PENGAJARAN DARI BANJIR BESAR YANG BERMULA DI DAERAH BESUT 2014





Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:

“Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.”
(Riwayat At Tirmizi)

Allah SWT bila cintakan seseorang hamba maka ditimpakanlah kepada si hamba dengan sebesar-besar ujian dan peperiksaan yang pasti tidak tertanggung oleh hamba-hamba biasa.



Penghujung tahun 2014 negara kita dikejutkan dengan bencana alam berbentuk banjir yang menjejaskan beberapa buah negeri. Seperti biasa, memang negeri-negeri Pantai Timur akan dilanda banjir namun pada tahun ini keadaanya lebih dahsyat dan buruk. Malah ia dikatakan terburuk dalam sejarah sejak 1967.

Allah Taala perlihatkan kuasanya yang Maha Hebat dan Dahsyat itu dan sememangnya ia sangat menggerunkan. Hasilnya seolah-olah dilanda tsunami yang melanggar Aceh pada tahun 2004. Kerosakan dan kerugian memakan kos dan belanja lebih ratusan juta ringgit untuk memulihkan keadaan seperti sebelumnya.




Pujian dan penghargaan kita boleh berikan kepada kerajaan dalam menangani isu banjir ini,   Rakyat Malaysia juga bermurah hati memberikan bantuan dalam bentuk wang, tenaga, harta benda, makanan, dan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir ini. Tak kurang juga ramai sukarelawan yang turut membantu dan turun padang ke tempat-tempat dan lokasi banjir bagi memberikan bantuan. Sememangnya ini satu fenomena baru kepada Malaysia dan rakyatnya.

Apa yang berlaku baru-baru ini, yang boleh kita ambil banyak iktibar dan pengajaran ialah ini adalah petunjuk daripada Allah supaya kita berubah. Abuya pernah berkata, politik hanya membawa keburukan kepada negara. Jika masih lagi diteruskan politik cara barat ini hanya kerosakan dan kehancuran yang akan berlaku. Kita dapat lihat dalam perkembangan politik sekarang, sesama parti dalam barisan yang sama bergaduh sesama sendiri. Inilah hasil politik barat. Tak cukup dengan itu, dalam usaha membantu dan menyelamat negara dalam menghadapi masalah banjir, masalah kehilangan mh370, dan lain-lain lagi semuanya hendak dipolitikkan. Ini suasana yang sangat teruk dan tidak langsung membantu negara dan rakyat yang hakikatnya menanggung sama beban yang dipikul.

#####    Seterusnya saya ingin kongsi bagaimana pada tahun 2013 , semasa Pilihanraya Kuala Besut secara spontan sahaja saya tulis tajuknya seperti di bawah ....
Berturutan dengan itu saya paparkan juga info yang saya muatkan dalam blog secara berturutan.

########### Satu catatan dalam blog saya 13 Julai 2013 

Pilihanraya Kecil Kuala Besut Bakal Menyingkap Rahsia Yang Tersirat & Tersurat Dalam Era Kebangkitan

 

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon PAS Endut@Azlan Yusof. Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), A Rahim Jusoh di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut hari ini.

Azlan, atau lebih dikenali sebagai Che Long menyerahkan kertas pencalonannya pada 9.05 pagi, manakala Tengku Zaihan pada 9.10 pagi. SPR menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan dilaksanakan pada 24 Julai dengan pengundian awal akan berlangsung pada 20 Julai. Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Kuala Besut, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengharapkan pengundi kawasan berkenaan yang mengundi BN dalam Pilihan Raya 2013 sekali lagi akan mengulangi sokongan mereka.
Maklumat selanjutnya...

######## Berikut kongsi 4 tajuk dalam blog ini yang di tulis pada Feb. 2013 yang ada berkaitan secara tak langsung dengan Pilihanraya Kecil Kuala Besut ini.

