Kebangkitan 2015 : Usaha Untuk Menyatukan Semula Rakan-rakan Dalam Program IMUONE 2008


Kisah 6 tahun yang lalu. Bagaimana menyertai syarikat IMUONE , bermula sendirian seorang Melayu sebagai ahli. Syarikat ini walau sudah setahun operasi tapi leader2 China tidak berjaya untuk mengembangkan ke Malaysia dan Luar negara. 

Saya permulaan sendirian ke Bangkok untuk kongsi peluang ini, hari ini kawan dari Bangkok mengirim kembali gambar kenangan lalu. Dalam masa setahun sahaja rangkaian saya telah berkembang ke Indonesia serta Thailand serta mendapat sambutan luarbiasa.

Berakhirnya saya dengan syarikat ini penuh kesedihan apabila pemiliknya telah menganiaya di mana ahli2 dalam rangkaian saya telah di hubungkan dengan syarikat terus. Bukan setakat itu sahaja, beberapa orang leader saya yang bangsa Melayu sanggup tikam belakang kerana di tawarkan janji2 manis. Inilah kisah yang mana akhirnya, syarikat tersebut tidak dapat pergi jauhnya ....tutup. 

Inilah akibat kerakusan ...dari tiada apa2 jadi kaya dan punyai pengawal keselamatan 8 orang serta mengiringinya.  Kejujuran serta amanah  penting dalam urusan perniaagaan kerana  kehormatan diri tidak dapat di beli dengan wang ringgit

Dalam hadapi semua ini saya belajar untuk mengawal perasaan serta sabar. Akhirnya kini semoga Allah bantu serta permudahkan dalam usaha bangkit ke persada dunia.

Sekalung tahniah untuk Cha Thailand yang banyak membantu serta memberikan sokongan untuk bersama-sama hubungi balik rakan-rakan yang bersama dalam syarikat IMUONE.


Berikut adalah blog sebagai kenangan sewaktu fasa permulaan menyertai IMUONE>



Semasa saya bersama Mr. Kin ke Bangkok,  telah memberi cadangan tentang Program Love and Care perlu sebagai sumbangan syarikat serta komuniti untuk membantu masyarakat.  Setelah persetujuan tercapai, Projek pertama ialah untuk menyiapkan Sekolah Maahad Taafiz di Terengganu.

Pelbagai kejayaan telah di capai oleh syarikat Imuone serta ahli-ahli.

Bermulanya era kejatuhan apabila syarikat Imuone telah cutting-line separuh dari jumlah ahli-ahli di bawah rangkaian saya. Bermula saat itu secara tiba-tiba pendapatan saya menjadi 0.

Selepas itu pertukaran nama dari Imuone ke KIB.  Kekayaan yang di perolehi itu membuka mata pada pemilik syarikat untuk ceburi bidang yang lebih besar. 

Betapa saya menahan perasaan sedih melihat betapa tidak ada peri kemanusiaan pihak syarikat yang telah aniaya saya. Saya tidak cepat melatah kerana dalam saat sedang hadapi perkara itu, saya ketepikan kepentingan diri demi kebaikan ahli-ahli semua.

Bagaimana pihak syarikat telah berjaya membeli beberapa leader saya untuk bersetuju berada terus di bawah syarikat.

Apabila tiba saat dan ketika pelancaran KIB itu, betapa di tunjukkan begitu hebatnya.  



Saya juga hadir dalam majlis tersebut,  belajar hadapi mengawal perasaan bagaimana saksikan pemilik syarikat dan beberapa orang rakan yang langsung tidak merasakan kehadiran saya.  

Jika anda berada pada tempat saya pasti sedih.  Bagaimana bermulanya syarikat IMUONE bersama berusaha untuk mengembangkan ke Indonesia dan Thailand. Seterusnya apabila kejayaan dapat, langsung tidak hargai malah anggap kita seperti musuh.

Majlis di Thailand...ketika ini rakan-rakan di Thailand belum mengetahui apa yang telah berlaku pada saya.



Video ini dalam majlis anugerah di mana sebelum berlakunya konspirasi syarikat untuk singkir saya, kerana dengan itu tidak perlu lagi untuk membayar bonus.


Rupa-rupanya selepas majlis tersebut, pelbagai masaalah timbul dan saya tidak juga melatah dan terus bersabar.  Akhirnya dengan beberapa insiden, impian mereka untuk pergi lebih besar tidak kesampaian.  

Selama bertahun-tahun saya berusaha gigih menambah ilmu serta membuat persiapan bagi membina masa depan yang gilang-gemilang bersama-sama.

Alhamdulillah, kini kebangkitan 2015 sudah bermula dengan memperkenalkan 
Sistem Ekonomi Berteraskan Kasih Sayang serta Manusia itu sebagai Aset.


Bermula 2014 asas World Royal VIP Community sebagai Platform penting untuk mengwujudkan komuniti dari seluruh dunia di mana bersama menyertai peluang-peluang dalam menambah pendapatan secara online.  




t