PENDAHULUAN
Bismillahi ar-rahmani ar-rahim As-solatu 'alan nabiyyu warahmatullahi wabarakatuh Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Puji-pujian buat Allah tuhan penguasa semesta Alam. Selawat dan salam ke atas paduka baginda Nur Muhammad saw. Terima kasih kerana keagungan Allah saya hamba yang lemah ini dapat ilmu yang tidak dikurniakan kepada sesiapa pun kecuali sesiapa yang dikehendakiNya.
Kita sudah masuk fasa teragung dalam sejarah manusia. Fasa pertembungan dua individu yang dijanjikan di akhir zaman yakni Imam Mahdi alaihis salam dan Dajjal laknatullah. Sejak zaman Nabi Adam as manusia dikhabarkan bahawa suatu masa dalam sejarah manusia akan tiba satu masa agung dimana berlakunya peristiwa maha dahsyat yang tak pernah dirasai sejak alam ini diciptakan. Kita yang hidup pada hari ini hendak dikatakan bertuah boleh juga hendak dikatakan sangat malang boleh juga.Inilah masanya, masa teragung yang dijanjikan Allah sejak penciptaan Alam. Kitalah yang terpilih.
Ada manusia tercari-cari siapakah Imam Mahdi. Ada yang mencari Putera Bani Tamim bagi mendapatkan Imam Mahdi namun Allah dan Rasul menyimpan seribu satu rahsia dalam jadual Allah yang berlaku di akhir zaman untuk memastikan bahawa kebenaran pasti menang walau apa cara sekalipun. Jadual Allah adalah rahsia perjalanan sejarah manusia yang dititipkan pada paduka baginda Nur Muhammad saw. Jadual Allah ini kemudian dititipkan kepada Sayyidina Mahdi as. kemudian Jadual Allah itu dititpkan kepada Sayyidina Fata At Tamimi ra.
Tapi di luar sana tiada siapa tahu bahawa Allah dan Rasul mengutuskan seorang pemuda terahsia yang menggerakkan jadual Allah. Jadual Allah dititipkan padanya. Nur Muhammad saw telah menyebut tentang kewujudannya bahkan nama ini yang diperjuangkan Putera Bani Tamim. Namun sejak akhir-akhir ini nama itu dilupakan dan berlaku salah penggunaan jawatan ini kepada yang bukan pemiliknya. Saya sebagai penulis telah diamanahkan untuk mempromosi semula nama yang telah luput dari ingatan manusia yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul.
Nama itu ialah AL HASYIMI atau PUTERA BANI HASYIM ATAU PEMUDA BANI HASYIM (Rahimahullahu taala). Individu ini dititipkan dengan pengetahuan Jadual Allah seperti mana saudaranya yakni Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Beliau diarahkan mencorak dunia menurut kehendak Jadual Allah sedang Roh Rasulullah saw, Imam Mahdi as dan Putera Bani Tamim berada di belakangnya.Perlu saya jelaskan bahawa saya hanya diamanahkan mempromosikan Al-Hasyimi yang sehingga kini dirahsiakan. Saya sendiri tidak diberitahu siapakah dia secara susuk tubuh. Allah dan Rasul sedang menyiapkan insan bertuah ini demi menjadikan kebangkitan ummah berjalan menurut jadual Allah.
Di pihak musuh Allah, sejak Al-Hasyimi ini dipromosi mereka bagai orang gila bertindak melulu mencari siapakah Al-Hasyimi itu. Beliau adalah simpanan Rasulullah saw khas untuk umat akhir zaman. Beliau saat ini mungkin sedang mencorak dunia sekehendaknya berdasarkan Jadual Allah walaupun tidak dikenal manusia. Beliau manusia paling bertuah di dunia ini kerana dijanjikan Allah dan Rasul kehadirannya. Siapakah Al-hasyimi? Apakah peranannya? Dimanakah beliau akan muncul? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tokoh ini maka bacalah buku ini sehingga penamatnya.
Sekian
Mohammad Sobree Abu Bakar
PENGENALAN
Al Hasyimi Figure Kebangkitan Islam Kedua
Akhir zaman ada beberapa figure utama dalam peristiwa kebangkitan Islam iaitu
1. Imam Mahdi
2. Putera Bani Tamim
3. Al-Hasyimi
4. Haris Harras
Figure Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudah sedia diketahui kewujudannya akan tetapi figure Al-Hasyimi masih menjadi misteri. Al-Hasyimi adalah seorang lelaki yang mempunyai peranan besar di dalam kebangkitan Islam bahkan beliau adalah kunci bagi kebangkitan Islam. Tanpa beliau Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi tidak dapat memenangkan Islam. Kerana pentingnya beliau hingga figure ini menjadi rahsia hingga berlaku jadual Allah. Tidak seperti Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim yang sudah terkenal individu tersebut tetapi Al-Hasyimi tetap dirahsiakan identitinya.
Siapa Al-Hasyimi?
Menurut hadis Al- Hasyimi adalah lelaki dari hujung timur. Mempunyai tahi lalat di bahu kiri. mempunyai tahi lalat di tapak tangan kanan/kiri. beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi dari sebelah Bapa. Mengikut pendapat saya beliau adalah lelaki ahlulbait berbangsa Melayu dan ada hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi.
Apa peranannya?
Peranan beliau adalah
1. Pencetus kepada Daulah di Timur
2. Orang Kanan kepada Putera Bani Tamim
3. Putera Bani Tamim dan beliau bergabung dengan Haris Harras untuk
memerangi As-Sufyani
4. Pemegang panji-panji Imam Mahdi semasa Malhamah kubra
5. Menyerahkan khilafah kepada Nabi Isa as sesudah Imam Mahdi wafat
Peranan pertama dikunci suatu ketika dahulu demi menjaga amanah dan rahsia kebangkitan. peranan pertama sangat penting dan tak boleh didedahkan kerana jika Yahudi tahu maka beliau akan diburu dan tak akan dibiarkan hidup. Kunci dibuka kerana masanya sudah hampir kerana saat ini munculnya As-Sufyani dan Yahudi sudah bertindak untuk mencari siapakah gerangannya Al-Hasyimi kerana peranan ini sudah mereka ketahui.
Al-Hasyimi adalah orang yang sangat di monitor dan sangat diburu iblis dan Dajjal kerana peranan beliau pemegang kunci kemenangan dan padanya terdapat rahsia jadual Allah. Dia menjadikan Yahudi seolah-olah boneka yang dipermainkan bagi mengisi Jadual Allah. Beliau diberikan maklumat rahsia dari semasa ke semasa untuk membuka kunci rahsia perjalanan jadual Allah. Di zaman Nabi Isa Al Masih as beliau dimuliakan dengan menjadi penyerah kuasa kekhalifahan kepada baginda as.
Dari mana asalnya salsilah "Melayu" apa kaitan dengan : JAWI. Siapa sebenarnya Yahudi Zionis?Kenapa mereka memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishaq+Ismail+ "Q" ? Siapa Q? Siapa Pemuda Bani Tamim? Apakah itu "3Mim"?
Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism...
YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan keturunan NABI ISHAQ. Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazarsyang ganas dan bengis dari selatan Russia, indukYakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran? Misteri ini kian terbongkar.
SATU KEGANJILAN diakhir zaman......... Penemuan kajian, Melayu Nusantara ialah Bani Ishaqberagama Islam sementara Yahudi Zionis ialahBangsa Khazar yang berugama Yahudi. ??? Kaum Phastuns di Afghanistan dan Pakistan juga adalahBani Ishaq??? Misteri yang semakin nyata.