Bermulanya Di Parlimen Besut : Kursus Usahawan Kelas Tinggi Mengikut Sistem Perekonomian Ibrahim Berteraskan Kasih Sayang

Renungkan sejenak artikel yang di petik dari Suara Haramain :

MALAYSIA BAKAL MENERAJU EMPAYAR ISLAM KEDUA.

Kita bersyukur kepada Allah walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama, namun Islam tetap dipertahankan sebagai agama rasmi negara. Mengekalkan rasa syukur moga Allah akan terus kekalkan dan memberi kekuatan kepada kita dari masa ke semasa dalam menyemarakkan Islam melalui usaha ingat-mengingatkan antara satu sama lain.

Firman Allah:

وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:1-3).

Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama sedang menuju ke arsh sebuah negara maju. Prestasi yang baik di dalam kemajuan teknologi dan kemeriahan amalan Islam menjadi rujukan kebanyakan negara-negara umat Islam di peringkat antarabangsa. Walaupun masyarakatnya pelbagai bangsa dan agama namun Islam tetap disanjung dan dihormati sebagai agama rasmi negara. Pembangunan insaniah dan pembangunan maddiah yang seimbang dan kehidupan masyarakatnya yang stabil.

Bekas perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menjadikan tema negara "Islam Hadari". Umat Islam di Malaysia sangat memainkan peranan besar dalam menyahut kebangkitan Islam. Jelas kelihatan peningkatan dan pencapaian yang baik di kalangan masyarakat Melayu Islam di dalam:

-  Pengamalan Islam 
-  Pendidikan 
-  Ekonomi
-  Teknologi
-  Politik yang terkawal.





Petikan Ucapan PM;

Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan 
tragedi 13 Mei 1969. 



Misteri MH 370 serta tragedi MH 17 dan QZ8501 : Bermula Melayu Memimpin Dunia


Perkenalkan Alat Permainan Untuk Kecergasan Minda , Perpaduan Pelbagai Bangsa Di Malaysia serta pelbagai lagi yang telah di cipta oleh Dr. Noorisham .  Permainan ini ada 17 pecahan, jika di satukan akan menjadi satu kiub empat segi.  Kami pada bulan Februari 2014  berada di Besut Terengganu bagi persiapan cadangan untuk Majukan Pulau Ru sebagai Pusat Pengisian Modal Insan Berhubung Keusahawanan Holistic bagi 222 Parlimen Malaysia.

Mukaddimah

Kini sudah memasukki 11 bulan misteri kehilangan MH 370 terus jadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia . Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelbagai persoalan terus diungkapkan.

Persoalan yang terus bermain di minda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu? Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan? Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagaimana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?

Pada bulan February 2014, saya banyak masa berada di Daerah Besut, secara kebetulan satu kejadian yang mengejutkan umat Islam di Malaysia iaitu :Besut 3 March 2014 – Penemuan berpuluh kitab suci al-Quran yang berselerak di tangga dan tandas oleh jemaah Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, awal pagi tadi mengejutkan umat Islam daerah ini.... Selanjutnya..
Akhirnya dilaporkan kejadian tersebut telah di lakukan oleh seorang insan yang tidak siuman.
Tersirat di sebalik peristiwa tersebut, umat Islam kini tiba masanya untuk kembali ke pada Al-Quran.


Perkongsian ilmu melalui tulisan di blog dari bulan Februari sehingga berlakunya tragedi kehilangan MH 370.


Connecting The Dots - Zionists & 911 : Zionists & ...
Membongkarkan Rahsia Besar Berhubung dengan MH 37...
MH 370 - Kotak Hitam - Magic Box
Kisah Masjid Limbongan, Besut serta Pulau Rhu,Besu...
PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KOMUNITI JAGUH DI 222 P...
Wadah Perjuangan Ekonomi Holistik Mendapat Sokonga...



Sebahagian besar penumpang di dalam pesawat MH 370 adalah rakyat dari Negara China. 

