DARI PENERBIT BUKU INI,
seperti buku-buku Ustaz Ashaari Muhammad yang lain, membawa pemikiran baru yang bertentangan dengan at-us pemikiran penulis-penulis dan tokoh-tokoh dunia hari ini. Oleh itu, ada kemungkinan ia sekali lagi menimbulkan kontroversi. Memang bukan mudah untuk melawan ants. Ertinya, bukan mudah untuk membuat masyarakat menerima sesuatu yang bar-u. Namun bagi orang yang cintakan kebenaran tentu dapat menilai pemikiran-pemikiran bar-u yang dibawa oleh Ustaz Ashaari di sudut yang positif.
Beliau mempunyai pemikiran yang begitu tersendiri dan tulen, tidak dicedok dari sesiapa, namun cukup jelas, mudah serta tersusun indah. Tidak samar-samar dart rumit. Ini dapat dilihat dari buku-bukunya sebelum ini yang menyentuh pelbagai aspek; semuanya menjurus ke arah tertegaknya cara hidup Islam yang syumul secara bertahap-tahap bermula dari individu, keluarga, masyarakat, jemaah, negara dan seterusnya alam sejagat. Yakni memaparkan panduan, kaedah, pendekatan dan strategi yang praktikal bagi membangunkan kembali ummah. Itulah Minda Ustaz Ashaari (Mind of Ustaz Ashaari). Minda Ustaz Ashaari juga mengandungi petunjuk dan panduan untuk membina kekuatan umat serta tamadun Islam, menyusun masyarakat, menghadapi musuh, membina syaksiah Islamiah melalui pembersihan hati (tazkiutun nafs) dan mencapai kejayaan melalui taqwa. Selain melalui buku-bukunya, minda beliau juga tersebar melalui video dan kaset, melalui dakwah secara langsung dan tidak langsung, melalui usaha ziarah, melalui pameran dan ekspo, melalui konsert, melalui kegiatan di bidang pendidikan, ekonomi, perubatan dan berbagai kegiatan lain yang diusahakan oleh jemaah Darul Arqam. Dengan kata lain, apa saja kegiatan yang dilahirkan oleh Darul Arqam adalah berpandukan kaedah dan pendekatan yang bersumberkan Minda Ustaz Ashaari.
Kini Ustaz Ashaari sedang menumpukan penyebaran minda beliau dan memperhebatkan misi dakwah di Khurasan, satu kawasan yang meliputi Asia Tengah (bekas Soviet Union), seluruh Afghanistan, sebahagian kecil Pakistan dan memanjang hingga ke Yurman di China, tempat di mana buku ini ditulis. Ada keterangan bahawa di akhir zaman akan muncul dari kawasan ini, yang satu ketika dulu pernah berada di bawah empayar Islam, golongan Asoib dari Timur iaitu pembantupembantu Imam Mahdi yang membawa panji-panji hitam.
Boleh dikatakan Ustaz Ashaari adalah satu-satunya pemimpin ha&ah Islam hat-i ini yang paling banyak menghasilkan buku-buku untuk panduan masyarakat, khususnya ahli-ahli jemaah pimpinamrya. Buku-bukunya yang berjumlah 52 buah setakat ini, sudah hampir lengkap untuk menangani segala persoalan masyarakat masakini. Beberapa buah daripadanya telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris khusus untuk edaran antarabangsa. Buku-buku beliau telah dan sedang berperanan mengubah suasana dunia ke arah Islam, khususnya di Timur. Memerangi segala sistem jahiliah dengan menampilkan sistem Islam sebagai alternatifnya.
Dalam menangani permasalahan hukum hudud, Ustaz Ashaari tidak melihat hukum itu sebagai langkah awal untuk membaiki insaniah masyarakat. Bahkan, bagi beliau, kalau hukum hudud dilaksanakan dalam keadaan masyarakat seperti yang ada hari ini, hilanglah fungsi hukum itu. Dan akan lebih banyak keburukan yang timbul daripada kebaikan. Juster-u itu beliau menekankan perlunya diikuti tertib yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW dalam menuju kepada perlaksanaan hukum hudud dalam masyarakat. !
Bacalah buku ini dengan dada yang lapang, nescaya anda akan temui sesuatu yang lebih besar bertitik-tolak daripada isu hukum hudud yang diperbesar-besarkan itu.
11 Julai 1992.
Bacalah buku ini dengan dada yang lapang, nescaya anda akan temui sesuatu yang lebih besar bertitik-tolak daripada isu hukum hudud yang diperbesar-besarkan itu.
11 Julai 1992.
PRAKATA
Selama ini saya membisu terhadap persoalan ini ialah kerana pada saya, untuk melaksanakan nahi mungkar agar manusia menjadi baik, hudud bukanlah langkah pertamanya. Bahkan HUDUD ialah langkah paling akhir yang patut dikenakan kepada seseorang penjahat setelah segala cara-cara lain tidak lagi boleh mendidiknya. Macamlah seorang yang berhadapan dengan isteri yang derhaka, menceraikannya bukanlah jalan awalnya. Menjatuhkan talaq hanya mungkin sesudah segala usaha-usaha damai tidak berkesan. Alangkah kejamnya seseorang yang menceraikan isteri sebelum berusaha mendidiknya. Dan lebih-lebih lagi kejam jika seorang lelaki yang belum pun kahwin atau bat-u saja kahwin sudah berfikir bagaimana hendak ceraikan isteri kalau si isterinya itu jahat. Hal ini samalah halnya dengan orang yang baru saja dapat negara atau belum pun dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana hendak hududkan rakyatnya. Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam agama selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat.
Mencegah kemungkaran seperti diajarkan oleh Al Quran ialah dengan:
Sebab itu saya dan Darul Arqam memulakan perjuangan ini dengan dakwah dan tarbiah terlebih dahulu. Hasil , dakwah yang sungguh-sungguh, ternyata ramai umat Islam ini yang mahu kepada kebaikan-kebaikan yang ada dalam Islam. Cuma selama ini mereka jahil dan terbiar. Maka pada kami (Dam1 Arqam), di peringkat ini hudud bukanlah masanya. Bercakap tentang hudud dalam suasana masyarakat jahil dart terbiar samalah dengan orang yang memukul anak kecilnya yang memegang api kerana tidak tahu yang api itu panas. Hudud hanya mungkin elok dilaksanakan pada seseorang bila kedegilannya sudah tidak ada ubat lain lagi. Anak boleh dit rotan bila dia tetap nak main api bila dia telah diberitahu dan tahu api itu membahayakan dirinya.
Islam tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh mengusahakan agar orang jadi baik lebih dahulu. Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yang nyata sengaja merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses dakwah dan tarbiah secara serius dan berterusan. Dengan alasan yang tersebut, maka saya pun tidak ghairah untuk memperjuangkan hukum hudud ini untuk masa ini. Namun saya yakin bahawa perjalanan perjuangan yang sedang dilagang ini lambat-laun akan tiba juga ke tahap di mana hukum hudud benar-benar dapat dilaksanakan. Insya-ALLAH.
Barangkali inilah masanya yang tepat untuk saya mula berfikir tentang segala permasalahan tentang hukum hudud ini. Yakni di celah-celah polemik rakyat Malaysia tentangnya, yang kelihatannya belum ada titik penyelesaian. Sekalipun saya sendiri daif untuk turut campurtangan, kerana sebenamya saya bukan pakar di bidang ini, namun kalau polemik ini terus dibiarkan, nampaknya hukum hudud semakin disalahfahamkan atau disalahgunakan. Maka saya tidak boleh biarkan keadaan ini berterusan. Hukum ALLAH mesti dibela. Kebenaran mesti ditegakkan.
Dan saya terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yang menolak terus hukum ALLAH ini tanpa hujah yang berasas. Daripada hujah dan penolakan yang dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang Islam, agama yang dipilih untuk dianutnya itu. Mengapa mereka mengaku menganut Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undangundang Islam? Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga mereka yakin betul kebenarannya, bar&h mengisytiharkan, “Aku orang Islam dan akan membelanya.”
Apa, mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yang bakal berbangkit akibat daripada perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham, apakah ALLAH tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut? Kalau benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam ini. Sebenarnya kitalah yang tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar, mana nak faham.
Moga-moga kita umat Islam akan mendapat jalan keluar yang paling baik dan tepat ke arah melaksanakan hukum- hukum Islam dalam hidup ini. Semoga dengan itu kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga orang bukan Islam pun akan menghormati kita kerana mereka dapat melihat kebaikan dan kebenaran hukum Islam ini.
Izinkanlah, ya ALLAH, pada hamba-Mu ini untuk dapat sama-sama membantu menegakkan hukum-Mu itu. Ajar dan fahamkanlah kami tentang kebenaran mutlak yang terdapat dalam wahyuMu itu. Cantumkanlah fikiran dan hati-hati kami umat Islam di Malaysia untuk bersatu dalam menegakkan hakMu. Dan selesaikan masalah-masalah kami yang timbul akibat tidak faham maksud firman-Mu itu. Amin, ya ALLAH.
Usaha kecilku ini adalah dengan izinMu, dengan jasa RasulMu dan hasil usaha ibu bapa dan guru-guruku. Maka demi mengenang dan membalas kebaikan mereka semuanya, kupinta disampaikan pahala amal ini (kiranya ada wahai Tuhan) kepada mereka itu semuanya. Khususnya kepada kekasih- Mu Muhammad Rasulullah dan Muhammad Al Mahdi Muntazar.
Amin, ya ALLAH. Al hakir wal fakir,
MUQADDIMAH
SEJARAH telah membuktikan bahawa hukum hudud adalah satu peraturan yang bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kepada masalah manusia. Di zaman kegemilangan Islam yang lampau, orang kafir pun menerimanya.
Bagi orang beriman, hukum hudud dirasakan satu anugerah yang mengandungi n&mat. Kerana ia memberi dua faedah yang besar:
1. Ia seolah-olah pagar yang mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang yang hendak memakannya. Yakni hudud membersihkan masyarakat daripada orang-orang jahat yang mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan insaniah dan material yang mereka telah cetuskan.
2. Bagi orang-orang yang melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman di Akhirat. Yang mana dosa yang sudah dihukum di dunia (secara hudud) tidak lagi dihukum di Akhirat. Di sinilah menunjukkan betapa pentingnya pelaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam.
