Pemimpin Yang Dijanjikan

Dalam bab sebelum ini ada dinyatakan iaitu faktor kejayaan pemimpin (faktor kedua) ialah pemimpin yang dijanjikan atau yang diisyaratkan samaada secara khusus atau umum. Dalam bab ini akan diberi penjelasan lebih lanjut siapakah pemimpin yang dimaksudkan itu dan apa kepentingannya kepada perjuangan Islam khususnya zaman kita ini di Malaysia.

Mengapa para sahabat bertebaran di muka bumi ini? Mengapa mereka berjuang dengan begitu gigih sekali?

Ini kerana mereka menagih janji Allah SWT. Mengapa pula mereka menagih janji itu? Kerana mereka benar-benar yakin dengan janji-janji tersebut. Mereka yakin setiap apa yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW itu pasti berlaku. Sedangkan apa yang dijanjikan melalui lidah Rasulullah SAW waktu itu belum berlaku.

Mari melihat beberapa hadis sekadar dijadikan contoh yang ketika Rasulullah SAW masih hidup perkara tersebut masih belum berlaku, di antaranya:

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Timur dan Barat akan terbuka untuk kamu” 
(Riwayat Ahmad)

Ketika ungkapan ini dikeluarkan, Rom dan Parsi masih berkuasa dan belum tumbang lagi. Malah di dalam Al Quran juga Allah SWT menjanjikan kemenangan umat Islam atas Rom dan Farsi

Firman Allah SWT: Terjemahannya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi dibeberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira (dengaan pertolongan Allah itu).” (Ar Rum: 2-4)

Hadis lain pula menyebutkan, maksudnya: “Ilmu Islam dan kefasihan bahasa Arab akan di warisi oleh orang Mesir.”

Ertinya Mesir akan menjadi pusat ilmu Islam dan orang- orang akan lebih fasih dengan bahasa Al Quran dan Hadis dibandingkan dengan bangsa-bangsa Arab yang lain sedangkan sehingga wafatnya Rasulullah SAW Mesir masih belum dibuka dan masih di bawah kekuasaan Rom. Namun apa yang disabdakan itu telah benar-benar berlaku dengan terbangunnya Universiti Al Azhar. Sejak itu Mesir menjadi pusat Ilmu Islam.

Disinilah pentingnya keyakinan, dan para sahabat adalah golongan yang sangat yakin dengan janji-janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW. Mereka bersungguh-sungguh menagih janji itu. Mereka berusaha untuk membuktikan kebenaran janji-janji itu dan mereka yakin akan pasti terjadi.

Andainya para sahabat itu tidak yakin atau bersikap acuh tidak acuh, atau mereka merasakan bahawa cukuplah sekadar Islamnya Mekah dan Madinah sahaja, atau mereka lebih memikirkan sekadar cukup dengan ibadah dan membaiki diri sahaja, sudah tentulah tidak berlaku sebahagian besar daripada para sahabat itu mati di luar Mekah dan Madinah.

Cuba lihat lagi sikap para sahabat terhadap janji Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Konstantinopel akan jatuh ke atas tangan seorang Amir (ketua) yang baik lagi beragama, tenteranya tidak melampau, tidak mencuri dan rakyatnya tidak penipu dan tidak bergaul bebas (baik).” (Riwayat Imam Abul Hasan Ahmad bin Jaafar)

Rasulullah SAW menyebutnya secara umum tanpa tahun, kurun mana, siapa, kaum mana dan siapa pemimpin tersebut. Oleh kerana yang memberitahu itu adalah Rasulullah SAW sendiri, maka sejak zaman sahabat lagi mereka ghairah dan berlumba-lumba merebut janji tersebut dengan harapan kemenangan itu bakal terjadi di tangan mereka. Di antara sahabat yang mencubanya ialah Abu Ayyub Al Ansari, Ahmad Al Ansari, Hamidullah Al Ansari dan Abu Tsabit Al Hudri. Dan makam mereka berada di sepanjang tembok kubu Rom itu.

