Di zaman Rasulullah SAW apabila seseorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah secara otomatik bersatu
dalam semua perkara. Bersatu dalam soal aqidah, ibadah,
akhlak, syariat, ekonomi, siasah, pendidikan dan lain-lain.
Kasih sayang mereka luar biasa. Semangat membela mereka
sungguh kental. Saudaranya yang lain dirasakan lebih
bernilai dan lebih layak hidup berbanding dirinya sendiri.
Lantaran itulah mereka sanggup bergalang-ganti nyawa.
Pengakuan tauhid mereka itu diiringi dengan bernaung
di bawah pimpinan Rasulullah SAW dan bersatu dalam
semua bidang. Tidak ada firqah, kelompok, persatuan atau
organisasi yang memisahkan antara mereka.
Andainya terjadi kesamaran, kekeliruan dan perbezaan pandangan
mereka kembali merujuk kepada wahyu yang masih turun
dan bersandar kepada Rasulullah SAW sendiri.
Kini senarionya sudah terlalu jauh berbeza. Biarpun
sama-sama mengucap Dua Kalimah Syahadah, namun
terjadi berbagai-bagai percanggahan dan perselisihan hing-
ga membawa kepada pepecahan.
Umat Islam berpecah di bidang aqidah, ibadah, akhlak, syariat, siasah dan seba-
gainya. Malah sampai ke tahap bermusuhan, berbunuhan
dan berperang. Ikatan perpaduan sangat mudah terungkai,
benteng penyatuan sangat mudah roboh, pagar kesatuan
umat terlalu mudah reput, semuanya berpunca dari faktor-
faktor yang sangat remeh-temeh. Musuh dianggap kawan
dan bekerjasama dengannya. Kawan pula dianggap musuh.
Pejuang Islam tidak diburu oleh Yahudi dan Nasrani tetapi
oleh umat Islam sendiri.
Negara Islam berbelanja besar untuk membeli senjata
dari Barat yang dengan senjata itu banyak nyawa umat
Islam sendiri terkorban. Hubungan diplomatik sesama
negara Islam boleh dengan mudah diputuskan. Peluru di
negara Islam lebih banyak membunuh umat Islam sendiri
berbanding musuh.
Kiasan orang Melayu mengenai perpaduan ialah
umpama lidi. Sebatang lidi tidak boleh menyapu sampah
dan terlalu mudah untuk dipatah-patahkan. Sebatang lidi
juga lazimnya tidak diendahkan oleh sesiapa pun. Gabung-
an lidi yang diberkas bersama membentuk satu keteguhan
yang dinamakan penyapu. Sebuah penyapu lidi berubah
menjadi kuat dan tidak boleh dipatah-patahkan, serta
berkesan untuk berfungsi sebagai penyapu.
Perumpamaan lain yang biasa digunakan untuk memberi gambaran
keutuhan perpaduan ialah “Bulat air kerana pembetung
(kolah, tangki, empangan), bulat manusia kerana mua-
fakat.”
Perpaduan merupakan salah satu aspek yang paling
banyak diperkatakan oleh berbagai pihak, khususnya oleh
para pemimpin dan pemikir masyarakat. Ini memperlihat-
kan betapa pentingnya perpaduan yang kukuh di dalam
hidup bermasyarakat. Siapa saja yang berada pada kedu-
dukan sebagai pemimpin, maka perpaduanlah topik yang
sering dibicarakan atau diketengahkan. Pemimpin di mana-
mana institusi hatta yang kecil sekalipun seperti keluarga
apatah lagi pemimpin negara sering kali mengulangi seruan
atau saranan ke arah wujudnya perpaduan yang utuh.
Mana-mana institusi yang berbentuk perjuangan, tidak
kira sama ada perjuangan yang hak mahupun bathil, sangat
mementingkan keutuhan perpaduan. Lebih-lebih lagi
dalam perjuangan Islam yang merupakan salah satu aspek
kekuatan mencapai kemenangan. Sangat-sangat memerlu-
kan perpaduan yang benar-benar teguh dan kukuh. Apabila
rapuh atau roboh benteng perpaduan, bukan sahaja musuh
tidak dapat ditewaskan sebaliknya perjuangan itu sudah
lemah dan tewas di gelanggang sendiri.
Perpecahan itu sendiri ertinya kekalahan, kerana Allah SWT sangat murka kepada hamba-hambaNya yang bermusuhan sesama sendiri.
Di kalangan pejuang-pejuang Islam semangat pembe-
laan sesama anggota bukan sekadar bertolong bantu dalam
segala urusan malah sampai kepada tahap sanggup berga-
lang ganti nyawa. Sudah tentulah bukan calang-calang
pencapaian ikatan perpaduan yang tercetus hingga sampai
kepada tingkat menggadai nyawa demi membela orang
lain. Tentulah sangat mendalam dirasainya orang lain, lebih
berharga, bernilai dan lebih layak hidup berbanding diri-
nya.
Sikap dalam perlakuan yang sangat mengutamakan
orang lain bukan satu retorika. Ianya memang benar-benar
telah berlaku di kalangan para sahabat. Dan boleh berlaku
di sepanjang zaman serta kepada siapa saja di kalangan
umat ini.
Di zaman ini perpaduan sukar dibina malah ada yang
beranggapan tidak rasional kerana masing-masing sudah
hidup terlalu cinta kepada diri sendiri.
‘Ego-centric’
yang sudah keterlaluan, masing-masing berlumba-lumba memburu apa saja untuk kesenangan sendiri, keluarga dan kelompok sendiri.
Natijah dari itu maka subur berbagai penyakit hati yang
menyumbangkan kepada perpecahan yang lebih parah
seperti hasad (dengki), iri hati, saling membenci, berdendam, menfitnah, hasut, pemarah, menghasut dan jatuh menjatuhkan. Mereka yang terlalu mencintai dan mementingkan diri sendiri inilah yang sudah tidak lagi ada ruang
memikirkan orang lain lantas beranggapan tidak diterima
akal adanya perpaduan yang begitu rapat. Mereka seumpa-
ma ini yang menjadi ejen pembawa virus perpecahan yang
tidak kunjung padam.
Di kalangan para pejuang Islam sendiri pun adakalanya
baru sahaja digertak atau diugut oleh musuh sehingga ter-
gugat sedikit keselesaan hidup, terjejas sedikit ketenteraman belum pun sampai tergugat nyawa itu pun sudah sanggup mencemuh kawan sendiri. Sanggup belot menyebelahi
musuh dan meranapkan perjuangan sendiri. Lantaran
itulah kemenangan sukar diberi oleh Allah SWT. Dan itu
pun ada hikmah di sebaliknya.
Andainya Allah beri kemenangan dalam situasi perpaduan yang longgar nescaya
mereka akan bercakaran sesama sendiri kerana merebut
sesuatu yang bersifat duniawi. Dan ini boleh mencemarkan
maruah perjuangan Islam yang suci murni ini.
Selain daripada terlalu mencintai diri dan mementingkan diri, keretakan perpaduan berlaku juga kerana umat
Islam sudah terlalu , kedudukan, keturunan dan
ilmu pengetahuan. Akibatnya kehmembanggakan dengan apa yang di-
miliki sama ada harta, pangkat serta kehidupan bermasyarakat
berkelompok mengikut status sosial masing-masing. Hidup
terpisah, tersisih dan terpinggir antara satu dengan yang
lain dan sukar untuk berunding untuk mencari kesepakatan
dan permuafakatan.
Tanpa disedari maka terbinalah sikap seolah-olah
masing-masing kelompok boleh hidup sendiri tanpa ber-
sandar kepada orang atau pihak lain. Sebab itu tidak ada
sikap mahu menghargai, memberi nilai dan berterima kasih
kepada pihak lain. Sedangkan hakikat kehidupan yang
perlu difahami ialah semua dicipta oleh Allah SWT dari
asal kejadian yang sama. Dari bapa dan ibu yang sama
(Adam dan Hawa). Berada di bumi yang sama yang saling
sandar menyandar, saling perlu memerlukan, saling leng-
kap, melengkap antara satu dengan yang lain sama ada
secara langsung atau tidak langsung, tiada siapa yang boleh
hidup sendirian.
Perpaduan umat kini adalah bertepatan dengan apa
yang pernah dinukilkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda
Baginda:
Daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku men-
dengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Umatku akan
ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa
umat terdahulu.’ Sahabat bertanya: ‘Apakah
penyakit umat terdahulu itu?’ Rasulullah SAW
berkata: ‘Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak
keseronokan, terlalu mewah, menghimpun harta
sebanyak mungkin, tipu menipu dalam berebut
harta dunia, saling memarahi (bermusuhan), saling
berhasad (dengki) sehingga menzalimi’.”
Allah SWT dan Rasulullah SAW sangat mengutamakan
perpaduan dan penyatuan umat. Perpaduan merupakan
salah satu aspek penting dan utama dalam ajaran Islam,
sehingga dianggap tidak sempurna iman seseorang yang
tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri.
Islam merangkumi HablumminAllah dan
Hablumminannas. Dari keseluruhan Hablumminannas, perpaduan
adalah di tempat teratas, terpenting dan paling utama.
Kejayaan hidup bermasyarakat dan kelancaran aspek lain
seperti ekonomi, pembangunan, pendidikan, politik dan
lain-lain sangat bergantung kepada perpaduan. Negara
yang rakyatnya sering berkrisis bercakaran dan bermusuh-
an sesama sendiri, bukan sahaja tidak mampu menghadapi
tentangan luar, malah mereka sendiri dibuli oleh pihak lain.
Proses pembangunannya perlahan, ekonomi tidak berkem-
bang dan musnahnya kesejahteraan hidup.
Himpunan banyak batang lidi membentuk sebuah
penyapu, semuanya diikat oleh tali. Tali pengikat itu yang
menjamin tidak terbarainya batang-batang lidi tersebut. Tali
itu yang menjadi faktor penentu kepada keteguhan perpa-
duan batang-batang lidi. Apabila gabungan batang-batang
lidi itu terikat bersama-sama maka kekuatan lidi itu juga
adalah kekuatan bersama yang masing-masing saling san-
dar menyandar.
TALI ALLAH
Perpaduan juga tidak akan wujud tanpa pengikat. Dan
pengikat umat itu mestilah tali yang paling teguh. Maka
Allah SWT menunjuki tali pengikat yang pasti akan terbina
jalinan perpaduan paling utuh seperti yang Allah SWT
firmankan:
Terjemahannya: “Dan berpegang teguhlah kamu
dengan tali (agama) Allah dan jangan berpecah
belah “ (Ali Imran: 103)
Apabila setiap individu dan semua pihak berpegang
teguh dengan “tali” Allah SWT, atau sama-sama dalam satu
ikatan “tali” Allah SWT secara otomatik wujudnya
perpaduan yang utuh. Biar di manapun umat Islam ini ber-
ada, di mata angin mana, di bukit atau di lembah, di rimba
belantara atau di kota. Di lautan atau di daratan, di Kutub
Utara atau Kutub Selatan hatta di bulan atau di bintang
sekalipun, selagi berpegang teguh dengan “tali” Allah SWT
maka perpaduan tetap utuh.
Sebaliknya apabila terungkai dari “tali” Allah SWT
maka otomatik juga itu dinamakan perpecahan, biar pun
dalam satu rumah atau di bawah satu bumbung, dalam satu
keluarga, satu organisasi, satu pertubuhan, bernaung di
bawah satu panji-panji, bercakap bahasa yang sama, warna
kulit yang sama, satu rumpun satu bangsa, perpaduan tidak
akan wujud.
Andainya ada ikatan lain yang bukan “tali”
Allah SWT bukan saja tidak teguh malah sebenarnya sedang
berada di dalam perpecahan. Tinggal lagi mungkin tiada
pemangkin atau belum ada suis yang mencetuskan
persengketaan. Allah SWT menggambarkan keadaan
demikian itu sebagai satu peringatan bahawa perpecahan
sedang melanda kelompok mana pun yang terungkai dari
“tali” Allah SWT.
Firmannya:
Firmannya:
Terjemahannya: “Kamu menyangka mereka itu
bersatu tetapi hati mereka berpecah belah”
(Al- Hasyr: 14)
(Al- Hasyr: 14)
Berpegang dengan “tali” Allah SWT itu, punya penger-
tian yang khusus. Pengertian inilah yang sangat perlu
difahami oleh umat khususnya para pejuang Islam. Setelah
difahami maka perlu dihayati oleh semua pihak. Berikut
adalah perincian kepada maksud “tali” Allah SWT itu.
1. Aqidah yang benar
Rasulullah SAW memberi jaminan keselamatan dunia
dan akhirat apabila berpegang kepada Aqidah Ahlus sunnah Wal Jamaah
.
Sabda Baginda SAW:
Terjemahannya: “Demi diriku dalam genggaman- Nya, akan berpecah umatku kepada 73 firqah. Semuanya masuk neraka kecuali satu. Sahabat- sahabat bertanya, “Siapakah yang satu itu ya Rasu- lullah? “Rasulullah menjawab, “Ahlussunnah Wal Jamaah yakni mereka yang berpegang sebagaimana peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.” (Riwayat Tirmizi)
Terjemahannya: “Demi diriku dalam genggaman- Nya, akan berpecah umatku kepada 73 firqah. Semuanya masuk neraka kecuali satu. Sahabat- sahabat bertanya, “Siapakah yang satu itu ya Rasu- lullah? “Rasulullah menjawab, “Ahlussunnah Wal Jamaah yakni mereka yang berpegang sebagaimana peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.” (Riwayat Tirmizi)
Ternyata bahawa awal-awal lagi dalam soal terpokok
iaitu aqidah Rasulullah SAW sudah menetapkan berlaku-
nya perbezaan pegangan aqidah itu adalah perpecahan.
Perbezaan pegangan aqidah ini sudah pasti boleh mencetus-
kan berbagai permusuhan biar pun tidak terserlah dalam
kehidupan. Dan tidak ada ertinya usaha untuk di satukan
dalam organisasi atau parti andainya hati masing-masing
sudah terpisah oleh perbezaan aqidah ini.