1. Ku Pohon Kasih Sayang Dari Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

######## 10 June 2013 

MISTERI TANAH PARA NABI

Di persembahkan satu artikel berbentuk teori untuk kita sama-sama memikirkan kebenaran disebaliknya. Dalam artikel ini kita akan mengembara di zaman yang paling jauh yang tak pernah saya pergi sebelum ini. Saya akan bawa anda ke zaman dimana manusia pertama bertapak dibumi. Ya...zaman Nabi Allah Adam a.s bersama isterinya Hawa serta anak-anak mereka setelah baginda dikeluarkan dari Taman Jannah.


 Artikel selanjutnya....

##### Seterusnya kita sambung semula berhubung dengan pengajaran banjir besar 2014 yang bermula di Besut .

 Awal tahun juga bermula Besut 3 March 2014 – Penemuan berpuluh kitab suci al-Quran yang berselerak di tangga dan tandas oleh jemaah Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, awal pagi tadi mengejutkan umat Islam daerah ini. Kejadian itu disedari berlaku oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela yang melakukan rondaan kali kedua di situ jam 2.30 pagi apabila ternampak al-Quran berselerak di tangga masjid sebelum rondaan pertama jam 1 pagi di kawasan itu tidak menemui sebarang perlakuan mencurigakan.....

Kisah Masjid Limbongan, Besut serta Pulau Rhu,Besut dan Misteri MH 370


Sewaktu banjir sedang melanda, genap 10 tahun Tsunami melanda Acheh.

Kita boleh belajar dari tsunami yang melanda Aceh. Lihatlah sejarah sebelum Aceh dilanggar tsunami. Mereka bergaduhan sesama sendiri. Berperang sesama sendiri. Jumlah yang terkorban hasil perang dan pergaduhan sesama sendiri lebih kurang sama sahaja dengan jumlah mereka yang terkorban dilanggar tsunami. Kerana politiklah Aceh bergaduh sesama sendiri.

Aceh yang digelar 'Serambi Mekah' dikenali dengan tempat pengajian agama Islam, namun realitinya di masa itu pergaduhan dan perperangan berlaku sesama mereka. Kita memang yakin ini ada campurtangan musuh Islam dalam memburukkan imej Islam. Namun sebagai orang Islam mengapa kita juga terheret sama dalam isu yang dibangkitkan musuh Islam. Ini kerana di dalam badan-badan atau persatuan Islam juga ada musuh-musuh yang dihantar bertopengkan Islam. 

Mereka inilah yang memburukkan imej Islam. Namun Allah ada cara membersihkan Aceh dari kejahatan musuh Islam. Cukup Allah Taala menghantar tentera-Nya yang berbentuk air datang melanggar dan menyapu rata Aceh. Dalam beberapa jam sahaja jutaan nyawa melayang. Allah jika bertindak tidak kira siapa yang berada di tempat itu. Orang yang soleh matinya sebagai orang soleh, yang derhaka jika tidak bertaubat kekallah ia dalam keadaannya. Namun kerana kasih sayang Tuhan untuk umat Islam, mati lemas atau mati dihempap dikira mati syahid kecil. Berbahagialah mereka yang terlibat. Mereka telah terselamat hakikatnya.

Kini selepas tsunami, Aceh telah berwajah baru. Tiada lagi perperangan, tiada lagi pergaduhan yang mengorbankan nyawa manusia. Kalau adapun tak sebesar dan seteruk sebelum tsunami, yang membabitkan kuasa negara. Kini dengan wajah baru, Aceh memberi nafas baru kepada rakyatnya, membawa rezeki baru dan semua serba baru. Namun pengorbanan diperlukan untuk menjadikan Aceh berwajah baru.

Begitulah nampaknya banjir baru-baru ini. Kita sangat berharap selepas ini, Kelantan khususnya berwajah baru dan Islam yang ada lebih cantik dan indah dari sebelumnya. Jika nak disamakan Kelantan dan Aceh, banyak persamaan. Keduanya dikatakan Serambi Mekah. Banyak pusat pengajian ilmu Islam atau pondok di sana. Namun masih tak cukup memberikan gambaran cantik kepada Islam.

Namun mudah-mudahan selepas ini Kelantan juga berwajah baru. Biarlah banjir yang melanda tenggelamkan fahaman-fahaman negatif, politik kotor, ideologi yang rosak dan merosakkan. Inilah harapan bagi sebuah negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini. Cukuplah pengajaran yang Allah datangkan memberikan kita banyak iktibar dan pengajaran. Rakyat pun sudah cukup bosan dengan suasana politik yang melanda negara kini. Salah menyalahkan, buruk memburukkan, londeh melondehkan, bercakap tidak mengkota apa yang dijanjikan. Cukuplah banjir teruk yang melanda menjadi guru dan teguran buat kita. Jika tidak cukup ini sebagai pengajaran, tidak tahu apa lagi bakal melanda selepas ini. Kita takut kita tidak cukup kuat menghadapinya. Inilah ujian yang melanda kita yang boleh merubah sekiranya kita ingin mengambil iktibar daripadanya. Sebaik-baik manusia ialah yang mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di sekelilingnya.

Bila Allah cintakan Nabi Ibrahim AS, Allah benarkan dia dibakar. Bila sayangkan Nabi Yunus AS, dibenarkan ikan menelannya. Bila cintakan Nabi Musa AS, disuruh terjun ke laut. Nanti bila berlaku ujian yang dahsyat itu, maka Allah perlihatkan kuasa-kuasa-Nya yang Maha Agung terhadap kekasih-kekasih-Nya itu. Dibela-Nya mereka semua dengan memberi kejayaan yang sangat besar.

Ujian adalah perkara yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja yang selagi dia dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah swt.

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri, muhasabah dan pertingkatkan rasa cinta dan takutkan Tuhan dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha NYA. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Tuhan dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

Tahun 2014 merupakan satu tahun yang sukar dilupakan oleh rakyat Malaysia, khususnya buat pemimpin negaranya Dato Seri Najib Tun Abd. Razak. Negara kita diuji dengan ujian dari dalam dan luar yang datang dalam berbagai bentuknya. Dugaan yang menimpa tak mengenal sesiapa, baik rakyatnya, para pemimpin, ahli perniagaan, tak kenal usia dan diperingkat mana. Semua ini Allah Taala yang tentukan dan telah tertulis di Azali semenjak dunia diciptakan. Sebagai umat Islam, kita mesti menerimanya sebagai salah satu tanda keimanan terhadap Allah Taala, iaitu beriman dengan Qada dan Qadar.

Bermulanya ujian di awal tahun antaranya kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang-barang yang mendadak. Begitu juga dengan cabaran dibeberapa buah negeri terutama Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bila Allah uji dengan kemarau yang menyebabkan catuan air lebih sebulan dibeberapa tempat dan kawasan. Kesemua ini cukup memeningkan pentadbiran Negara kita.

Hinggalah Allah uji dengan ujian yang lebih hebat bilamana hilangnya sebuah pesawat MAS MH370 yang masih lagi menjadi misteri dan tanda tanya. Diuji lagi bila Malaysia adalah sebuah Negara kecil yang terpaksa berdepan dengan kuasa besar yang mencatur dunia dalam hal ini, kerana ianya membabitkan kuasa veto dunia yang sedang bersaing sama sendiri. Maka bermulalah rebutan antara Amerika dan China untuk menawan hati Malaysia.

Menurut Abuya, ujian adalah tanda kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya. Diceritakan dari Hadis Qudsi bahawa Allah memerintahkan malaikan menguji hamba-Nya kerana Allah ingin mendengar rintihan dan pengaduan hamba-Nya. Allah Taala mahu fitrah hamba-hambaNya bersih dan suci dengan ujian yang menimpa. Malah Allah Taala berkata dalah Hadis Qudsi lagi, Allah cintakan rintihan hambanya dari tasbih para auliya.

Namun jangan kita lupa, jika ujian datang tanpa henti juga menunjukkan petanda lain dari Tuhan. Jika ujian diselang seli dengan nikmat, itu rahmat. Tapi jika ujian berpanjangan itu bala, itu kemurkaan Allah. Mari kita melakukan muhasabah dan meilhat apa lagi yang Allah tunjukkan pada kita akan kebesaran dan kehebatan kuasa-Nya.

Nampaknya tak cukup dengan MH370, Allah uji dengan MH17 yang ditembak jatuh di zon perang yang terletak di Ukraine. Sudahlah ditembak, nak masuk untuk mengambil sesuatu yang sememangnya milik Negara kita pun disusah-susahkan. Seperti ada yang menghalang seolah-olah ada perkara lain yang disorokkan. Berlaku tuduh menuduh antara kuasa veto dunia. Saling salah menyalahkan dan Malaysia sekali lagi menjadi mangsa keadaan. Begitulah kelihatannya. Kita ringkaskan, tidak cukup dengan peristiwa besar tadi yang melibatkan Negara-negara besar dunia, di penghujung tahun Allah sekali lagi menguji dengan peristiwa banjir besar yang melanda di Pantai Timur khususnya di Kelantan dan dikejutkan pula dalam masa yang sama dengan terhempasnya pesawat penumpang Air Asia QZ8501. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa mesti pesawat yang berkaitan dengan Malaysia, mengapa?

Semua ini Allah Taala-lah yang tentukan.


Namun mari kita lihat dari perspektif atau sudut yang berbeza. Mari kita melihat cara Abuya melihat dan menilai sesuatu peristiwa. Abuya pernah gambarkan lebih 30 tahun lepas apa akan berlaku kepada Malaysia. Abuya telah pun menulis sebuah sajak dan dijadikan nasyid tentang negaranya tercinta ini, Malaysia.

Malaysia diibaratkan sebagai anak gadis cantik, ingin dipinang untuk dimiliki. Ertinya ia adalah rebutan yang menjadi perhatian. Malaysia menjadi rebutan Amerika dan China, tak kira apa jua bentuk kepentingan mereka, Allah jadikan Malaysia sebuah Negara yang kecil ini menjadi perhatian dunia. Kata Abuya, samada isu yang dimainkan berbentuk positif atau negative, hasilnya adalah baik untuk kebangkitan Islam.

Kini kebangkitan Islam semakin menjadi-jadi. Kita telah bincangkan dalam tulisan sebelum ini bagaimana penerimaan Malaysia dan isinya terhadap Islam. Rupanya, setelah berlaku semua dugaan dan ujian ini, Allah merubah cara rakyat Malaysia berfikir dan berperasaan. Betul kata Abuya. Jika Allah yang bertindak memang kita tak mampu melawannya, Allah bertindak tidak kira siapa namun hasilnya sangat indah.

Setelah kita diuji, akhirnya cara kita menyambut tahun baru 2015 pun berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Menyambut tahun baru dengan zikir dan selawat, membesarkan kekasih Tuhan iaitu Nabi Muhammad SAW. Ini bukan rancangan manusia. Ini rancangan Allah! Maha Suci Allah. Grand Plan Allah cukup hebat. Menyambut tahun baru 2015 dalam bulan kelahiran Rasulullah SAW. Negara kita bergema dengan selawat dan zikir. Ini sangat ajaib kerana tak berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Bahkan ia dilakukan diperingkat Negara.

Malah aktiviti hiburan anjuran kerajaan juga dibatalkan. 10 tahun lepas mana kita sangka Dataran Merdeka akan bergema dengan tahlil dan selawat, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir. Hanya tempat hiburan yang melalaikan. Kini setelah Malaysia diproses oleh Allah semuanya telah berubah, dari peringkat atasan hingga bawahan. Begitulah yang berlaku kepada Negara Malaysia. Semua ini percaturan dari Tuhan, tidak ada campur tangan manusia. Ini juga membenarkan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam kedua, yang akan berkembang ke seluruh dunia.