Muqaddimah
Bab I: Mengapa timbul konsep fifty-fifty?
Bab 2: Apa itu kesederhanaan
Bab 3: Kesederhanaan yang Lumrah
Bab 4: Besarnya Akhirat, kecilnya dunia
Bab 5: Contoh kehidupan yang mengutamakan Akhirat
Bab 6 :Rahsia terbangunnya tamadun ummah
Bab 7: Penutup
PRAKATA
Umat Islam sudah terlalu lama dibohongi, ditipu, dipermain-mainkan dan dihina-hina. Dan selama itulah pula Yahudi dan nasrani bergelak ketawa sepuas-puasnya. Mereka gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam. Lihat satu contoh kecil bagaimana kita diperbodohkan sekian lama. Yakni dalam soal pakaian. Sebenamya musuh-musuh ALLAH itu tahu peri bagusnya pakaian. cara Islam yang menutup aurat itu diamalkan. Sebab berpakaian menutup aurat itulah satusatunya cara untuk menyelamatkan mata lelaki dari terpesona dan tergoda dengan perempuan. Tetapi oleh kerana mereka terlalu benci dengan Islam, maka mereka benci dan dengki juga dengan pakaian umat Islam. Maka mereka pun memburuk-burukkan dan berusaha menghalang umat Islam dari memakainya. Dikatakannya pakaian itu ketinggalan zaman, menyusahkan pergerakan, panas, rimas, hodoh dan melampau. Padahal pakaian merekalah yang ketinggalan zaman, menyusahkan orang lelaki, hodoh dan melampau. Pakaian mereka tidak ada tujuan dan matlamat yang baik. Tetapi dik umat Islam termasuk para ulama termakan dakyah mereka, akibat tidak ada pegangan atau prinsip yang kukuh terhadap maha benarnya ajaran Islam yang dianutinya maka dapatlah diperbodohkan oleh orang-orang bodoh Akhirat itu.
Bukan sahaja dalam soal pakaian, bahkan dalam setiap aspek hidup sama ada kecil mahupun besar, umat Islam sudah ditipu atau dipesongkan dari ajaran Islam. Yang mana pada dasamya, segala bidang hidup yang penting telah dipisahkan dari Akhirat. Dalam ha1 pendidikan, pelajaran, akhlak, ibadah, aqidah, syariat,
ekonomi, politik, sosial, perubatan, perhubungan, ketenteraan
dan serba-serbinya semuanya dihalakan kepada
dunia. Akhirat seolah-olah tidak wujud. Atau kalaupun
ada, kecil sekali. Yakni diperingati dalam waktu-waktu
yang singkat di upacara-upacara kecil di masjid, di hari
kematian dan di majlis-majlis khusus yang ada hubungan
dengan agama. Akhirat betul-betul disisihkan dari
hidup umat; dari fikiran dan hati mereka. Siapa selalu
sebut Akhirat akan jadi kolot, jumud dan anti pembangunan,
katanya.
Lalu umat Islam dilalaikan selalai-lalainya dengan
dunia. Tuhan dan Akhirat sekali-sekala sahaja datang
dalam hidup atau dalam ingatan mereka.
Ingatan-ingatan dari ALLAH dan Rasul tentang besamya Akhirat diputar-belitkan dan diselewengkan dari maksud asal. Bahkan sesiapa yang serius dengan Akhirat dikatakan golongan frust dan tinggal dunia. Dan dikatakan tidak maju dan anti establishment. Dunia yang menipu dibesar besarkan hingga kelihatan begitu indah dan menakjubkan. Hingga umat Islam memuja dunia bagaikan kelkatu mengerumuni lampu.
Penyakit makan gaji sudah jadi hidup mati umat Islam, yang begitu diperjuangkan; guna menampuk-nampuk dunia untuk diri sendiri, bukan untuk masyarakat atau kemajuan umat. Lalu merangkaklah kita menuju ke pintu neraka dunia yang haru-biru itu. Di Akhirat akan terjun ke kawah api Neraka yang maha dahsyat. Wal'iyazubillah
Sepatutnya umat Islam ini terbentuk oleh pendidikan Rasulullah SAW. Yakni hidup dan mati mereka diuntukkan kepada ALLAH. Matlamat mereka ialah Akhirat, bukannya dunia. Mereka zuhud untuk diri kerana memberi kekayaan kepada Islam dan masyarakat Islam. Mereka takut untuk kaya di dunia kerana bimbangkan Hari Hisab yang maha dahsyat itu. Mereka benar-benar bersedia untuk mati, kerana mati adalah kemuncak kehidupan. Yakni saat penentu bahagia atau derita hakiki yang bakal ditempuh.
Ingatan-ingatan dari ALLAH dan Rasul tentang besamya Akhirat diputar-belitkan dan diselewengkan dari maksud asal. Bahkan sesiapa yang serius dengan Akhirat dikatakan golongan frust dan tinggal dunia. Dan dikatakan tidak maju dan anti establishment. Dunia yang menipu dibesar besarkan hingga kelihatan begitu indah dan menakjubkan. Hingga umat Islam memuja dunia bagaikan kelkatu mengerumuni lampu.