Mereka tidak berjaya mendapatkan gelaran “Pemimpin yang baik” itu kerana bukan mereka yang diisyaratkan. Namun perjuangan itu terus sambung bersambung. Hanya selepas 600 tahun dari sabda Rasulullah SAW itu barulah ianya terjadi di tangan Muhammad Al Fateh dari keturunan Bani Othman.

Walaupun begitu Allah SWT tidak mensia-siakan pengorbanan dan jihad mereka yang gagal dalam menagih janji Allah itu, tetap dikira sebagai ibadah yang meraih pahala syahid. Apa yang penting ialah keyakinan dan sikap mereka terhadap janji Allah SWT itu. Keyakinan dan sikap itu sewajarnya dimiliki oleh umat Islam di zaman ini. Kerana di zaman ini juga ada isyarat dan janji Allah SWT untuk umat Islam memburu dan meraih darjah dan keutamaan menagihnya.

Di sebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)

Sepatutnya umat Islam meniru sikap para sahabat dan terus mengambil langkah dan pendekatan yang sama iaitu berebut untuk menagih janji Allah SWT itu. Sepatutnya umat Islam tertumpu ke Timur mencari Pemuda Bani Tamim itu. Sekiranya kita menyedari bahawa bukan kita orangnya yang dijanjikan itu namun ada alternatif lain iaitu berhabis-habisan menyumbang apa sahaja untuk membangunkan Islam hingga sampai ke puncak kegemilangan kali kedua.

Bagi umat Islam di Timur khususnya di nusantara dan bangsa Melayu, lebih lebih lagi patut bersyukur kerana hadis tersebut mengisyaratkan pemimpin zaman ummah kedua itu datangnya dari Timur khususnya alam Melayu ini. Dan diisyaratkan orangnya iaitu Pemuda Bani Tamim yang berada di tengah-tengah alam Melayu.

Sepatutnya bangsa Melayu bersyukur dan berbangga serta berusaha keras berbanding bangsa-bangsa lain. Dengan sebab keinginan dan usaha yang bersungguh- sungguh itu moga-moga Allah SWT sudi menerima kita sebagai pendokong utamanya yang bergelar Ikhwan. Sudah sangat jelas kepada umat Islam bahawa pintu kemenangan sentiasa terbuka luas sehingga ‘figure’ yang menjadi faktor kemenangan itu turut ditunjuk oleh Allah SWT melalui lidah Rasulullah SAW. Walaupun tidak di- khusus kepada sesiapa sekurang-kurang disebut sebagai Pemuda Bani Tamim dari sebelah Timur. Ini sama jugalah Rasulullah SAW menyebut tentang kejatuhan Konstantinopel oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.

‘Figure’nya sudah disebut secara nyata iaitu Pemuda Bani Tamim walaupun masih bersifat umum, namun itu juga sebagai isyarat bahawa tapak zaman ummah kedua yang bakal terjadi itu, akan berjaya terbina di tangan Pemuda Bani Tamim, pendokongnya pula disebut sebagai Ikhwan. Tapaknya adalah sebuah Daulah (negara). Sewajarnya umat Islam tidak terlalu menimbulkan banyak pertikaian, perbahasan atau polemik. Jangan terlalu banyak pandangan negatif, prasangka atau memperlecehkan.

Sepatutnya berfikir lebih rasional, berlapang dada dan mengambil sikap dan pendirian yang jelas berdasarkan isyarat hadis- hadis tersebut. Inilah maksud seruan Rasulullah SAW, agar mendatangi mereka dan berbai’ah walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Dan bukan sebaliknya dengan, melemparkan berbagai tuduhan yang perbuatan itu seolah- olah sudah selari dengan musuh-musuh Islam. Musuh-musuh Islam sangat bimbang, cemas dan gerun kerana mereka menyakini kedatangan zaman ummah kedua bermula di tangan Pemuda Bani Tamim.

Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya: Ketika kami berada di samping Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hashim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinangan air mata dan wajah baginda berubah.

Akupun bertanya: “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Maka Rasulullah SAW menjawab: “Kami adalah ahli keluarga (ahlul bait) yang telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku nanti akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang satu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” 
(Sunan Ibn Majah)

Di dalam sebuah hadis yang lain:

Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: “Akan datang Panji-Panji Hitam (ke- kuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan- kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.” (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

Sama ada dari sumber A-Quran mahupun sumber Hadis, apabila sesuatu perkara itu diisyaratkan, maka ianya pasti terjadi. Sejarah telah membuktikan bahawa pihak musuh atau penentang sentiasa sahaja berusaha dengan berbagai cara untuk menghalangnya.

Di antara contoh yang paling masyhur ialah perbuatan Firaun membunuh semua anak lelaki setelah ahli nujumnya meramalkan bahawa seorang lelaki akan meruntuhkan kekuasaan Firaun. Seorang anak lelaki bukan sahaja terselamat daripada keke- jaman Firaun itu malah sebaliknya anak lelaki itu dibela, dibelai, dipelihara dan membesar di dalam istananya sendiri. Allah SWT sendiri telah mempersiapkan segala aspek yang diperlukan demi keselamatan Nabi Musa a.s untuk selamat berada di istana tersebut. Begitu hebat kekuasaan Allah SWT sehingga seolah-olah Firaun itu sudah dihukum atau dipaksa oleh Allah SWT untuk “menyelamatkan” figure yang bakal berperanan memusnahkan kekuasaan Firaun.

Begitu juga terjadi kepada Nabi Isa a.s yang hendak disalib oleh kaumnya sendiri.Tetapi Allah SWT telah selamatkan Nabi Isa a.s dan yang tersalib itu adalah salah seorang pengikut Nabi Isa a.s yang belot. Pembelot itu sendiri yang dihukum oleh Allah SWT sebagai penggalang ganti kepada Nabi Isa a.s yang Allah SWT angkat ke langit.

Apabila berulang kali Konstantinopel cuba dikuasai oleh tentera Islam, maka pihak Rom semakin memperkukuhkan pertahanan mereka. Ini termasuk pembinaan tembok kukuh, gagah yang menurut logiknya tidak berupaya diganggu gugat oleh sesiapa saja. Namun melalui isyarat Hadis, Konstantinopel akan jatuh ke tangan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Perkara yang di luar logik pula berlaku apabila Muhammad Al Fateh menawan Konstantinopel dalam tempoh satu malam.

Oleh itu umat Islam khususnya para pejuang pecinta kebenaran hendaklah yakin akan kedatangan Pemuda Bani Tamim dan selepas itu diiringi oleh Al Mahdi. Musuh- musuh Islam berusaha keras menghalang kemunculannya. Namun yakinlah bahawa Allah SWT Maha Berkuasa. Pasti Allah SWT telah melengkapkan segala aspek keperluan yang berkaitan keselamatan Pemuda Bani Tamim dan Al Mahdi itu. Kelazimannya, berlaku keselamatan itu di luar logik kerana begitulah sifatnya kekuasaan Allah SWT. Ini terbukti setiap apa jua ciptaan Allah SWT semuanya aneh.

Cuma oleh kerana ia berlaku di keliling kita dan kita tidak memikirkannya lantas kita menganggap ia perkara biasa.

Allah SWT ada menjelaskan dalam Al Quran: Maksudnya: “Mereka (orang-orang kafir) ingin untuk memadamkan cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut-mulut mereka. Sedangkan Allah akan menyempurnakan agamaNya sekalipun dibenci oleh orang kafir.” (At-Taubah: 32)

Ertinya musuh-musuh itu bukan sahaja mencabar utusan-utusan Allah SWT dan pembawa kebenaran, malah cahaya kebenaran (Islam) yang merupakan milik Allah SWT itu pun mereka cuba padamkan. Namun Allah SWT tetap membela dan menyelamatkannya.

Rahsia di sebalik semua peristiwa dan kejadian itu ialah agar manusia melihat kekuasaan Allah SWT, melihat kebesaran dan keagungan Allah SWT.