Sebagai pagar, maka hukum hudud hanya mungkin dilaksanakan setelah segala anak benib kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur di dalam masyarakat. Orang tidak pemah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam. Dan lagilah tidak pernah berlaku orang buat pagar untuk memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yang sudah baik-baik demi mengawal kebaikan daripada dirosakkan oleh orang-orang jahat yang sudah tidak makan diajar. Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarakat yang majoriti belum baik, maka fungsinya yang sebenar tidak akan berjalan.
Sebaliknya hudud akan jadi ‘bala’ dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk-pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yang tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampaknya begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi. Di satu sudut lain pula, puak-puak kapitalis yang menjadi lintah darat akan merasa terbela, secara langsung atau tidak, kerana hukum hudud telah melindungi mereka dari orang-orang jahat dan miskin yang mengancam kekayaan mereka selama ini.
Lihatlah dalam masyarakat dunia hari ini, yang begitu sibuk hendak tangkap penjahat, hendak hukum bunuh pengedar dadah, hendak gantung sampai mati orang yang memiliki senjata api dan macam-macam bentuk hukuman ‘hudud ala dunia’. Lihatlah bagaimana hukum-hukum yang dijalankan dalam masyarakat yang tidak ditarbiah jiwanya dengan berkesan, telah tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya jenayah dan maksiat kian menjadi-jadi. Orang buat tidak endah dengan hukuman dan seksaan yang diancamkan. Ertinya fungsi hukuman itu tidak berjalan dalam masyarakat. Ia tidak mampu mengawal masyarakat. Sebab dalam masyarakat terlalu banyak penjahat. Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya. Sedang dalam masyarakat yang sudah dididik dengan iman dan taqwa, hukum hudud yang diancamkan itu akan benar-benar memberhentikan maksiat. Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.
Tapi hari ini, masyarakat masih liar; bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain ‘bercuti’ dari kejahatan. Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam kejam, zalim dan lain-lain lagi.
Mengapa pejuang-pejuang Islam hari ini ghairah sangat hendak tegakkan hukum hudud, sebelum hukum-hukum fardhu ain dan fardhu kifayah yang lain, yang lebih utama, dapat dipraktikkan sungguh-sungguh oleh masyarakat. Lebih-lebih lagilah sepatutnya kebaikan-kebaikan itu mesti ditegakkan dulu dalam jemaah Islam. Supaya jemaah itu benar-benar diyakini dan menjadi contoh kepada masyarakat.
ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak kepada kebaikan tidak diberi perhatian serius. Kalau dibuat pun cuma untuk lepas tangan. Hasil yang sepatutnya dicapai tidak diambil berat sangat. Saya kira kalau bukan dengan kepentingan politik dan duniawi, kejadian ini tidak berlaku. Sebab orang yang benar-benar mencari keredhaan ALLAH tidak akan memilih-milih hukum ALLAH untuk dilaksanakan tetapi dibuat semuanya. ALLAH berfirman:
Hukum hudud yang ALLAH sudah tetapkan dalam Al Quran adalah satu kaedah menghukum yang sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari ‘hududhudud duniawi’ yang dicipta oleh manusia. Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan. Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda. Mana yang lebih bijak dan adil?
Pencuri yang mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dengan penjara atau denda. Bagi pencuri yang pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri. Maka akan lebih ramai orang yang diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yang dicuri hartanya itu, si pencuri mesti disakiti dengan kesakitan yang setimpal. Yakni hilangkan atau ‘curi’ tangannya. Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana ia tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yang kena curi itu tidak boleh hidup lagi.
Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dengan kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yang seimbang dengan kesalahannya ke atas orang lain. Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yang dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain. Sebagaimana sakitnya orang yang dicuri hartanya, begitulah ALLAH mahu dia rasakan sakit yang setimpal, dengan harapan dia serik dan insaf. Di samping ma; syarakat pula selamat dari kejahatannya.
Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yang lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dengan jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dengan hukum ALLAH itu. Di antara hukumannya yang telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah:
1. Hukuman pancung kepada orang yang tidak sembahyang tiga waktu berturut tanpa uzur syar’i sesudah dinasihatkan.
2. Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.
3. Hukuman sebat kepada orang yang membuat fitnah.
4. Hukuman rotan 100 kali pada penzina yang belum kahwin; direjam sampai mati pada penzina yang sudah kahwin.
5. Hukuman rotan 80 kali kepada orang yang menuduh orang berzina tanpa bukti yang cukup.
6. Rotan 80 kali untuk peminum arak.
Terhadap kesalahan-kesalahan yang ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma menyerahkan kepada bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dengan kesalahan, itu dinamakan hukum ta’zir. Yakni pesalah diberi malu.
Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kepada siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukum ta’zir yang biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat di tiang tempat lalu-lalang umum dan lainlain. Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yang dilakukannya. Perlu .diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dengan kesalahan yang dibuat. Jadi tak timbullah istilah kejam dan sebagainya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti: “Beginilah hebatnya kekejaman yang aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia.” Sebenarnya ‘hudud dunia’ ini lebih kejam. Terutamanya tangkapan di bawah ISA yang dibuat tanpa bicara. Tapi mengapa didiamkan? Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa. Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yang tidak terdidik dengan nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yang sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Bar-u dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain. Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain.
Keinsafan ini hanya timbul kalau hukuman yang dikenakan benar-benar menyakitkan dan seimbang. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam. Siapakah yang lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman itu? Sedangkan kita hendak menghukum anak yang kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susah kita hendak adil. Apalagi terhadap orang yang tiada sangkut-paut dengan kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH! Konon bangsa asing akan takut dengan hudud. Ini pun satu andaian tanpa asas. Yang lebih banyak salah dari betulnya.
Sebenamya bangsa asing yang cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman daripada orang Islam yang sudah rosak imannya. Buktinya, orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dan lain-lain yang dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, macan hukum potong tangan dan rejam ditolak?
Sedangkan kebaikan yang akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar nilainya daripada tangan yang dipotong itu. Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yang sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyarakat terjamin.
Dalam sejarah Islam, hukum hudud yang dijalankan tepat menurut cara dan peraturan yang ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yang sungguh baik. Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kepada pesalah yang menyerah diri, kesalahan yang sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan, kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempumanya peraturan hidup Islam.
Saya hendak contohkan dengan poligami yang umum menganggap ianya mustahil boleh bawa bahagia kepada yang terlibat. Tetapi terbukti hat-i ini, ada segolongan yang dapat melaksanakannya dengan selamat dan penuh kebaikan. Hal ini ialah kerana poligami itu dijalankan melalui tarbiah dan asuhan yang istiqamah serta menurut peraturan yang disyaratkan oleh ALLAH. Tetapi kalau syaratnya tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yang istiqamah, memang ia nampaknya terlalu berat dan mustahil.
Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhimya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap.
Demikianlah dengan hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi pelik kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.
HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yang telah ditentukan kadar hukumannya oleh ALLAH itu tidak banyak. Bukan semua jenis kesalahan jenayah yang manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yang ALLAH serahkan kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman. Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya. Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir. Bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau terus dibuang kes.Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kepada siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukum ta’zir yang biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat di tiang tempat lalu-lalang umum dan lainlain. Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yang dilakukannya. Perlu .diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dengan kesalahan yang dibuat. Jadi tak timbullah istilah kejam dan sebagainya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti: “Beginilah hebatnya kekejaman yang aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia.” Sebenarnya ‘hudud dunia’ ini lebih kejam. Terutamanya tangkapan di bawah ISA yang dibuat tanpa bicara. Tapi mengapa didiamkan? Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa. Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yang tidak terdidik dengan nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yang sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Bar-u dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain. Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain.
Keinsafan ini hanya timbul kalau hukuman yang dikenakan benar-benar menyakitkan dan seimbang. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam. Siapakah yang lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman itu? Sedangkan kita hendak menghukum anak yang kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susah kita hendak adil. Apalagi terhadap orang yang tiada sangkut-paut dengan kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH! Konon bangsa asing akan takut dengan hudud. Ini pun satu andaian tanpa asas. Yang lebih banyak salah dari betulnya.
Sebenamya bangsa asing yang cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman daripada orang Islam yang sudah rosak imannya. Buktinya, orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dan lain-lain yang dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, macan hukum potong tangan dan rejam ditolak?
Sedangkan kebaikan yang akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar nilainya daripada tangan yang dipotong itu. Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yang sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyarakat terjamin.
Dalam sejarah Islam, hukum hudud yang dijalankan tepat menurut cara dan peraturan yang ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yang sungguh baik. Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kepada pesalah yang menyerah diri, kesalahan yang sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan, kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempumanya peraturan hidup Islam.
Saya hendak contohkan dengan poligami yang umum menganggap ianya mustahil boleh bawa bahagia kepada yang terlibat. Tetapi terbukti hat-i ini, ada segolongan yang dapat melaksanakannya dengan selamat dan penuh kebaikan. Hal ini ialah kerana poligami itu dijalankan melalui tarbiah dan asuhan yang istiqamah serta menurut peraturan yang disyaratkan oleh ALLAH. Tetapi kalau syaratnya tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yang istiqamah, memang ia nampaknya terlalu berat dan mustahil.
Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhimya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap.
Demikianlah dengan hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi pelik kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.
Ertinya, hukum ta’zir itu ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH, kerana ALLAH memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim. Dengan syarat pesalah diberi malu sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud.
Contoh-contoh hukum hudud ialah:
1. Hukum potong tangan kepada pencuri.
3. Hukuman sebat kepada pembuat fitnah.
4. Hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak.
5 . Hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin.
Contoh-contoh hukum ta’zir ialah:
1. Diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya.
2. Dipenjarakan.
3. Dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang umum.
4. Didenda duit atau disuruh buat kerja berat.
Kesalahan yang sama oleh orang yang berbeza mungkin berbeza pula hukuman ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yang sangat memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah benar-benar terasa malu atau susah atau sakit yang sepadan dengan kesalahan supaya dia insaf dan kesal dengan perbuatannya itu. Tetapi kesalahan-kesalahan jenayah yang dikenakan hukum hudud, tidak boleh berbeza-beza hukumannya walau siapa pun yang terlibat.
Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yang telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia daripada diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dengan hukuman. Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kepada segelintir penjahat itu.
Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hukum hudud atau ta’zir, jangan dipandang lahirnya yang menyakitkan. Tetapi lihat kebaikannya yang menyeluruh kepada masyarakat. Sepert& h bila doktor mahu membedah pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yang sakit kencing manis, jangan dilihat lahimya yang menakutkan itu. Tetapi lihatlah natijah baiknya yang penuh keselamatan bagi anggota-anggota yang lain.
