Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” (Riwayat Ahmad)
Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun kewafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal berlaku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. JADUAL TUHAN YANG TELAH BERLAKU Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku. 1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.
Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 80-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuhnya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergembira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)
2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.” (Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uqduddurar fi akhbar Al Muntazar.
Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)
Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.
Tuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Tuhan dalam jadual-Nya untuk zaman ini seperti berikut:
1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)
2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)
3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer) Rasulullah SAW bersabda (lihat matan Hadis di muka 4):
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Riwayat Abu Daud)
4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda (lihat matan Hadis di muka 12): Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)
ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain: Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya: “Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia dipenuhi kezaliman.”
iii. Sabda Rasulullah SAW lagi: Dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia.”
5. Putera Bani Tamim dari Timur pemegang panji-panji Imam Mahdi Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat: Maksudnya: Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama (yakni dengan mencarinya) Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
6. Jemaah kebenaran pimpinan Putera Bani Tamim mendapat kemenangan di Timur dan merintis jalan untuk Imam Mahdi.
i. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah datangnya ketentuan Allah (Kiamat).” (Riwayat Muslim)
ii. Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim: Maksudnya: Daripada Tsauban, telah bersabda Rasulullah SAW: “Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mereka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
iii. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
v. Hadis Ibnu Mas‘ud (lihat matan Hadis di muka 13): Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72) 7.
Kebangkitan Dari Timur Dalam Jadual Allah Era Kasih Sayang
Negara Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum hingga kini masih lagi dapat mengekalkan keamanan serta kemakmuran untuk semua. Cabaran tahun 2014 menyaksikan bagaimana berlaku tragedi MH 370, MH 17 dan terakhir QZ8501 dan telah mendapat perhatian seluruh dunia.
Pada 12.10.2013 saya telah menyiarkan artikel yang bertajuk,"
Rupa-rupanya kebimbangan berhubung dengan usaha-usaha dari dalam Malaysia melibatkan media termasuk orang-orang Melayu sendiri yang turut sama perjuangkan Liberalisasi, liberal demokratik, hak asasi manusia (acuan barat), kebebasan (berhujah tanpa disiplin ilmu), dan sebagainya kini menjadi ‘zikir harian’ golongan-golongan yang ingin memecahbelahkan keharmonian masyarakat di negara yang kita cintai ini.
Berikut petikan dari blog,
DALAM KEMPEN BRAVE VIEWS,BOLD IDEAS THE STAR TELAH PUN MENYELITKAN NEGARAKU SEBAGAI BADAN YANG MEMPERJUANGKAN PERPADUAN SEDANGKAN ROS TELAH MENGHARAMKANYA KERANA KEMUNGKINAN DENGAN NAMA ITU GERAKAN MEREKA DI LUAR PERLEMBAGAAN NEGARA AKAN MENGELIRUKAN RAKYAT.
INILAH JUGA WAJAH THE STAR DENGAN BERSELINDONG DI SEBALIK MCA DAN BEBERAPA MUKA MELAYU. SETIAP ORANG MELAYU DAN ISLAM MESTI MEMBACA DAN MENELITINYA DENGAN KESEDARAN INI. ANTARA MELAYU YG DIGUNAKANNYA IALAH ANAK TUN DR MAHATHIR YANG FIKIRAN DAN PENDIRIANNYA BANYAK TIDAK DISENANGI OLEH MAHATHIR SENDIRI.
Datuk Seri Zahid Hamidi : Umat Islam di Malaysia Perlukan Kepimpinan Beliau Untuk Hadapi Tekanan Antarabangsa"
Kejayaan cemerlang Pasukan Keselamatan Negara di bawah Kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara telah terbukti dalam menangani pelbagai insiden yang berlaku dan langkah-langkah pencegahan.
Kepimpinan beliau amat diperlukan di mana umat Islam di Malaysia bakal berdepan dengan tekanan antarabangsa berkaitan dengan hak mereka mengamalkan agama dan budaya tempatan.
Keadaan itu adalah berikutan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva Switzerland Pada 24 Oktober 2013 ini.
Kepimpinan beliau amat diperlukan di mana umat Islam di Malaysia bakal berdepan dengan tekanan antarabangsa berkaitan dengan hak mereka mengamalkan agama dan budaya tempatan.
Keadaan itu adalah berikutan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva Switzerland Pada 24 Oktober 2013 ini.
Melaluinya Malaysia akan dinilai dalam pencapaian hak asasi manusianya.
Laporan juga disediakan oleh pelbagai pihak termasuk Comango (Coalition of Malaysian NGO) yang mendesak Kerajaan tunduk kepada beberapa tuntutan mereka.