Apatah lagi pegangan aqidah selain Ahlussunnah Wal
Jamaah itu tidak ada jaminan keselamatan dunia akhirat.
Tidak adanya keselamatan itu ertinya sudah terungkai atau
terlucut dari ikatan tali Allah di bidang aqidah. Apabila
aqidah tidak benar maka seluruh amalan lain akan tertolak.
2. Ibadah yang tepat
Tepatnya ibadah itu bukan menjaga sah batal dan syarat
rukun sahaja. Ibadah yang tepat mestilah mempunyai roh
dan mencapai tujuan. Roh ibadah itu ialah apabila terbinanya peribadi mulia hingga terpancar akhlak yang mempesonakan. Tujuan dari ibadah itu ialah supaya benar-benar
mencapai rasa kehambaan yang mendalam dan dapat pula
merasai keagungan dan kebesaran Allah SWT. Semakin
banyak ibadah semakin bertambah memberi kesan pada
hati iaitu dapat membakar dan memusnahkan segala maz-
mumah atau sifat keji pada diri. Andainya roh dan tujuan
ini tidak tercapai maka ibadah itu dikira tidak menepati
tujuan yang sebenar.
Segala jenis ibadah mempunyai hikmah dan tuntutan-
nya. Hikmah atau tuntutan ibadah itu semuanya berkaitan
dengan kehidupan manusia itu sendiri. Ertinya ibadah yang
tepat membawa natijah kepada kesempurnaan hidup ma-
nusia. Contohnya, tuntutan dari solat ialah memberi penga-
jaran betapa pentingnya pengurusan masa, mencegah dari
berbuat mungkar, menyusun hidup bermasyarakat, mendo-
rong kemajuan dan pembangunan.
Allah SWT juga memerintahkan agar semua urusan
hidup manusia dijadikan ibadah. Tidak pula dengan mudah
akan diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah kecuali sete-
lah mengikut syarat yang ditetapkan. Berdasarkan syarat-
syarat itu barulah diiktiraf sebagai ibadah. Yakni bukan asal
berbuat urusan kehidupan maka otomatik menjadi ibadah.
Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:
a. Niat mestilah benar-benar kerana Allah SWT.
b. Perlaksanaan mestilah tidak terkeluar dari syariat.
c. Natijah atau hasil dari setiap pekerjaan itu juga mestilah untuk kebaikan.
d. Perkara yang dibuat itu tidak dilarang oleh syariat sekurang-kurangnya perkara yang dibolehkan atau perkara yang diharuskan.
e. Sepanjang melaksanakan urusan itu tidak meninggalkan perkara-perkara Fardhu Ain.
b. Perlaksanaan mestilah tidak terkeluar dari syariat.
c. Natijah atau hasil dari setiap pekerjaan itu juga mestilah untuk kebaikan.
d. Perkara yang dibuat itu tidak dilarang oleh syariat sekurang-kurangnya perkara yang dibolehkan atau perkara yang diharuskan.
e. Sepanjang melaksanakan urusan itu tidak meninggalkan perkara-perkara Fardhu Ain.
3. Berpegang kepada hukum hakam Allah SWT
Semua aspek kehidupan manusia tidak terlepas dari
lima hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Semua lima hukum itu adalah ketentuan Allah SWT, walau
hukum harus sekalipun. Setiap detik, setiap ketika, apa saja
yang dilakukan, sama ada gerak atau diam, tidur atau jaga
dan di mana saja, salah satu lima hukum itu tetap berlaku.
Manusia tidak berhak membuat sebarang hukum
hakam dan manusia juga tidak dapat terungkai dari hukum hakam Allah SWT tersebut. Oleh itu untuk mencapai
perpaduan semua umat Islam hendaklah menerima hukum
wajib dan sama-sama melaksanakannya. Sama-sama
menerima hukum sunat dan berusaha mengamalkannya
sebanyak mungkin. Sama-sama menerima hukum makruh
dan sama-sama berusaha menolaknya. Sama-sama mene-
rima hukum haram dan sama-sama mesti menolaknya.
Manakala yang harus pula diterima sebagai harus yang
datangnya dari Allah SWT dan berusaha memenuhi lima
syarat agar perkara yang harus itu menjadi ibadah.
Sama-sama berada di dalam ikatan hukum hakam Allah
SWT itu ertinya tidak berselisih atau tidak bercanggah da-
lam soal penetapan dan penerimaan hukum hakam tersebut
dan sama-sama melaksanakan menurut kedudukan tiap-
tiap hukum tersebut. Tidak perlu berdolak dalik dengan
berbagai alasan dan kepentingan.
4. Matlamat yang sama
Ramai orang banyak ragam. Satu billion manusia, satu
billion ragam dan satu billion matlamat hidup. Kadang-
kadang tercetus satu billion konflik, percanggahan, krisis
dan persengketaan. Tidak hairan apabila umat Islam juga
tidak terlepas dari ‘conflict of interest’
sesama sendiri .Bagi umat Islam, Allah SWT sudah menetapkan satu
matlamat yang mesti diburu. Matlamat itu ialah mencapai
‘Mardhatillah’. Keredhaan Allah SWT sepanjang hidup
hingga akhir hayat. Dan di akhirat nanti bakal dibalasi
dengan syurga. Sama ada ibadah khusus mahupun urusan
yang bersifat duniawi mestilah dijadikan ibadah demi
keredhaan Allah SWT.
Aspek kehidupan yang bersifat duniawi seperti politik,
ekonomi, pembangunan, kemajuan, perniagaan, harta
benda, pangkat, jawatan dan lain-lain itu di samping
menjadi ibadah melalui lima syarat, ianya juga tidak lebih
dari sekadar alat untuk menyempurnakan kehidupan dan
nikmat yang mesti disyukuri. Alat juga sifatnya untuk me-
mudahkan tercapainya matlamat. Dalam pada itu, alat yang
merangkumi dalam aspek tamadun manusia itu tidak
secara otomatik menjadi ibadah kecuali dilaksanakan sesuai
dengan syariat. Seluruh umat Islam mesti memiliki kefa-
haman serta penghayatan yang jelas terhadap konsep alat
dan matlamat.
Perpaduan akan dapat dicetuskan dan terhindar dari berlakunya conflict of interest
apabila semua pihak tidak keliru antara matlamat dan alat untuk mencapai
matlamat. Tidak akan berlaku di mana umat Islam bertungkus lumus, mengorbankan seluruh usianya sekadar membangunkan alat dan sekaligus tidak mencapai matlamat.
Sebagai perbandingan, buah padi itu adalah matlamat
yang dapat dihasilkan oleh peralatan iaitu bendang, baja,
traktor, tali air, racun serangga, racun rumpai, cangkul, tajak
dan sabit. Alat pula kelihatan banyak terdiri dari berbagai
jenis. Namun semua alat itu untuk ke arah mencapai satu
matlamat saja iaitu penghasilan buah padi. Dan tiada siapa
yang hanya terhenti kepada asyik dengan alat semata-mata
tanpa menggunakan alat itu untuk mencapai matlamat.
