Kasih Sayang : Satu Kenangan ....Menulis Dari Lubuk Hati Yang Paling Dalam

Sekembali dari Ambassador Hotel Kuala Lumpur di mana kami jadikan sebagai pusat pertemuan ahli-ahli komuniti World Royal VIP Community dan sampai di Damansara Damai, kesempatan di guna untuk melihat kiriman rakan-rakan di Facebook.

Diantara kiriman yang memberi sentuhan teringatkan kenangan lalu ialah kiriman dari Datuk Nasir Safar    Tertarik melihat gambar Datuk Nasir Safar bersama-sama generasi muda pelabagai bangsa pegawai dan kakitangan JASA Daerah Kelang . Selangor . Sehubungan itu, saya melayari web JASA untuk mengetahui lebih lanjut info tentangnya.
JASA


Saya memilih tajuk " Kasih Sayang :  Satu kenangan ... Menulis Dari Lubuk Hati Yang Paling Dalam" kerana betapa pentingnya Kasih Sayang serta mengimbau kenangan hidup lalu sebagai cerminan hari ini untuk jadi satu pedoman serta motivasi sebagai pemangkin kepada saya untuk menjadi insan yang berguna kepada ugama, bangsa dan negara.  Perkongsian ilmu ini melalui pengalam hidup yang telah dilalui tanpa apa-apa kepentingan, hanya bertujuan  ilmu ini dapat di manafaatkan untuk semua.  Ilmu yang di kongsi ini hanya secebis dari lautan Ilmu Allah.   

Ada ketikanya hadirnya perasaan saya ini bijak dan pintar, segera saya memintasnya dengan fikirkan bahawa di dunia ini ada 7 billion manusia, kebarangkalian pasti ada jutaan manusia yang lebih bijak dan pintar daripada saya. Dalam erti kata lain, jika saya tidak boleh mengenal atau memahami hakikat ini, maka saya tidak bijak dan pintar sebagaimana mainan perasaan itu. Sehubungan itu untuk saya memahami hakikat ini, maka penyelesaian berhubung isu saya dengan perasaan yang lebih bijak dan pintar daripada orang lain itu saya akan hilangkan segera . Maka dengan cara ini sahaja saya boleh mendapat kemenangan.
Firman Allah maksudnya:
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

(Surah Al-Kahfi 18:65-68)

Kenangan lalu bermula pada tahun 2012 sewaktu sewaktu umat islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri, kali pertama saya tulis di sekeping gambar, "Kasih Sayang ...Menulis Dari Lubuk Hati Yang Paling Dalam' dan saya siarkan di facebook pada sambutan Hari Raya Pertama.


Pada pagi Hari Raya masa itu, anak2 kecil yang berada dalam gambar tersebut bersama ibunya datang beberapa sebelum hari raya untuk tumpang di kabin buruk yang saya diami. Masih segar dalam ingatan saya pada anak-anak kecil, " Sempena hari raya ini, ayah nak berikan hadiah yang hebat. Kita ambil gambar bersama dan ayah akan paparkan ke seluruh dunia."  

Setelah saya menyiarkan gambar itu, Datuk Nasir Safar antara yang memberi komen walaupun ringkas taoi amat beerti untuk kami.

Di kala itu kita dapat lihat di Facebook kemeriahan hari raya, baju baru,kereta baru,rumah besar serta pelbagai lagi kemewahan harta benda.  

Alhamdulillah, rupa-rupanya dalam hidup ini jika kita ingin mendapat kemenangan atau merasa kita kaya dan hebat,. Sejenak kita renungkan, jika kita ada RM1,000,000,00 pasti ada orang lain lebih kaya dari kita...begitulah kisah perlumbaan untuk mengejar kekayaan.  Sehubungan itu sedarlah saya bahawa perlumbaan untuk kemenangan dalam kekayaan pasti tidak akan tercapai.  Maka mulai saat itu saya lupakan kemenangan untuk kekayaan.   Secara automatik saya mendapat kemenangan kerana tidak ada calon yang ingin masuk pertandingan paling miskin.     Kita tidak memilikki dan dimilikki, semuanya hanya pinjaman. ILMU ALLAH REZEKI ALLAH.