World Royal VIP Community

Love and Care ... The Key To Universal Of Unity . Memertabatkan Malaysia ke Pentas Dunia.

Welcome

Berita-berita Semasa

Perpaduan Dan Penyatuan Umat

Di zaman Rasulullah SAW apabila seseorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah secara otomatik bersatu dalam semua perkara. Bersatu dalam soal aqidah, ibadah, akhlak, syariat, ekonomi, siasah, pendidikan dan lain-lain. Kasih sayang mereka luar biasa. Semangat membela mereka sungguh kental. Saudaranya yang lain dirasakan lebih bernilai dan lebih layak hidup berbanding dirinya sendiri. Lantaran itulah mereka sanggup bergalang-ganti nyawa. Pengakuan tauhid mereka itu diiringi dengan bernaung di bawah pimpinan Rasulullah SAW dan bersatu dalam semua bidang. Tidak ada firqah, kelompok, persatuan atau organisasi yang memisahkan antara mereka.

Andainya terjadi kesamaran, kekeliruan dan perbezaan pandangan mereka kembali merujuk kepada wahyu yang masih turun dan bersandar kepada Rasulullah SAW sendiri. Kini senarionya sudah terlalu jauh berbeza. Biarpun sama-sama mengucap Dua Kalimah Syahadah, namun terjadi berbagai-bagai percanggahan dan perselisihan hing- ga membawa kepada pepecahan.

Umat Islam berpecah di bidang aqidah, ibadah, akhlak, syariat, siasah dan seba- gainya. Malah sampai ke tahap bermusuhan, berbunuhan dan berperang. Ikatan perpaduan sangat mudah terungkai, benteng penyatuan sangat mudah roboh, pagar kesatuan umat terlalu mudah reput, semuanya berpunca dari faktor- faktor yang sangat remeh-temeh. Musuh dianggap kawan dan bekerjasama dengannya. Kawan pula dianggap musuh. Pejuang Islam tidak diburu oleh Yahudi dan Nasrani tetapi oleh umat Islam sendiri.

Negara Islam berbelanja besar untuk membeli senjata dari Barat yang dengan senjata itu banyak nyawa umat Islam sendiri terkorban. Hubungan diplomatik sesama negara Islam boleh dengan mudah diputuskan. Peluru di negara Islam lebih banyak membunuh umat Islam sendiri berbanding musuh.

Kiasan orang Melayu mengenai perpaduan ialah umpama lidi. Sebatang lidi tidak boleh menyapu sampah dan terlalu mudah untuk dipatah-patahkan. Sebatang lidi juga lazimnya tidak diendahkan oleh sesiapa pun. Gabung- an lidi yang diberkas bersama membentuk satu keteguhan yang dinamakan penyapu. Sebuah penyapu lidi berubah menjadi kuat dan tidak boleh dipatah-patahkan, serta berkesan untuk berfungsi sebagai penyapu.

Perumpamaan lain yang biasa digunakan untuk memberi gambaran keutuhan perpaduan ialah “Bulat air kerana pembetung (kolah, tangki, empangan), bulat manusia kerana mua- fakat.”

Perpaduan merupakan salah satu aspek yang paling banyak diperkatakan oleh berbagai pihak, khususnya oleh para pemimpin dan pemikir masyarakat. Ini memperlihat- kan betapa pentingnya perpaduan yang kukuh di dalam hidup bermasyarakat. Siapa saja yang berada pada kedu- dukan sebagai pemimpin, maka perpaduanlah topik yang sering dibicarakan atau diketengahkan. Pemimpin di mana- mana institusi hatta yang kecil sekalipun seperti keluarga apatah lagi pemimpin negara sering kali mengulangi seruan atau saranan ke arah wujudnya perpaduan yang utuh.

Mana-mana institusi yang berbentuk perjuangan, tidak kira sama ada perjuangan yang hak mahupun bathil, sangat mementingkan keutuhan perpaduan. Lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam yang merupakan salah satu aspek kekuatan mencapai kemenangan. Sangat-sangat memerlu- kan perpaduan yang benar-benar teguh dan kukuh. Apabila rapuh atau roboh benteng perpaduan, bukan sahaja musuh tidak dapat ditewaskan sebaliknya perjuangan itu sudah lemah dan tewas di gelanggang sendiri.

Perpecahan itu sendiri ertinya kekalahan, kerana Allah SWT sangat murka kepada hamba-hambaNya yang bermusuhan sesama sendiri.

Di kalangan pejuang-pejuang Islam semangat pembe- laan sesama anggota bukan sekadar bertolong bantu dalam segala urusan malah sampai kepada tahap sanggup berga- lang ganti nyawa. Sudah tentulah bukan calang-calang pencapaian ikatan perpaduan yang tercetus hingga sampai kepada tingkat menggadai nyawa demi membela orang lain. Tentulah sangat mendalam dirasainya orang lain, lebih berharga, bernilai dan lebih layak hidup berbanding diri- nya.

Sikap dalam perlakuan yang sangat mengutamakan orang lain bukan satu retorika. Ianya memang benar-benar telah berlaku di kalangan para sahabat. Dan boleh berlaku di sepanjang zaman serta kepada siapa saja di kalangan umat ini.

Di zaman ini perpaduan sukar dibina malah ada yang beranggapan tidak rasional kerana masing-masing sudah hidup terlalu cinta kepada diri sendiri.

‘Ego-centric’ yang sudah keterlaluan, masing-masing berlumba-lumba memburu apa saja untuk kesenangan sendiri, keluarga dan kelompok sendiri. Natijah dari itu maka subur berbagai penyakit hati yang menyumbangkan kepada perpecahan yang lebih parah seperti hasad (dengki), iri hati, saling membenci, berdendam, menfitnah, hasut, pemarah, menghasut dan jatuh menjatuhkan. Mereka yang terlalu mencintai dan mementingkan diri sendiri inilah yang sudah tidak lagi ada ruang memikirkan orang lain lantas beranggapan tidak diterima akal adanya perpaduan yang begitu rapat. Mereka seumpa- ma ini yang menjadi ejen pembawa virus perpecahan yang tidak kunjung padam.

Di kalangan para pejuang Islam sendiri pun adakalanya baru sahaja digertak atau diugut oleh musuh sehingga ter- gugat sedikit keselesaan hidup, terjejas sedikit ketenteraman belum pun sampai tergugat nyawa itu pun sudah sanggup mencemuh kawan sendiri. Sanggup belot menyebelahi musuh dan meranapkan perjuangan sendiri. Lantaran itulah kemenangan sukar diberi oleh Allah SWT. Dan itu pun ada hikmah di sebaliknya.