Hukuman-hukuman ALLAH itu sebenamya mempunyai kebaikan yang cukup banyak. Lihatlah firman-Nya:
Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yang telah dijatuhi hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yang menuntut bela itu. Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong. Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-bent1 dipengapakan. Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yang menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukuman yang berat itu kepada pesalah. Kerana orang yang bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH.
Walaupun mereka juga telah disusahkan oleh pesalah, yang mana patut pesalah juga disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dengan pembicaraan dan mendengar hukuman yang berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yang mendakwa sudah dapat menerima bahawa taqdir yang berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentu hikmah ALLAH cukup banyak dengan menimpakan kemalangan itu pada mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu.’ Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yang amat besar di sisi ALLAH. Dengan itu akhimya, seperti yang selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yang mendakwa. Dalam Islam,. pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman ta’zir yang agak ringan.
Apabila pesalah mengetahui yang ia diberi maaf oleh orangorang yang dia telah bersalah, jiwanya yang mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yang mendalam. Kalau tadi, dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan. “Aku telah menzalimi orang-orang yang cukup baik padaku. Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibatakibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yang telah menyelamatkan aku ini.”
Demikian lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya di saat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yang sudah pasti. Itulah kehidupan yang ALLAH maksudkan. Dan ia bukan khayalan penulis tetapi realiti sejarah yang sering berlaku di kalangan masyarakat Islam dalam melaksanakan hukuman-hukuman yang ALLAH tentukan itu.
Kisah begini mungkin asing pada pembaca kerana ia hampir tidak pemah berlaku dalam masyarakat kita. Lebih-lebih lagi kerana mahkamah di Malaysia dan di dunia hari ini memang tidak menerima pemberian maaf ke atas pesalah. Maka tidak pemah berlakulah pesalah diinsafkan oleh kemaafan pihak yang dia telah bersalah.
Sementelahan pula hat-i ini mana ada hati yang rela memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yang sangat ALLAH anjurkan itu. Sedangkan hukum hudud yang ALLAH turunkan itu ialah kepada masyarakat yang hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia. Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yang sementara itu. Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari itu pula pesalah turut diselamatkan dari tents jadi jahat. Itulah maksud. hudud yang sebenamya. Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yang begitu besar di sebalik kesusahan yang ditentukan-Nya. Benarlah firman-Nya:
Dalam masa yang sama, hukum hudud yang dijalankan pada seseorang mendidik orang lain agar takut untuk membuat jahat. Mengapa hukum-hukum lain yang bukan hukum hudud hari ini tidak pun membuatkan orang lain takut untuk buat salah? Bahkan makin diketatkan, jenayah dan maksiat makin berleluasa. Kalau begitu apa dalilnya untuk kita mengatakan hudud mampu menakutkan penjahat lain dari membuat kesalahan?
Hujah saya begini:
Hukum hudud ALLAH datangkan untuk masyarakat yang majoritinya sudah terdidik dengan dakwah dan tarbiah Islamiah. Masyarakat yang baik-baik, yang telah mencetuskan bermacam- macam kebaikan dalam masyarakat sama ada tamadun lahir atau tamadun maknawiah seperti iman, ilmu pengetahuan, akhlak dan lain-lain lagi. Maka untuk mengawal tamadun ini dari gangguan atau dirosakkan oleh kejahatan penjahatpenjahat yang masih ada sedikit-sedikit lagi dalam masyarakat sama ada sengaja atau terdorong oleh nafsu, didatangkanlah hukum hudud. Dengan kata lain, hukum hudud datang untuk masyarakat yang sudah baik-baik, yang penjahatnya sudah tidak ramai. Yang peluang-peluang kejahatan juga tidak ada dan penjahat pun sudah tahu bahawa perbuatannya adalah kerja terkutuk.
Dalam keadaan ini, bila dilihat saudaranya terhukum teruk akibat kejahatannya, dengan mudah saja menakutkan dan menginsafkannya. Hatinya mudah untuk insaf dengan melihat hukuman itu. Akibatnya, masyarakat selamat dari kejahatannya, maka akan hiduplah jiwa, fikiran dan fizikal mereka. Manusia boleh terus menyambung hidupnya. Ini satu lagi maksud yang terdapat dalam firman ALLAH di atas. Tetapi dalam masyarakat hari ini, hukuman apa pun tidak akan membuatkan penjahat takut dan berhenti dari kerjanya. Sebab penjahat menganggap kerjanya baik untuknya. Dianggap bidang tugas yang patut diusahakan. Kejahatan dianggap baik. Kalau tutup satu pintu darinya, dia akan cari pintu kejahatan yang lain pula. Hatinya sudah cukup rosak. Sebabnya, di samping tarbiah Islamiah memang tidak pernah didengarnya, dakwah pula disekat-sekat dan dibuat bermusim-musim. Keadaan sekitar juga membantunya.
ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan hukum hudud, namun Dia tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar menakut-nakutkan sahaja. Saya berani berkata begitu kerana melihatkan syarat-syarat untuk terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu diperketatkanNya. Hingga hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan kerana terlalu ketat syarat-syaratnya. Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka membawa contoh hukuman hudud yang dikenakan kepada penzina. Yakni kesalahan yang mahkamah tidak boleh terima pemberian maaf oleh mana-mana pihak. Kalau tersabit kesalahannya, pesalah mesti dihukum. Sebab penzina bukan sahaja bersalah dengan manusia tetapi yang lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum. Begitulah ketentuan syariat. Firman ALLAH:
Syarat-syarat itu adalah I seperti berikut:
1. Hakim mesti adil dan bertaqwa.
2. Mesti ada empat orang saksi lelaki yang adil. Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari, mengintai-mengintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu. Saksi-saksi fasiq tidak diterima kesaksiannya.
Antara ciri-ciri fasiq itu ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yang melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat. Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak bolehlah menjadi saksi. Apalagi kalau dia seorang yang melanggar syariat.
Selain itu, kesaksian juga tidak diterima dari mereka yang berikut:
i. Orang yang pemah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat.
ii. Orang yang murtad.
iii. Orang buta.
iv. Orang bisu.
3. Saksi-saksi mesti menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.
Dengan syarat-syarat tersebut, mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum .?
Kalau saksinya ramai sekalipun, senangkah nak cari saksi yang warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat. Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi saja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang.
Kemudian senang ke nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung’ itu?
Yang mana biasanya ha1 itu sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasiq, bukan saja tuduhannya itu ditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yang suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman hudud ke atasnya dengan hukuman rotan 80 kali. Siapa yang berani untuk mudahmudah menjadi saksi kepada kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya? Dan siapa yang berani untuk sengaja mencari-car-i salah orang lain untuk dibawa ke mahkamah?
Firman ALLAH:
Pendek kata, kes zina ini memang susah untuk dikesan dan dihukum. Dalam sejarah yang kita tahu, terlalu sedikit orang yang dihukum kerana zina. Kalau ada pun penzina yang dihukum oleh mahkamah ialah kerana penzina itu sendiri yang menyerah diri dan mengaku salah. Yakni lelaki dan wanita yang baik tetapi terlajak melakukan maksiat. Kemudian ia fmenyesal. Akhirnya meminta dirinya agar diazab di dunia, supaya selamat dari azab Neraka. Ertinya, pada zaman itu penzinanya adalah orang baik, yang terlajak oleh dorongan nafsu. Bukannya orang yang sengaja mahu berhibur-hibur dengan zina. Atau mencari makan melalui zina dan lain-lain lagi. Bukti dia baik ialah dia rela menyerah diri padahal dia boleh melepaskan diri. Tetapi itu tidak dilakukannya kerana dia takut kepada ALLAH- Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui!
Dengan syarat-syarat tersebut, mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum .?
Kalau saksinya ramai sekalipun, senangkah nak cari saksi yang warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat. Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi saja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang.
Kemudian senang ke nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung’ itu?
Yang mana biasanya ha1 itu sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasiq, bukan saja tuduhannya itu ditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yang suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman hudud ke atasnya dengan hukuman rotan 80 kali. Siapa yang berani untuk mudahmudah menjadi saksi kepada kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya? Dan siapa yang berani untuk sengaja mencari-car-i salah orang lain untuk dibawa ke mahkamah?
Firman ALLAH:
Dalam masyarakat seperti hari ini, sekalipun zina berleluasa, tetapi hukum hudud tidak sesuai untuk dijalankan. Ini disebabkan sukarnya hendak mencari seorang hakim yang adil dan saksi yang warak serta adil. Bila syarat tidak cukup, maka hukuman tidak boleh dijatuhkan. Kiranya kes-kes zina itu walaupun memang berlaku tetapi tidak tersabit kesalahannya, sebab tak cukup syarat, maka penzina-penzina lain pula akan ambil kesempatan untuk lebih berani melakukannya. Kerana peluang untuk lari dari hukuman adalah besar. Ertinya, selain dari hukuman sulit untuk dijalankan, zina pula akan berleluasa. Sebab itulah hukum ini sebenarnya ALLAH turunkan di waktu masyarakat umum sudah baik-baik belaka. Penjahat-penjahatnya kalau ada pun, hanya sedikit bilangannya. Itupun orang yang sudah baik atau sekurang-kurangnya sudah malu dengan anggota masyarakat umum yang sudah baik-baik.
Jadi kalaupun terlepas dari kes zina, namun mereka ini sudah cukup malu dan insaf. Dan orang lain akan takut untuk melakukannya. Sedangkan dalam masyarakat hari ini, kalau penzina terlepas dari kes zina, dia bukannya makin insaf, tetapi akan jadi makin berani. Sebab dia tak akan begitu malu pada masyarakat yang memang sama-sama tidak baik. Zina sudah lumrah. Tetapi kalau dia seorang saja yang berzina, orang lain tidak per& didengar melakukannya, baru dia akan rasa malu, terhina, tersisih dan insaf.
Mengapa ALLAH perketatkan syarat-syarat ke atas hu-
halus dengan melepaskan penzina dari hukuman. Hingga kerana itu penzina mengalami kesan psikologi yang mendalam. Dia sangat insaf dengan perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Sedangkan kalau dia dihukum, kesan tidak begitu dirasakan. Cuma dia merasa patutlah dia terhukum sebab memang dia bersalah.
