World Royal VIP Community

Love and Care ... The Key To Universal Of Unity . Memertabatkan Malaysia ke Pentas Dunia.

Welcome

Berita-berita Semasa

Inilah Pandanganku : Perjuangan 68 Tahun Parti UMNO

Selama 68 tahun Parti UMNO di tubuhkan dan di beri peluang untuk meneraju pemerintahan di Malaysia.   Pada PRU 13 yang lalu, tamparan hebat berlaku apabila pihak pembangkang mula mendapat sokongan dari rakyat pelbagai kaum di Malaysia.  Tun Mahathir telah memberi pandangannya berhubung dengan keadaan yang telah berlaku dimana katanya, 3 parti Melayu bagaikan menjadi pengemis kepada kaum minoriti di negara ini untuk mendapat sokongan dalam pilihanraya tersebut.

Realiti hari ini berhubung dengan kepimpinan bangsa sendiri (Melayu) yang sangat menjiwai kehidupan sekularisme iaitu cinta dunia adalah punca utama kekalahan Parti UMNO dalam PRU 13.  



Pada persidangan UMNO 2014, di kejutkan dengan pandangan yang diberikan oleh Tun Mahathir kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO.

Berikut pandangan Tun Mahathir berhubung dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli UMNO;


1.   Pada pandangan yang pertama ialah kerana menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

2.  UMNO hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.
YAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2014 juga telah menyentuh berhubung dengan krisis kepimpinan yang berlaku dalam UMNO kini.

Berikut adalah petikan ucapan:

Parti kita UMNO telah mencapai usia 68 tahun.Telah banyak ranjau yang kita lalui dalam pelbagai keadaan, pelbagai cabaran dan pelbagai zaman. Kita telah melalui pasang surut asakan terhadap perjuangan kita. Alhamdulillah, walaupun kita diasak dan diterjah dengan pelbagai dugaan, Allah masih memberikan kemenangan kepada UMNO. Allah masih mentakdirkan UMNO memikul amanah kuasa pemerintahan ini. Namun, jangan kita lupa, jangan kita alpa. Allah juga menggilirkan kemenangan antara sesama manusia sebagai pengajaran kepada kita semua. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran Ayat 140:

إِن يَمۡسَسۡكُمۡ قَرۡحٌ۬ فَقَدۡ مَسَّ ٱلۡقَوۡمَ قَرۡحٌ۬ مِّثۡلُهُ ۥ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيۡنَ ٱلنَّاسِ وَلِيَعۡلَمَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَيَتَّخِذَ مِنكُمۡ شُہَدَآءَ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Yang bermaksud:

"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar) dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim."

Teks Ucapan Lengkap.

INILAH PANDANGANKU BERHUBUNG KESAN-KESAN YANG DI HADAPI OLEH AHLI-AHLI DAN PEMIMPIN UMNO TERMASUK PAS DAN KEADILAN.

1.  SISTEM DEMOKRASI YANG DI PERKENALKAN SELEPAS KEMERDEKAAN TELAH HILANGKAN ROH PERJUANGAN MELAYU

Setiap amalan itu mesti di sertakan sekali dengan ROH.

Berikut adalah sedutan dari Filem Pendekar Bujang Lapok ;



1.   Pada 26 Nov (12 Muharram 1434H), dalam Forum Antarabangsa 2012 sempena Perhimpunan Agung UMNO (27 Nov - 1 Dis), Tun Dr Mahathir mengisytiharkan bahawa sistem demokrasi sudah tidak boleh dipakai lagi dengan mengatakan sistem demokrasi tidak menjamin keselamatan malah menjadi penyebab kepada berlakunya keganasan dalam sesebuah negara.

2.  Pada 27 Nov (13 Muharram 1434H), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung 3 sayap UMNO - Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah membidas pemikiran sistem demokrasi iaitu sekuler liberal yang telah membuahkan perjuangan gaya hidup songsang seperti memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender dan perjuangan hak kebebasan beragama termasuk orang Islam (murtad). Muhyiddin berkata, inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba merungkaikan asas-asas agama Islam.