Namun mari kita lihat dari perspektif atau sudut yang berbeza. Mari kita melihat cara Abuya melihat dan menilai sesuatu peristiwa. Abuya pernah gambarkan lebih 30 tahun lepas apa akan berlaku kepada Malaysia. Abuya telah pun menulis sebuah sajak dan dijadikan nasyid tentang negaranya tercinta ini, Malaysia.


Malaysia diibaratkan sebagai anak gadis cantik, ingin dipinang untuk dimiliki. Ertinya ia adalah rebutan yang menjadi perhatian. Malaysia menjadi rebutan Amerika dan China, tak kira apa jua bentuk kepentingan mereka, Allah jadikan Malaysia sebuah Negara yang kecil ini menjadi perhatian dunia. Kata Abuya, samada isu yang dimainkan berbentuk positif atau negative, hasilnya adalah baik untuk kebangkitan Islam.  Berita selanjutnya..



   

Kemuliaan : Melayu Memimpin Dunia

 

(Sejarah sebenar Melayu seperti yang Disampaikan Ulama Muktabar tanpa bercampur dengan sejarah rekaan atau hasil kajian Penjajah, bukti Melayu-Islam Islam-Melayu, 
Makna Melayu, Syarat bergelar Bangsa Melayu) 

Satu-satunya bangsa didunia yang apabila dinamakan oleh ulama' (Sheikh Abdullah Al-Qumairy, anak Murid Sultanul Auliya Ghaus ul Azam Syed Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Q.S), Ketika menamakan bangsa ini, Beliau menyatakan syarat seseorang menjadi bangsa Melayu adalah WAJIB BERAGAMA ISLAM (AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH), DAN HIDUP CARA ISLAM. Jika tidak, GUGUR KALMAH MELAYU Keatas Mereka.

Petikan Ucapan Mufti pertama Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi R.A:

 " Kepada mana-mana org dari keturunan ini yg meninggalkan Agama Islam atau menerima Agama yg lain atau berpaling tadah kpd kefahaman nenek moyang yang dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak lagi menerima pakai cara hidup Islam, di kala itu dengan sendirinya gugurlah kalimah melayu pd diri mereka itu."

( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

Makna bagi Melayu ialah:-:


 الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه
“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.”

 Lisanul Arab.
 والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه 
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” 

Imam Abu Manzur
. والملأ: الجماعة أشراف القوم ... 
Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”-

Qamus al ma’ani.
 والملأ : الأشراف من الناس
Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtubi.

Bangsa ini dikenali sebagai “Islam Melayu, Melayu Islam” yang tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu mereka yang beragama Islam dan bermastautin disini atau orang-orang Islam dari rata-rata yang berhijrah dan bermastautin disini rata-rata dipanggil Melayu.

Sedemikian sejarah ini telah direalisasikan dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 160(2), syarat untuk menjadi melayu wajiblah seseorang itu:-

1 Beragama Islam.
2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
3 Berbudaya dengan budaya melayu.

Sejarah Melayu seperti yang dipegang dan sampaikan oleh Ulama Muktabar sepeti Almarhum Al Alim Allamah Asy Sheikh Muhammad Yusof Al-Kenali (Tok Kenali), Almarhum Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al-Fathani R.A (Mufti berbangsa Melayu di Makkah Al Mukarramah) dan lain-lain Ulama Warisatul Anbiya yang Muktabar lagi :

Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar) (1)

(Nota 1) Dipercayai gelaran Kalahar kepada Kedah Tua telah diletakkan bersempena kedatangan kaum Kurdis ke sini.

Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairy


Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (6) telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.

(Nota) Kisah ini diambil oleh Syeikh Mahmud Nasri Othmani daripada Ulama terkenal Kelantan Tuan Guru Waliyulllah Maulana Syeikh Yusof Kenali (Tok Kenali) yang diterima dari gurunya, ulama nusantara,Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain Mustaffa Al-Fathani sebagaimana isi kandungan beberapa buah kitab seperti Hadiqatul Al-Azhar yang menceritakan kembali kisah sebenar Melayu-Islam, Islam-Melayu.

Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya. -

Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu

i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kalaha ( 7 ) dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.

