Setelah diutus Rasul sebagai figure pendahulu barulah
diturunkan wahyu untuk mengatur seluruh manusia. Tidak
pernah berlaku di sepanjang zaman berlalu tanpa adanya
pemimpin. Malah pemimpinlah yang disebut oleh Rasu-
lullah SAW dalam hadisnya bermaksud:
“Dua golongan apabila baik mereka maka baiklah
masyarakat iaitu umarak dan ulama.”
(Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim).
(Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim).
Melalui penjelasan Rasululah SAW itu kita dapat
melihat di mana setiap situasi disetiap zaman adalah di corakkan oleh pemimpin. Zaman yang masyarakatnya
rosak tentulah dicorakkan oleh pemimpinnya yang rosak.
Apabila Rasulullah SAW membayangkan bahawa umat
Islam akan kembali gemilang dan agung di akhir zaman
sudah pasti dan muktamad adanya pemimpin yang hebat,
berwibawa dan dibantu oleh Allah SWT. Sebagaimana tertegaknya zaman ummah pertama oleh faktor kepimpinan
yang dijanjikan maka sudah pasti tertegaknya zaman ummah kedua juga di tangan pemimpin pilihan yang dijanjikan.
Islam agama yang datang dari Allah SWT dan disampaikan kepada Rasul dan para Nabi bermula dari Nabi
Adam a.s sampailah kepada Rasulullah SAW. Ini menunjukkan kebenaran itu bersambung dari dekad ke dekad, dari
abad ke abad, dari satu generasi ke satu generasi. Berlaku
kesinambungan ataupun kelangsungan pejuangan Islam.
Kesinambungan ini ataupun kebenaran yang disambung dari dekad ke dekad, dari abad ke abad ini tidak
pernah berhenti. Tidak pernah rehat. Cuma kadang-kala ia
laju, kadang kala ia perlahan. Kadang-kadang ia serius,
kadang-kadang ia tidak berapa serius. Namun perjuangan
itu tetap berjalan, tetap dilaksanakan dan tetap bersambung.
Walaupun kebenaran itu sentiasa ada dari dekad ke
dekad, dari abad ke abad, tetapi untuk dapat memperjuangkan Islam hingga tertegak hukum hakam Islam secara
syumul yakni di setiap aspek kehidupan, ia tidak berlaku
pada semua masa. Tidak berlaku pada semua abad. Tidak
berlaku pada semua generasi.
Tertegaknya kebaikan secara menyeluruh ataupun
secara global ini berlaku sekali sekala sahaja, mengikut
masa-masa yang tertentu dan mengikut pemimpin-pemimpin yang tertentu pula. Walaupun banyak lahir pemimpin
dan perjuangan menegakkan kebenaran itu berlaku sepanjang masa, tapi hanya sebilangan jari saja yang berjaya dan
mampu memperjuangkan Islam secara syumul.
Sedangkan di sisi Allah, perintah berjuang adalah diwajibkan pada semua orang pada setiap masa dan pada semua
generasi. Ini sudah taklif
atau sudah dipertanggungjawabkan; tidak boleh tidak. Walaupun perintah berjuang itu ada
tapi kejayaan menegakkan Islam secara global atau menyeluruh tidak berlaku setiap masa tapi hanya berlaku sekali sekala.
Kejayaan menegakkan Islam secara syumul berlaku
mengikut peringkat-peringkat atau tahap-tahap. Ada yang
berlaku di peringkat diri dan keluarga sahaja. Ada yang
berlaku di peringkat thoifah sahaja, ada yang berlaku di
tahap jemaah yang lebih besar, ada yang berlaku di peringkat empayar, dan ada yang berlaku di peringkat ummah.
Ini adalah faktor asas dan utama bagi seorang pemimpin. Melalui tahap iman dan taqwa yang tinggi Allah SWT
akan bantu kepimpinannya. Pemimpin yang beriman dan
bertaqwa sentiasa ada pautan, sandaran dan hubungan
dengan Allah SWT. Dia sentiasa memelihara sehalus-halusnya dan seninya hati dengan Allah SWT sekaligus sangat
menjaga syariat dalam segala urusan. Lantaran itu Allah
SWT sentiasa memelihara dan menjadi pembelanya.
Pemimpin adalah pencorak, pengatur dan pencatur
masyarakat, ‘sibghatullah’
atau celupan Allah SWT itulah
yang mewarnai kehidupannya lahir dan batin. Maka itu
juga yang mewarnai kehidupan masyarakat. Ini bolehlah
diibaratkan andainya seseorang hendak memberi duit
kepada orang lain maka dia mestilah ada duit. Betapalah
dalam soal iman, taqwa, kasih sayang dan perpaduan yang
bersifat maknawiyah atau abstrak.
Pemimpin yang kenal Allah SWT barulah dapat membawa manusia kenal kepada Allah SWT. Pemimpin yang
sentiasa ada pautan hati dengan Allah SWT yang tidak lekang serta dibawa ke mana-mana,
barulah dapat mempertautkan hati manusia dengan Allah SWT. Pemimpin yang
berjaya mendidik dan menundukkan nafsunya barulah
boleh mendidik manusia.
Selain dari itu Allah SWT beri bantuan kerana keimanan
dan ketaqwaan mereka menurut keperluan di situasi dan
zaman ianya berada. Ertinya Allah SWT yang Maha
Mengetahui akan hambaNya, menyalurkan bantuan sangat
berbeza antara satu pemimpin dengan pemimpin yang lain.
Tidak semua pemimpin berjaya secara syumul
Setiap orang boleh berusaha menjadi pemimpin untuk
tegakkan Islam secara syumul mengikut zaman masing-
masing, namun tidak semua pemimpin akan berjaya
berbuat demikian. Kerana kejayaan itu sudah ditentukan
oleh Allah.
Untuk memperluaskan daerah atau jajahan Islam atau
untuk memperbanyakkan orang masuk ke dalam agama
Islam ini mudah. Tetapi untuk menegakkan Islam secara
syumul di setiap aspek kehidupan mengikut peringkat-
peringkat yang ditentukan, ini sulit. Sebab kejayaan menegakkan Islam secara syumul mengikut peringkat masing-
masing, sama ada peringkat keluarga, jemaah, negara,
empayar dan seterusnya, ada faktor-faktornya.
FAKTOR KEJAYAAN MENEGAKKAN ISLAM
SECARA SYUMUL DI SETIAP PERINGKAT
1. Faktor pemimpin.
Belum pernah berlaku dalam sejarah, kebaikan atau kebenaran itu dapat ditegakkan tanpa adanya pemimpin. Untuk berjaya mesti ada pemimpin. Tidak pernah berlaku kejayaan menegakkan Islam secara syumul di peringkat keluarga sekalipun, tanpa pemimpin. Tanpa adanya pemimpin, ia tidak akan berjaya.
Di dalam keluarga, pemimpinnya ialah ayah atau suami, atau orang yang ditua-tuakan. Kalaupun lahir kebaikan-
kebaikan di peringkat keluarga tanpa adanya pemimpin,
maka ia berlaku secara biasa dan tidak menyeluruh. Untuk
menegakkan kebaikan secara menyeluruh di peringkat
keluarga, mesti ada pemimpin. Begitulah juga di peringkat
thoifah, jemaah, empayar dan seterusnya.
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Allah pembela bagi orang bertaqwa.” (Al-Jatsiyah: 19)
Terjemahannya:”Barangsiapa bertaqwa kepada
Allah, maka Allah akan melepaskannya dari ke-
susahan hidup dan memberi rezeki dari sumber yang
tidak diduga” (At-Thalaq: 2-3)
Itu janji-janji Allah kepada orang-orang bertaqwa;
dibantu kepimpinannya. Walaupun kiranya pemimpin itu
tidak dijanjikan atau tidak ditunjuk oleh Allah melalui Al
Quran dan Hadis, tapi kalau dia bertaqwa, dia boleh
berbuat lebih dari pemimpin-pemimpin biasa.
