutup, syaitan tidak boleh melaluinya. Begitulah caranya berjuang terhadap nafsu dan syaitan.

Kalau begitu, fahamlah kita bahawa erti jihad itu ialah menegakkan kalimah Allah, yang mana kalimah Allah ada tiga perkara asas iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Daripada tiga perkara itu dipecahkan menjadi banyak lagi dan diperjuangkan hingga orang terima. Bila orang terima dan orang amalkan maka lahirlah dalam kehidupan keindahan-keindahan Islam, yakni syiar-syiar Islam yang Tuhan kata:

 “Barang siapa membesarkan syiar-syiar Tuhan, itulah dari hati yang bertaqwa.”

Berjihad sama sekali tidak ada kaitan dengan militan. Kita berjuang tidak ada hubungan dengan perang. Cuma bilamana kita berjuang seperti yang dikatakan tadi maka kalau ada orang yang hasad dengki, dia akan memerangi kita. Bukan kita yang undang, tapi orang lain yang undang.

Jadi perang itu kalaupun berlaku bukan dari kita tetapi musuh yang mengundang. Bukan salah kita tetapi salah musuh. Dalam berhadapan dengan musuh itu pun terbahagi kepada dua. Kalau dia undang perang, kita tengok dulu kekuatan kita. Kalau kita masih lemah, kita elak dulu.

Macam Rasulullah, masa masih lemah, baginda tidak lawan. Sebaliknya baginda menyuruh Sahabat-Sahabat berpindah dari Mekah ke Habsyah dan baginda sendiri pernah pergi ke Thaif.

Begitu juga sewaktu berhijrah ke Madinah, umat Islam masih lemah lagi. Setelah ada kekuatan, bila orang undang perang, baru Rasulullah berperang. Selagi belum ada kekuatan, baginda elak dulu. Sebaliknya sekarang, kita yang undang orang perang. Kalau kita kuat boleh tahan tapi kita cuma guna batu dan lastik, hendak melawan musuh yang ada kereta kebal!

Itulah gambaran erti jihad atau erti berjuang. Cantik dan indah tetapi ulama pun sudah tidak faham. Berapa ramai orang hari ini yang berjuang secara militan. Manakala yang tidak militan pula, hasilnya tidak ada. Dia memperjuangkan hak orang, dia kata dia perjuangkan Islam. Dia perjuangkan ideologi, dia kata dia perjuangkan Islam. Dia perjuangkan kefahaman ciptaan manusia dan isme, dia kata dia perjuangkan hak Tuhan. Kedua-duanya tidak betul. Kedua-duanya tidak akan menghasilkan apa-apa.

AirAsia Flt 8501 Connected To Trillion Dollar Lawsuit or Neil Keenan? (Complete Passenger Manifest)

Missing AirAsia flight QZ8501 live updates: 'Insufficient evidence' objects spotted in the sea are from missing plane, say officials

 More Missing AirAsia Flight

If you’ve been following our reporting on the Dragon Family Lawsuit, and Neil Keenan’s progress in securing the “Global Accounts”, you would be very concerned about another missing Malaysia flight near Indonesia.
Without going into to much detail in this article (please see links below explaining the Trillion Dollar Lawsuit filed by Neil Keenan), we are concerned whether or not any person listed in the official passenger manifest of Air Asia flight 8501 is connected to Neil Keenan’s work in the Asian continent.  See original article on the missing Air Asia flight: Rt.com
If anyone has any information regarding anyone listed in this manifest, please leave a comment below:
Listen to an Episode of The Pete Santilli Show when he talked about the Dragon Damily Lawsuit,  Pete mentioned the “Dragon Family Lawsuit” which GMN has been following since it’s filing in November 2011.  This is not a conspiracy theory, and we ask you to decide for yourself whether or not there’s a possibility that the White Dragon Society has taken control of the Federal Reserve as it was reportedly taken place on October 17th, 2014.   Please read the below court documentation obtained from the PACER system:DRAGON FAMILY LAWSUIT Keenan Complaint 11-23-2011 SDNY
For more information on the Dragon Family Lawsuit, please visit David Wilcock’s original article:CONFIRMED: The Trillion-Dollar Lawsuit That Could End Financial Tyranny
For Neil Keenan’s most recent update, please see:  NEIL KEENAN UPDATE |Making History<a href="http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-making-history-new-beginnings-2/" rel="bookmark" title="NEIL KEENAN UPDATE |
Making History
& New Beginnings”>& New Beginnings
<a href="http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-making-history-new-beginnings-2/" rel="bookmark" title="NEIL KEENAN UPDATE |
Making History
& New Beginnings”>Special note to Trillion Dollar Lawsuit skeptics:  Before commenting, deparaging or naysaying, please read the entire lawsuit, transcripts and updates from Neil Keenan on his website.  We will not read “troll posts” from operatives attempting to discourage peope from learning about these facts regarding the Global Accounts which Neil Keenan is securing for humanity.  We have followed this story and researched it thoroughly, and based on our 3 years of research we believe the story to be genuine.  We will not tolerate or acknowledge anyone’s “expressions” of opinion unless they have at least read the documentation.  If you have a challenge to the validity of this story, please specifically respond to the legal pleadings. Otherwise, buzz off, and please know that are loyal listeners and subscribers are very well aware of your tactics to write comments in order to reach the unsuspecting readers —- it has nothing to do with your expression of opinion & everything to do with your psy-op of readers who read our content.  If you have a challenge, or wish to express your “constitutional rights” (that’s a clear sign of a paid troll) please go write your own article instead of feeding off ours.
URGENT UPDATE:  Crazy! Missing AirAsia Flight Was Predicted, Warned About Two Weeks Ago!
Please subscribe to Guerilla Media Network’s new weekly newsletter, the “GMN Rant” now available at GMN.  Click here to learn more
Please also read more important news articles published by Guerilla Media Network. If you like this interview or the articles we publish, please click “RECOMMEND” above and share our work with others:

Malayu Memimpin Dunia 5 : Motivasi Untuk Rakyat Malaysia


THIS VIDEO WAS CENSORED IN THE WEST ~ A must see to discover our greatest threat

Tajuk di atas " THIS VIDEO WAS CENSORED IN THE WEST ~ A must see to discover our greatest threat"  telah di muatkan pada 27.12.2014 di BEFOREITSNEWS.COM. Website ini 
[Total Visits:599,791,481  Total Stories:4,888,217]

Dalam artikel ini di muatkan video yang di rakamkan pada May 27, 2012.


Hon. Dr. Mahatir is a well respected statesman, modern thinker, and an academic. When he speaks, the world pays attention.

This documentary sheds light on a crucial matter, which the mainstream media would like to keep under the lid.
You will also learn about an important 81 page report prepared by two eminent professors - John J. Mearsheimer (distinguished Professor of Political Science and the co-director of the Program on International Security Policy at the University of Chicago) and Stephen M. Walt for the Kennedy School of Government at Harvard University.
Additional clips are from well respected and authentic sources, such as CBC (Canadian Broadcasting Corporation).