(Nota) –

Sumber Hikayat Merong Mahawangsa versi yang ada kini yang mengaitkan kisah Syeikh Abdullah Al-Qumairy menggunakan atau merampas tongkat Azazil untuk atau setelah tiba di Kalaha. Beberapa ilmuwan agama dan pengkaji sejarah setelah membaca kitab-kitab karangan Ulama Nusantara menyatakan bahawa tidak mungkin seorang ulama besar lagi ahlul bayt akan bersekutu dengan syaitan, ramai yang berpendapat bahawa versi Hikayat ini juga telah dicampurbaur dengan elemen mistik atau mungkin telah dipinda oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merendah-rendahkan maruah ulama muktabar ini. 

Walaubagaimanapun ada satu versi lagi menyatakan bahawa tongkat berkenaan adalah sebenarnya milik Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir JIlani yang menganugerahkannya kepada Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy yang kemudiannya dihadiahkan pula kepada DYMM Sultan Muzaffar 1. 

Dipercayai tongkat berkenaan (kini digelar cokmar) adalah tongkat yang sama yang berada di Muzium Kedah masakini Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah. Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. 

Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X (ada versi yang menyatakan 9X) di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy. 

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (8) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. 

Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.

 (Nota) – 

Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.

Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha. Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara) (9)

Nota : 

Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha.

Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

(Nota) Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena

Firman Allah SWT :  

مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُون

" Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la)
 , semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam-kalaulah tidak diwahyukan kepadaku).
(Surah Saad : 69)

Hadis Nabi S.A.W :

ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام


Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda :
“RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- 
Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? 
Baginda bersabda “tidak”. 
Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. 
Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. 
Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. 
Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. 
Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. 
Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjemaah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. 
Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. 
Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”.

[Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233] 

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis.
Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti : 

a)  B udi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)

b) Pemimpin

c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

1) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
2) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu
asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan
titik pada beberapa ( huruf)
3) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
4) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan
Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
5) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
6) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi. 

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah)

 Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)

 (Nota 10) –

 Ada pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" itu adalah perkataan "Sanskrit" dan "bangsa atau keturunan Melayu" itu adalah dari India, China, Kemboja dsb. Dari segi keturunan pertalian darah dan sejarah asal-usul, kenyataan ini mungkin ada kebenarannya tetapi penamaan bangsa "Melayu" pada SEBELUM zaman Phra Ong Mahawanser telah dinafikan oleh ulama-ulama Nusantara serta menegaskan bahawa "Al-Mala-u" itu adalah dari kalam Lughatul Qur'an dan digunakan hanya semasa pemasyhuran nama bangsa yang baru di Nusantara setelah Phra Ong Mahawanser memeluk Islam dan ditukar gelaran kepada Sultan Muzaffar 1.

Ilmuwan Melayu Islam juga menyatakan gelaran "Al-Mala-u" diberikan kerana untuk memberikan peringatan kepada seluruh manusia adalah :

 a. dari keturunan Nabi Allah Adam a.s. yang dijadikan Allah SWT di syurga Jannah drpd 14 (ada yang menyatakan 13) jenis tanah & telah dilantik menjadi Khalifatullah* (di syurga atau di langit ketika itu dan akhirnya di bumi setelah Nabi Allah Adam a.s. bertaubat dengan mengucapkan dua kalimah syahadah) sehinggakan

 b. malaikat juga diperintahkan sujud kpd. Nabi Allah Adam a.s. yang juga "Al-Mala-ul a'la" (penduduk langit) kerana semasa itu baginda berada di Syurga (di langit) Ianya juga untuk mengingatkan umat Islam betapa mulianya makhluk yang bernama manusia bukan sahaja turun dari sulbi Adam a.s. yang berasal dari syurga malah

 c. Seorang lagi bangsa manusia teragung di langit dan di bumi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. telah diisrak-mikrajkan pula sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah Azzawajalla (laitsakamithlihi syai-un)

 d. Kerana zaman khalaf ini adalah zaman khalifah manhaj nubuwwah iaitu zaman yang terakhir sebelum kiamat dan umat Islam Melayu perlu diingatkan bahawa orang-orang beriman akan pulang ke tempat asalnya Adam a.s. dijadikan dan diberikan balasan syurga selepas Hari Qiamat dan Hari Pembalasan.

 Hadis Qudsi di atas juga jelas bahawa Al-Mala-ul-a'la yang dimaksudkan adalah MANUSIA "yang diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam* dan solat malam saat manusia tidur” *salam di sini bermaksud "Islam" (agama) - agama yang selamat (salam)

 Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

 Akhirnya Negeri yang bernama Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran.

 Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari
 Firman Allah S.W.T. dalam  yang bermaksud

 “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” 
(ke atas taubat hambaNya) 
(Surah Saba:15)

Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana.

Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda. Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat.

Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan. Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan.

Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh (mengambil sempena nama Syeikh Abdullah Al-Qumairy) Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya,

Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy. (11)

(Nota 11) :

Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi. Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (12) bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :

"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."

Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.

(Nota 12 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata.

Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)

Kemakmuran Melayu Islam di bawah kepimpiman Kedah Darulaman (Nusantara) termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara.

Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat. 

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. (13)

Nota 13 :
Faham Sekular ini bermaksud ialah "perungkaian kesyumulan agama atau pemisahan agama dengan perkara-perkara lain seperti sains dan teknologi dsb. dengan hati, lidah dan perbuatan yang menyatakan contohnya "Sains tidak ada dalam Al-Qur'an" atau "Sains itu tidak ada dalam Agama" dengan sendirinya merendahkan taraf Al-Qur'anul Karim. Perbuatan yang sama telah berlaku antara para Paderi Kristian dan kaum saintis (Illuminati) yang saling bermusuhan antara satu sama lain sehingga terpisah agama dan sains. Sekular dalam konteks artikel ini ialah "pemisahan agama dan bangsa" (memisahkan Islam dan Melayu) dengan mendakwa bahawa "bangsa itu tidak disebut dalam Al-Qur'an" dengan sendirinya menggambarkan agama itu tidak syumul dan pastinya akan gugur akidah seorang Islam apabila menolak apa yang ada dalam Al-Qur'an.


Kebangkitan 2015 : Usaha Untuk Menyatukan Semula Rakan-rakan Dalam Program IMUONE 2008


Kisah 6 tahun yang lalu. Bagaimana menyertai syarikat IMUONE , bermula sendirian seorang Melayu sebagai ahli. Syarikat ini walau sudah setahun operasi tapi leader2 China tidak berjaya untuk mengembangkan ke Malaysia dan Luar negara. 

Saya permulaan sendirian ke Bangkok untuk kongsi peluang ini, hari ini kawan dari Bangkok mengirim kembali gambar kenangan lalu. Dalam masa setahun sahaja rangkaian saya telah berkembang ke Indonesia serta Thailand serta mendapat sambutan luarbiasa.

Berakhirnya saya dengan syarikat ini penuh kesedihan apabila pemiliknya telah menganiaya di mana ahli2 dalam rangkaian saya telah di hubungkan dengan syarikat terus. Bukan setakat itu sahaja, beberapa orang leader saya yang bangsa Melayu sanggup tikam belakang kerana di tawarkan janji2 manis. Inilah kisah yang mana akhirnya, syarikat tersebut tidak dapat pergi jauhnya ....tutup. 

Inilah akibat kerakusan ...dari tiada apa2 jadi kaya dan punyai pengawal keselamatan 8 orang serta mengiringinya.  Kejujuran serta amanah  penting dalam urusan perniaagaan kerana  kehormatan diri tidak dapat di beli dengan wang ringgit

Dalam hadapi semua ini saya belajar untuk mengawal perasaan serta sabar. Akhirnya kini semoga Allah bantu serta permudahkan dalam usaha bangkit ke persada dunia.

Sekalung tahniah untuk Cha Thailand yang banyak membantu serta memberikan sokongan untuk bersama-sama hubungi balik rakan-rakan yang bersama dalam syarikat IMUONE.


Berikut adalah blog sebagai kenangan sewaktu fasa permulaan menyertai IMUONE>



Semasa saya bersama Mr. Kin ke Bangkok,  telah memberi cadangan tentang Program Love and Care perlu sebagai sumbangan syarikat serta komuniti untuk membantu masyarakat.  Setelah persetujuan tercapai, Projek pertama ialah untuk menyiapkan Sekolah Maahad Taafiz di Terengganu.

Pelbagai kejayaan telah di capai oleh syarikat Imuone serta ahli-ahli.

Bermulanya era kejatuhan apabila syarikat Imuone telah cutting-line separuh dari jumlah ahli-ahli di bawah rangkaian saya. Bermula saat itu secara tiba-tiba pendapatan saya menjadi 0.

Selepas itu pertukaran nama dari Imuone ke KIB.  Kekayaan yang di perolehi itu membuka mata pada pemilik syarikat untuk ceburi bidang yang lebih besar. 

Betapa saya menahan perasaan sedih melihat betapa tidak ada peri kemanusiaan pihak syarikat yang telah aniaya saya. Saya tidak cepat melatah kerana dalam saat sedang hadapi perkara itu, saya ketepikan kepentingan diri demi kebaikan ahli-ahli semua.

Bagaimana pihak syarikat telah berjaya membeli beberapa leader saya untuk bersetuju berada terus di bawah syarikat.

Apabila tiba saat dan ketika pelancaran KIB itu, betapa di tunjukkan begitu hebatnya.  



Saya juga hadir dalam majlis tersebut,  belajar hadapi mengawal perasaan bagaimana saksikan pemilik syarikat dan beberapa orang rakan yang langsung tidak merasakan kehadiran saya.  

Jika anda berada pada tempat saya pasti sedih.  Bagaimana bermulanya syarikat IMUONE bersama berusaha untuk mengembangkan ke Indonesia dan Thailand. Seterusnya apabila kejayaan dapat, langsung tidak hargai malah anggap kita seperti musuh.

Majlis di Thailand...ketika ini rakan-rakan di Thailand belum mengetahui apa yang telah berlaku pada saya.



Video ini dalam majlis anugerah di mana sebelum berlakunya konspirasi syarikat untuk singkir saya, kerana dengan itu tidak perlu lagi untuk membayar bonus.


Rupa-rupanya selepas majlis tersebut, pelbagai masaalah timbul dan saya tidak juga melatah dan terus bersabar.  Akhirnya dengan beberapa insiden, impian mereka untuk pergi lebih besar tidak kesampaian.  

Selama bertahun-tahun saya berusaha gigih menambah ilmu serta membuat persiapan bagi membina masa depan yang gilang-gemilang bersama-sama.

Alhamdulillah, kini kebangkitan 2015 sudah bermula dengan memperkenalkan 
Sistem Ekonomi Berteraskan Kasih Sayang serta Manusia itu sebagai Aset.


Bermula 2014 asas World Royal VIP Community sebagai Platform penting untuk mengwujudkan komuniti dari seluruh dunia di mana bersama menyertai peluang-peluang dalam menambah pendapatan secara online.  




t

Kasih Sayang, Ilmu Allah, Rezeki Allah : Kebangkitan 2015

Kerja kita ialah mengusahakan agar seluruh rakyat Malaysia mengusahakan takwa

Membebaskan diri dari penyakit cinta dunia, menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu pada Allah dan Rasul automatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari berbilang bangsa dan ugama. Malaysia atas nama Islam bukan sahaja umat Islam menjadi kuat bahkan dapat menaungi penganut ugama-ugama lain sebagaimana yang telah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama.

KEBANGKITAN DARI TIMUR DALAM JADUAL TUHAN ERA KASIH SAYANG



Surah Al-Kahfi - سورة الكهف


Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Al-Kahfi 18:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A002
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
(Al-Kahfi 18:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A003
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
(Al-Kahfi 18:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A004
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
(Al-Kahfi 18:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A005
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
(Al-Kahfi 18:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A006
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
(Al-Kahfi 18:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A007
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Al-Kahfi 18:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A008
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
(Al-Kahfi 18:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A009
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
(Al-Kahfi 18:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A010
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".
(Al-Kahfi 18:10)