Pemimpin-pemimpin yang ditunjukkan Allah SWT
termasuklah Rasulullah SAW, para Rasul, para Nabi, para
mujaddid dan Muhammad Al Fateh. Pemimpin-pemimpin
yang tidak ditunjukkan atau tidak dijanjikan, tetapi
bertaqwa, maka Allah tetap memberi bantuan kepadanya
lebih daripada pemimpin biasa. Pada mereka ada bersama
kerajaan langit, tentera Allah menumpaskan musuh.
a. Karisma
Setelah taqwa, faktor karisma penting sebagai
menokok tambah kepimpinan dan kesempurnaannya.
Taqwa boleh diusahakan, tetapi karisma adalah sifat
semulajadi, tidak boleh diusahakan. Karisma bersifat
jazabiah(anugerah).
Ciri-ciri karisma adalah:
i. Kacak.
Ini tak boleh diusahakan. Kacak atau rupa paras
yang menarik membantu kepimpinan di samping
taqwa.
ii. Berani
Ini karisma semulajadi. Ada orang berani luar biasa.
Kalau takut, dia boleh usahakan jadi berani tetapi
tak sama orang yang berani secara karisma ini.
iii. Petah bercakap
Dengan kepetahan bercakap, dia boleh mempenga-
ruhi orang. Kalau pun tidak kacak, kerana rupanya
buruk di kalangan orang-orang lain tetapi dia petah
bercakap. Bila mendengar dia bercakap, orang tertawan. Ciri karisma ada padanya tapi tidak lengkap.
iv. Cerdik
Pandai boleh diusahakan, tapi cerdik adalah sifat
semulajadi. Ada beza antara cerdik, pandai dan
bijak. Kalau cerdik, ini karisma. Kalau pandai bukan
dikatakan karisma. Pandai boleh diusahakan. Misalnya menganalisis – pandai otaknya.
Peranan akal adalah menerima, menyimpan
dan mengeluarkan ilmu. Bagi orang yang cerdik,
dia boleh menerima, menyimpan dan mengeluar-
kan dengan baik. Ilmu yang diterima boleh pula
dihuraikan lagi. Ketiga-tiga fungsi otaknya baik.
Jika seorang pemimpin itu tidak ada karisma ini,
susah sedikit baginya untuk memperkemaskan kepimpinannya.
b. Ilmu atau pengalaman (termasuk ilham)
Kalau seorang pemimpin itu dijanjikan, dengan taqwanya dia dibantu mendapat ilham. Dia ada kepimpinan. Sebagai pemimpin, kalau tidak dapat ilham, dia
ibarat layang-layang yang talinya pendek. Layang-
layang itu tidak boleh terbang tinggi. Kalau mendapat
ilham, ia ibarat layang-layang yang boleh terbang tinggi
kerana talinya panjang.
Ilmu yang diperolehi hasil dari pengalaman adalah
khibrah.
Faktor pemimpin sangat penting untuk menegakkan
kebaikan secara menyeluruh di peringkat keluarga, jemaah,
negara, empayar bahkan sedunia. Faktor pemimpin adalah
faktor pertama dan utama. Kerana pemimpin umpama
kayu dan rakyat ibarat bayang-bayangnya. Kalau kayu
lurus maka bayang-bayangnya pun lurus. Tapi kalau kayu
bengkok maka bayang-bayangnya pun bengkok. Tak
mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang
yang lurus. Dan kalau kayu lurus bayangnya pun lurus.
2. Faktor pemimpin yang dijanjikan.
Seseorang pemimpin yang ditunjuk Allah sama ada melalui kitab, Al Quran atau Hadis, secara otomatik jemaahnya adalah jemaah yang ditunjuk juga. Kalau dia memimpin negara maka otomatik negara itu negara yang ditunjuk. Begitu juga kalau dia memimpin thoifah, jemaah atau empayar.
Isyarat atau tanda seseorang pemimpin itu ditunjuk
ialah dia dapat melaksanakan ajaran Islam lebih daripada
orang lain. Dia lebih berjaya tegakkan Islam daripada orang
lain. Dia bukan saja bertaqwa dan ada karisma, malah dia
memang ditunjuk, ditentukan dan dipilih oleh Allah. Buktinya dapat dilihat pada Rasulullah SAW, Kulafa’ur Rasyidin
dan Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz. Begitu juga Muhammad Al Fateh serta mujaddid awal kurun seperti Imam
Syafie dan Imam Ghazali. Kesemuanya menonjol kebaikan
yang dibuat.
Salahuddin Al Ayubi pula, walaupun tidak ada isyarat-
isyarat yang menyatakan dia pemimpin yang ditunjuk,
tetapi yang pasti dia bertaqwa dan berkarisma. Dia dapat
hasilkan kejayaan melebihi apa yang dibuat oleh orang lain.
Isyarat Al Quran dan Hadis mengenainya memang tak ada,
tetapi dia dapat membawa kejayaan; dapat menawan Baitul
Maqdis dan lain-lain. Namun ketokohan Salahuddin Al
Ayubi sentiasa di bawah Muhammad Al Fateh. Muhammad
Al Fateh lebih menonjol dan lebih berwibawa. Sebab itulah
Muhammad Al Fateh dapat menegakkan empayar yang
luas, agak lama dibandingkan dengan Salahuddin Al Ayubi.
Jadi kita tahu bahawa kalau seorang pemimpin yang
dijanjikan, maka keluarganya juga dijanjikan, jemaahnya
juga dijanjikan, negara yang dipimpinnya juga dijanjikan
dan begitulah seterusnya.
3. Faktor tempat.
Mujadid dilahirkan di satu-satu tempat yang dijanjikan. Bila tempat itu dijanjikan, maka tidak ada tempat lain di zaman itu di mana kebaikan dapat ditegakkan lebih daripada tempat itu. Tempat itu mengikut di mana mujadid itu lahir. Tempat itulah yang dijanjikan.
Kadang-kadang tempat itu lebih jelas ditunjukkan oleh
Hadis daripada orang-orangnya. Contohnya Konstantinopel. Nama Konstantinopel lebih jelas ditunjukkan oleh
hadis, sedangkan Muhammad Al Fateh tidak disebut namanya. Cuma diisyaratkan, Konstantinopel akan jatuh ke
tangan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera atau rakyat.
Yang lebih jelas disebut ialah Konstantinopel.
Contoh lain ialah tentang Timur. ‘Timur’ disebut dalam
hadis. Ia tempat yang ditunjukkan. Oleh itu kebaikan yang
dapat ditegakkan di Timur melebihi kebaikan di mana-
mana tempat lain. Tidak hairanlah ‘Timur ’ ini lebih
menonjol kebaikannya dari tempat lain.
4. Faktor masa.
Kebaikan secara syumul dapat ditegakkan pada setiap awal kurun. Kalau seorang pemimpin atau satu-satu jemaah atau golongan itu bukan lahir di awal kurun, dia tak boleh pergi jauh. Memang sudah ditentukan begitu.
Para orientalis ketika menulis tentang kesufian, sering
mengambil contoh kisah-kisah Zunnun Al Misri, Malik bin
Dinar dan lain-lain ulama sufi yang hidup di pertengahan
kurun dan di hujung kurun. Mereka tak ambil contoh
ulama-ulama sufi yang bertaraf mujaddid yang lahir di awal
kurun seperti Imam Syafie, Imam Al Ghazali dan Imam
Sayuti. Sebab sufi bertaraf mujaddid itu mempunyai sifat
kepimpinan. Kalau ditonjolkan nanti umat Islam bangkit.
Maka ditonjolkan ahli-ahli sufi yang tidak bertaraf pemimpin. Tujuannya supaya kita yang hidup di awal kurun ini
hanya mencontohi ahli-ahli sufi yang hidup di hujung
kurun. Yakni ahli-ahli sufi yang lebih banyak mengasingkan
diri dari masyarakat (beruzlah) untuk menyelamatkan iman
kerana masyarakat waktu itu telah rosak. Mungkin dari segi
ilmu, memang ilmu-ilmu terbuka luas. Tetapi faktor kepimpinan boleh menegakkan Islam secara syumul ini kurang.
Ilmu itu boleh Allah bukakan. Ini termasuk ilmu tafsir,
tasauf atau sebagainya. Tetapi ilmu kepimpinan yang
berbentuk ilham ini hanya diberikan kepada pemimpin
yang dijanjikan.
5. Faktor ‘team’ kepimpinan.
Untuk menegakkan Islam yang syumul mengikut peringkatnya, mesti ada satu golongan yang dikatakan ahlul halli wal ‘aqdi. Ia sangat penting kerana ia membantu pemimpin. Pemikiran mereka selaras dengan pemimpin yang dijanjikan dan sangat taat. Mereka inilah yang membentuk team kepimpinan sama ada bagi pemimpin sahaja, lebih-lebih lagi pemimpin yang dijanjikan.
Contohnya seperti Rasulullah SAW; baginda ada
teamkepimpinannya; Muhammad Al Fateh ada team
kepimpinannya sendiri yang termasuk gurunya Shamsuddin Al Wali.
Kalau seseorang pemimpin itu tiada team kepimpinan,
susah baginya hendak capai kejayaan mengikut peringkatnya.
6. Mesti ada orang bertaqwa bertaraf wali.
Namanya sangat rahsia. Manusia tak tahu. Kalau ada yang tahu pun, sedikit sahaja. Disebabkan mereka inilah (orang bertaraf wali), terbantunya kerja-kerja menegakkan kebenaran. Kerana merekalah, Allah beri rezeki dan Allah bantu perjuangan. Rezeki diturunkan, bala dialihkan.
Kalau tidak kerana hadirnya orang-orang ini, semua
orang lain akan diazab. Tetapi oleh sebab adanya orang
yang Allah cinta, maka orang lain diberi rahmat.
Orang bertaqwa ini mungkin terdiri dari kalangan
pemimpin atau dari kalangan pengikut. Pada sesiapa saja
boleh berlaku taraf wali ini.
Bagi pemimpin yang dijanjikan, dia sudah ditentukan
kewaliannya.
7. Ada golongan fanatik.
Fanatik yang dimaksudkan di sini ada dua bentuk:
a. Amalan Islam yang kuat.
b. Ketaatan yang kuat.
b. Ketaatan yang kuat.
Di akhir zaman golongan yang fanatik ini disebut
Ikhwan dan Asoib. Walaupun tidak bertaqwa, mereka mempengaruhi suasana, jemaah, keluarga, thoifah dan daulah. Mereka sekadar soleh tetapi sangat taat dan amalkan Islam
sungguh-sungguh.
8. Bila sudah sampai ke kemuncak kezaliman.
Untuk menegakkan Islam secara syumul atau menyeluruh, lihat keluarga, jemaah dan dunia. Salah satu faktor- nya ialah kemuncak kezaliman telah berlaku. Sudah kebia- saan, setiap adanya ‘supersoleh’, mesti ada ‘superzalim’.
Di zaman Rasulullah SAW, ‘super zalim’ yang dijanjikan
waktu itu adalah Abu Jahal. Jadi bila kebenaran yang dijanjikan akan tertegak, waktu itu berlaku kemuncak kezaliman. Kemuncak kezaliman ini relatif, ia berlaku mengikut
peringkat-peringkat atau suasana sesuatu tempat itu. Kalau
tempat itu, darjah kejahatannya tinggi, maka tahap kezalimannya tinggi. Sebaliknya jika tempat itu, darjah kejahatannya rendah maka tahap kezalimannya rendah.
Sebagai perbandingan, ambil contoh di negara-negara
lain, pergaduhan yang menyebabkan beberapa orang mati
adalah perkara biasa. Ia tidak menjadi berita. Jika berlaku
rusuhan yang menyebabkan beribu-ribu orang mati, baru
dikira besar. Itulah kemuncaknya. Sebaliknya di Malaysia,
kejadian kereta berlanggar yang mengakibatkan dua orang
terbunuh, pun sudah dikira besar. Itulah kemuncaknya.
Apabila kemuncak kezaliman berlaku, maka kebenaran
secara global juga memuncak sama. Ia naik sama seiring.
Grafnya sama tinggi.
Kalau hendak diulas seperti yang sedang berlaku sekarang ini, hikmahnya ada dua perkara:
a. Untuk mencanai hati manusia supaya dekat dengan
Allah.
b. Untuk menunjukkan kegagalan sistem dan perlaksanaan yang ada sekarang ini.
b. Untuk menunjukkan kegagalan sistem dan perlaksanaan yang ada sekarang ini.
Cara Allah hendak proses secara langsung ialah seperti
melalui bencana alam. Secara tidak langsung pula melalui
kekhilafan, kesalahan, kebakaran, kerosakan alat dan
kelalaian manusia.
9. Ada model.
Setiap perjuangan mesti ada model mengikut peringkat-peringkatnya. Kalau perjuangan itu di peringkat jemaah maka jemaah itu sebagai model. Kalau di peringkat negara, maka negaralah sebagai model.
Model adalah sesuatu yang dapat dilihat. Bila ada model, sesuatu perjuangan itu mudah mempengaruhi. Kerana
mata sangat mempengaruhi hati.
Kegagalan sekarang ini adalah kerana ramai orang
boleh bercerita tentang Islam tetapi tidak menunjukkan
model. Ibarat berbahas tentang gula tetapi tidak ada gula
di depan mata. Seorang percaya gula itu manis, seorang
lagi tak percaya. Yang tak percaya itu cuma perlu merasa
sahaja. Bila dia dapat rasa gula, dia akan percaya manisnya
gula itu.
Inilah Islam di akhir zaman. Kalau kita hendak mempersembahkan Islam, kita tidak boleh hanya
memperkatakannya, sebaliknya perlu sediakan model pada diri,
keluarga, jemaah atau negara. Ibarat bercerita tentang gula, kita
mesti memberi orang rasa kemanisan gula itu. Dengan ada-
nya model, orang yang duduk dengan kita boleh tertarik.
Cuma kadang-kadang Islam dijadikan bahan mental exercise.
Ia hanya membuat orang tahu kebaikannya, tapi
tidak dapat merasainya. Bila ini berlaku, ilmu tentang Islam
telah jadi istidraj. Misalnya, dalam memberi kuliah, tukang
kuliah memperkatakan tentang sifat-sifat keji (mazmumah).
Tetapi mazmumah pada dirinya tak tersuluh hingga kata-
katanya tajam dan menikam. Orang yang bergaul dengan-
nya pun tidak tertarik.
Kalaulah umat Islam faham kesemua sembilan faktor
itu tadi mereka:
1. Tidak akan berebut kepimpinan.
Sebab kalau faham faktor, dia tahu apakah dia dijanjikan
atau tidak, bertaqwa atau tidak, ada karisma atau tidak,
maka kepimpinan tidak jadi rebutan. Cuma sekarang ini
kepimpinan menjadi rebutan adalah kerana tidak tahu diri.
Pejuang-pejuang yang tidak tahu maka mereka akan
cetuskan revolusi dan peperangan. Akhirnya hancur di
tangan musuh kerana bukan orang yang dijanjikan.
2. Pandai menyesuaikan diri.
Umat Islam akan faham apa yang perlu dibuat pada
perjuangannya di sesuatu zaman. Mereka akan dapat
menyesuaikan diri dengan suasana. Kalau seseorang itu
berada di awal kurun dan dia tahu pada dirinya tidak ada
sifat-sifat sebagaimana yang dijanjikan maka dia akan
mencari mujaddid di zaman itu.
Jika dia faham kedua-dua perkara itu, dia berjuang
dengan tidak melulu dan pandai bertindak.
3. Pemimpin yang dijanjikan tidak boleh diganti
(kecuali dia mati).
(kecuali dia mati).
Dia tidak akan nyanyuk. Tidak akan dimatikan oleh
Allah di pertengahan jalan sebelum perjuangannya sampai
pada matlamat.