KEAJAIBAN TELAH BERLAKU. APA RAHSIANYA?
...Sistem demokrasi diruntuhkan dan ditolak sendiri oleh pendokong-pendokongnya. Sistem Allah dan Rasul sedang dicorakkan.

...  Percaturan  berlaku dalam Perhimpuan Agung UMNO. Bila mereka menolak sistem demokrasi kerana menjadi penyebab kepada berlakunya kerosakan-kerosakan dalam negara, mereka tiada pilihan melainkan memilih Islam sebagai jalan penyelesaian dan keselamatan negara. Maka mereka mesti mengisi negara dengan Islam tetapi mereka tidak akan mampu mengisinya sebab mereka bukanlah pejuang-pejuang Islam sebaliknya pejuang-pejuang demokrasi yang akan pupus bersama pupusnya sistem demokrasi.

Apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin adalah percaturan yang di ATUR oleh Allah melalui negara untuk menaikkan  Islam dan  mengangkat pemimpin yang akan memimpin Daulah Islamiyah di Malaysia.

ORANG-ORANG YANG DIBERIKAN BARAKAH OLEH TUHAN PADA SETIAP ZAMAN. (Suara Haramain)

Selagi dunia belum Qiamat, setiap zaman ada orang yang diberi barakah oleh Tuhan. Bilangan mereka tidak ramai, hanya bilangan jari sahaja. Itupun ramai orang tidak kenal. Bahkan adakalanya mereka dimusuhi dan disusahkan. Disebabkan merekalah dunia tidak diqiamatkan. Disebabkan mereka jugalah manusia diberi rezeki. Juga manusia selamat dari bala bencana, disebabkan mereka yang diberi barakah. Hujan masih turun kerana mereka.

Doa mereka kabul, manfaatnya untuk semua. Orang ramai diberi rezeki tidak tahu atau tidak sedar kecuali satu dua. Begitulah peranan orang Tuhan di dunia setiap zaman. la penyelamat bagi manusia semua. Kalaulah bukan kerana keberadaan mereka di dunia. Manusia tidak ada yang selamat.

Taraf keberkatan mereka tidak sama. Ada yang bertaraf kampung atau daerah dan negara. Yang besarnya adalah yang bertaraf dunia. la datang sekali-sekala. Mungkin beratus tahun sekali baru ada. Di awal kurun ia pasti berlaku seorang yang membawa berkat ke seluruh dunia. Kerana ada janji dari Tuhan melalui sabda Nabi-Nya. Berita gembira untuk semua manusia.

Kurun ke-18, ke-19, ke 20, dan awal kurun ke-21. Dunia menyaksikan lahirnya tokoh-tokoh dari Timur, mereka mengemparkan dunia Barat

Apakah perancangan Allah terhadap bangsa Melayu atau bangsa dari Timur ini? Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Musuh Islam telah menanam benih perpecahan sejak 100 tahun lampau, namun masih lagi gagal merosakkan perpaduan Ummah. Umat Islam telah dirasuk dengan cinta dunia melalui perjuangan sekular. Melalui kepimpinan bangsa sendiri yang sangat menjiwai kehidupan sekularisme.

Berikut antara tokoh-tokoh orang roh di bumi Melayu.

1- Sy.Ismail al-Fathani (Syatariah)

2- Sy.Hamzah al-Fansuri

3- Sy.Syamsuddin al-Sumaterani (al-Qadiriah)

4- Sy.Ahmad Khatib Sambas (al-Qadiriah)

5- Sy.Nuruddin Tekarang (al-Qadiriah al-Naqsyabandiah)

6 - Tuan Guru Abdul Rahman Ambon

7.- Sy.Nawawi al-Bentani (al-Qadiriah al-Naqsyabandiah)

8- Sy.Ahmad al-Fathani (As-Samaniah)

9- Sy.Mohd Zainuddin b Mohd Badawi Sumbawa (al-Qadiriah)

10- Sy.Mohd Azhari

11- Sy.Yasin al-Fadani

12- Sy.Mokhtar Bogor

13- Kiyai Mohd Fadhil b Abdul Latif al-Maduri

14- Kiyai Hashim Asyaari

15- Sy.Ali b Abdullah al-Banjari

16- Sy.Mohd Mahfuz al-Tarmasi

17- Sy.Mohd Najib bin Idris (al-Naqsyabandiah)