Antaranya adalah berkaitan dengan hak kebebasan beragama sehingga boleh menghalalkan pemurtadan di kalangan umat Islam.
Tuntutan Comango antara lain adalah seperti berikut:
a) Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). PPMM maklum Perkara 18 ICCPR adalah berkait dengan kebebasan beragama. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.
b) Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (Icerd) yang membawa implikasi "menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik" tanpa mengambil kira nilai budaya dan resam tempatan.
Laporan juga disediakan oleh pelbagai pihak termasuk Comango (Coalition of Malaysian NGO) yang mendesak Kerajaan tunduk kepada beberapa tuntutan mereka.
Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO)
Antaranya adalah berkaitan dengan hak kebebasan beragama sehingga boleh menghalalkan pemurtadan di kalangan umat Islam.
Tuntutan Comango antara lain adalah seperti berikut:
a) Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). PPMM maklum Perkara 18 ICCPR adalah berkait dengan kebebasan beragama. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.
b) Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (Icerd) yang membawa implikasi "menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik" tanpa mengambil kira nilai budaya dan resam tempatan.
Kesedaran orang-orang Melayu berhubung dengan musuh2 Islam yang mempergunakan umat Islam di Malaysia untuk menjayakan rancangan jahat itu, di antara NGO yang berjuang ialah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) .
Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang berdaulat. Agama Islam merupakan asas perlembagaan negara sehingga diangkat dan diperincikan dalam perkara 3 perlembagaan negara.
1. Seiring dengan pencapaian dan kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang membangun dan disegani, di suatu sudut ada segelintir kecil pihak-pihak yang dengki dan iri hati dengan kegemilangan negara yang kita sayangi ini. Segelintir pihak yang dimaksudkan di sini adalah mereka yang cuba mencairkan status negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
2. Agenda mencairkan status negara Islam oleh mereka sebenarnya sudah dapat dihidu oleh majoriti rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu Islam (bangsa majoriti yang telah menapak di negara ini sejak berkurun lamanya). Terma-terma yang selama ini tidak pernah kita dengar, kini giat didendangkan di media massa oleh pihak-pihak yang ingin memecahbelahkan masyarakat. Promosi terma-terma tersebut cuba dinormalisasikan dan dimainkan berkali-kali sebagai langkah pertama mengelirukan pemikiran masyarakat. Liberalisasi, liberal demokratik, hak asasi manusia (acuan barat), kebebasan (berhujah tanpa disiplin ilmu), dan sebagainya kini menjadi ‘zikir harian’ golongan-golongan yang ingin memecahbelahkan keharmonian masyarakat di negara yang kita cintai ini.Artikel selanjutnya..
Rupa-rupanya kebimbangan berhubung dengan usaha-usaha dari dalam Malaysia melibatkan media termasuk orang-orang Melayu sendiri yang turut sama perjuangkan Liberalisasi, liberal demokratik, hak asasi manusia (acuan barat), kebebasan (berhujah tanpa disiplin ilmu), dan sebagainya kini menjadi ‘zikir harian’ golongan-golongan yang ingin memecahbelahkan keharmonian masyarakat di negara yang kita cintai ini.
Berikut petikan dari blog,
Kesunyian Mc Donalds di Alamanda, Putrajaya yang sebelum ini dipenuhi pelanggan
yang terpaksa menunggu meja yang kosong sebelum membuat pesanan
Laman web Innovative Minds kata:-
"The Jewish United Fund that "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel" lists McDonalds as its major corporate partner in its last published corporate sponser list (2002). McDonald's has 125 restaurants in Israel which have a policy of sacking its Arab employees if they are caught speaking arabic.Last Updated: 29 July 2009"
Bantahan, kritikan dan sindiran bekas Ketua Pengarang dan CEO The Star, Wong Chun Wai dalam tulisannya baru-baru ini terhadap orang Melayu dan Islam yang memulaukan Mc Donalds kerana kedhaliman Yahudi tidak berkesan sebaliknya outletnya di seluruh negara terus kosong dan sunyi.
Peristiwa pemboikotan terhadap Mc Donalds yang pertama kali berlaku di Malaysia menunjukan kuasa beli orang Melayu telah semakin kuat dan tinggi dan hal ini boleh berlaku kepada Coca Cola, kepada syarikat-syarikat Cina yang menentang GST dan juga kepada akhbar The Star sendiri jika ia terus menunjukkan sikap anti Melayu dan anti Islam dengan memomokkan orang Melayu dan Islam sebagai pelampau dan rasis kerana mempertahankan kedaulatan perlembagaan.