Andainya Allah beri kemenangan dalam situasi perpaduan yang longgar nescaya mereka akan bercakaran sesama sendiri kerana merebut sesuatu yang bersifat duniawi. Dan ini boleh mencemarkan maruah perjuangan Islam yang suci murni ini. Selain daripada terlalu mencintai diri dan mementingkan diri, keretakan perpaduan berlaku juga kerana umat Islam sudah terlalu , kedudukan, keturunan dan ilmu pengetahuan. Akibatnya kehmembanggakan dengan apa yang di- miliki sama ada harta, pangkat serta kehidupan bermasyarakat berkelompok mengikut status sosial masing-masing. Hidup terpisah, tersisih dan terpinggir antara satu dengan yang lain dan sukar untuk berunding untuk mencari kesepakatan dan permuafakatan.

Tanpa disedari maka terbinalah sikap seolah-olah masing-masing kelompok boleh hidup sendiri tanpa ber- sandar kepada orang atau pihak lain. Sebab itu tidak ada sikap mahu menghargai, memberi nilai dan berterima kasih kepada pihak lain. Sedangkan hakikat kehidupan yang perlu difahami ialah semua dicipta oleh Allah SWT dari asal kejadian yang sama. Dari bapa dan ibu yang sama (Adam dan Hawa). Berada di bumi yang sama yang saling sandar menyandar, saling perlu memerlukan, saling leng- kap, melengkap antara satu dengan yang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung, tiada siapa yang boleh hidup sendirian.

Perpaduan umat kini adalah bertepatan dengan apa yang pernah dinukilkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda:

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku men- dengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.’ Sahabat bertanya: ‘Apakah penyakit umat terdahulu itu?’ Rasulullah SAW berkata: ‘Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak keseronokan, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam berebut harta dunia, saling memarahi (bermusuhan), saling berhasad (dengki) sehingga menzalimi’.”

Allah SWT dan Rasulullah SAW sangat mengutamakan perpaduan dan penyatuan umat. Perpaduan merupakan salah satu aspek penting dan utama dalam ajaran Islam, sehingga dianggap tidak sempurna iman seseorang yang tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri.

Islam merangkumi HablumminAllah dan Hablumminannas. Dari keseluruhan Hablumminannas, perpaduan adalah di tempat teratas, terpenting dan paling utama.

Kejayaan hidup bermasyarakat dan kelancaran aspek lain seperti ekonomi, pembangunan, pendidikan, politik dan lain-lain sangat bergantung kepada perpaduan. Negara yang rakyatnya sering berkrisis bercakaran dan bermusuh- an sesama sendiri, bukan sahaja tidak mampu menghadapi tentangan luar, malah mereka sendiri dibuli oleh pihak lain. Proses pembangunannya perlahan, ekonomi tidak berkem- bang dan musnahnya kesejahteraan hidup.

Himpunan banyak batang lidi membentuk sebuah penyapu, semuanya diikat oleh tali. Tali pengikat itu yang menjamin tidak terbarainya batang-batang lidi tersebut. Tali itu yang menjadi faktor penentu kepada keteguhan perpa- duan batang-batang lidi. Apabila gabungan batang-batang lidi itu terikat bersama-sama maka kekuatan lidi itu juga adalah kekuatan bersama yang masing-masing saling san- dar menyandar.

TALI ALLAH

Perpaduan juga tidak akan wujud tanpa pengikat. Dan pengikat umat itu mestilah tali yang paling teguh. Maka Allah SWT menunjuki tali pengikat yang pasti akan terbina jalinan perpaduan paling utuh seperti yang Allah SWT firmankan:

Terjemahannya: “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan berpecah belah “ (Ali Imran: 103)

Apabila setiap individu dan semua pihak berpegang teguh dengan “tali” Allah SWT, atau sama-sama dalam satu ikatan “tali” Allah SWT secara otomatik wujudnya perpaduan yang utuh. Biar di manapun umat Islam ini ber- ada, di mata angin mana, di bukit atau di lembah, di rimba belantara atau di kota. Di lautan atau di daratan, di Kutub Utara atau Kutub Selatan hatta di bulan atau di bintang sekalipun, selagi berpegang teguh dengan “tali” Allah SWT maka perpaduan tetap utuh.

Sebaliknya apabila terungkai dari “tali” Allah SWT maka otomatik juga itu dinamakan perpecahan, biar pun dalam satu rumah atau di bawah satu bumbung, dalam satu keluarga, satu organisasi, satu pertubuhan, bernaung di bawah satu panji-panji, bercakap bahasa yang sama, warna kulit yang sama, satu rumpun satu bangsa, perpaduan tidak akan wujud.

Andainya ada ikatan lain yang bukan “tali” Allah SWT bukan saja tidak teguh malah sebenarnya sedang berada di dalam perpecahan. Tinggal lagi mungkin tiada pemangkin atau belum ada suis yang mencetuskan persengketaan. Allah SWT menggambarkan keadaan demikian itu sebagai satu peringatan bahawa perpecahan sedang melanda kelompok mana pun yang terungkai dari “tali” Allah SWT.
Firmannya:

Terjemahannya: “Kamu menyangka mereka itu bersatu tetapi hati mereka berpecah belah”
(Al- Hasyr: 14)

Berpegang dengan “tali” Allah SWT itu, punya penger- tian yang khusus. Pengertian inilah yang sangat perlu difahami oleh umat khususnya para pejuang Islam. Setelah difahami maka perlu dihayati oleh semua pihak. Berikut adalah perincian kepada maksud “tali” Allah SWT itu.

1. Aqidah yang benar Rasulullah SAW memberi jaminan keselamatan dunia dan akhirat apabila berpegang kepada Aqidah Ahlus sunnah Wal Jamaah .