Hal ini hanya mungkin berlaku pada pesalah yang hatinya sudah pernah tunduk pada kebenaran dan tarbiah. Cuma untuk seketika ia lalai dan terikutkan nafsu. Juga pada hati yang sudah dikepung oleh masyarakat yang soleh dan solehah. Tetapi dalam masyarakat hari ini, yang hati-hatinya sudah degil dan ingkar, susah untuk insaf dengan didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan kiranya terlepas dari hukuman, mungkin dia rasa satu kemenangan. Dan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka.
Sebagai kesimpulannya, saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya hukum hudud yang dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga kepada individu pesalah. Ia sebagai satu kaedah pendidikan yang terakhir kepada sebahagian kecil anggota masyarakat Islam, yang tidak dapat dijinakkan nafsunya oleh dakwah dan tarbiah. Apabila pencuri dan pembunuh dimaafkan di mahkamah dan apabila penzina terlepas dari hukuman kerana syarat-syarat terlalu ketat, maka ha1 itu akan memberi malu dan menginsafkan pesalah-pesalah. Dia akan bertaubat. Dan itulah yang ALLAH mahukan.
Maka dengan cara itu terbinalah akhirnya sebuah masyarakat idaman yakni:
Segala apa yang saya bentangkan ini adalah rakaman sejarah. Dan kalau kita mahu melihatnya dengan mata kepala sendiri, demi keyakinan yang mendalam, tidak cukup dengan cerita dan teori ini. Justeru orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yang belum terbukti. Maka supaya benar-benar menjadi pengalaman bersama, mari kita cuba laksanakan segala langkah-langkah perjuangan itu mengikut susun atumya yang tertib secara istiqamah, sistematik dan syumul. Di sana nanti bat-u kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan falsafah yang mendalam tentang ajar-an-ajaran dan hukum-hukum ALLAH itu. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan pendapat yang berbeza-beza, yang biasanya lahir dari nafsu, syaitan dart kejahilan yang kita pertahankan.
Sebab itu Rasulullah SAW memulakan perjuangannya dengan mendakwahkan ayat-ayat Makkiyah kepada seluruh umat jahiliah. Ayat Makkiyah ialah ayat tentang aqidah dan akhlak. Yakni ayat-ayat tentang ALLAH, sifat-sifat-Nya, malaikat, para rasul, Hari Akhirat, Alam Barzakh, Syurga, Neraka, tentang kedaifan manusia dan lain-lain lagi. Tiga belas tahun lamanya Rasulullah menanam aqidah ke dalam jiwa umatnya. Apabila sudah ramai dari mereka yang memeluk Islam dengan hati yang sudah terlalu cinta pada ALLAH, rindu dengan Akhirat dan gerun dengan Neraka ALLAH, barulah Rasulullah memulakan susunan sebuah masyarakat Islam di negara kecil Madinah. Di sini barulah turun ayat-ayat tentang syariat.
Perlu diingat, ayat tentang perintah sembahyang pun turun sesudah sebelas tahun kenabian. Di tahap inilah baru turun wahyu tentang bagaimana menyelesaikan masalah-masalah masyarakat. Yakni bab-bab jenayah, hudud dan qisas, di samping ayat-ayat tentang jihad, ekonomi dan lain-lain lagi. Yakni sesudah terbentuk satu masyarakat Mukmin yang majoriti ahlinya adalah orang-orang soleh dan solehah. Iaitu yang ber-akhlak mulia lagi tinggi. Masyarakat yang sudah berwibawa, yang disegani oleh umum. Cinta dulu baru datang taat. Tanpa cinta orang tidak akan taat sekalipun pada kedua ibu bapanya.
Hudud datang untuk membersihkan penjahat-penjahat dalam masyarakat yang sudah tidak dapat dibaiki dengan kata-kata nasihat lagi, yang bilangarmya terlalu minoriti. Dan hudud juga memberi peluang kepada orang-orang yang bersalah untuk menerima hukuman di dunia. Supaya selamat dari Api Neraka di Akhirat. Dengan datangnya hudud, masyarakat salafussoleh tidak lagi diganggu oleh penjahat-penjahat. Lalu tercetuslah sebuah masyarakat yang indah, aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
Saya ingin merakamkan satu kisah yang berlaku di zaman Sayidina Umar Al Khattab, yang menunjukkan suasana masyarakat Islam yang layak untuk melaksanakan hukum hudud. Seorang lelaki bemama Hassan dalam perjalanan musafir telah singgah berehat di bawah sepohon pokok di sebuah kampung. Semasa Hassan tertidur, unta tunggangannya telah merayau-rayau ke kebun tanaman penduduk di desa tersebut. Tuan punya kebun telah membaling unta hingga mati unta itu. Apabila Hassan terjaga dan didapati untanya sudah mati, maka dalam keadaan yang masih tidak normal (kerana baru bangun tidur), ia terus membunuh lelaki yang membunuh untanya itu.
Hassan menyerah diri dan ia dibawa ke mahkamah yang tuan hakimnya ialah Sayidina Umar sendiri. Hassan dikenakan hukuman bunuh. Hassan menerima keputusan itu, cuma beliau membuat rayuan agar ia dibenarkan pulang ke kampungnya untuk selesaikan urusan hutang dan memberitahu ibu bapanya yang sudah tua serta anak isterinya. Sayidina Umar tidak boleh membenarkan kecuali ada orang yang bersedia menjadi penggantinya sekiranya Hassan tidak datang lagi untuk dihukum. Kerana simpati dengan Hassan, ada seorang Sahabat, Abu Zar Ghifari, yang merelakan dirinya untuk menjadi pengganti Hassan.
Maka pulanglah Hassan ke kampungnya untuk mengucap selamat tinggal pada keluarganya. Selesai bertemu dengan mereka, bersegeralah beliau berangkat untuk menerima hukuman bunuh. Oleh kerana perjalanan jauh, tali ras kudanya putus. Hassan hampir terlewat sampai pada tarikh yang dijanjikan. Sayidina Umar telah bersedia untuk menghukum Sahabat yang menggantikannya tadi. Tetapi sebelum kejadian itu berlaku, Hassan tiba-tiba muncul. Suasana sungguh mengharukan. Terharu dengan kejujuran Hassan, keluarga orang yang kena bunuh telah berlembut hati, lalu memaafkan kesalahan Hassan. Maka tuan hakim menerima pemberian maaf dan membebaskan Hassan dari hukumannya. Hassan tidak jadi dibunuh.
Demikianlah satu kisah mahkamah yang pernah berlaku di zaman salafussoleh. Untuk kita melihat kedudukan dan fungsi hudud yang sebenarnya.
Pertama, kita lihat bahawa perlakuan jenayah itu bukanlah satu perbuatan yang sengaja dengan niat dan perancangan jahat oleh orang yang memang jahat. Kes jenayah yang terjadi itu adalah kes yang tidak sengaja, kes terlajak atau perbuatan yang tidak dapat dikontrol nafsunya hingga timbul kisah yang sungguh-sungguh mengharukan. Tetapi demi keadilan, pesalah dibicarakan.
Tuan hakim begitu bertaqwa, adil dan tegas. Bukannya tuan hakim tidak simpati dengan pesalah yang tidak sengaja itu, tetapi dia mesti mendapatkan seorang tebusan tmtuk menggantikan si pesalah sekiranya pesalah itu melarikan diri dari hukuman. Dan bila didapati pesalah tidak hadir tepat pada masa yang dijanjikan, tuan hakim dengan tegas mahu menunaikan janjinya kepada Sahabat yang menjadi tebusan itu. Begitu baiknya hati Sahabat berkenaan, bersedia untuk mati demi seorang saudara seIslam yang lain. Alangkah jujumya Hassan terhadap keputusan mahkamah. Ia boleh lari dari hukuman kalau ia mahu. Dan betapa lembutnya hati keluarga si kena bunuh untuk memaafkan pesalah.
Itulah yang saya maksudkan masyarakat yang ahlinya sudah baik-baik dan soleh-soleh belaka. Mereka hidup aman dan makmur dengan tidak membuat dosa secara sengaja kepada ALLAH. Mereka mudah memaafkan, bertolak-ansur, tegas, kasih sayang dan lain-lain lagi. Inilah masyarakat orang bertaqwa yang sentiasa mendapat keampunan dari ALLAH. Bahkan pintu-pintu berkat di langit dan bumi terbuka untuk mereka, berdasarkan firman ALLAH:
Bandingan masyarakat ini dengan hukum hudud itu ialah umpama seorang pesakit kencing manis yang sebahagian badannya sudah reput. Kalau dibiarkan tidak dipotong nescaya akan menyusahkan atau berjangkit kepada anggota-anggota lain yang masih sihat. Maka dengan redha pesakit mere&an anggotanya itu untuk dipotong. Memang ha1 itu berat untuk dilaksanakan tetapi ia akan jadi lebih berat kalau dibiarkan. Maka hukuman perlu dibuat demi keselamatan ramai dan jangka panjang.
Sekali lagi saya katakan, hukum hudud umpama pagar, mengawal masyarakat dari gangguan kejahatan. Penjahat bukannya ramai. Kalau ramai sangat, pagar boleh roboh. Ertinya, ketika itu hudud tidak lagi mampu mengawal kebaikan masyarakat dari dicerobohi oleh penjahat. Sebaliknya, dalam masyarakat Islam sebenar, penjahat tidak ramai, masalah tidak banyak. Dengan kawalan hudud, kejahatan dan masalah dapat diselesaikan.
Mari kita lihat satu lagi contoh hukum hudud yang pernah dijalankan di zaman Rasulullah SAW sendiri. Supaya kita nampak jelas di mana duduknya hukum hudud ini dalam Islam. Pemah seorang wanita hamil datang kepada Rasulullah mengaku yang kandungannya adalah hasil zina. Apa tindakan Rasulullah? Apakah baginda tents menjatuhkan hukuman pada wanita itu? Tidak begitu! Bahkan baginda seolah-olah tidak percaya akan kata-kata perempuan itu. “Mungkin kamu berpegang- pegangan saja tak?” Demikian baginda mencungkil keikhlasan wanita itu. Walaupun wanita itu tetap mengatakan ia telah berzina, namun Rasulullah suruh dia pulang dahulu. Hinggalah tiga kali wanita itu merayu-rayu agar ia dihukum di dunia. Sesudah ia melahirkan kandungannya dan anak itu selesai disusui, ia datang merayu lagi. Kali ini ban&h ia dihukum.
Apa ertinya kejadian ini? Bahawa dalam Islam, hukuman hudud bukanlah sesuatu yang dianjur-anjurkan, diusaha-usahakan dan diheboh-hebohkan. Bahkan ia kalau mungkin dielakkan saja kecuali kalau sudah tidak dapat dielakkan lagi. Itu yang lebih utama. Sebab Islam agama keselamatan, bukan keganasan. Rasulullah lebih suka kalau ianya tidak berlaku, lambang Islam agama kasih sayang. Kejahatan seseorang jangan dihebohkan, diintai-intai dan dicungkil-cungkil. Seeloknya ia ditutup-tutup dan dimaaf-maafkan. Ini terbukti apabila Islam menjatuhkan hukuman rotan 80 kali kepada orang yang menuduh orang lain berzina tanpa cukup syaratnya. Ertinya, dalam Islam orang yang suka membuka aib orang, suka orang lain malu dan mengintai dan mencari-cari salah orang, itu dianggap penjahat dan pengacau masyarakat juga. Yang wajib dihududkan juga. Maka tertutuplah pintu fitnah.
Di zaman Khalifah Harun Ar Rashid (waktu kegemilangan pemerintahan Bani Abbasiah) berlaku peristiwa seorang telah berzina dan diputuskan untuk dihukum rejam.
Setelah sampai perkara ini pada Harun Ar Rashid beliau bertitah “Mereka yang hendak merejam penzina ini hendaklah orang yang tidak meninggalkan sembahyang Subuh dalam waktunya sejak ia baligh.” Maka tanya Harun Ar Rashid, “Siapakah di antara kaum yang boleh memberi jaminan pada saya telah menetapi menunaikan sembahyang Subuh dalam waktunya sejak baligh hingga ke hari ini?”
Semua mereka diam. Maka kata Harun Ar Rashid, “Saya yang menetapi sembahyang Subuh dalam waktunya sejak baligh. Oleh itu tangguhkanlah hukuman rejam ini.”
Saya suka menegaskan di sini bahawa dalam Islam hukum hudud itu bukan digalakkan. Cuma kerana tidak dapat dielak, ia terpaksa dilakukan. Macam talaq, sekalipun dibenarkan tetapi dibenci. Hukum hudud sekalipun dibolehkan tetapi sedapat mungkin diusahakan agar ia tidak dikenakan. Yakni dengan mendidik, mengajar, menasihat masyarakat supaya menjadi hamba yang soleh dan solehah. Bila orang sudah baik-baik, hukum hudud tidak perlu dijalankan walaupun hudud sudah diisytiharkan. Macamlah di kawasan yang tidak ada musuh tanaman, maka ladang kita tidak payah dipagar lagi. Kalau ada pagar pun tidak berfungsi apa-apa.
Demikian itulah yang telah diusahakan oleh Rasulullah dan salafussoleh. Hingga dalam masyarakat mereka hukum hudud hampir-hampir tidak berlaku walaupun sudah dikanunkan. Kalau ada pun (terlalu kecil) adalah kerana keredhaan pesalah. Bukan hasil buruan, tangkapan, mengintai-intai dan tipu helah. Dan demikianlah yang sedang dilaksanakan di Darul Arqam, insya-ALLAH. Yakni bukan berjuang untuk tegakkan hukum hudud, tetapi mengusahakan agar masyarakat tidak payah dihukum hudud. Kerana semuanya baik-baik belaka. Kalau terpaksa pun dilaksanakan, adalah dengan keredhaan pihak pesalah kerana ia mahu lepaskan dir-i dari azab Akhirat.
Saya bukan menentang perlaksanaan hukum hudud yang sedang diperjuangkan oleh saudara-saudara saya di Malaysia itu. Bahkan saya ucap terima kasih pada mereka kerana telah membuka pintu hukum hudud di Malaysia. Apa yang saya timbulkan ini, ialah tentang cara, proses, bila dan di mana hukum hudud itu seeloknya dijalankan. Apakah sekarang ini sudah sesuai dijalankan sedangkan persediaan awal belum dibuat secara serius dan menyeluruh?
Kalau kita lakukan tidak ikut jadual dan prosedur yang tepat, fungsi dan kehebatan hudud tidak akan kelihatan. Apa bezanya negara-negara Pakistan, Iran dan Arab Saudi yang menjalankan hukum hudud itu dengan negara-negara lain yang tidak menjalankannya? Bahkan negara-negara tersebut, seperti yang saya saksikan sendiri, dalam banyak ha1 masyarakatnya lebih buruk daripada negara yang tidak menjalankan hukum hudud. Di Malaysia negara yang tercinta, sungguh masyarakatnya lebih baik dari di Pakistan, Iran dan Arab Saudi. Demikianlah hakikatnya tanpa mengatakan dalam masyarakat Malaysia hari ini orang yang tidak sembahyang pun ramai lagi.
Hukum hudud, dengan peranan dan peraturan yang khusus, tidak boleh disalah ambil perlaksanaannya. Saya sudah katakan ia umpama pagar. Nak buat pagar, bukan ikut suka saja, bila-bila dan di mana. Pagar rumah dibuat sesudah rumah terbina. Orang tidak pemah buat pagar sebelum rumah yang cantik tersergam siap dibina. Demikian juga pagar tanaman. Sebelum benih selesai ditanam, orang belum buat pagar lagi. Kalau dibuat juga, ertinya buat kerja sia-sia.
Kita memang mahu anak kita cepat besar, cepat dapat kerja, jadi orang istimewa. Tetapi apakah kerana itu, seelok dia lahir, kita pun suap segala macam makanan yang berzat. Bukankah itu akan membuatkan ia tents tidak membesar? Ya! Kita mahu hukum hudud itu dijalankan. Sebab memang ALLAH perintahkan. Tetapi untuk menjalankamrya kita kena tempuh cara dan prosesnya. Kita kena ikut cara dan peraturannya. Kalau bukan caranya, ia lebih baik tidak dilaksanakan. Misalnya, mahkota memang hebat. Tetapi kalau orang kampung yang kerja petani pakai mahkota, apa yang akan jadi? Sesuai ke? Bukankah ia akan jadi janggal dan orang takkan hormat padanya lagi. Ramai yang akan berkata, “Mengada-ada orang ini” atau “Tak sedar diri orang ini” atau “Tak siuman ke orang ini?”
Hukum hudud memang baik. Tetapi kalau dilakukan oleh parti yang memerintah tidak berwibawa, yang akhlak, ibadah, perpaduan, kekuatan ekonomi, kebudayaan, pendidikan secara praktikal dalam parti dan lain-lain lagi, belum meyakinkan, ia akan diejek dan diketawakan. Orang mungkin akan mengatakan, “Ini semua politik punya mainan” atau “Mengada-ngada betul puak ni”. Mahkota kalau dipakai oleh raja memang cantik. Tetapi kalau orang kampung pakai, itu berlakon namanya.
Katakanlah kita semua tinggal di Kuala Lumpur. Kemudian kita nak ke Singapura. Bolehkah kita sampai kalau tidak ikut peraturan? Katalah, mentang-mentanglah nak cepat sampai, kita pun rempuh semua peraturan jalan raya. Agak-agak boleh sampai ke? Jangan-jangan ditangkap polis atau mendapat kemalangan. Akhirnya langsung tidak sampai.
Untuk sampai kepada pelaksanaan hukum hudud itu, kita mesti ikut peraturan. Peraturannya itu amat banyak dan mengambil masa. Untuk tahap ini kita usahakan dulu langkahlangkah ke sana. Macam hendak suruh orang sembahyang, kita kena sabar mendidiknya. Kalau tidak, sampai bila pun dia takkan sembahyang dengan betul. Saya bukan minta ditutup mahkamah. Tetapi fungsi mahkamah itu sendiri mesti dihalakan kepada memahamkan orang tentang Islam. Untuk satu tempoh awal, hukuman pada pesalah biarlah dibuat sepadan dengan kejahatan dan ketidaksedarannya. Yakni dijalankan hukum ta’zir dahulu.
Manakala Masyarakat Islam ialah masyarakat yang setiap individu manusia di dalamnya secara majoritinya mengamalkan Islam sebagai cara hidup secara syumul. Sebuah masyarakat Islam bukan ditegakkan hasil daripada dapatnya kuasa memerintah negara. Tetapi ia terbentuk hasil kesedaran jiwa individu yang patuh dengan sukarela melalui dakwah dan tarbiah. Cuma sekiranya usaha dakwah dan tarbiah itu disokong oleh kuasa memerintah, hasilnya barangkali lebih besar dan meluas lagi.
Hasil yang dimaksudkan itu ialah, manusia-manusia itu menjadi hamba ALLAH yang sangat patuh dart taat kepada ALLAH lahir dan batin. Mereka menjadikan hidup mereka hanya untuk mengabdikan diri kepada ALLAH sebagai khalifahNya. Kalau orang itu seorang pemimpin, maka ia menjadi pemimpin yang adil, yang menjadi payung menaungi rakyatnya dengan kasih sayang dan tawadhuk. Bagaikan, ayah terhadap anak, dikendalikan urusan rakyat dengan penuh tanggungjawab. Kalau ia seorang ulama, jadilah ia bagaikan obor, membakar diri untuk menerangi masyarakat. Ulama yang mewarisi tugas-tugas nabi dan rasul yang di dalam dirinya terserlah sifat taqwa dan akhlak yang mulia, di samping memimpin umat kepada keselamatan dunia dan Akhirat.
Kalau dia seorang kaya, jadilah dia bank kepada masyarakatnya. Kekayaannya diambil sekadar perlu untuk diri dart keluarga. Selebihnya untuk Akhirat yakni dilaburkan untuk kepentingan masyarakat. Kiranya ia orang miskin, ia tidak buat masalah dalam masyarakat, tidak meminta-minta, tidak mencuri dan tidak hasad dengki dengan si kaya. Kerana ia sudah sabar dan redha dengan kemiskinan yang ditaqdirkan. Tidak juga ia malas untuk berusaha. Bahkan tenaga dari tulang empat keratnya dikerahkan untuk menyumbang kepada masyarakatnya.
Para pemuda sasa dan belia dalam masyarakat Islam yang telah didakwah dan dididik dengan iman dan Islam, telah menjadi benteng kekuatan masyarakat kerana tidak lagi berfoya- foya. Tetapi sudah sedia bekerja dan berjuang untuk nasib masa depan masyarakatnya. Pemudi-pemudinya pula bagaikan tiang yakni member-i kekuatan kepada pertumbuhan dan perkembangan masyarakat. Mereka jadi serikandi yang menyemarakkan semangat dan usaha-usaha perjuangan kaum bapa dalam keadaan mereka sangat menjaga syariat dart berakhlak mulia. Mereka sangat menjaga maruah diri, taat pada kepimpinan lelaki dan suami mereka serta gigih membantu dalam apa juga bidang yang terdaya oleh mereka demi terbinanya tamadun Islam dalam masyarakat Islam yang mereka perjuangkan.
Pendek kata, setiap individu dalam masyarakat Islam dengan masing-masing peranan dan tugas yang diamanahkan, bertindak betul-betul seperti yang dicontohkan oleh peribadi salafussoleh. Akhlak dan kehidupan mereka kelihatan begitu indah dan menarik bagaikan bunga-bunga yang berkembang dalam taman. Bunga iman dan Islam; hasil tersemainya Al Quran dan Sunnah dalam jiwa, fikiran dan fizikal manusia. Kerana adanya dakwah, tarbiah dan kepimpinan yang baik.
Keindahan itu adalah kerana hati mereka sudah dipakaikan dengan taqwa. Ibadah mereka banyak, membuahkan akhlakakhlak yang tinggi dan mulia, yang terserlah pada sikap hidup mereka. Pemurah, penyayang, pemaaf, bertolong bantu, bertolak- ansur, ramah mesra, merendah diri, lemah-lembut, berbaik sangka, doa-mendoakan, hormat-menghormati, jujur, amanah, sabar, redha, cukup dengan apa yang ada, tawakkal, syukur, rajin, cinta Akhirat lebih dari dunia, tidak tamak, tidak meminta-minta, suka memberi dari menerima, tidak mementingkan dir-i, dan lain-lain sifat baik yang sangat disenangi manusia.
Semua itu dicapai hasil mengusahakan cinta pada ALLAH lebih dari yang lain-lain. Bukan hasil perlembagaan dan hukum hudud. Mereka ini hidup matinya sudah diserah bulat pada ALLAH. Sebab itu apa saja perintah ALLAH yang disukai atau tidak oleh nafsu, semua dikerjakan dengan rela. Manakala semua larangan ALLAH yang disetujui atau tidak oleh nafsu, ditinggalkan sama ada lahir mahupun yang batin. Bukan saja dosa-dosa besar yang mereka tinggalkan, bahkan dosadosa kecil pun sangat mereka takuti. Takut bagaikan takutkan gunung yang hendak menghempap di kepala. Berdasarkan sebuah Hadis yang berbunyi:
Semua itu dicapai hasil mengusahakan cinta pada ALLAH lebih dari yang lain-lain. Bukan hasil perlembagaan dan hukum hudud. Mereka ini hidup matinya sudah diserah bulat pada ALLAH. Sebab itu apa saja perintah ALLAH yang disukai atau tidak oleh nafsu, semua dikerjakan dengan rela. Manakala semua larangan ALLAH yang disetujui atau tidak oleh nafsu, ditinggalkan sama ada lahir mahupun yang batin. Bukan saja dosa-dosa besar yang mereka tinggalkan, bahkan dosadosa kecil pun sangat mereka takuti. Takut bagaikan takutkan gunung yang hendak menghempap di kepala. Berdasarkan sebuah Hadis yang berbunyi:
Dalam masyarakat Islam, kiranya ada saudara-saudara mereka yang buat jahat seperti mencuri, bergaduh, mengganggu perempuan (bukan zina) dan lain-lain kesalahan yang sekira-kira boleh diselesaikan oleh masyarakat mengikut syariat Islam, maka anggota masyarakat Islam itu sendiri yang menyelesaikannya. Ertinya, sebelum sempat polis bertindak, masya- &at yang mengetahui perkara itu dulu akan menyelesaikannya.
Sifat sangat memuliakan tetamu amat menonjol dalam masyarakat Islam. Kalau ada saudara se-Islam datang musafn ke tempat mereka, nescaya akan diberi penghormatan yang istimewa. Tetamu diberi tempat tinggal percuma, makan rninum serta keperluan lain yang secukupnya dengan percuma. Hotel tidak ada. Yang ada ialah Musafir Khana, yakni rumah rehat musafir, yang dibangunkan oleh masyarakat untuk kegtmaan para musafir dengan percuma. Hari ini kalau orang Islam dari kampung datang musafii ke Kuala Lumpur misalnya, tentu kena sewa hotel. Nak tumpang tidur di masjid pun tidak boleh. Pihak masjid sudah tidak percaya dengan sesama Islam lagi. Atau orang masjid sendiri pun sudah begitu rosak hatinya.
Begitu juga, kalau ada mana-mana anggota parti politik atau persatuan atau pertubuhan yang datang ke Kuala Lumpur, untuk menemui orang-orang separti dengannya atau pemimpin- pemimpin mereka sama ada atas urusan rasmi atau tidak, tentu mereka tidak akan sanggup menerima mereka sebagai tetamu di rumahnya. Kalau berlaku pun hanya jumlah yang terlaht sedikit. Ini memmjukkan masyarakat Islam belum wujud lagi di Malaysia. Dalam masyarakat Islam, orang lelaki sangat menjaga maruah wanitanya. Hinggakan kalau ada perempuan berjalan sendiri pasti dia selamat dari diganggu atau dirogol. Tetapi hari ini, bukan saja wanita dirogol di jalan, bahkan bapa sendiri turut merogol anak gadisnya atau jiran menodai anak jiran.
Dalam masyarakat Islam, orang miskin tidak mencuri. Orang kayanya banyak membantu dan memberi. Mereka hidup bersama saling perlu-memerlukan dan bertolong bantu. Rumah si kaya tidak terlalu besar hingga tidaklah tersinggung hati orang miskin. Bahkan rumah orang kaya jadi gelanggang orang miskin mencari kerja dan berhibur.
Pemimpin hidup di tengah rakyat. Rumahnya di celah-celah rumah rakyat atau tinggal di tempat yang sama-sama setaraf (sama level). Bukannya tersergam tinggi di puncak bukit, nun jauh dari rakyat. Hingga rakyat takut untuk menjenguknya. Makanan pemimpin dihantar dan diagih-agihkan ke rumah rakyat. Pemimpin tidak tidur malam kalau rakyatnya susah. Kerana itu pemimpin disayangi oleh rakyatnya. Masing-masing mahu berkhidmat percuma untuk pemimpinnya. Jadilah rumah pemimpin bagaikan rumah bapa yang di sana dihantar segala kesayangan dan hiburan oleh anak-anaknya.
Hari ini pemimpin terpaksa membeli undi rakyat. Di belakangnya, rakyat memaki-makinya. Apa kata kalau dalam keadaan ini hukum hudud diisytiharkan? Dapatkah hukum hudud itu mendamaikan hati-hati manusia, menjinakkan dan menakutkan mereka? Bolehkah perlaksanaan hukum hudud membuatkan masyarakat yang tidak Islam ini tunduk kepada hukum-hakam ALLAH? Adakah rakyat mengiktiraf pihak berkuasa yang mahu menjalankan hukum hudud ke atas mereka? Sedangkan mereka melihat pememerintah dan kakitangannya serta mahkamah dan kakitangannya pun jahat-jahat juga. Cuma bentuk jahatnya saja yang tidak sama.
Apabila penguasa yang adil belum ada, pegawai-pegawai pemerintah yang adil tidak ada, hakim yang adil juga tidak ada, saksi-saksi yang adil pun tidak ada, tukang-tukang tangkap yang adil juga tidak ada, bagaimana hukum yang dijatuhkan itu boleh adil? Dapatkah dielak dari berlakunya sebarang bentuk diskriminasi? Apakah semua golongan akan tertangkap? Jangan-jangan nanti yang tertangkap hanya golongan bawahan sahaja. Sedangkan golongan atasan yang bersalah akan ada orang yang melindunginya. Rasulullah SAW bersabda:
Maknanya, kalau hukum hudud itu dijalankan juga, selain daripada ALLAH tidak terima sebagai ibadah, kesannya juga tidak ada. Orang akan terus menjadi liar dan jahat. Perpecahan di kalangan masyarakat mesti berlaku. Kerana ada golongan yang &an terlepas daripada hukuman itu. Sebab hukum hudud yang tidak didahulukan oleh dakwah dan tarbiah bukan boleh mengubah jiwa, fikiran dan fizikal orang. Fungsi hudud yang utama ialah mengawal beberapa orang penjahat dari mengganggu keamanan, keharmonian, kemakmuran dan akhlak yang mulia yang sedang dikecapi oleh majoriti masyarakat umum. Dengan kata lain, hukum hudud cuma berfungsi baik untuk masyarakat Islam apabila pemerintah, hakim dan pegawai-pegawainya berlaku adil. Tetapi dalam masyarakat yang belum benar-benar Islam, belum dididik, hudud tidak akan membawa perubahan apa-apa, bahkan sia-sia sahaja.
Kalau begitu, lebih baik kita usahakan dulu tertegaknya masyarakat Islam walaupun negara belum Islam, daripada mewujudkan negara Islam sedangkan masyarakatnya masih rosak. Sebab kalau masyarakat sudah baik, hukum hudud itu sendiri tidak akan dikenakan kepada sesiapa walaupun telah dikanunkan sebab tidak ada siapa yang perlu dihukum. Waktu ‘itu kalau tidak diisytiharkan sebagai negara Islam pun tidak mengapa. Sedangkan kalau diisytiharkan negara Islam dan hukum hudud dikanunkan dalam keadaan masyarakatnya masih jahat, maka banyak yang akan teraniaya.
Contohnya boleh dilihat di zaman salafussoleh yang berlaku selama 300 tahun. Sebenarnya bukanlah sepanjang 300 tahun itu tertegaknya negara Islam. Kerajaan Islam hanya wujud selama 30 tahun sahaja iaitu di zaman Rasulullah dan Khulafa’ur Rasyidin. Selepas itu hanya wujud masyarakat Islam. Kecuali dua tahun setengah di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Dalam tempoh 30 tahun itu, kerajaan baik dan masyarakatnya juga baik. Sedangkan di zaman salafussoleh, pemerintahnya tidak adil sedangkan masyarakatnya tetap baik, tetap berlakunya kemakmuran dan keamanan di tengah masyarakat.
Maknanya, walaupun pemerintah atau negara sudah tidak Islamik lagi, tetapi dengan wujudnya masyarakat yang baik, maka tidak ada siapa yang hendak dikenakan hukum hudud walaupun hukum itu telah dikanunkan. Yang bergeseran hanyalah pihak pemerintah. Dan pergeseran itu berlaku sesama mereka sendiri, kerana inginkan kuasa dan jawatan, yang tidak menjejaskan masyarakatnya. Sebab itu ia dipanggil zaman salafussoleh (pemerintah jahat tetapi masyarakat majoritinya baik-baik atau soleh-soleh).
Tetapi dalam negara Islam yang masyarakatnya belum Islam, keadaamrya sangat buruk walaupun telah diisytiharkan sebagai negara Islam. Ini boleh dilihat di Pakistan, Arab Saudi dan Iran. Negaranya sudah mengisytiharkan undang-undang Islam tetapi keadaan masyarakatnya sungguh memalukan. Bukan tujuan saya hendak memburuk-burukkan ketiga-tiga negara ini, kerana rakyat mereka juga beragama Islam. Cuma ini sebagai contoh, sebab ramai orang yang tidak pernah ke negara-negara tersebut, tentu tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Di Malaysia, yang belum mengisytiharkan negara Islam pun keadaan masyarakatnya jauh lebih baik dari ketiga-tiga negara tersebut.
Di Malaysia, dalam sebulan susah hendak mencari orang bergaduh di khalayak ramai. Tetapi di Pakistan, dalam satu jam terjadi macam-macam jenis pergaduhan yang dapat disaksikan di jalan-jalan raya dengan jelas. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, kerana sudah lama berulang-alik lebih 20 kali di Pakistan. Kadang-kadang saya tinggal lebih daripada 40 hari dan menjelajahi lebih separuh dari bumi Pakistan itu.
Di Malaysia, kes Memali yang meragut nyawa 18 orang Islam itu dianggap luar biasa dan sampai hari ini masih dibangkitkan. Tetapi di Pakistan, boleh dikatakan selalu terjadi pembunuhan beramai-ramai seperti itu. Bukan saja 18 orang, bahkan lebih ramai dari itu, bila-bila masa saja boleh terjadi. Bahkan di Pakistan, yang terlibat mencuri, merompak, merogol dan mencolek, sebahagiamrya adalah anggota polis dan tentera sendiri. Cerita polis jadi pencuri adalah cerita biasa dalam akhbar di Pakistan ‘the Islamic Country’ itu!
Di Iran pun sama. Sudahlah kebersihan tidak dijaga, orangnya pula bengis dan kasar-kasar. Masuk ke Iran seolah-olah masuk ke negeri darurat yang kita akan digeledah, disyaki dan dengan kasar kita ditengking dan mungkin ditempeleng. Inilah negara Islam yang masyarakatnya tidak Islam. Pengisytiharan negara Islam tidak pun dapat membendung kejahatan. Bahkan di Iran sudah berjuta-juta rakyatnya lari ke luar negeri selepas diisytiharkan sebagai negara Islam sampailah ke hari ini. Sesetengahnya sudah menukar kerakyatan dan warganegara. Kalaulah negara Islam yang ditegakkan itu benar-benar membawa keamanan, kemakmuran dan keselamatan sepertimana yang digambarkan dalam Al Quran sebagai “Baldatun Thoyyibatun” (negara yang aman makmur), takkanlah sampai berjuta-juta rakyatnya lari ke luar negeri. Saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa di Iran dan mendengar dari mulut orang-orang Iran yang saya temui sebelum ini.
Di Arab Saudi, orang kayanya berfoya-foya, si miskin mengutip roti di tong-tong sampah. Di musim haji cukup masyhur cerita orang Saudi mengganggu perempuan, peniaga kasar- kasar, maksiat di tepi masjid. Wanita berpurdah di sana, tapi tanggal purdah dan dedah aurat bila berada di negara lain. Pelanggan-pelanggan pelacur di Thailand dari Timur Tengah kebanyakannya orang-orang Saudi. Inilah negara Islam yang masyarakatnya tidak Islam. Bagi orang-orang yang mempunyai kekuatan ekonomi, mereka akan terlepas dari hukuman. Kerana mereka boleh berbuat maksiat di luar negeri. Akibatnya, golongan miskin yang akan teraniaya. Tentulah dendam kesumat orang miskin pada orang-orang kaya berterusan. Kerana orang kaya bila bersalah, boleh melarikan diri ke luar negeri sedangkan si miskin tidak.
Apa ertinya kita dapat negara Islam tetapi rakyat kita akan masuk Neraka kerana derhaka kepada ALLAH? Bukankah kita berjuang untuk keselamatan dunia dan Akhirat? Apa maksudnya kita melarang mereka buat maksiat di satu tempat tetapi membenarkannya di tempat yang lain? Bukankah lebih baik kita berjuang agar masyarakat payah dihududkan kerana sudah baik, daripada berjuang untuk hududkan mereka kerana masih jahat?
Rasulullah SAW dalam tertib perjuangannya telah berusaha menegakkan masyarakat Islam dulu sebelum negara Islam. Sebab yang penting, manusia-manusianya di-Islamkan. Undang- undangnya mengikut saja. Sebab undang-undang itu dijalankan oleh manusia. Kalau manusia baik, undang-undang yang tidak baik pun dapat dibaikinya, apalagilah kalau undangundang itu memang baik. Tetapi kalau orangnya jahat, undangundang yang baik pun dirosakkannya.
Saudara tentu pemah melihat gambar hukum rotan yang dijalankan di Pakistan. Hukum itu baik tetapi telah dirosakkan. Yang mana orang yang merotan cuma pakai seluar pendek. Dan cara merotan pun nampaknya tidak mengikut kaedah yang ditetapkan oleh syariat. Tetapi ikut nafsu sendiri. Ertinya, tukang merotan pun buat maksiat dedah aurat. Mungkin orang yang kena rotan itu berkata dalam hatinya, ‘Engkau pun sama. Patut engkau pun kena rotan macam aku juga’.
Di Malaysia, kita dengar ada pihak yang hendak menegakkan hukum hudud pun akan menyuruh orang-orang gedebe (orang jahat) sebagai pelaksana hukum itu. Yang beliau akui banyak ada di Kelantan. Ini memberi erti, siang-siang lagi di negeri itu belum wujud masyarakat Islam kerana masih banyak yang gedebe (orang jahat). Kalau begitu, akan berlakulah orang jahat menghukum penjahat.
Apakah itu ajaran Islam? Mana boleh hukuman yang baik dijalankan oleh orang jahat? Orang jahat itu pun patut termasuk yang dihukum, bukan yang menghukum. Tidak adillah namanya kalau penjahat menghukum penjahat. Di sini menggambarkan pihak yang mahukan hukum hudud itu pun tidak faham tentang falsafah hukum hudud dan syarat-syarat melaksanakannya. Kalaulah pihak yang hendak melaksanakan hukum hudud itu sendiri sudah tidak faham, tentulah akan berlaku suasana yang lebih merbahaya lagi.
Kita. mahukan sebuah negara Islam yang masyarakatnya juga Islam. Itulah yang sebaik-baiknya. Tetapi kiranya kita kena pilih, pilihlah masyarakat Islam dari negara Islam. Kerana negara Islam tanpa masyarakat Islam dalam ertikata yang sebenar belum menjamin keselamatan, keamanan, kemakmuran dan keampunan ALLAH. Tetapi dalam masyarakat Islam, semua itu terjamin, insya-ALLAH. Mendapatkan negara Islam itu mudah. Hari ini pun Kerajaan Malaysia boleh isytiharkan Malaysia negara Islam, kalau dia mahu. Tetapi apa ertinya negara Islam itu kalau masyarakatnya tetap seperti yang ada ini? Musuh-musuh Islam akan lebih berani menghina Islam, kerana kata mereka, “Islam pun tidak boleh selesaikan masalah. Tengok, dalam negara Islam lebih banyak masalah.”
Kita pilihlah masyarakat Islam. Yakni mengusahakan agar manusia hidup ikut cara Islam. Bila sudah terjadi masyarakat mirip salafussoleh itu, kalau ALLAH serabkan negara untuk di-Islamkan, kita bersyukur. Tetapi kalau tidak pun, kita tidak bermasalah apa-apa. Sebab dalam sebuah masyarakat Islam yang benar-benar menjalani cara hidup Islam, kalau tidak jalankan hudud pun, masalah tidak timbul.
Bagi mereka yang sudah ada negara Islam atau negeri Islam, saya berseru agar Islamkan dahulu masyarakatnya. Lebih-lebih lagi masyarakat dalam jemaahnya. Supaya negara Islam akan kelihatan gagah, hebat, aman dan makmur. Jika tidak, orang akan ketawakan negara atau negeri itu. Kerana ia kelihatan lebih teruk daripada negara yang tidak diisytiharkan sebagai negara Islam.
Adalah menjadi pengalaman biasa kita bersama sebelum ini bahawa di dalam perjuangan Islam, banyak hukum-hukum ALLAH yang pada mulanya dulu dipertikaikan, disindir-sindir, diejek, dibenci dan diketawakan tetapi akhimya diterima dengan rela hati. Misalnya tentang pemakaian purdah oleh wanita beriman. Berapa ramai wanita yang dulunya jijik dengan purdah tetapi kini jatuh cinta dengan purdah dan memakainya. Apa yang menyebabkan hal ini berlaku? Ini adalah kerana dulu mereka tidak tahu tentang hukum tutup aurat, tetapi kini mereka sudah kenal dan sudah cinta.
Hal demikian ini adalah satu proses biasa yang mesti berlaku dalam masyarakat. Yakni hal-hal yang baru, mulanya dimusuhi tetapi lama-kelamaan ia diterima. Apalagi di zaman kebangkitan s’emula Islam ini, yang mana sebelumnya hukum A,LLAH sudah hancur sama sekali. Kita semua kena bersabar untuk melalui proses penentangan terhadapnya kemudian menyusul pula proses penerangan, kefahaman, keyakinan, pengamalan dan akhimya penentang tadi akan jadi pejuang utama pada apa yang ditentang sebelumnya.
Sekarang di tahun ke-13 dalam abad ke- 15 Hijrah ini, hukum hudud pula tampil jadi satu isu yang panas di akhbarakhbar, di majlis-majlis muzakarah, di kedai-kedai kopi dan di mana-mana saja orang memperkatakamrya. Ada yang ghairah sangat mahu melaksanakannya, dan ada yang marah sangat nampaknya. Moga-moga di celah-celah sikap pro dan kontra ini, kita akan menemui hasil yang terbaik, yang akan memberi kepuasan pada semua pihak.
Apalah ditakut dengan hukum hudud ini. Ia bukannya perkara baru dalam dunia ini. Bahkan ia sudah jadi amalan di seluruh dunia. Cuma hukum ‘hudud’ yang dijalankan selama ini, bukan menurut cara Islam. Kita namakanlah, ‘hudud Barat’. Hukuman-hukuman yang dibuat dan dijalankan di Malaysia dan di merata negara di dunia hari ini, semuanya ‘hudud Barat’. Kalau umat Islam boleh iktiraf hudud dari Barat, mengapa susah sangat hendak terima hudud Islam? Dan kalau orang Cina dan India pun boleh terima undang-undang Barat, tentu tidak mustahil mereka juga boleh terima undang-undang Islam.
Dalam hudud yang Barat ciptakan, yang sudah dilaksanakan sekian lama di Malaysia dan di seluruh dunia, ada banyak hal yang menakutkan yang kita pun ngeri mendengarnya. Ada hukuman yang pesalahnya ditetapkan untuk dibunuh, dipancung, di‘karan’kan dengan kerusi elektrik, digantung dan dipenjara seumur hidup. Ada juga disebat, dipenjara dalam gelap. Ada yang dipenjara tanpa bicara. Semuanya ini sangat menakutkan kalau dikenang-kenang dan direnung-renungkan. Sebab itu pada saya, kalau ada orang yang merasa ngeri dan takut dengan hukum hudud dalam Islam, itu bukanlah satu kepelikan atau keanehan. Ia cuma satu kesan psikologi pada orang-orang yang lemah jiwa bila dengar cerita azab dan seksa.
Orang semacam ini kalau tengok filem perang atau lihat seksaan dalam penjara pun akan menjerit-jerit ketakutan dan mungkin mati tents kalau memang ada sakit jantung. Sebab gambaran itu telah memberi satu hentaman ketakutan yang akan memberhentikan degup jantungnya. Pada orang ini, bukan saja hudud Islam yang dia akan tentang, ‘hudud-hudud’ biasa ini pun kalau dimainkan sebagai isu panas, bila dia diminta member-i komen, ia pasti akan menentang dan mengatakannya kejam. Apa tak kejamnya, orang baru bawa senjata api sudah dihukum gantung. Orang menjual dadah pun dibunuh. Tangkapan di bawah ISA langsung tidak dibicara. Tak kejam ke?
Kalau anda disuruh memilih, antara hukum gantung dengan potong tangan, mana yang anda mahu? Insya-ALLAH majoriti orang akan pilih dipotong tangan saja. Walaupun sakit tetapi masih hidup. Orang lebih tidak mahu mati daripada tidak mahu sakit atau cacat. Kalau begitu, tidaklah kejam kalau hudud Islam ada hukuman potong tangan. Bukankah hukum bunuh itu lebih berat daripada hukum potong tangan?
Sesiapa saja yang rasional, tidak akan prejudis dengan hudud dalam Islam. Apa salahnya orang jahat dihukum. Dunia mengakui bahawa orang salah dan orang jahat tidak boleh dibiar. Penjahat mesti dan patut dihukum. Sebab itu di dunia hari ini banyak penjara tempat menyeksa orang. Memang ubat pada kejahatan itu ialah hukum seksa atau azab.
Ada orang kata kalau hudud dilaksanakan dalam negara Islam nanti, para pelancong tidak datang, pelabur lari dan bangsa asing akan tentang. Saya mahu tanya, mengapa pelantong- pelancong ramai ke Malaysia, sedangkan banyak penjara di Malaysia sekarang ini? Tali-tali gantung pun banyak, rotan-rotan penyebat pun bersepah-sepah. Apakah para pelantong itu tidak takut kepada penjara, rotan, kerusi elektrik, alat pemancung, gas chamber, dan tali gantung? Di mana lojiknya mereka berani pada semua itu tetapi cuma takut pada pisau yang hendak potong tangan pencuri dalam negara yang menjalankan hukum hudud secara Islam? Atau apakah anda fikir dalam negara Islam itu, semua orang sibuk nak menghukum hudud saja? Silap sana, hudud, silap sini, hudud? Begitu ke?
Sebenarnya dalam negara Islam yang sebenar itu, bilangan kes hukuman hudud berada di tahap yang paling minimum. Setahun sekali pun mungkin tidak berlaku. Tetapi tengok dalam negara sekular alaBarat ini, tiap-tiap hari mahkamah jatuhkan hukuman ‘hudud Barat’ mereka pada rakyatnya.
Konon ada orang Islam yang bimbang kalau-kalau hudud akan membuatkan orang bukan Islam dalam masyarakat majmuk ini tidak boleh terima dan akan bangun menentangB. agi saya anggapan ini tidak tepat kerana saya lihat sekarang ini pun orang bukan Islam memang tidak senang denganbeberapa ha1 yang dibuat oleh kerajaan. Sebab itu suara-suara penentangan itu selalu kedengaran dalam parlimen. Bahkan perebutan kuasa politik oleh orang bukan Islam di Malaysia bukan soal yang asing lagi bahkan sudah serius dan kronik. Itu semua bukan disebabkan hudud. Tetapi mengapa ini tidak dibimbangkan? Pada saya ha1 ini lebih bahaya daripada penentangan yang mereka mungkin lakukan terhadap perlaksanaan hukum budud di Kelantan.
Namun apa yang lebih menghairankan dan menyusahkan saya ialah mengapa di waktu orang bukan Islam belum bersuara apa-apa terhadap hudud, orang Islam sendiri yang beriaria sangat takut kalau-kalau hudud dijalankan? Kalau betul kita bertanggungjawab terhadap agama kita, caranya ialah kita fahamkan mereka tentang hukum ALLAH itu. Bila mereka faham, moga-moga mereka boleh terima. Tetapi kalakui ta yang tentang atau kita pun turut tidak setuju, tentu orang bukan Islam akan kata, “Macam mana orang Islam sendiri menolak hukum Islam? Ada Islam lama, Islam baru ke?” Dan atas sikap dolakdalik kita ini, kewibawaan umat Islam akan jatuh dan mereka akan berani menentangnya.
Sebenarnya perbuatan anda menentang hukum hudud ini,
Bagaimana kalau ada orang cadangkan, “Kalau anda rasa hukum-hukum Islam itu tidak boleh masuk ke akal anda, maka anda tolak saja agama Islam !” Bagaimana? Tentu anda marah! Maka begitulah marahnya orang Islam lain kerana sikap anda itu. Kalau kita tidak faham sesuatu, katakanlah yang kita tidak faham. Jangan bercakap macam orang pandai, nanti keliru dan kusut masyarakat dibuatnya. Dan atas sikap anda itu, akan ada orang yang faham dan kenal siapa anda sebenarnya.
Saya yakin, orang bukan Islam yang cerdik, baik dart tidak busuk hati, tidak ada kepentingan, dengan mudah saja boleh terima hukum hudud. Kalau mereka faham maksud baik dengan hukum hudud ini, mereka akan menerimanya dengan rela hati sepertimana mereka telah dart boleh terima hukum sekular yang dalam sesetengah ha1 lebih berat dari hukum hudud. Mereka pun suka negara aman dari orang-orang jahat yang mengancam masyarakat.
Biasanya yang keras kepala, kaki menentang itu sama ada yang Islam atau tidak, bukannya ramai. Kadangkadang hanya bilangan jari. Cuma kerana mereka ini kaki buat bising, suratkhabar pun besar-besarkan, orang pun salah sangka. Ingatkan mereka ramai. Sebenamya tidak!
Persoalan sebenarnya sekarang ini ialah, mana yang lebih baik antara hukum ‘hudud’ yang biasa atau hudud menurut Islam? Kita mesti bersikap adil dalam membandingkan keduadua sistem hukuman ini supaya kebenaran dapat disaksikan oleh semua pihak. Untuk itu kita mesti melihat teori dan praktik kedua-dua hukum ini sepanjang sejarah. Dan kita juga mesti melihat dasar dan matlamat kedua-duanya. Kemudian teknik yang dipilih serta prosedur untuk mencapai tujuan masingmasing. Insya-ALLAH, semua ini akan saya huraikan dalam bab-bab berikutnya dalam buku ini.
Sepatutnya umat Islam tidak berbeza pendapat lagi dalam menerima dan melaksanakan hukum hudud yang sudah ALLAH tetapkan sejak 1400 tahun dulu dalam Al Quranul Karim. Tetapi kerana jahil, akibat tidak mahu belajar ilmu ALLAH dengan serius dan teliti, maka jadilah mereka penentang kepada agama mereka sendiri. Malanglah hamba-hamba ALLAH yang demikian sikapnya terhadap hukum-hukum ALLAH, yakni menolak hukum hudud ini. Kerana mereka tidak dapat lepas daripada salah satu kesalahan ini: fasiq, zalim atau kafir. Ketiga-tiga kategori ini termasuk orang berdosa yang akan diazab dengan Neraka (sama ada ringan atau berat), kalau tidak bertaubat. ALLAH berfirman:
Hukum kafir akan dijatuhkan kepada orang-orang yang tidak percaya yang hukum ini datang dari ALLAH. Dia menentang sepenuhnya kerana dianggap hukum hudud itu tidak bijak, tidak betul, tidak sesuai dengan zaman, boleh bawa kerosakan dan hura-hara. Kafirlah hamba ALLAH ini kepada Tuhannya kerana menganggap ALLAH tidak betul, tidak pandai, tidak faham masalah dart tidak ikut edaran zaman. Itulah ketetapan dalam Islam. Manusia ini sebenarnya, walau bagaimana cerdik pandainya pun, dia masih lemah. Bila-bila masa saja manusia boleh gila, mati, miskin, terhina dan sebagainya.
Saya cadangkan orang-orang Islam yang terlibat, bertaubatlah dengan ALLAH, berjanjilah untuk kaji Al Quran dan menjadi seorang Muslim yang taat. Dan sama-sama berusaha untuk memahamkan orang-orang bukan Islam.