Penyakit makan gaji sudah jadi hidup mati umat Islam, yang begitu diperjuangkan; guna menampuk-nampuk dunia untuk diri sendiri, bukan untuk masyarakat atau kemajuan umat. Lalu merangkaklah kita menuju ke pintu neraka dunia yang haru-biru itu. Di Akhirat akan terjun ke kawah api Neraka yang maha dahsyat. Wal'iyazubillah
Sepatutnya umat Islam ini terbentuk oleh pendidikan Rasulullah SAW. Yakni hidup dan mati mereka diuntukkan kepada ALLAH. Matlamat mereka ialah Akhirat, bukannya dunia. Mereka zuhud untuk diri kerana memberi kekayaan kepada Islam dan masyarakat Islam. Mereka takut untuk kaya di dunia kerana bimbangkan Hari Hisab yang maha dahsyat itu. Mereka benar-benar bersedia untuk mati, kerana mati adalah kemuncak kehidupan. Yakni saat penentu bahagia atau derita hakiki yang bakal ditempuh.
Umat Islam sepatutnya jadi abid perindu ALLAH dan mengenangi-Nya di malam hari, dan menjadi pejuang- pejuang yang handal dan gigih di waktu siang. Supaya dengan itu mereka dapat mengambil kembali dunia ini, yang sudah lama dirampas oleh Yahudi dan nasrani dari tangan umat Islam; untuk faedah umat Islam selumhnya, bukan untuk individu. Kerana itu Akhirat mesti di hati. Dunia cuma di tangan. Bukannya dunia di hati, akhirat di tangan.
Buku ini ingin mengembalikan umat Islam ke tempat asal mereka. Supaya mereka benar-benar layak untuk dipanggil Islam. Dan supaya kehebatan umat Islam yang pemah menguasai dunia selama 700 tahun dahulu itu berulang kembali di abad ke-15 Hijrah ini.
Hanya ALLAH yang mampu melakukannya. Sebab itu doa-doalah kita agar usaha kecil ini diberkati dan dibantu ALLAH dalam mencapai matlamatnya. Pahala dari usaha kecil ini kiranya ada wahai Tuhan, hendak kuhadiahkan kepada guru agungku, iaitu kedua-dua Sayidina Muhammad bin Abdullah Rasulullah SAW dan Imamul Mahdi Al Muntadzar. Juga pada kesemua guruku dan pada ayah dan ibuku.
Amin ya ALLAH. Hamba yang hakir wal fakir,
Muqaddimah
adalah patut sekali. Macamlah orang yang ke luar negeri atau orang yang meninggalkan kampung halaman kerana masuk universiti. Semasa belajar, dia tidak boleh main-main atau buat kerja lain.
Kalau mahu hasil yang besar, kena belajar sungguh-sungguh selama empat atau tujuh tahun itu. Salahlah bagi seseorang yang berfikir, universiti tempat rehat-rehat, enjoy atau tempat lakukan lain-lain kerja. Nanti bila tamat tempoh pengajian dia akan kecundang. Demikianlah sebenarnya tujuan manusia datang ke dunia iaitu untuk berpeluang merebut Syurga di Akhirat dan peluang untuk menyelamatkan diri daripada api Neraka di Akhirat.
Tetapi kiranya ada orang berkata, jangan fikir Akhirat, kerana dunia sudah cukup, dia akan jadi papa-kedana di Akhirat nanti. Begitu juga orang yang berkata, dunia mahu, Akhirat pun mahu
Lalu dia membezakan urusan untuk dunia dan urusan untuk Akhirat. Bahkan lebih banyak melakukan perkara- perkara haram, nasibnya tidak akan terjamin nanti. Akan jadi pengemis dan hina-dina di Akhirat. Hanya orang yang gunakan dunia seluruhnya untuk merebut Akhirat yang akan mendapat hasil yang gilang-gemilang di Akhirat.
Pada saya, bukan begitu maksud ALLAH dan Rasul dengan ayat-ayat di atas. Semuanya mempunyai maksud yang tersirat, maksud yang tersembunyi, dengan ukuran neraca dan penilaian yang tersendiri. Yang disuratkan, semuanya berlaku dalam realiti kehidupan Rasulullah SAW dan sekalian salafussoleh. Kita mesti menjadikan sifat kehidupan mereka itu sebagai kehidupan contoh yang melaksanakan seluruh tuntut‘ln Al Quran dan Hadis. Bagaimana Rasulullah SAW dan para Sahabat berbuat untuk dunia dan untuk Akhirat, maka begitulah maksud ayat-ayat Quran dan Hadis di atas.
Perbuatan dan sikap mereka itu adalah maksud tafsiran Al Quran dan Hadis. Dunia benar-benar dikorbankan untuk Akhirat oleh Rasulullah SAW.
Bukannya dunia dipisahkan dari Akhirat. Dan bukan berusaha untuk dunia 50% dan 50% untuk Akhirat. Adapun maksud Rasulullah menyuruh kita bersederhana itu ialah supaya kita tidak samakan urusan dunia dengan Akhirat. Untuk dunia biar padan dengan umur dunia yang tidak kekal. Dan untuk Akhirat biar sepadan pula dengan umur Akhirat yang kekal itu. Jangan disamakan. Macamlah kita hendak buat dua kerja; yang satu kecil dan yang satu lagi besar. Mana boleh memberi tenaga yang sama pada keduadua jenis kerja tersebut. Tenaga yang seimbang dengan kerja itulah sederhana namanya. Tidak melampau.
Seperkara lagi, perlu diingat ALLAH dan Rasul suruh kita rebut dunia itu bukan untuk peribadi. Tetapi untuk masyarakat dan negara. Supaya diri tetap zuhud dan masyarakat tetap kaya-raya.
IT.Scheiss5 September 2014 07:36