Sabda Baginda SAW:
Terjemahannya: “Demi diriku dalam genggaman- Nya, akan berpecah umatku kepada 73 firqah. Semuanya masuk neraka kecuali satu. Sahabat- sahabat bertanya, “Siapakah yang satu itu ya Rasu- lullah? “Rasulullah menjawab, “Ahlussunnah Wal Jamaah yakni mereka yang berpegang sebagaimana peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.” (Riwayat Tirmizi)

Ternyata bahawa awal-awal lagi dalam soal terpokok iaitu aqidah Rasulullah SAW sudah menetapkan berlaku- nya perbezaan pegangan aqidah itu adalah perpecahan. Perbezaan pegangan aqidah ini sudah pasti boleh mencetus- kan berbagai permusuhan biar pun tidak terserlah dalam kehidupan. Dan tidak ada ertinya usaha untuk di satukan dalam organisasi atau parti andainya hati masing-masing sudah terpisah oleh perbezaan aqidah ini.

Apatah lagi pegangan aqidah selain Ahlussunnah Wal Jamaah itu tidak ada jaminan keselamatan dunia akhirat. Tidak adanya keselamatan itu ertinya sudah terungkai atau terlucut dari ikatan tali Allah di bidang aqidah. Apabila aqidah tidak benar maka seluruh amalan lain akan tertolak.

2. Ibadah yang tepat

Tepatnya ibadah itu bukan menjaga sah batal dan syarat rukun sahaja. Ibadah yang tepat mestilah mempunyai roh dan mencapai tujuan. Roh ibadah itu ialah apabila terbinanya peribadi mulia hingga terpancar akhlak yang mempesonakan. Tujuan dari ibadah itu ialah supaya benar-benar mencapai rasa kehambaan yang mendalam dan dapat pula merasai keagungan dan kebesaran Allah SWT. Semakin banyak ibadah semakin bertambah memberi kesan pada hati iaitu dapat membakar dan memusnahkan segala maz- mumah atau sifat keji pada diri. Andainya roh dan tujuan ini tidak tercapai maka ibadah itu dikira tidak menepati tujuan yang sebenar.

Segala jenis ibadah mempunyai hikmah dan tuntutan- nya. Hikmah atau tuntutan ibadah itu semuanya berkaitan dengan kehidupan manusia itu sendiri. Ertinya ibadah yang tepat membawa natijah kepada kesempurnaan hidup ma- nusia. Contohnya, tuntutan dari solat ialah memberi penga- jaran betapa pentingnya pengurusan masa, mencegah dari berbuat mungkar, menyusun hidup bermasyarakat, mendo- rong kemajuan dan pembangunan.

Allah SWT juga memerintahkan agar semua urusan hidup manusia dijadikan ibadah. Tidak pula dengan mudah akan diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah kecuali sete- lah mengikut syarat yang ditetapkan. Berdasarkan syarat- syarat itu barulah diiktiraf sebagai ibadah. Yakni bukan asal berbuat urusan kehidupan maka otomatik menjadi ibadah.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

a. Niat mestilah benar-benar kerana Allah SWT.
b. Perlaksanaan mestilah tidak terkeluar dari syariat.
c. Natijah atau hasil dari setiap pekerjaan itu juga mestilah untuk kebaikan.
d. Perkara yang dibuat itu tidak dilarang oleh syariat sekurang-kurangnya perkara yang dibolehkan atau perkara yang diharuskan.
e. Sepanjang melaksanakan urusan itu tidak meninggalkan perkara-perkara Fardhu Ain.

3. Berpegang kepada hukum hakam Allah SWT

Semua aspek kehidupan manusia tidak terlepas dari lima hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Semua lima hukum itu adalah ketentuan Allah SWT, walau hukum harus sekalipun. Setiap detik, setiap ketika, apa saja yang dilakukan, sama ada gerak atau diam, tidur atau jaga dan di mana saja, salah satu lima hukum itu tetap berlaku.

Manusia tidak berhak membuat sebarang hukum hakam dan manusia juga tidak dapat terungkai dari hukum hakam Allah SWT tersebut. Oleh itu untuk mencapai perpaduan semua umat Islam hendaklah menerima hukum wajib dan sama-sama melaksanakannya. Sama-sama menerima hukum sunat dan berusaha mengamalkannya sebanyak mungkin. Sama-sama menerima hukum makruh dan sama-sama berusaha menolaknya. Sama-sama mene- rima hukum haram dan sama-sama mesti menolaknya. Manakala yang harus pula diterima sebagai harus yang datangnya dari Allah SWT dan berusaha memenuhi lima syarat agar perkara yang harus itu menjadi ibadah.

Sama-sama berada di dalam ikatan hukum hakam Allah SWT itu ertinya tidak berselisih atau tidak bercanggah da- lam soal penetapan dan penerimaan hukum hakam tersebut dan sama-sama melaksanakan menurut kedudukan tiap- tiap hukum tersebut. Tidak perlu berdolak dalik dengan berbagai alasan dan kepentingan.

4. Matlamat yang sama

Ramai orang banyak ragam. Satu billion manusia, satu billion ragam dan satu billion matlamat hidup. Kadang- kadang tercetus satu billion konflik, percanggahan, krisis dan persengketaan. Tidak hairan apabila umat Islam juga tidak terlepas dari ‘conflict of interest’ sesama sendiri .Bagi umat Islam, Allah SWT sudah menetapkan satu matlamat yang mesti diburu. Matlamat itu ialah mencapai ‘Mardhatillah’. Keredhaan Allah SWT sepanjang hidup hingga akhir hayat. Dan di akhirat nanti bakal dibalasi dengan syurga. Sama ada ibadah khusus mahupun urusan yang bersifat duniawi mestilah dijadikan ibadah demi keredhaan Allah SWT.

Aspek kehidupan yang bersifat duniawi seperti politik, ekonomi, pembangunan, kemajuan, perniagaan, harta benda, pangkat, jawatan dan lain-lain itu di samping menjadi ibadah melalui lima syarat, ianya juga tidak lebih dari sekadar alat untuk menyempurnakan kehidupan dan nikmat yang mesti disyukuri. Alat juga sifatnya untuk me- mudahkan tercapainya matlamat. Dalam pada itu, alat yang merangkumi dalam aspek tamadun manusia itu tidak secara otomatik menjadi ibadah kecuali dilaksanakan sesuai dengan syariat. Seluruh umat Islam mesti memiliki kefa- haman serta penghayatan yang jelas terhadap konsep alat dan matlamat.