18-Sy.Ismail al Minangkabawi (al-Naqsyabandiah al-Khalidiah)

19- Sy.Daud al-Fathani (al-Syatariah)

20- Sy.Faqih Jalaluddin bin Kamaluddin al-Asyi

21-Sy.Nuruddin al-Raniri

22-.Abdul Rauf al-Fansuri (as-Syatariah)

23-Sy.Yusuf Makasar (al-Khalwatiah)

24-Sy Zainal Abidin al-Fathani

25-Sy.Wan Ali Kutan (as-Syaziliah)

26-Sy. Abdul Rahman Pauk Boh al-Fhatani (as-Syatariah)

27-Sy Mohd Ali Acheh (as-Syatariah)

28-Mohd b Khatib Langien (as-Syatariah)

29-Sy Abdul Malik Tok Pulau Manis (as-Syaziliah)

30-Sy.AbdullahMubin (as-Syatariah)
31. Sy.Mohd Arshad al-Banjari

32-Sy.Abdul Samad al-Palembani (as-Samaniah)

33-Sy.Abdul Qadir al-Fhatani

34-Sy.mohd Kamil al-Fhatani

35-Sy.Mohd Salleh al-Fhatani (as-Syatariah)

36-Sy.Abdul Rahman az-Zawawi (al-Naqsyabandiah)

37-Sy.Abdullah Azhim al-Manduri

38-Sy.Abdul Wahab Rokan

39-Sy.Wan Sulaiman Kedah (al-Naqsyabandiah)

40-Sy.Mohd Salleh al-Minangkabawi

41-Sy.Mohd Zain Simabur

42-Tuan Guru Hj Umar Besut

43-Tuan Guru Hj IShak b Muhd Arif

44-Sy.Mohd Zain Acheh (as-Syaziliah)

45-Sy.Abdul RahmanTok Gudang

46- Tuan Tabal (al-Ahmadiah)

47-Sy.Mohd Said Linggi (al-Ahmadiah)

48-Sy.Mohd Salleh

49-Tengku Mahmud Zuhdi (al-Naqsyabandiah)

50-Tok Pulai Condong (as-Syaziliah)

51-Tok Selehor

52-Sy.Mohd Nafis al-Banjari

52-SyMohd Khalil al-Maduri (al-Naqsyabandiah)

53- Imam Mohd Dahlan (al-Naqsyabandiah)

54- Mufti Hj Wan Musa (al-Ahmadiah)

55- Raja Ali Kelana (al-Naqsyabandiah)

56- Raja Haji Abdullah (al-Naqsyabandiah)

57- Sy Mohad Azhari al-Palembani

58- Sy Abdul Qadir Bayas Tok Duyong

59-Sy.Abdul Malik Tok Pulau Manis (as-Syaziliah)

60-Tokku Paloh (al-Naqsyabandiah)

61-Tok Padang Jelapang/ Tok Golok

62- TuanGuru Hj Abdul Rahman Lmbong (al-Naqsyabandiah)

63-Sy. Alawi Tahir al-Hadad

64- Tok Kenali (al-Ahmadiah)

65-Sy.Hamzah al-Fansuri

66-Sy.Mohd Yasin al-Fadani

67- Pangeran Dipo Negero (al-Naqsyabandiah)

68- Tok Syafie

69- Tuan Guru Hj Daud Bukit Abal (al-Ahmadiah)

70- Tuan Guru Hj Abdul Wahid Sungai Udang (al-Ahmadiah)

71- Saidi Syeikh Muhammad As-Suhaimi. (Aurad Muhammadiah).

Firman Tuhan:


تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung. (An-Noor: 38).

Sabda Nabi SAW:

وبهم ينصرون وبهم يرزقون

Dan disebabkan mereka (orang Rohani) dibantu dan disebabkan mereka diberikan rezki.
( رقم الحديث: 1639 ).


Powered by Blogger.

Contact

we would really love to hear from you

Contactinfo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt.

quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum