Kerajaan Langit
Apabila manusia sudah tiada nyawa maka ia dipanggil mayat. Iaitu jasad yang sudah kehilangan fungsinya. Malah dalam tempoh yang sangat singkat jasad itu akan mengalami kereputan dan akhirnya hancur. Demikian juga umat Islam yang terpisah dari soal kerohanian dan alam ghaib sama seperti jasad tiada roh.
Roh dari ajaran Islam itu berkait rapat dengan ke-imanan,
ketaqwaan, alam kerohanian, alam ghaib, barokah dan
karomah. Semua ini boleh diibaratkan umpama enjin
kepada kereta. Tanpa enjin, sesebuah kereta itu tinggal rangka
yang sudah tidak berfungsi lagi. Andainya ‘body’ kereta
itu digilap berkilau, kusyennya empuk, dilengkapi dengan
berbagai aksesori canggih sekalipun, kereta tersebut tidak
akan ke mana-mana. Lebih baik kereta lembu yang boleh
juga berfungsi sekalipun tidak menarik.
Begitulah nasib malang yang menimpa umat Islam.
Bantuan ghaib, barokah dan karomah sudah tersisih dan
dianggap begitu asing dari kehidupan dan perjuangan. Wali
dan karomah dianggap dongeng malah sesat. Persoalan
kerohanian dihakis dan dikikis seperti kudis atau bisul pada
tubuh yang perlu dibuang dan dijauhi. Umat Islam sendiri
sudah bertindak memomokkan dan memburukkan gambaran
mengenai wali dan karomah. Umat Islam takut kepada
kewalian dan karomah seperti menghindari penyakit
berjangkit.
Sesuatu yang berlaku secara khawariqul ‘adah tidak dapat
diterima dengan alasan tidak logik. Sedangkan memang
sifat khawariqul ‘adah itu berlaku di luar logik dan rasional.
Mukjizat para Rasul semuanya berlaku tanpa logik. Demikian
juga kedudukannya dengan karomah. Sememangnya
ia di luar logik dan pencapaian akal manusia. Di situlah
Allah SWT memperlihatkan kekuasaan-Nya yang mutlak
itu agar manusia takut, gentar dan merasakan betapa kerdilnya
seluruh makhlukNya yang segala-galanya tertakluk
kepada kuasa Allah SWT dan berada di dalam genggaman-
Nya.
Sepanyol pernah berada di bawah empayar Islam. Islam
di Sepanyol hancur dibasmi habis-habisan hingga seolah-olah
tidak pernah tegak kerajaan Islam. Kemusnahan dan
kehinaan ini bukan berpunca dari lemahnya pentadbiran,
tentera, kemajuan, ilmu pengetahuan, ekonomi dan teknologi.
Tetapi ianya disebabkan lemah keimanan, rendah
ketaqwaan, runtuh akhlak, roboh perpaduan, lenyapnya
kasih sayang. Pautan hati dengan Allah sudah terlalu lemah.
Ikatan syariat Islam sudah terlalu longgar. Kemungkaran
dan kezaliman berleluasa. Mazmumah dalam diri sangat
subur. Masing-masing memburu kepentingan duniawi
yang melampau.
Jiwa menjadi kerdil kerana lemahnya cita-cita akhirat.
Akal menjadi tumpul kerana penumpuan kepada aspek
kepentingan diri dan keluarga. Semangat perjuangan terus
luntur kerana terbius dengan kelazatan duniawi dan kerakusan
nafsu. Situasi demikian itu menjadikan mereka terpisah
dari persoalan kerohanian. Mereka terhijab dari bantuan Allah SWT. Mereka tersisih dan terputus hubungan
dari pemerintahan ghaib.
Mereka bergantung hanya kepada kekuatan lahiriah.
Akibatnya, Allah SWT berlepas tangan. Allah SWT tidak
pandang dengan pandangan rahmat. Lebih dahsyat dari
itu ialah Allah SWT murka dan timpakan dengan berbagai
kehinaan.
Begitu juga apa yang pernah berlaku di Baghdad yang
ketika itu dikenali sebagai Kota Ilmu. Di saat itu Baghdad
berada di puncak kegemilangan ilmu pengetahuan. Umat
Islam terlalu asyik dengan ilmu dan menimbun hartabenda.
Keasyikan itu menyebabkan mereka lalai dari membesar
dan mengagungkan Allah SWT. Mereka semakin jauh
dari Allah SWT. Persoalan kerohanian terus terpinggir.
Akhirnya hancur lumat Kota Baghdad. Timbunan kitab
dijadikan unggun api dan sebahagiannya dijadikan landasan
untuk kuda menyeberangi sungai. Umat yang asyik
tenggelam dalam kekaguman kitab-kitab serta ilmu pengetahuan
itu rupanya berjiwa kerdil, penakut, bacul dan dayus.
Mereka sedikit pun tidak mampu melawan satu bangsa
yang tidak pernah mengenal tamaddun iaitu Monggol.
Hikmah di sebalik keruntuhan Baghdad itu Allah memperlihatkan
betapa golongan yang sedikit terbukti menang
dengan bantuan Allah SWT. Kerajaan langit atau pemerintahan
ghaib berperanan bagi memenangkan golongan
yang sedikit tetapi benar-benar beriman dan bertaqwa. Ia
juga memperlihatkan betapa di dalam situasi bagaimana
sekalipun umat Islam tetap menang dan berjaya asalkan
memiliki syarat-syarat bagi Allah SWT mendatangkan
pertolongan-Nya.
Firman Allah SWT, Terjemahannya:
“Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah.” (Al Baqarah: 249)
“Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah.” (Al Baqarah: 249)
Allah SWT memperlihatkan kekuasaan-Nya mengatasi
tiap-tiap sesuatu dan apabila Allah SWT sudi membela
‘orang-orang-Nya’ maka di tengah-tengah keruntuhan kehancuran
Baghdad itu bangkit satu kelompok yang sangat
kecil bilangannya tetapi berkualiti. Kelompok kecil ini
bangun dengan kekuatan iman dan taqwa diiringi dan
dinaungi oleh pertolongan Allah SWT.
Mereka bukan sahaja tidak terjejas sedikit pun oleh
keganasan Monggol bahkan Allah SWT lindungi mereka.
Dan mereka juga bukan sahaja tidak disentuh oleh kemusnahan
Baghdad dengan bantuan Allah SWT, malah mereka
dibantu pula oleh Allah SWT hingga berjaya menawan
kembali puak Monggol tersebut. Bukan dengan kekuatan
senjata atau ketenteraan tetapi mereka menewaskan
Monggol melalui keperibadian yang mulia, akhlak yang
luhur dan mempesona, dakwah dan didikan yang berkesan.
Natijahnya terjadi dalam sejarah satu-satunya bangsa
penjajah yang menyerah dan menuruti agama, cara hidup
dan tamaddun anak jajahan. Bukankah ini satu keanehan
dan di luar kebiasaan manusia. Kublai Khan sebaliknya
menebus kembali kesilapannya dengan menjadi pejuang
Islam berserta anaknya hingga Islam berkembang ke Asia
Selatan.
Kini siapakah di kalangan umat Islam yang layak mendapat
bantuan dan pertolongan Allah SWT?
Kelompok mana atau golongan mana di kalangan umat Islam ini yang layak mendapat keriasama dari kerajaan ghaib yang di kalangan mereka itu sering berlakunya karomah atau khawariqul ‘adah?
Siapakah di kalangan umat ini yang Allah SWT ‘sudi memandangnya’?
Pertanyaan ini sepatutnya sentiasa bermain di benak kita, dan mencari jawapannya.
Menjawab persoalan ini ertinya umat Islam perlu membuat muhasabah menghitung dan menilai diri. Dan bertanyalah pada diri sendiri serta jawab dengan jujur apakah kita ini layak dipanggil ‘orang Allah’?
Apakah tahap keimanan kita sekurang-kurangnya iman ‘Ayan atau memiliki nafsu peringkat Mutmainnah?
Kitakah yang bergelar Asha-Yamin, Al Abrar, Al Faizuun, orang soleh yang menepati taqwa yang sebenar?
Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa tidak kedapatan
kedudukan di tahap yang demikian itu di kalangan
umat Islam. Allah SWT tidak mungkiri janji-Nya. Andainya
umat ini layak dan cukup syarat untuk mendapat bantuan
Allah SWT, Allah SWT telah berjanji di dalam Al Quran
melalui firman-Nya:
Terjemahannya:
“Sesungguhnya bumi ini diwariskan kepada hamba-hambaKu yang soleh.”
(Al Anbiya: 105)
“Sesungguhnya bumi ini diwariskan kepada hamba-hambaKu yang soleh.”
(Al Anbiya: 105)
Siapakah mereka itu?
Mereka yang di antara ciri-cirinya ialah dalam sehari semalam berada dalam amalan soleh atau kebaikan atau kebaktian lapan belas jam. Enam jam selain itu mereka berbuat perkara harus dan jarang sekali jatuh kepada dosa. Kalau ada pun berbuat dosa yang tidak disengajakan dan itu pun terlalu sedikit yang diinsafinya dan bersegera memohon keampunan.
Selain para Rasul dan para sahabat, Allah SWT telah
tunaikan janji-Nya kepada mereka yang telah menepati ciri-ciri
tersebut di antaranya Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz,
Salahuddin Al Ayubi dan Muhammad Al Fateh. Kerajaan
ghaib bersama-sama dalam pemerintahan mereka. Kerana
mereka itulah maka seluruh urusan umat dibantu, dipermudahkan
dan diberkati.
Kalimah yang tepat dari Allah SWT untuk menggambarkan keadaan mereka itu ialah “Wabihim yunsaruun.” Disebabkan merekalah yang lain dibantu, ditolong dan dipermudahkan.
Kalimah yang tepat dari Allah SWT untuk menggambarkan keadaan mereka itu ialah “Wabihim yunsaruun.” Disebabkan merekalah yang lain dibantu, ditolong dan dipermudahkan.
Tiada siapa yang mampu menjinakkan serigala hingga
boleh bergurau-senda dengan kambing. Kalau sekadar
seekor atau dua mungkin ahli sarkas atau pakar zoo mampu
mengasuhnya. Tetapi mustahil untuk melunakkan seluruh
serigala agar boleh berdamai dengan kambing. Tetapi itulah
yang berlaku di zaman Sayidina Umar Abdul Aziz. Ini terbukti apabila dengan secara mendadak serigala menerkam
kambing apabila barokah dan karomah diangkat oleh Allah
SWT di saat kewafatan Sayidina Umar Abdul Aziz.
Di zaman pemerintahan Sayidina Umar Ibnu Abdul
Aziz kemakmuran merata. Kehidupan sejahtera dan aman
damai. Pemimpinnya adil, orang kayanya pemurah, para
ulamanya zuhud dan mendidik masyarakat. Fakir miskin
turut berlumba-lumba untuk memberi bukan meminta-minta
sehingga tiada siapa yang merasa layak untuk menerima
zakat.
Masing-masing merasa kaya iaitu kaya jiwanya dengan iman dan taqwa. Perpaduan dan kasih sayang sangat utuh dan melahirkan keindahan hidup bermasyarakat. Saling kuat membela dan membantu.
Masing-masing merasa kaya iaitu kaya jiwanya dengan iman dan taqwa. Perpaduan dan kasih sayang sangat utuh dan melahirkan keindahan hidup bermasyarakat. Saling kuat membela dan membantu.
Inilah yang disifatkan oleh Allah SWT dengan firman-Nya:
Terjemahannya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah SWT.”
(Saba’: 15)
Terjemahannya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah SWT.”
(Saba’: 15)
Mudah untuk memakmurkan kehidupan manusia.
Mudah untuk menyogokkan kemajuan dan pembangunan.
Mudah untuk mencapai perkembangan ekonomi tinggi.
Mudah untuk menanamkan minat terhadap teknologi
secanggih manapun. Tetapi tiada jaminan untuk mendapat
keampunan, keredhaan dan rahmat Allah SWT. Ini semua
akan melahirkan kehidupan masyarakat yang penuh
keharmonian, kasih sayang, bertolong bantu, aman damai
dan selamat sejahtera. Model ketinggian tamaddun material
berada di mana-mana pelosok dunia dan mudah dipindahkan
ke tempat lain. Tetapi di mana hendak ditiru model
kehidupan masyarakat yang memiliki tamaddun kerohanian
yang tinggi.
Begitulah sebagai contoh peribadi yang sekadar percikan
dari Al Imamul Muttaqin iaitu Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW sendiri berada di tahap tertinggi di kalangan
manusia sebab itu peringkat Rasulullah SAW itu
adalah ‘rahmatan lil alamin’. Seluruh alam yang merangkumi alam nyata dan alam ghaib mendapat limpahan
rahmat kerana kehadiran Rasulullah SAW. Maka ada golongan lain yang mengiringi Baginda mengikut urutan
taqwa, limpahan barokah dan karomah yang dikurniakan
oleh Allah SWT sehingga dinobatkan sebagai
‘wabihim yunsaruun’
. Ertinya dengan sebab mereka maka orang lain
dibantu.
Para salafussoleh berada di kedudukan tinggi dan dominan berbanding kaum-kaum lain kerana mereka adalah
orang-orang Allah SWT. Allah SWT menaungi mereka maka
muka bumi ini pun selamat di tangan mereka. Ini adalah
kerana mereka bencikan kemuliaan dan keuntungan dunia.
Seluruh kehidupan dunia tidak lebih dari alat untuk menuju
Allah SWT dan bekalan akhirat.
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan Allah telah berjanji kepada
orang beriman di antara kamu dan mengerjakan
amalan soleh, bahawa Dia akan benar-benar men-
jadikan mereka berkuasa di mukabumi.” Firman Allah SWT:
(An-Nur: 55)
Rasulullah SAW bersabda:
Terjemahannya: “Barangsiapa membaiki hubung-
annya dengan Allah, maka Allah akan menyempur-
nakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa
memperbaiki apa yang dirahsiakannya, maka Allah
akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-
terangan)...” (Riwayat Al-Hakim)
Kebenaran (haq) datangnya dari Allah SWT.
Ayat Al Quran atau dengan lain perkataan Islam ini adalah Allah SWT yang punya maka Allah SWT menjaganya. Apabila muncul golongan yang benar-benar tepat berada di jalan kebenaran itu maka Allah SWT pasti membelanya. Allah SWT bela kerana di tangan golongan itu terjamin Islam itu benar-benar murni dan tulen. Di tangan golongan ini Islam itu benar-benar menepati kehendak Allah dan RasulNya.
Mereka memiliki cukup syarat maka tentera Allah SWT pun berperanan. Allah SWT hantar tenteraNya untuk mengalahkan musuh. Sedikit sahaja di kalangan pejuang kebenaran mempersiapkan tenteranya yang kadang-kadang tidak sampai perlu berfungsi. Lihat sahaja bagaimana Allah SWT membela dan memenangkan pejuang-pejuang kebenaran. Allah SWT hantar tenteraNya yang hanya dengan itu agar manusia melihat dan gerun dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Agar manusia juga melihat betapa kebenaran itu sentiasa dibela dan dimenangkan oleh Allah SWT. Agar manusia faham bahawa kebatilan pasti musnah. Memusuhi kebenaran ertinya memusuhi Allah SWT, maka Allah SWT tewaskan musuh-musuhNya yang kadang- kadang hanya dengan benda yang kecil sahaja umpamanya nyamuk. Ini juga bertujuan Allah SWT mahu para pejuang Islam yakin akan pembelaan Allah SWT.
Ayat Al Quran atau dengan lain perkataan Islam ini adalah Allah SWT yang punya maka Allah SWT menjaganya. Apabila muncul golongan yang benar-benar tepat berada di jalan kebenaran itu maka Allah SWT pasti membelanya. Allah SWT bela kerana di tangan golongan itu terjamin Islam itu benar-benar murni dan tulen. Di tangan golongan ini Islam itu benar-benar menepati kehendak Allah dan RasulNya.
Mereka memiliki cukup syarat maka tentera Allah SWT pun berperanan. Allah SWT hantar tenteraNya untuk mengalahkan musuh. Sedikit sahaja di kalangan pejuang kebenaran mempersiapkan tenteranya yang kadang-kadang tidak sampai perlu berfungsi. Lihat sahaja bagaimana Allah SWT membela dan memenangkan pejuang-pejuang kebenaran. Allah SWT hantar tenteraNya yang hanya dengan itu agar manusia melihat dan gerun dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Agar manusia juga melihat betapa kebenaran itu sentiasa dibela dan dimenangkan oleh Allah SWT. Agar manusia faham bahawa kebatilan pasti musnah. Memusuhi kebenaran ertinya memusuhi Allah SWT, maka Allah SWT tewaskan musuh-musuhNya yang kadang- kadang hanya dengan benda yang kecil sahaja umpamanya nyamuk. Ini juga bertujuan Allah SWT mahu para pejuang Islam yakin akan pembelaan Allah SWT.
Allah menceritakan sejarah para Nabi dan Rasul di
dalam Al Quran sebagai pengajaran buat kita. Diceritakan
bagaimana berlakunya kehinaan dan kebinasaan umat dahulu, lantaran derhaka dan kesombongan mereka menentang ajakan Rasul.
Mereka mati dalam keadaan hina, di akhirat sekali lagi akan terhina dengan azab siksa yang pedih. Allah SWT hantar tentera-tenteraNya dalam berbagai bentuk.
Mereka mati dalam keadaan hina, di akhirat sekali lagi akan terhina dengan azab siksa yang pedih. Allah SWT hantar tentera-tenteraNya dalam berbagai bentuk.
1. Kaum Nabi Nuh a.s. binasa dilanda ribut taufan dan
banjir besar. Semua yang derhaka, termasuk anak dan
isterinya, serta binatang yang tidak dapat diselamatkan
habis mati. Sebelum kejadian banjir besar itu, Nabi Nuh
telah memberi peringatan kepada mereka supaya
mentaati Allah dan kembali kepada kebenaran. namun
mereka tetap dengan pegangan yang sesat itu
(menyembah berhala), malah mengajak orang lain turut
sama. Oleh kerana kedegilan mereka, Nabi Nuh
terpaksa berdoa kepada Allah untuk membinasakan
umatnya yang engkar itu.
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Nuh berkata: ‘Ya Tuhanku, jangan-
lah engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang
kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya jika Eng-
kau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan me-
nyesatkan hamba-hambaMu dan mereka tidak akan
melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat
kafir’.” (Surah Nuh: 26-27)
2. Kaum ‘Ad pula dibinasakan oleh angin yang sangat
kencang dan keras akibat perbuatan mereka menentang
dan membangkang ajakan Nabi Allah Hud a.s untuk
mengEsakan Allah SWT.
Manakala kaum Tsamud yang tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh Nabi Soleh a.s binasa dengan kejadian yang luar biasa, yakni gempa bumi yang dahsyat.
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Kerana itu mereka ditimpa gempa,
maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan
di dalam rumahnya.” (Al-A’raaf: 78)Manakala kaum Tsamud yang tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh Nabi Soleh a.s binasa dengan kejadian yang luar biasa, yakni gempa bumi yang dahsyat.
Firman Allah SWT:
3. Kaum Lut di samping menentang kebenaran, mereka
juga adalah pengamal homoseks. Peringatan dan
ancaman tidak dihiraukan, mereka tetap sesat dengan
perbuatan keji itu sehingga tiba balasan Allah dengan
diterbalikkan bumi dan dihujani tanah yang keras.
4. Kaum Aikah (kaum Nabi Syuaib) juga dimatikan
dengan suara yang mengguntur hingga mati bergelim-
pangan di rumah. Mereka adalah kaum yang suka menipu dalam timbangan dan sukatan, suka merugikan
orang demi mendapat kekayaan dan menolak kebenaran.
5. Firaun begitu angkuh dan sombong, hingga mengakui
dirinya Tuhan, menganiaya, menindas dan menghalang
rakyatnya dari menerima kebenaran dari Allah. Akhir-
nya dia dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan
Allah di dalam laut ketika mengejar Nabi Musa.
6. Penduduk Negeri Saba’ yang enggan bersyukur dengan
nikmat kemewahan dan kemakmuran serta berpaling
dari kebenaran didatangkan Allah dengan satu banjir
besar. Bukan sahaja mereka yang engkar mati, segala
kebun dan bangunan yang indah turut binasa.
Itulah sebahagian daripada kebinasaan yang menimpa
umat dahulu.
Kini kemungkaran bermaharajalela di dalam masyarakat kita. Insaf dan bertaubatlah sebelum tiba ketentuan dari Allah.
Kini kemungkaran bermaharajalela di dalam masyarakat kita. Insaf dan bertaubatlah sebelum tiba ketentuan dari Allah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“...Bila satu kaum melakukan penzinaan secara
terang-terangan mereka akan diserang oleh penyakit
yang belum pernah dialami oleh nenek moyang
mereka. Bila mereka mengurangi timbangan
(menipu dalam perniagaan) mereka akan dihukum
dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman
pihak atasan. Bila mereka enggan membayar zakat,
mereka akan terhalang oleh hujan dari langit, dan
kalau tidak kerana adanya haiwan dan binatang
ternak, tidaklah akan diturunkan hujan. Bila mereka
melanggar janji Allah dan RasulNya, maka mereka
akan dijajah oleh musuh dari bangsa lain yang akan
merampas sebahagian dari harta mereka...”
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)