Perpaduan akan dapat dicetuskan dan terhindar dari berlakunya conflict of interest apabila semua pihak tidak keliru antara matlamat dan alat untuk mencapai matlamat. Tidak akan berlaku di mana umat Islam bertungkus lumus, mengorbankan seluruh usianya sekadar membangunkan alat dan sekaligus tidak mencapai matlamat. Sebagai perbandingan, buah padi itu adalah matlamat yang dapat dihasilkan oleh peralatan iaitu bendang, baja, traktor, tali air, racun serangga, racun rumpai, cangkul, tajak dan sabit. Alat pula kelihatan banyak terdiri dari berbagai jenis. Namun semua alat itu untuk ke arah mencapai satu matlamat saja iaitu penghasilan buah padi. Dan tiada siapa yang hanya terhenti kepada asyik dengan alat semata-mata tanpa menggunakan alat itu untuk mencapai matlamat.

5. Penyatuan hati dan fikrah

a. Semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT.

Perbezaan maknawiyah yang pertama ialah pada iman dan kufur. Perbezaan maknawiyah yang kedua terletak pada ketaqwaan antara orang mukmin. Mulia atau hina seseorang mukmin disisi Allah SWT terletak pada tingkat ketaqwaan. Kedudukan taqwa tiada siapa yang tahu ke- cuali Allah SWT. Lantaran itu tiada siapa di kalangan sesama manusia boleh menyombong, bongkak dan angkuh dan memandang hina terhadap orang lain kerana tiada siapa menjamin nasib diri di sisi Allah SWT di akhirat kelak.

Lebih-lebih lagi andainya kita turut menyedari hakikat manusia yang saling sandar menyandar, saling memerlukan antara satu dengan yang lain, saling lengkap melengkapi. Tiada siapa yang boleh hidup sendirian, melainkan sama ada disedari atau tidak, sama ada secara langsung atau ti- dak, setiap manusia tetap ada terkait dengan orang atau pihak lain. Atau dengan kata lain, sama ada sengaja atau terpaksa orang lain ada peranan dalam memenuhi keper- luan kita dan sebaliknya.

Atas alasan ini hati kecil kita merasakan wajar dan patut merasa kasih sayang dan terhutang budi kepada orang lain. Sebab itu Rasulullah SAW menganjurkan berkasih sayang seperti sabda Baginda:

Terjemahannya: “Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya yang lain seperti dia mengasihi diri sendiri.”

Allah SWT dengan sifat PemurahNya tetap menyalurkan nikmat biarpun kepada manusia yang derhaka kepadaNya. Dan Maha Suci Allah SWT dari mengambil untung atau berkepentingan daripada kurnia dan anugerahNya yang tidak terhingga. Sedangkan sesama kita ada sesuatu kepentingan yang diperolehi dari orang lain. Maka lebih patut dan wajar terjalinnya kasih sayang.

Natijah dari kasih sayang itu maka akan terserlah dalam kehidupan ini perkara-perkara berikut:

i. Apabila bertemu tidak merasa jemu.
ii. Bila berpisah saling merindui
iii. Ketiadaan dirasai kehilangan.
iv. Keberadaannya bermanfaat.
v. Rasa bersama dan bekerjasama.
vi. Menjadi regu yang baik dan saling bertolong bantu.
vii. Cepat mengakui kesalahan dan memohon maaf dan cepat pula memberi maaf.
viii. Aib saudaranya ditutup, kebaikannya disebut.
x. Kebaikan, kesukaan, keinginan, kejayaan, kebaha- giaan dan kegembiraan terhadap dirinya itulah yang diharapkan berlaku ke atas saudaranya dunia akhirat.
ix. Kejahatan, kebencian, kedukaan, kegagalan yang dia tidak mahu berlaku ke atas dirinya itu juga yang tidak mahu terjadi kepada saudaranya dunia akhirat.

b. Mengenal kawan.

Umat Islam mesti tahu dan benar-benar mengenali kawan yang setia, yang sama-sama membantu untuk taqwa dan kebaikan. Maka bertindak mengambil pendekatan untuk berbaik, bekerjasama dan saling berhubungan. Firman Allah SWT:

Terjemahannya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah, semoga kamu mendapat rahmat.” (Al Hujarat: 10)

Firman Allah SWT:

Terjemahannya: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan se- orang perempuan dan menjadikan kamu berbang- sa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al Hujarat: 13)

Musuh tidak akan berjaya menipu dan meretakkan perpaduan sekiranya umat Islam mengenali kawan yang sebenar. Pengkritik bukan ertinya penentang dan dianggap musuh. Memuji bukan ertinya menyokong dengan setia dan taat. Adakalanya mereka adalah pengampu yang boleh membawa rebah.

c. Mengenal musuh.

Sebantal bukan bererti mimpinya sama. Umat Islam jangan mudah tertipu hingga sanggup sebantal dan berada dalam satu selimut dengan musuh. Jangan mudah tergadai prinsip dan maruah lantaran lunak dan lemak manis kata- kata, janji dan sikap musuh. Musuh tetap musuh yang sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam. Tidak dapat tanduk, telinga dipulas. Kalau pun aqidah umat tidak tergadai namun kehidupan umat sudah sangat terhakis dari syariat Allah SWT.

Bukan sekadar mengenali musuh dengan segala tipu muslihatnya yang licik, malah mestilah pula sama-sama menghadapinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Mukmin itu ada bersamanya lima musuh iaitu: orang mukmin yang hasad dengki, munafik yang memarahinya, orang kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang mengajak kepada kejahatan.”

Lima musuh mukmin ini mesti ditentang menurut kesesuaiannya. Lima musuh ini semuanya mendatangkan angkara kerosakan kepada Islam dan umatnya. Tewas kepada lima musuh ini atau menyetujui atau menurutinya membawa akibat buruk dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT:

Terjemahannya: “Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat mungkar dan melarang berbuat makruf dan mereka menggenggam tangan mereka (bakhil). Mereka telah lupa kepada Allah maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itulah orang-orang yang fasik.” (At Taubah: 67)

Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sekali-kali tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani itu kepada kamu hingga kamu ikut jalan hidup mereka.” (Al Baqarah: 120)

Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (Al A’raf: 22)

Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf: 53)

d. Menjaga Adabul Khilaf.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Perselisihan (perbezaan pendapat) umatku membawa rahmat.” (Riwayat Baihaqi)

Dalam ajaran Islam banyak aspek yang dibenarkan umatnya berbeza pendapat atau berselisih pandangan. Perbezaan yang dibenarkan itu adalah di dalam perkara cabang dan ranting, yakni bukan perkara pokok. Perbezaan pendapat ini membawa rahmat yang amat besar kepada umat Islam kerana dalam aspek cabang ini umat Islam bebas untuk memilih pegangan yang dirasakan sesuai dengan minat, kecenderungan dan selera masing-masing, mengikut tempat, keadaan, masa dan suasana.

