Misteri MH 370 serta tragedi MH 17 dan QZ8501 : Bermula Melayu Memimpin Dunia


Perkenalkan Alat Permainan Untuk Kecergasan Minda , Perpaduan Pelbagai Bangsa Di Malaysia serta pelbagai lagi yang telah di cipta oleh Dr. Noorisham .  Permainan ini ada 17 pecahan, jika di satukan akan menjadi satu kiub empat segi.  Kami pada bulan Februari 2014  berada di Besut Terengganu bagi persiapan cadangan untuk Majukan Pulau Ru sebagai Pusat Pengisian Modal Insan Berhubung Keusahawanan Holistic bagi 222 Parlimen Malaysia.

Mukaddimah

Kini sudah memasukki 11 bulan misteri kehilangan MH 370 terus jadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia . Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelbagai persoalan terus diungkapkan.

Persoalan yang terus bermain di minda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu? Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan? Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagaimana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?

Pada bulan February 2014, saya banyak masa berada di Daerah Besut, secara kebetulan satu kejadian yang mengejutkan umat Islam di Malaysia iaitu :Besut 3 March 2014 – Penemuan berpuluh kitab suci al-Quran yang berselerak di tangga dan tandas oleh jemaah Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, awal pagi tadi mengejutkan umat Islam daerah ini.... Selanjutnya..
Akhirnya dilaporkan kejadian tersebut telah di lakukan oleh seorang insan yang tidak siuman.
Tersirat di sebalik peristiwa tersebut, umat Islam kini tiba masanya untuk kembali ke pada Al-Quran.


Perkongsian ilmu melalui tulisan di blog dari bulan Februari sehingga berlakunya tragedi kehilangan MH 370.


Connecting The Dots - Zionists & 911 : Zionists & ...
Membongkarkan Rahsia Besar Berhubung dengan MH 37...
MH 370 - Kotak Hitam - Magic Box
Kisah Masjid Limbongan, Besut serta Pulau Rhu,Besu...
PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KOMUNITI JAGUH DI 222 P...
Wadah Perjuangan Ekonomi Holistik Mendapat Sokonga...



Sebahagian besar penumpang di dalam pesawat MH 370 adalah rakyat dari Negara China. 

Namun mari kita lihat dari perspektif atau sudut yang berbeza. Mari kita melihat cara Abuya melihat dan menilai sesuatu peristiwa. Abuya pernah gambarkan lebih 30 tahun lepas apa akan berlaku kepada Malaysia. Abuya telah pun menulis sebuah sajak dan dijadikan nasyid tentang negaranya tercinta ini, Malaysia.


Malaysia diibaratkan sebagai anak gadis cantik, ingin dipinang untuk dimiliki. Ertinya ia adalah rebutan yang menjadi perhatian. Malaysia menjadi rebutan Amerika dan China, tak kira apa jua bentuk kepentingan mereka, Allah jadikan Malaysia sebuah Negara yang kecil ini menjadi perhatian dunia. Kata Abuya, samada isu yang dimainkan berbentuk positif atau negative, hasilnya adalah baik untuk kebangkitan Islam.  Berita selanjutnya..