DALAM KEMPEN BRAVE VIEWS,BOLD IDEAS THE STAR TELAH PUN MENYELITKAN NEGARAKU SEBAGAI BADAN YANG MEMPERJUANGKAN PERPADUAN SEDANGKAN ROS TELAH MENGHARAMKANYA KERANA KEMUNGKINAN DENGAN NAMA ITU GERAKAN MEREKA DI LUAR PERLEMBAGAAN NEGARA AKAN MENGELIRUKAN RAKYAT.
INILAH JUGA WAJAH THE STAR DENGAN BERSELINDONG DI SEBALIK MCA DAN BEBERAPA MUKA MELAYU. SETIAP ORANG MELAYU DAN ISLAM MESTI MEMBACA DAN MENELITINYA DENGAN KESEDARAN INI. ANTARA MELAYU YG DIGUNAKANNYA IALAH ANAK TUN DR MAHATHIR YANG FIKIRAN DAN PENDIRIANNYA BANYAK TIDAK DISENANGI OLEH MAHATHIR SENDIRI.
Menjelang tahun baru 2015 media serta pihak2 tertentu mengambil kesempatan dengan terma-terma yang selama ini tidak pernah kita dengar, kini giat didendangkan di media massa oleh pihak-pihak yang ingin memecahbelahkan masyarakat. Promosi terma-terma tersebut cuba dinormalisasikan dan dimainkan berkali-kali sebagai langkah pertama mengelirukan pemikiran masyarakat.
Berikut di paparkan sebahagian isu-isu yang di ketengahakan;
Memandangkan begitu sekali di war-warkan berhubung dengan 'moderate" oleh segelintir orang Melayu dan ini di jadikan senjata atau alat untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia.
Serentak itu, saya mengambil inisiatif disini untuk berkongsi satu buku yang bertajuk,
"
Sekapur Sirih
BUKU ini merupakan buku karangan Ustaz Ashaari Muhammad yang ke-49 dan diterbitkan pada tahun 1991. Ia insya-ALLAH akan membetulkan segala kekeliruan dan salah faham berhubung dengan konsep fifty-fifty yang telah sekian lama memisahkan umat Islam dari corak hidup sebenar seorang Muslim. Buku ini membawa pembaca melihat pengertian kesederhanaan yang sebenar sebagaimana dituntut oleh ajaran Islam, bukan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan umat Islam hari ini. Yakni bukan konsep kesederhanaan yang meletakkan dunia dan Akhirat setaraf hingga boleh di 'fifty fifty’kan.
Kelahiran buku ini amat sesuai dengan masanya ketika sebahagian umat Islam di seluruh dunia sedang bersungguh- sungguh menghayati cara hidup Islam yang syumul, manakala sebahagian yang lain memandang negatif akan perkembangan itu sambil membuat tuduhan-tuduhan “ekstrim”, “lupa dunia”, “kolot” dan pelbagai tuduhan lagi.
Apa yang dituliskannya merupakan hasil pemerhatian, pengkajian dan pengalaman sebagai individu Muslim dan pemimpin jemaah Islam. Ia memuatkan fikrah atau minda beliau yang telah diterapkan secara bertahap-tahap dalam jemaah Darul Arqam sejak penubuhannya lalu hingga kini. Bermula dengan usaha membaiki diri, keluarga dan jemaah, beliau telah meluaskan gelanggang perjuangannya ke arena antarabangsa. Beliau membawa Darul Arqam menjelajah ke hampir 3/4 -*dunia Timur Tengah, Eropah, Amerika, Asia dan Pasifik dalam misi dakwah dan ziarah.
Wajah Islam yang diperkenalkannya ke seluruh dunia itu adalah Islam yang mampu menangani segala masalah masyarakat di semua peringkat termasuk dunia antarabangsa. Yakni yang mampu membangunkan tamadun hidup di dunia sebagai alat untuk kebahagiaan hidup di Akhirat.
Bukan Islam yang telah dipersempitkan ruang lingkupnya pada soal-soal sembahyang, puasa, naik haji, wirid zikir semata-mata. Atau ‘Islam’ yang memisahkan urusan dunia dari urusan Akhirat.
Buku ini merupakan satu lagi sumbangan Ustaz Ashaari kepada kebangkitan Islam yang kian menuju kemuncaknya. Semoga ia dapat mendorong perubahan jiwa dan fikiran masyarakat ke arah era kegemilangan yang kita cita-citakan itu-era Dunia Baru Islam.
Teruskan ke laman "
"
IT.Scheiss5 September 2014 07:36