Rahmat di sebalik berbeza pendapat dan pandangan itu memberi ruang kepada umat Islam mengasah akal, berfikir, bermuzakarah dan mengembangkan minda. Natijahnya umat Islam sentiasa kreatif, inovatif dan terbuka dan berlapang dada. Itu juga melambangkan bahawa ajaran Islam melarang umatnya jumud, beku, kurang cergas dan kurang berfikir.

Minda-minda terbaru dapat dikongsi serta dimanfaatkan bersama. Ilmu yang dimiliki oleh individu atau satu pihak boleh dipakai oleh individu atau pihak lain. Umat Islam juga tentu maklum bahawa ilmu Allah SWT itu sangat luas dan dalam. Tiada siapa yang boleh mendak- wa dirinya mampu menguasai semua ilmu, sama ada yang tersurat lebih-lebih lagi yang tersirat. Sudah diakui bersama bahawa manusia ini Allah SWT jadikan berbeza-beza keupayaan, bakat, minat, kemampuan, kecenderungan dan selera. Tidak terkecuali pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan, pemikiran, pengalaman dan pemahaman.

Rahmat bagi umat Islam ialah apabila perbezaan-perbezaan itu semua dijadikan asas untuk saling sandar menyandar, saling lengkap melengkapi dan saling bermuafakat. Andainya ada pihak yang masih belum boleh menerima pegangan dan pandangan pihak lain, maka hormatilah pegangan dan pandangan mereka itu. Pihak yang berpegang kepada satu pendapat atau fahaman tidak pula dibenarkan memaksa atau menyisihkan pihak lain yang tidak dapat menerima.

Umpamanya golongan yang lebih cenderung kepada aspek feqah, mereka sangat arif, luas dan mendalam fahamannya, tidak menyisihkan golongan yang lebih cenderung kepada persoalan tasawwuf dan kerohanian.

Begitu juga sebaliknya golongan tasawwuf ini pula tidak perlu memaksa golongan feqah menerima pegangan dan fahaman mereka. Semua golongan dengan pegangan dan fahaman masing-masing itu semuanya sama-sama dari ajaran Islam dan dapat dimanfaatkan kepada semua umat Islam. Golongan feqah boleh berkongsi pengalaman dari golongan yang lebih luas dan mendalam di bidang tasawwuf dan begitulah sebaliknya.

Anjuran yang tepat demi menjaga perpaduan umat, demi mengukuhkan penyatuan umat ialah bersama-sama di dalam pegangan aqidah yang pokok dan berbezalah dalam aspek yang dibenarkan berbeza.

e. Sama-sama membangunkan makrufat.

Apa saja kebaikan yang ditetapkan dalam ajaran Islam itulah juga yang diinginkan oleh fitrah manusia. Membangunkan kebaikan, kebajikan dan kebaktian ertinya membuat perkara-perkara yang memang sesuai dan disukai oleh manusia.

Demi untuk mengukuhkan perpaduan, umat Islam hendaklah memahami dan mengenali apa saja jenis makrufat. Selepas itu hendaklah berganding bahu dalam membangunkannya sebanyak mungkin. Hendaklah disebar luaskan ke merata tempat hingga dapat memberi khidmat kepada semua manusia. Membangunkan makrufat ini ertinya melaksanakan tuntutan yang sememangnya umat Islam sendiri ingin- kannya dan manusia lain juga menyukainya kerana fitrah manusia adalah sama.

Melalui makrufat yang tersebar luas itu nescaya dapat menambat hati manusia kepada Agama Islam itu sendiri kerana manusia dapat melihat dan merasai betapa Maha Pengasih dan Penyayang Allah SWT yang menurunkan berbagai nikmat.

f. Menyingkirkan perkara mungkar.

Perompak sekalipun akan naik berang kalau harta rompakannya dirompak pula oleh perompak lain. Begitulah fitrah manusia yang tidak sukakan kejahatan. Yakni orang jahat sekalipun tidak sukakan kejahatan.

Adakalanya tercemar imej umat Islam itu lantaran keperibadian umat Islam yang tidak menjadi model atau contoh ikutan. Melihat kepada telatah dan gelagat masya- rakat Islam tidak langsung memberi gambaran betapa cantik dan indahnya ajaran Islam itu. Hingga persepsi buruk diberikan oleh musuh kepada ajaran Islam itu sen- diri. Rasionalnya, Islam dan penganut itu adalah dua per- kara yang berbeza.

Umat Islam hendaklah menyingkirkan perkara mungkar, maksiat dan apa jua gejala negatif hingga ke tahap yang paling minima. Kembalilah kepada bagaimana kaedah Rasulullah SAW mengubati penyakit kronik masyarakat jahiliyah. Bukan saja terkikis segala kemungkaran dan mazmumah malah bertukar 360 darjah menjadi peribadi yang memiliki akhlak yang sangat mempesonakan.

Semuanya bermula dari mengisi hati dengan keimanan kerana hati itulah yang mencorakkan sifat-sifat seseorang itu. Hati yang merupakan sebagai raja yang memerintah dan seluruh anggota tubuh itu sebagai rakyatnya. Kejahatan manusia terjadi kerana hati dikuasai oleh nafsu. Nafsu hanya boleh dikalahkan dan ditundukkan oleh iman dan taqwa. Inilah ubat suntikan yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada masyarakat jahiliyah.

Hakikatnya kedudukan umat Islam adalah dalam perpecahan apabila kedapatan satu golongan berusaha membangunkan kebaikan manakala ada pula pihak lain yang menganjurkan dan menyebarkan kemungkaran.

Realiti hari ini begitulah yang terjadi di mana-mana saja di kalangan umat Islam. Malah golongan yang bersungguh-sungguh memikul amanah Allah SWT dan mahu membenteras kemungkaran menjadi sasaran pihak yang jahat, terutamanya kalau pihak yang jahat itu menjadi penguasa atau pemerintah.

Golongan yang taat kepada perintah Allah SWT itu menghadapi berbagai ancaman kezaliman dari pihak yang derhaka kepada Allah SWT. Tidak hairanlah maka umat Islam sendiri yang banyak merobohkan per- paduan, yang banyak menyumbang kepada kehancuran umat Islam. Ertinya umat Islam tiada perpaduan berpunca dari perbuatan umat Islam itu sendiri.

g. Berjiwa sufi.

Berjiwa sufi merupakan salah satu faktor penting untuk membendung perpecahan. Di mana-mana saja berlakunya krisis. Dari krisis individu yakni krisis jiwa, membawa kepada krisis dalam institusi kekeluargaan, kemudian krisis dalam masyarakat, hinggalah kepada krisis dalam kelompok yang lebih besar di kalangan anggota pertubuhan, persatuan, organisasi, seterusnya krisis di peringkat negara dan antara negara, semuanya adalah akibat dari tidak memiliki jiwa sufi.

Rata-rata umat Islam sudah bernafsu besar, buas dan rakus. Sangat mementingkan diri sendiri serta keluarga. Berlumba-lumba memburu dan membolot apa yang ada, tidak mengira halal dan haram. Tanpa mengira jalan yang hak dan batil. Sanggup menindas dan menzalimi, jatuh menjatuh demi memperolehi sedikit dari kesenangan duniawi.

Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Katakan sesunguhnya keben- daan duniawi ini kecil (sedikit) dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa.” (An Nisaa: 77)

Para pemimpin menjadi pencetus huru hara demi memenuhi selera kepimpinannya. Pemimpin sudah tidak memikirkan rakyat ramai. Mereka menjadikan jawatan sebagai satu peluang untuk menimba kekayaan dan bukan sebagai amanah.

Para ulama menjual agama dengan wang ringgit, pangkat dan kedudukan. Menjaga periuk nasi menjadi keutamaan. Apabila bertembung kepentingan dan habuan duniawi dengan kebenaran yang mereka terpaksa memilih salah satu maka berbohong atau dengan mudah menggadai kebenaran adalah pilihan mereka. Ulama tidak lagi mendi- dik umat ke arah kenal dan takut kepada Allah SWT kerana mereka sendiri sudah tidak kenal dan tidak takut kepada Allah SWT.

Orang kaya sangat kedekut, genggam tak tiris. Mereka sudah lupa daratan, bermewah-mewah, individualistik serta membazir. Mereka lupa kepada jasa petani dan nela- yan, kaum buruh dan pekerja hatta tukang kebun dan pemandunya yang tinggal di gobok buruk di kampung setinggan. Sedangkan banglo yang tersergam gagah itu adalah hasil kerja tangan dan tumpuan keringat para kuli dan tukang. Makanan yang dimakan itu adalah jasa tulang empat kerat petani dan nelayan yang saban hari dilambung gelombang.

Orang miskin pula tidak sabar dan tidak redha lantas iri hati dan hasad dengki. Mereka juga sangat cintakan duniawi malangnya duniawi tidak memihak kepada mereka. Memasang angan-angan yang tidak sepadan dengan kemampuan. Akhirnya turut melupai Allah SWT dan agama juga tergadai.

Akibat bernafsu besar, buas dan rakus ini maka Allah SWT dilupai, tidak kenal dan tidak takut. Apabila hati sudah tidak takut kepada Allah SWT maka agama turut terabai dan terpinggir. Agama bukan lagi menjadi pegangan dan panduan hidup. Akhirat bukan lagi menjadi pilihan dan tempat yang semua orang bakal menemuinya. Hidup menurut apa yang difikirkan umpama lalang ditiup angin.

KAEDAH MEMILIKI JIWA SUFI

Apabila agama tidak menjadi pegangan dan panduan maka ideologi yang menjadi pengganti. Ideologi itu pula ada yang sudah tersedia tersusun dan terhimpun sebagai satu fahaman politik. Namun sebenarnya apabila bukan wahyu yang menjadi pegangan dan panduan maka hidup seseorang itu dengan apa yang difikirkannya maka itulah ideologi tanpa nama.

Untuk mengekang nafsu buas dan rakus dan menolak segala ideologi sama ada berbentuk isma-isma atau ideologi sendiri, sekaligus dapat mempertautkan hati sesama umat Islam tanpa mengira batas sempadan golongan, puak, kedudukan, bangsa, asal usul, keturunan dan negara, umat Islam perlu memiliki jiwa sufi yang di antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:

1. Rasa kehambaan

Berusaha bersungguh dan istiqamah (berterusan) memperolehi atau mencapai rasa kehambaan yang mendalam. Benar-benar mengenali diri itu adalah hamba yang dicipta oleh Allah SWT. Sewajarnya sampai kepada tahap rasa takut, bimbang, cemas, gementar, malu, mengharap, rindu, rasa dilihat, didengar, diketahui sehingga tidak lekang dari hati. Seiringan dengan itu tidak lekang pula rasa berTuhan yang tinggi, kenal Allah SWT hingga ke peringkat merasai keagungan, kebesaran, kehebatan Allah SWT.

Biarpun tidak dapat dicapai dalam tempuh yang singkat namun inilah matlamat hidup manusia yang sebenar. Matlamat ini yang mesti diburu, dikejar dan diusahakan hingga akhir hayat.

2. Mengenang nasib di Akhirat. “Dunia ini adalah tanaman akhirat”.

Ertinya segala amalan, pekerjaan, perlakuan dan gerak geri sepanjang hidup ini hanyalah disifatkan sebagai menanam sahaja. Akhirat merupakan tempat memungut hasil. Apa yang bakal dikutip di akhirat nanti sama ada pahala atau dosa, sama ada syurga atau neraka, bergantung kepada apa dan bagaimana kita menanam.

Orang yang berjiwa sufi sentiasa takut dan bimbang. Takut dan bimbang tentang nasibnya di akhirat kelak. Takut dan cemas di saat berhadapan Qadhi Rabbul Jalil yang akan menyelongkar setiap apa yang dilakukan sepanjang hidup. Satu apa pun tidak akan tercicir, sama ada yang nyata mahu- pun yang tersembunyi hatta gerak dan lintasan hati sekali- pun.

Maka perlumbaan di dunia ini, apa yang diburu ketika hidup, kerakusannya ialah terhadap menimba amal seba- nyak-banyaknya dan menolak segala perbuatan mungkar dan keji. Begitupun banyak amalan dan menolak kejahatan, nasib di sisi Allah SWT di akhirat nanti belum tahu. Ianya sangat bergantung kepada rahmat Allah SWT. Sesungguh- nya rahmat Allah SWT itu hampir kepada orang yang beramal.

Apa saja nikmat yang bersifat duniawi tidak lebih hanya sekadar umpama peralatan dalam menanam padi. Alat-alat yang membantu dan memudahkan kerja-kerja menanam padi. Lebih lengkap dan sempurna segala peralatan maka lebih mudah kerja-kerja menanam dan berpeluang mendapat hasil yang lumayan. Itu pun bukan satu jaminan kerana kadang-kadang dirosakkan oleh berbagai-bagai mu- suh seperti burung dan ulat. Tanpa disangka-sangka yang menanam dengan peralatan tradisi berjaya mengutip hasil yang banyak kerana dikawal sungguh-sungguh dari musuh dan penyakit padi.

3. Rasa berdosa.

Imam As Shafie menghitung dosanya sebanyak biji pasir di Padang Sahara dan dirinyalah orang yang paling banyak dosa. Seorang ahli sufi mengira jumlah dosanya hitung panjang sepuluh dosa setiap hari. Dia hidup selama enam puluh lima tahun. Dikira dosanya bermula pada usia lima belas tahun.

Maka jumlah dosanya ialah 10 x 365 x 50 = 182,500.

Satu hari di akhirat sama panjangnya dengan seribu tahun mengikut ukuran dunia. Andainya setiap satu dosa itu Allah SWT hukum sehari masuk neraka, maka 182,500 dosa itu di darab dengan seribu lantas ahli sufi itu menjerit, jatuh pengsan dan terus mati.

Alangkah indahnya hidup bermasyarakat apabila setiap orang lebih memikirkan dosa dan kesalahan sendiri. Rasa berdosa itu tidak memberi kesempatan dan tidak ada ruang untuk dirinya memikirkan kejahatan dan cacat cela orang lain. Jauh sekali hendak menyakiti, menindas dan menzalimi orang lain. Malah diganti dengan penuh kasih sayang dan cinta mencintai.

4. Mengutamakan orang lain.

Sekumpulan tentera Islam yang cedera parah dari satu peperangan sedang berbaring untuk menerima layanan dan rawatan. Salah seorang merintih kehausan. Pelayan membawa segelas air. Sebaik saja gelas hampir mencecah mulut- nya kedengaran pula seorang lain yang juga merintih kehausan. Ditolaknya gelas tersebut sebagai isyarat untuk diberi kepada orang itu. Begitu juga yang berlaku, ada suara mahukan air lalu ditolaknya untuk diberi kepada orang itu pula. Perkara yang serupa juga terjadi kerana adanya suara kehausan daripada tentera yang baru tiba. Ditolaknya air itu untuk orang baru itu. Tetapi yang baru tiba itu telah meninggal dunia sebelum sempat meneguk air. Lalu pelayan kembali membawa kepada yang pertama, pun telah mati, yang kedua pun menghembuskan nafas terakhir, yang ketiga pun telah meninggal dunia. Segelas air itu tidak sedikit pun membasahi tekak mereka.

Begitulah secebis kisah betapa para sahabat yang ber- jiwa luhur, di saat nyawa hampir melayang pun masih sempat berbakti dan mengutamakan orang lain. Mereka tidak langsung adanya kepentingan diri. Bukan keselesaan hidup yang tergugat, bukan kesenangan hidup yang tergugat, bukan harta benda yang tergugat, malah di saat nyawa tergugat pun masih meletakkan orang lain lebih utama dan berharga. Orang lain lebih layak diberi peluang untuk menyambung hidup.

5. Menutup aib saudaranya.

Memiliki jiwa sufi bukan sahaja tidak mengorek-ngorek, tidak mengintai dan mengintip, tidak mencari-cari kesalahan saudaranya, malah kesalahan yang terlanjur pun diusahakan untuk menutupinya. Ini bukan bererti bersu- bahat dan menyetujui perbuatan jahat saudaranya itu tetapi tidak dijaja, tidak disebar dan tidak diberitahu kepada orang lain, kecuali kalau terpaksa dengan maksud untuk mem- baikinya, maka diadukan kepada orang tertentu umpama- nya kadhi atau pemimpin.

Kalaupun terpaksa didedahkan, itu pun menurut kaedah yang diharuskan oleh syariat seperti untuk pendak- waan atau penghakiman yang sangat terbatas kepada orang-orang tertentu. Bukannya tersebar hingga orang buta dan orang pekak pun turut tahu. Anak-anak kecil yang belum mukallaf pun sudah mengenal kemungkaran orang lain. Kesalahan orang lain yang dipandang berat itu pun andainya berlaku berulang kali akan sangat memberi kesan buruk kepada kepentingan masyarakat. Kesalahan yang sekadar sekali, mungkin terlanjur tidak boleh lawan nafsu maka diharapkan yang empunya diri akan sedar dan insaf sendiri dan membaiki kesalahan tersebut tanpa melibatkan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW:

Terjemahannya: “Barangsiapa membela (menjaga nama baik/kehormatan) saudaranya tanpa keha- dirannya maka Allah akan membelanya di dunia dan di akhirat.” (Riwayat Al-Baihaqi)

6. Pemaaf.

Berjiwa sufi ertinya sangat pemaaf. Dan pemaaf itu sa- lah satu sifat keTuhanan yang wajar menjadi pakaian manusia. Allah SWT itu rahmat dan keampunanNya sangat luas. Anggaplah orang yang bersalah itu berbuat hanya sekali saja sebaliknya diri kita yang berbuat salah berkali-kali. Hanya mungkin kita berbuat salah tidak kepada orang yang sama.

Umpamanya ada orang meminta maaf kerana mengumpat diri kita. Mungkin itu sekali sahaja. Maka wajarlah segera memberi maaf kerana kita mungkin telah banyak kali mengumpat orang lain cuma bukan ditujukan kepada orang yang sama. Malah bagi para salafussoleh yang jiwa sufinya menebal mereka memaafkan siapa sahaja sama ada diketahui, dikenali atau tidak, sama ada meminta maaf atau tidak agar orang lain diampuni oleh Allah SWT. Pihak yang bersalah pula perlulah segera memohon maaf kerana mati tidak mengira masa dan tempat.

7. Hubungan maknawiyah.

Pertautan hati atau roh sangat penting dalam memelihara perpaduan dan kasih sayang. Atas sebab inginkan keselamatan diri dan keselamatan orang lain maka orang berjiwa sufi seringkali saling mendoakan orang lain. Sering- kali mengharapkan orang lain itu diampuni oleh Allah SWT dan ditinggikan darjat. Malah salafussoleh tidak pernah berdoa untuk dirinya sendiri. Mereka berpegang kepada maksud hadis Qudsi:

“Barangsiapa mendoakan saudaranya Allah SWT kabulkan doa itu untuk dirinya dan saudaranya se- belum dia mengangkat tangan untuk berdoa.”

