MALAYSIA BAKAL MENERAJU EMPAYAR ISLAM KEDUA.
Kita bersyukur kepada Allah walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama, namun Islam tetap dipertahankan sebagai agama rasmi negara. Mengekalkan rasa syukur moga Allah akan terus kekalkan dan memberi kekuatan kepada kita dari masa ke semasa dalam menyemarakkan Islam melalui usaha ingat-mengingatkan antara satu sama lain.
Firman Allah:
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:1-3).
Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama sedang menuju ke arsh sebuah negara maju. Prestasi yang baik di dalam kemajuan teknologi dan kemeriahan amalan Islam menjadi rujukan kebanyakan negara-negara umat Islam di peringkat antarabangsa. Walaupun masyarakatnya pelbagai bangsa dan agama namun Islam tetap disanjung dan dihormati sebagai agama rasmi negara. Pembangunan insaniah dan pembangunan maddiah yang seimbang dan kehidupan masyarakatnya yang stabil.
Bekas perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menjadikan tema negara "Islam Hadari". Umat Islam di Malaysia sangat memainkan peranan besar dalam menyahut kebangkitan Islam. Jelas kelihatan peningkatan dan pencapaian yang baik di kalangan masyarakat Melayu Islam di dalam:
- Pengamalan Islam
- Pendidikan
- Ekonomi
- Teknologi
- Politik yang terkawal.
Petikan Ucapan PM;
Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan
Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan
tragedi 13 Mei 1969.