5. Penyatuan hati dan fikrah
a. Semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT.
Perbezaan maknawiyah yang pertama ialah pada iman
dan kufur. Perbezaan maknawiyah yang kedua terletak
pada ketaqwaan antara orang mukmin. Mulia atau hina
seseorang mukmin disisi Allah SWT terletak pada tingkat
ketaqwaan. Kedudukan taqwa tiada siapa yang tahu ke-
cuali Allah SWT. Lantaran itu tiada siapa di kalangan
sesama manusia boleh menyombong, bongkak dan angkuh
dan memandang hina terhadap orang lain kerana tiada
siapa menjamin nasib diri di sisi Allah SWT di akhirat kelak.
Lebih-lebih lagi andainya kita turut menyedari hakikat
manusia yang saling sandar menyandar, saling memerlukan
antara satu dengan yang lain, saling lengkap melengkapi.
Tiada siapa yang boleh hidup sendirian, melainkan sama
ada disedari atau tidak, sama ada secara langsung atau ti-
dak, setiap manusia tetap ada terkait dengan orang atau
pihak lain. Atau dengan kata lain, sama ada sengaja atau
terpaksa orang lain ada peranan dalam memenuhi keper-
luan kita dan sebaliknya.
Atas alasan ini hati kecil kita merasakan wajar dan patut
merasa kasih sayang dan terhutang budi kepada orang lain.
Sebab itu Rasulullah SAW menganjurkan berkasih sayang
seperti sabda Baginda:
Terjemahannya: “Tidak sempurna iman seseorang
itu sehingga dia mengasihi saudaranya yang lain
seperti dia mengasihi diri sendiri.”
Allah SWT dengan sifat PemurahNya tetap menyalurkan nikmat biarpun kepada manusia yang derhaka
kepadaNya. Dan Maha Suci Allah SWT dari mengambil untung atau berkepentingan daripada kurnia dan anugerahNya yang tidak terhingga. Sedangkan sesama kita ada
sesuatu kepentingan yang diperolehi dari orang lain. Maka
lebih patut dan wajar terjalinnya kasih sayang.
Natijah dari kasih sayang itu maka akan terserlah dalam
kehidupan ini perkara-perkara berikut:
i. Apabila bertemu tidak merasa jemu.
ii. Bila berpisah saling merindui
iii. Ketiadaan dirasai kehilangan.
iv. Keberadaannya bermanfaat.
v. Rasa bersama dan bekerjasama.
vi. Menjadi regu yang baik dan saling bertolong bantu.
vii. Cepat mengakui kesalahan dan memohon maaf dan cepat pula memberi maaf.
viii. Aib saudaranya ditutup, kebaikannya disebut.
x. Kebaikan, kesukaan, keinginan, kejayaan, kebaha- giaan dan kegembiraan terhadap dirinya itulah yang diharapkan berlaku ke atas saudaranya dunia akhirat.
ix. Kejahatan, kebencian, kedukaan, kegagalan yang dia tidak mahu berlaku ke atas dirinya itu juga yang tidak mahu terjadi kepada saudaranya dunia akhirat.
ii. Bila berpisah saling merindui
iii. Ketiadaan dirasai kehilangan.
iv. Keberadaannya bermanfaat.
v. Rasa bersama dan bekerjasama.
vi. Menjadi regu yang baik dan saling bertolong bantu.
vii. Cepat mengakui kesalahan dan memohon maaf dan cepat pula memberi maaf.
viii. Aib saudaranya ditutup, kebaikannya disebut.
x. Kebaikan, kesukaan, keinginan, kejayaan, kebaha- giaan dan kegembiraan terhadap dirinya itulah yang diharapkan berlaku ke atas saudaranya dunia akhirat.
ix. Kejahatan, kebencian, kedukaan, kegagalan yang dia tidak mahu berlaku ke atas dirinya itu juga yang tidak mahu terjadi kepada saudaranya dunia akhirat.
b. Mengenal kawan.
Umat Islam mesti tahu dan benar-benar mengenali
kawan yang setia, yang sama-sama membantu untuk taqwa
dan kebaikan. Maka bertindak mengambil pendekatan
untuk berbaik, bekerjasama dan saling berhubungan.
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sesungguhnya orang-orang
mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah
antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada
Allah, semoga kamu mendapat rahmat.” (Al
Hujarat: 10)
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Wahai manusia, sesungguhnya
Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan se-
orang perempuan dan menjadikan kamu berbang-
sa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al
Hujarat: 13)
Musuh tidak akan berjaya menipu dan meretakkan
perpaduan sekiranya umat Islam mengenali kawan yang
sebenar. Pengkritik bukan ertinya penentang dan dianggap
musuh. Memuji bukan ertinya menyokong dengan setia
dan taat. Adakalanya mereka adalah pengampu yang boleh
membawa rebah.
c. Mengenal musuh.
Sebantal bukan bererti mimpinya sama. Umat Islam
jangan mudah tertipu hingga sanggup sebantal dan berada
dalam satu selimut dengan musuh. Jangan mudah tergadai
prinsip dan maruah lantaran lunak dan lemak manis kata-
kata, janji dan sikap musuh. Musuh tetap musuh yang
sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam. Tidak dapat
tanduk, telinga dipulas. Kalau pun aqidah umat tidak
tergadai namun kehidupan umat sudah sangat terhakis dari
syariat Allah SWT.
Bukan sekadar mengenali musuh dengan segala tipu
muslihatnya yang licik, malah mestilah pula sama-sama
menghadapinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Mukmin itu ada bersamanya lima musuh iaitu:
orang mukmin yang hasad dengki, munafik yang
memarahinya, orang kafir yang memeranginya,
syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang
mengajak kepada kejahatan.”
Lima musuh mukmin ini mesti ditentang menurut
kesesuaiannya. Lima musuh ini semuanya mendatangkan
angkara kerosakan kepada Islam dan umatnya. Tewas
kepada lima musuh ini atau menyetujui atau menurutinya
membawa akibat buruk dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT:
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Orang-orang munafik lelaki dan
perempuan, sebahagian mereka dengan sebahagian
yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat
mungkar dan melarang berbuat makruf dan mereka
menggenggam tangan mereka (bakhil). Mereka telah
lupa kepada Allah maka Allah melupakan mereka.
Sesungguhnya orang munafik itulah orang-orang
yang fasik.” (At Taubah: 67)
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sekali-kali tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani itu kepada kamu hingga kamu ikut jalan hidup mereka.” (Al Baqarah: 120)
Terjemahannya: “Sekali-kali tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani itu kepada kamu hingga kamu ikut jalan hidup mereka.” (Al Baqarah: 120)
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (Al A’raf: 22)
Terjemahannya: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (Al A’raf: 22)
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf: 53)
Terjemahannya: “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf: 53)
d. Menjaga Adabul Khilaf.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Perselisihan (perbezaan pendapat) umatku membawa rahmat.” (Riwayat Baihaqi)
Dalam ajaran Islam banyak aspek yang dibenarkan
umatnya berbeza pendapat atau berselisih pandangan.
Perbezaan yang dibenarkan itu adalah di dalam perkara
cabang dan ranting, yakni bukan perkara pokok. Perbezaan
pendapat ini membawa rahmat yang amat besar kepada
umat Islam kerana dalam aspek cabang ini umat Islam bebas
untuk memilih pegangan yang dirasakan sesuai dengan
minat, kecenderungan dan selera masing-masing, mengikut
tempat, keadaan, masa dan suasana.
Rahmat di sebalik berbeza pendapat dan pandangan
itu memberi ruang kepada umat Islam mengasah akal,
berfikir, bermuzakarah dan mengembangkan minda.
Natijahnya umat Islam sentiasa kreatif, inovatif dan terbuka
dan berlapang dada. Itu juga melambangkan bahawa ajaran
Islam melarang umatnya jumud, beku, kurang cergas dan
kurang berfikir.
Minda-minda terbaru dapat dikongsi serta
dimanfaatkan bersama. Ilmu yang dimiliki oleh individu
atau satu pihak boleh dipakai oleh individu atau pihak lain.
Umat Islam juga tentu maklum bahawa ilmu Allah SWT
itu sangat luas dan dalam. Tiada siapa yang boleh mendak-
wa dirinya mampu menguasai semua ilmu, sama ada yang
tersurat lebih-lebih lagi yang tersirat. Sudah diakui bersama
bahawa manusia ini Allah SWT jadikan berbeza-beza keupayaan, bakat, minat, kemampuan, kecenderungan dan
selera. Tidak terkecuali pencapaian dalam bidang ilmu
pengetahuan, pemikiran, pengalaman dan pemahaman.
Rahmat bagi umat Islam ialah apabila perbezaan-perbezaan itu semua dijadikan asas untuk saling sandar menyandar, saling lengkap melengkapi dan saling bermuafakat.
Andainya ada pihak yang masih belum boleh menerima
pegangan dan pandangan pihak lain, maka hormatilah pegangan dan pandangan mereka itu. Pihak yang berpegang
kepada satu pendapat atau fahaman tidak pula dibenarkan
memaksa atau menyisihkan pihak lain yang tidak dapat
menerima.
Umpamanya golongan yang lebih cenderung kepada
aspek feqah, mereka sangat arif, luas dan mendalam
fahamannya, tidak menyisihkan golongan yang lebih cenderung kepada persoalan tasawwuf dan kerohanian.
Begitu
juga sebaliknya golongan tasawwuf ini pula tidak perlu
memaksa golongan feqah menerima pegangan dan
fahaman mereka. Semua golongan dengan pegangan dan
fahaman masing-masing itu semuanya sama-sama dari
ajaran Islam dan dapat dimanfaatkan kepada semua umat
Islam. Golongan feqah boleh berkongsi pengalaman dari
golongan yang lebih luas dan mendalam di bidang
tasawwuf dan begitulah sebaliknya.
Anjuran yang tepat demi menjaga perpaduan umat,
demi mengukuhkan penyatuan umat ialah bersama-sama
di dalam pegangan aqidah yang pokok dan berbezalah
dalam aspek yang dibenarkan berbeza.
e. Sama-sama membangunkan makrufat.
Apa saja kebaikan yang ditetapkan dalam ajaran Islam
itulah juga yang diinginkan oleh fitrah manusia. Membangunkan kebaikan, kebajikan dan kebaktian ertinya membuat perkara-perkara yang memang sesuai dan disukai oleh
manusia.
Demi untuk mengukuhkan perpaduan, umat Islam
hendaklah memahami dan mengenali apa saja jenis makrufat. Selepas itu hendaklah berganding bahu dalam membangunkannya sebanyak mungkin. Hendaklah disebar
luaskan ke merata tempat hingga dapat memberi khidmat
kepada semua manusia.
Membangunkan makrufat ini ertinya melaksanakan
tuntutan yang sememangnya umat Islam sendiri ingin-
kannya dan manusia lain juga menyukainya kerana fitrah
manusia adalah sama.
Melalui makrufat yang tersebar luas
itu nescaya dapat menambat hati manusia kepada Agama
Islam itu sendiri kerana manusia dapat melihat dan merasai
betapa Maha Pengasih dan Penyayang Allah SWT yang
menurunkan berbagai nikmat.
f. Menyingkirkan perkara mungkar.
Perompak sekalipun akan naik berang kalau harta
rompakannya dirompak pula oleh perompak lain. Begitulah
fitrah manusia yang tidak sukakan kejahatan. Yakni orang
jahat sekalipun tidak sukakan kejahatan.
Adakalanya tercemar imej umat Islam itu lantaran
keperibadian umat Islam yang tidak menjadi model atau
contoh ikutan. Melihat kepada telatah dan gelagat masya-
rakat Islam tidak langsung memberi gambaran betapa
cantik dan indahnya ajaran Islam itu. Hingga persepsi
buruk diberikan oleh musuh kepada ajaran Islam itu sen-
diri. Rasionalnya, Islam dan penganut itu adalah dua per-
kara yang berbeza.
Umat Islam hendaklah menyingkirkan perkara mungkar, maksiat dan apa jua gejala negatif hingga ke tahap yang
paling minima. Kembalilah kepada bagaimana kaedah
Rasulullah SAW mengubati penyakit kronik masyarakat
jahiliyah. Bukan saja terkikis segala kemungkaran dan
mazmumah malah bertukar 360 darjah menjadi peribadi
yang memiliki akhlak yang sangat mempesonakan.
Semuanya bermula dari mengisi hati dengan keimanan kerana
hati itulah yang mencorakkan sifat-sifat seseorang itu. Hati
yang merupakan sebagai raja yang memerintah dan seluruh
anggota tubuh itu sebagai rakyatnya. Kejahatan manusia
terjadi kerana hati dikuasai oleh nafsu. Nafsu hanya boleh
dikalahkan dan ditundukkan oleh iman dan taqwa. Inilah
ubat suntikan yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada
masyarakat jahiliyah.
Hakikatnya kedudukan umat Islam adalah dalam perpecahan apabila kedapatan satu golongan berusaha membangunkan kebaikan manakala ada pula pihak lain yang
menganjurkan dan menyebarkan kemungkaran.
Realiti hari ini begitulah yang terjadi di mana-mana saja di kalangan
umat Islam. Malah golongan yang bersungguh-sungguh
memikul amanah Allah SWT dan mahu membenteras
kemungkaran menjadi sasaran pihak yang jahat, terutamanya kalau pihak yang jahat itu menjadi penguasa atau
pemerintah.
Golongan yang taat kepada perintah Allah
SWT itu menghadapi berbagai ancaman kezaliman dari
pihak yang derhaka kepada Allah SWT. Tidak hairanlah
maka umat Islam sendiri yang banyak merobohkan per-
paduan, yang banyak menyumbang kepada kehancuran
umat Islam. Ertinya umat Islam tiada perpaduan berpunca
dari perbuatan umat Islam itu sendiri.
g. Berjiwa sufi.
Berjiwa sufi merupakan salah satu faktor penting untuk
membendung perpecahan. Di mana-mana saja berlakunya
krisis. Dari krisis individu yakni krisis jiwa, membawa
kepada krisis dalam institusi kekeluargaan, kemudian krisis
dalam masyarakat, hinggalah kepada krisis dalam kelompok yang lebih besar di kalangan anggota pertubuhan,
persatuan, organisasi, seterusnya krisis di peringkat negara
dan antara negara, semuanya adalah akibat dari tidak
memiliki jiwa sufi.
Rata-rata umat Islam sudah bernafsu besar, buas dan
rakus. Sangat mementingkan diri sendiri serta keluarga.
Berlumba-lumba memburu dan membolot apa yang ada,
tidak mengira halal dan haram. Tanpa mengira jalan yang
hak dan batil. Sanggup menindas dan menzalimi, jatuh
menjatuh demi memperolehi sedikit dari kesenangan
duniawi.
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Katakan sesunguhnya keben- daan duniawi ini kecil (sedikit) dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa.” (An Nisaa: 77)
Terjemahannya: “Katakan sesunguhnya keben- daan duniawi ini kecil (sedikit) dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa.” (An Nisaa: 77)
Para pemimpin menjadi pencetus huru hara demi
memenuhi selera kepimpinannya. Pemimpin sudah tidak
memikirkan rakyat ramai. Mereka menjadikan jawatan
sebagai satu peluang untuk menimba kekayaan dan bukan
sebagai amanah.
Para ulama menjual agama dengan wang ringgit, pangkat dan kedudukan. Menjaga periuk nasi menjadi keutamaan. Apabila bertembung kepentingan dan habuan duniawi dengan kebenaran yang mereka terpaksa memilih salah
satu maka berbohong atau dengan mudah menggadai
kebenaran adalah pilihan mereka. Ulama tidak lagi mendi-
dik umat ke arah kenal dan takut kepada Allah SWT kerana
mereka sendiri sudah tidak kenal dan tidak takut kepada
Allah SWT.
Orang kaya sangat kedekut, genggam tak tiris. Mereka
sudah lupa daratan, bermewah-mewah, individualistik
serta membazir. Mereka lupa kepada jasa petani dan nela-
yan, kaum buruh dan pekerja hatta tukang kebun dan
pemandunya yang tinggal di gobok buruk di kampung
setinggan. Sedangkan banglo yang tersergam gagah itu
adalah hasil kerja tangan dan tumpuan keringat para kuli
dan tukang. Makanan yang dimakan itu adalah jasa tulang
empat kerat petani dan nelayan yang saban hari dilambung
gelombang.
Orang miskin pula tidak sabar dan tidak redha lantas
iri hati dan hasad dengki. Mereka juga sangat cintakan
duniawi malangnya duniawi tidak memihak kepada
mereka. Memasang angan-angan yang tidak sepadan
dengan kemampuan. Akhirnya turut melupai Allah SWT
dan agama juga tergadai.
Akibat bernafsu besar, buas dan rakus ini maka Allah
SWT dilupai, tidak kenal dan tidak takut. Apabila hati sudah
tidak takut kepada Allah SWT maka agama turut terabai
dan terpinggir. Agama bukan lagi menjadi pegangan dan
panduan hidup. Akhirat bukan lagi menjadi pilihan dan
tempat yang semua orang bakal menemuinya. Hidup
menurut apa yang difikirkan umpama lalang ditiup angin.
KAEDAH MEMILIKI JIWA SUFI
Apabila agama tidak menjadi pegangan dan panduan
maka ideologi yang menjadi pengganti. Ideologi itu pula
ada yang sudah tersedia tersusun dan terhimpun sebagai
satu fahaman politik. Namun sebenarnya apabila bukan
wahyu yang menjadi pegangan dan panduan maka hidup
seseorang itu dengan apa yang difikirkannya maka itulah
ideologi tanpa nama.
Untuk mengekang nafsu buas dan rakus dan menolak segala ideologi sama ada berbentuk isma-isma atau ideologi sendiri, sekaligus dapat mempertautkan hati sesama umat Islam tanpa mengira batas sempadan golongan, puak, kedudukan, bangsa, asal usul, keturunan dan negara, umat Islam perlu memiliki jiwa sufi yang di antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:
1. Rasa kehambaan
Berusaha bersungguh dan istiqamah (berterusan) memperolehi atau mencapai rasa kehambaan yang mendalam. Benar-benar mengenali diri itu adalah hamba yang dicipta oleh Allah SWT. Sewajarnya sampai kepada tahap rasa takut, bimbang, cemas, gementar, malu, mengharap, rindu, rasa dilihat, didengar, diketahui sehingga tidak lekang dari hati. Seiringan dengan itu tidak lekang pula rasa berTuhan yang tinggi, kenal Allah SWT hingga ke peringkat merasai keagungan, kebesaran, kehebatan Allah SWT.
Biarpun tidak dapat dicapai dalam tempuh yang singkat namun inilah matlamat hidup manusia yang sebenar. Matlamat ini yang mesti diburu, dikejar dan diusahakan hingga akhir hayat.
2. Mengenang nasib di Akhirat. “Dunia ini adalah tanaman akhirat”.
Untuk mengekang nafsu buas dan rakus dan menolak segala ideologi sama ada berbentuk isma-isma atau ideologi sendiri, sekaligus dapat mempertautkan hati sesama umat Islam tanpa mengira batas sempadan golongan, puak, kedudukan, bangsa, asal usul, keturunan dan negara, umat Islam perlu memiliki jiwa sufi yang di antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:
1. Rasa kehambaan
Berusaha bersungguh dan istiqamah (berterusan) memperolehi atau mencapai rasa kehambaan yang mendalam. Benar-benar mengenali diri itu adalah hamba yang dicipta oleh Allah SWT. Sewajarnya sampai kepada tahap rasa takut, bimbang, cemas, gementar, malu, mengharap, rindu, rasa dilihat, didengar, diketahui sehingga tidak lekang dari hati. Seiringan dengan itu tidak lekang pula rasa berTuhan yang tinggi, kenal Allah SWT hingga ke peringkat merasai keagungan, kebesaran, kehebatan Allah SWT.
Biarpun tidak dapat dicapai dalam tempuh yang singkat namun inilah matlamat hidup manusia yang sebenar. Matlamat ini yang mesti diburu, dikejar dan diusahakan hingga akhir hayat.
2. Mengenang nasib di Akhirat. “Dunia ini adalah tanaman akhirat”.
Ertinya segala amalan, pekerjaan, perlakuan dan gerak geri sepanjang
hidup ini hanyalah disifatkan sebagai menanam sahaja.
Akhirat merupakan tempat memungut hasil. Apa yang
bakal dikutip di akhirat nanti sama ada pahala atau dosa,
sama ada syurga atau neraka, bergantung kepada apa dan
bagaimana kita menanam.
Orang yang berjiwa sufi sentiasa takut dan bimbang.
Takut dan bimbang tentang nasibnya di akhirat kelak. Takut
dan cemas di saat berhadapan Qadhi Rabbul Jalil yang akan
menyelongkar setiap apa yang dilakukan sepanjang hidup.
Satu apa pun tidak akan tercicir, sama ada yang nyata mahu-
pun yang tersembunyi hatta gerak dan lintasan hati sekali-
pun.
Maka perlumbaan di dunia ini, apa yang diburu ketika
hidup, kerakusannya ialah terhadap menimba amal seba-
nyak-banyaknya dan menolak segala perbuatan mungkar
dan keji. Begitupun banyak amalan dan menolak kejahatan,
nasib di sisi Allah SWT di akhirat nanti belum tahu. Ianya
sangat bergantung kepada rahmat Allah SWT. Sesungguh-
nya rahmat Allah SWT itu hampir kepada orang yang
beramal.
Apa saja nikmat yang bersifat duniawi tidak lebih hanya
sekadar umpama peralatan dalam menanam padi. Alat-alat
yang membantu dan memudahkan kerja-kerja menanam
padi. Lebih lengkap dan sempurna segala peralatan maka
lebih mudah kerja-kerja menanam dan berpeluang mendapat hasil yang lumayan. Itu pun bukan satu jaminan
kerana kadang-kadang dirosakkan oleh berbagai-bagai mu-
suh seperti burung dan ulat. Tanpa disangka-sangka yang
menanam dengan peralatan tradisi berjaya mengutip hasil
yang banyak kerana dikawal sungguh-sungguh dari musuh
dan penyakit padi.
3. Rasa berdosa.
Imam As Shafie menghitung dosanya sebanyak biji
pasir di Padang Sahara dan dirinyalah orang yang paling
banyak dosa. Seorang ahli sufi mengira jumlah dosanya
hitung panjang sepuluh dosa setiap hari. Dia hidup selama
enam puluh lima tahun. Dikira dosanya bermula pada usia
lima belas tahun.
Maka jumlah dosanya ialah 10 x 365 x 50
= 182,500.
Satu hari di akhirat sama panjangnya dengan
seribu tahun mengikut ukuran dunia. Andainya setiap satu
dosa itu Allah SWT hukum sehari masuk neraka, maka
182,500 dosa itu di darab dengan seribu lantas ahli sufi itu
menjerit, jatuh pengsan dan terus mati.
Alangkah indahnya hidup bermasyarakat apabila
setiap orang lebih memikirkan dosa dan kesalahan sendiri.
Rasa berdosa itu tidak memberi kesempatan dan tidak ada
ruang untuk dirinya memikirkan kejahatan dan cacat cela
orang lain. Jauh sekali hendak menyakiti, menindas dan
menzalimi orang lain. Malah diganti dengan penuh kasih
sayang dan cinta mencintai.
4. Mengutamakan orang lain.
Sekumpulan tentera Islam yang cedera parah dari satu
peperangan sedang berbaring untuk menerima layanan dan
rawatan. Salah seorang merintih kehausan. Pelayan membawa segelas air. Sebaik saja gelas hampir mencecah mulut-
nya kedengaran pula seorang lain yang juga merintih kehausan. Ditolaknya gelas tersebut sebagai isyarat untuk
diberi kepada orang itu. Begitu juga yang berlaku, ada suara
mahukan air lalu ditolaknya untuk diberi kepada orang itu
pula. Perkara yang serupa juga terjadi kerana adanya suara
kehausan daripada tentera yang baru tiba. Ditolaknya air
itu untuk orang baru itu. Tetapi yang baru tiba itu telah
meninggal dunia sebelum sempat meneguk air. Lalu pelayan kembali membawa kepada yang pertama, pun telah
mati, yang kedua pun menghembuskan nafas terakhir, yang
ketiga pun telah meninggal dunia. Segelas air itu tidak
sedikit pun membasahi tekak mereka.
Begitulah secebis kisah betapa para sahabat yang ber-
jiwa luhur, di saat nyawa hampir melayang pun masih
sempat berbakti dan mengutamakan orang lain. Mereka
tidak langsung adanya kepentingan diri. Bukan keselesaan
hidup yang tergugat, bukan kesenangan hidup yang
tergugat, bukan harta benda yang tergugat, malah di saat
nyawa tergugat pun masih meletakkan orang lain lebih
utama dan berharga. Orang lain lebih layak diberi peluang
untuk menyambung hidup.
5. Menutup aib saudaranya.
Memiliki jiwa sufi bukan sahaja tidak mengorek-ngorek, tidak mengintai dan mengintip, tidak mencari-cari
kesalahan saudaranya, malah kesalahan yang terlanjur pun
diusahakan untuk menutupinya. Ini bukan bererti bersu-
bahat dan menyetujui perbuatan jahat saudaranya itu tetapi
tidak dijaja, tidak disebar dan tidak diberitahu kepada orang
lain, kecuali kalau terpaksa dengan maksud untuk mem-
baikinya, maka diadukan kepada orang tertentu umpama-
nya kadhi atau pemimpin.
Kalaupun terpaksa didedahkan, itu pun menurut kaedah yang diharuskan oleh syariat seperti untuk pendak-
waan atau penghakiman yang sangat terbatas kepada
orang-orang tertentu. Bukannya tersebar hingga orang buta
dan orang pekak pun turut tahu. Anak-anak kecil yang
belum mukallaf pun sudah mengenal kemungkaran orang
lain. Kesalahan orang lain yang dipandang berat itu pun
andainya berlaku berulang kali akan sangat memberi kesan
buruk kepada kepentingan masyarakat. Kesalahan yang
sekadar sekali, mungkin terlanjur tidak boleh lawan nafsu
maka diharapkan yang empunya diri akan sedar dan insaf
sendiri dan membaiki kesalahan tersebut tanpa melibatkan
orang lain.
Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: “Barangsiapa membela (menjaga nama baik/kehormatan) saudaranya tanpa keha- dirannya maka Allah akan membelanya di dunia dan di akhirat.” (Riwayat Al-Baihaqi)
Terjemahannya: “Barangsiapa membela (menjaga nama baik/kehormatan) saudaranya tanpa keha- dirannya maka Allah akan membelanya di dunia dan di akhirat.” (Riwayat Al-Baihaqi)
6. Pemaaf.
Berjiwa sufi ertinya sangat pemaaf. Dan pemaaf itu sa-
lah satu sifat keTuhanan yang wajar menjadi pakaian manusia. Allah SWT itu rahmat dan keampunanNya sangat luas.
Anggaplah orang yang bersalah itu berbuat hanya sekali
saja sebaliknya diri kita yang berbuat salah berkali-kali.
Hanya mungkin kita berbuat salah tidak kepada orang yang
sama.
Umpamanya ada orang meminta maaf kerana mengumpat diri kita. Mungkin itu sekali sahaja. Maka wajarlah segera memberi maaf kerana kita mungkin telah banyak
kali mengumpat orang lain cuma bukan ditujukan kepada
orang yang sama. Malah bagi para salafussoleh yang jiwa
sufinya menebal mereka memaafkan siapa sahaja sama ada
diketahui, dikenali atau tidak, sama ada meminta maaf atau
tidak agar orang lain diampuni oleh Allah SWT. Pihak yang
bersalah pula perlulah segera memohon maaf kerana mati
tidak mengira masa dan tempat.
7. Hubungan maknawiyah.
Pertautan hati atau roh sangat penting dalam memelihara perpaduan dan kasih sayang. Atas sebab inginkan
keselamatan diri dan keselamatan orang lain maka orang
berjiwa sufi seringkali saling mendoakan orang lain. Sering-
kali mengharapkan orang lain itu diampuni oleh Allah SWT
dan ditinggikan darjat. Malah salafussoleh tidak pernah
berdoa untuk dirinya sendiri. Mereka berpegang kepada
maksud hadis Qudsi:
“Barangsiapa mendoakan saudaranya Allah SWT
kabulkan doa itu untuk dirinya dan saudaranya se-
belum dia mengangkat tangan untuk berdoa.”
Berdoa untuk diri sendiri belum tentu dikabulkan. Salah
satu doa yang sangat makbul ialah mendoakan kepada
orang lain. Kalau kita mempunyai sesuatu hajat maka
panjatkan doa kita itu kepada Allah SWT bukan untuk diri
tetapi tujukan kepada orang lain. Saling menghadiahkan
doa ini akan bertambah menambat hati antara sesama umat
Islam. Sayidina Umar Al Khattab sangat-sangat bersyukur,
berterima kasih dan menghargai rakyatnya yang meng-
hadiahkan doa untuk dirinya dan beliau pula membalas
dengan berdoa pula kepada rakyat beliau.
8. Saling menasihati.
Kemuncak keangkuhan Firaun ialah apabila mengaku
dirinya Tuhan. Allah SWT memerintahkan Nabi Musa a.s
untuk memberi peringatan kepada Firaun. Allah SWT juga
ingatkan kepada Nabi Musa a.s agar bercakap kepada
Firaun dengan lunak dan lembut kerana itu akan lebih mendatangkan keinsafan. Biarpun akhirnya Firaun tetap mati
dalam kekufuran.
Begitu pun Nabi Musa a.s seorang utusan
Allah SWT, berlunak dan berlembut kepada Firaun itu
bertujuan untuk Nabi Musa tidak merasai lebih baik berbanding Firaun. Sedangkan hakikatnya tentulah tidak boleh
dibandingkan ketinggian darjat seorang Rasul seperti Nabi
Musa a.s. Namun dalam memberi peringatan, yang perlu
dihindari ialah merasai diri lebih baik.
Berkata keras, kasar, marah, mencerca, memaki hamun
itu adalah simbol keangkuhan, ego dan sombong. Malah
keras dan kasar itu menggambarkan seolah-olah terlebih
dahulu menjatuhkan hukuman bersalah kepada orang lain.
Sayidina Ali juga pernah menegur seseorang yang berpi-
dato keras dan kasar seolah-olah orang itu lebih cenderung
kepada menonjol diri.
Fitrah manusia adalah sama. Kalau kita sendiri tidak
dapat menerima sekiranya orang lain berbahasa kesat dan
mencerca, begitu juga orang lain yang turut berperasaan
macam kita. Manusia ada perasaan yang mudah terguris
dan tersinggung. Adakalanya mereka bukan tidak mahu
menerima kebenaran tetapi terhalang oleh kerana terguris
dan tersinggung perasaannya.
Manusia juga ada akal fikiran
yang mampu menilai kebaikan dan keburukan. Makanan
yang lazat andainya dilempar secara kasar pun boleh
mematahkan selera. Kebenaran dan kebaikan perlu
di hidangkan dengan cara yang sebaik mungkin dan mereka akan lebih cepat menerimanya.
di hidangkan dengan cara yang sebaik mungkin dan mereka akan lebih cepat menerimanya.
9. Membaiki Diri.
Orang yang berjiwa sufi sangat kuat berusaha mem-
baiki diri, menghilangkan segala sifat mazmumah dan
menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Apabila semua umat
Islam sama-sama membaiki diri dan dilakukan berterusan
tentulah sama-sama mahukan kebaikan dan kedudukan di
sisi Allah SWT.
Membaiki diri untuk mencari darjat yang
lebih baik di sisi Allah SWT itu akan secara otomatik mem-
perelokkan hubungan dan ikatan sesama manusia. Ini yang
disabdakan oleh Rasulullah SAW maksudnya:
“Barangsiapa membaiki hubungannya dengan
Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki
apa yang dirahsiakannya (hati/roh) maka Allah akan
memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-
terangan).” (Riwayat Al Hakim)
10. Syukur, sabar dan redha.
Orang yang berjiwa sufi hidupnya senang dan tenang.
Tidak cerewet dan tidak ada karenah. Bukan bererti tiada
masalah tetapi apa situasi dan kondisi tidak mengocakkan
hatinya.
Nikmat yang diterima disyukurinya, nikmat yang tidak
pernah putus itu turut dibimbangi kalau-kalau dirinya tidak
cukup bersyukur. Kesulitan dan kesusahan yang datang
sekali-sekala dihadapi dengan sabar. Sabar itu ertinya daya
tahan atau keupayaan menghadapi sesuatu kesulitan.
Cuba bayangkan bahawa tidak ada satu detik dari kehidupan ini
melainkan tersalurnya nikmat anugerah Allah SWT. Dan
bandingkan pula dengan kesusahan atau kesulitan yang
datang sekali sekala. Datangnya pula tidak selama-lamanya.
Kebiasaannya hanya sementara. Tidak ada orang yang sakit
sahaja sepanjang hidup. Tidak ada orang yang hidup melarat buat selama-lamanya. Setidak-tidaknya ada kedapatan satu kesusahan yang berpanjang ada pula nikmat di sebalik kesusahan tersebut.
Atau banyak hikmah di sebaliknya,
paling kurang untuk penghapusan dosa atau meninggikan
darjat di sisi Allah SWT. Tentulah kita berupaya menahan
atau menghadapi kesusahan itu untuk sementara waktu.
Tidak bergerak dan diam sesuatu itu melainkan dengan
kehendak dan izin Allah SWT.
Menyedari hakikat inilah
maka sesuatu musibah itu Allah SWT datangkan kepada
manusia. Sama ada musibah sendiri atau musibah bersama
yang ditanggung oleh umat Islam. Redhalah kepada Allah
SWT yang mendatangkan musibah dan ingat bahawa itu
adalah berpunca dari perbuatan dosa. Selain itu, ianya merupakan “panggilan” dari Allah SWT agar berpaling lebih
mendekatkan diri atau menghampirkan diri kepada Allah
SWT. Jangan lalai dan leka. Maka “panggilan” Allah SWT
itu hendaklah disahut segera sebelum datangnya bala atau
malapetaka sebagai murka Allah SWT.
Tidak ada sesuatu apa pun yang Allah SWT datangkan
kepada orang berjiwa sufi melainkan mendatangkan
kebaikan. Memperolehi nikmat disyukurinya maka Allah
SWT beri pahala. Sabar atas kesusahan, juga Allah SWT beri
pahala dan redha dengan ketentuan Allah SWT itu juga
diberi pahala. Andainya inilah pegangan dan sikap umat
Islam nescaya hidup dalam aman sejahtera tanpa ketakutan,
tanpa krisis dan tanpa permusuhan.