Berdoa untuk diri sendiri belum tentu dikabulkan. Salah satu doa yang sangat makbul ialah mendoakan kepada orang lain. Kalau kita mempunyai sesuatu hajat maka panjatkan doa kita itu kepada Allah SWT bukan untuk diri tetapi tujukan kepada orang lain. Saling menghadiahkan doa ini akan bertambah menambat hati antara sesama umat Islam. Sayidina Umar Al Khattab sangat-sangat bersyukur, berterima kasih dan menghargai rakyatnya yang meng- hadiahkan doa untuk dirinya dan beliau pula membalas dengan berdoa pula kepada rakyat beliau.

8. Saling menasihati.

Kemuncak keangkuhan Firaun ialah apabila mengaku dirinya Tuhan. Allah SWT memerintahkan Nabi Musa a.s untuk memberi peringatan kepada Firaun. Allah SWT juga ingatkan kepada Nabi Musa a.s agar bercakap kepada Firaun dengan lunak dan lembut kerana itu akan lebih mendatangkan keinsafan. Biarpun akhirnya Firaun tetap mati dalam kekufuran.

Begitu pun Nabi Musa a.s seorang utusan Allah SWT, berlunak dan berlembut kepada Firaun itu bertujuan untuk Nabi Musa tidak merasai lebih baik berbanding Firaun. Sedangkan hakikatnya tentulah tidak boleh dibandingkan ketinggian darjat seorang Rasul seperti Nabi Musa a.s. Namun dalam memberi peringatan, yang perlu dihindari ialah merasai diri lebih baik.

Berkata keras, kasar, marah, mencerca, memaki hamun itu adalah simbol keangkuhan, ego dan sombong. Malah keras dan kasar itu menggambarkan seolah-olah terlebih dahulu menjatuhkan hukuman bersalah kepada orang lain.

Sayidina Ali juga pernah menegur seseorang yang berpi- dato keras dan kasar seolah-olah orang itu lebih cenderung kepada menonjol diri.

Fitrah manusia adalah sama. Kalau kita sendiri tidak dapat menerima sekiranya orang lain berbahasa kesat dan mencerca, begitu juga orang lain yang turut berperasaan macam kita. Manusia ada perasaan yang mudah terguris dan tersinggung. Adakalanya mereka bukan tidak mahu menerima kebenaran tetapi terhalang oleh kerana terguris dan tersinggung perasaannya.

Manusia juga ada akal fikiran yang mampu menilai kebaikan dan keburukan. Makanan yang lazat andainya dilempar secara kasar pun boleh mematahkan selera. Kebenaran dan kebaikan perlu
di hidangkan dengan cara yang sebaik mungkin dan mereka akan lebih cepat menerimanya.

9. Membaiki Diri.

Orang yang berjiwa sufi sangat kuat berusaha mem- baiki diri, menghilangkan segala sifat mazmumah dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Apabila semua umat Islam sama-sama membaiki diri dan dilakukan berterusan tentulah sama-sama mahukan kebaikan dan kedudukan di sisi Allah SWT.

Membaiki diri untuk mencari darjat yang lebih baik di sisi Allah SWT itu akan secara otomatik mem- perelokkan hubungan dan ikatan sesama manusia. Ini yang disabdakan oleh Rasulullah SAW maksudnya:

“Barangsiapa membaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya (hati/roh) maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang- terangan).” (Riwayat Al Hakim)

10. Syukur, sabar dan redha.

Orang yang berjiwa sufi hidupnya senang dan tenang. Tidak cerewet dan tidak ada karenah. Bukan bererti tiada masalah tetapi apa situasi dan kondisi tidak mengocakkan hatinya.

Nikmat yang diterima disyukurinya, nikmat yang tidak pernah putus itu turut dibimbangi kalau-kalau dirinya tidak cukup bersyukur. Kesulitan dan kesusahan yang datang sekali-sekala dihadapi dengan sabar. Sabar itu ertinya daya tahan atau keupayaan menghadapi sesuatu kesulitan.

Cuba bayangkan bahawa tidak ada satu detik dari kehidupan ini melainkan tersalurnya nikmat anugerah Allah SWT. Dan bandingkan pula dengan kesusahan atau kesulitan yang datang sekali sekala. Datangnya pula tidak selama-lamanya. Kebiasaannya hanya sementara. Tidak ada orang yang sakit sahaja sepanjang hidup. Tidak ada orang yang hidup melarat buat selama-lamanya. Setidak-tidaknya ada kedapatan satu kesusahan yang berpanjang ada pula nikmat di sebalik kesusahan tersebut.

Atau banyak hikmah di sebaliknya, paling kurang untuk penghapusan dosa atau meninggikan darjat di sisi Allah SWT. Tentulah kita berupaya menahan atau menghadapi kesusahan itu untuk sementara waktu. Tidak bergerak dan diam sesuatu itu melainkan dengan kehendak dan izin Allah SWT.

Menyedari hakikat inilah maka sesuatu musibah itu Allah SWT datangkan kepada manusia. Sama ada musibah sendiri atau musibah bersama yang ditanggung oleh umat Islam. Redhalah kepada Allah SWT yang mendatangkan musibah dan ingat bahawa itu adalah berpunca dari perbuatan dosa. Selain itu, ianya merupakan “panggilan” dari Allah SWT agar berpaling lebih mendekatkan diri atau menghampirkan diri kepada Allah SWT. Jangan lalai dan leka. Maka “panggilan” Allah SWT itu hendaklah disahut segera sebelum datangnya bala atau malapetaka sebagai murka Allah SWT.

Tidak ada sesuatu apa pun yang Allah SWT datangkan kepada orang berjiwa sufi melainkan mendatangkan kebaikan. Memperolehi nikmat disyukurinya maka Allah SWT beri pahala. Sabar atas kesusahan, juga Allah SWT beri pahala dan redha dengan ketentuan Allah SWT itu juga diberi pahala. Andainya inilah pegangan dan sikap umat Islam nescaya hidup dalam aman sejahtera tanpa ketakutan, tanpa krisis dan tanpa permusuhan.

Powered by Blogger.

Blog Archive

Contact

we would really love to hear from you

Contactinfo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt.

quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum