Tapi perkara itu ada dalam Islam.
Allah S.W.T, kerana sayangnya pada hamba-Nya telah menyempumakan Islam dengan menyatakan pada penganutnya siapa musuh Islam serta apa caranya menghadapi musuh itu. Itulah rahmat dan bukti kasih sayang Allah pada orang mukmin.
Sebab bila kita tahu siapa musuh kita dan tahu pula cara menghadapinya bererti separuh dan kemenangan sudah berada dalam tangan kita. Dan ini tidak berlaku pada orang-orang yang tidak kenal musuh atau kalau kenal pun tak tahu cara untuk menghadapinya
Cuma sayangnya pejuangpejuang Islam atau jemaah Islam hari ini nampaknya merupakan orang-orang yang tidak kenal musuh-musuh Allah itu atau kalau pun kenal tapi tidak tahu bagaimana hendak menghadapi musuh-musuh Allah dan Rasul itu.
Hingga kerana itu mereka sentiasa dipermain-mainkan oleh musuh, samada mereka sedar atau tidak.
Kalaulah keadaan ini dibiarkan berterusan nescaya perjuangan kita tidak akan sampai pada matlamamya. Hal ini wajiblah disedari oleh jemaah-jemaah Islam semuanya supaya perjuangan kita benar-benar berjalan di atas landasan Islam dan selamat sampai ke destinasinya; yakni apabila musuh-musuh itu dapat dikalahkan.
Untuk itu lihatlah kembali ke dalam Al Quranul Karim dan dalam hadis Nabi S.A.W. yang khusus menyatakan tentang muysuh orang-orang mukmin. Contohnya, lihatlah firman Allah:
(Yusuf : 5)
Dan firmanNya lagi:
(Yusuf:23)
Sabda Rasulullah S.A.W. ketika sedang berjalan pulang dari peperangan Badar;
Terjemahannya;
"Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar.""Mujahadatunnafs," yakni melawan hawa nafsu.
(Riwayat Baihaqi)
Firman Allah;
(Al Baqarah : 120)
Demikianlah yang nyatanya yang kita ini ada banyak musuh. Bukan sahaja musuh-musuh lahir yang dapat kita lihat dengan mata tapi juga musuh-musuh batin yang sangat menggoda jiwa. Kedua-dua jenis musuh ini sentiasa mengacau dan menyusahkan umat Islam di setiap waktu tanpa rehat dan tanpa jemu. Syaitan dan nafsu kita tidak rehat,tidak tidur lena kerana ingin meroskakkan rasa kehambaan kita serta pengabdian diri pada Allah S.W.T. Mereka sentiasa bersama-sama kita pada setiap detik dan pada setiap tempat walau dalam apa suasana sekalipun ;waktu aman, waktu huru-hara, waktu menang atau waktu kalah. Demikianlah juga halnya dengan musuh lahir, tidak pernah jemu untuk terus merosakkan cara hidup Islam yang kita amalkan.
Seterusnya Allah S.W.T. dan Rasul-Nya S.A.W. menceritakan juga tentang bagaimana caranya musuh-musuh itu menjalankan rancangan-rancangan jahat itu. Niat hati mereka pun diberitahu, begitu juga dengan usaha-usaha lahiriah mereka. Semuanya telah terkandung dalam Al Quran dan hadis Nabi S.A.W.
Kita umat Islam khususnya pejuang-pejuang Islam atau jemaah Islam disuruh bijak menghadapinya. Musuh sudah diketahui, kerja musuh pun sudah diberitahu cuma kita di minta bertindak dengan sebaik-sebaiknya untuk menggagalkan hasrat buruk musuh itu. Namun begitu hanya sedikit dari kita yang berjaya dalam percubaan tersebut. Umumnya umat Islam hari ini telah dan sedang ditipu, diperdaya dan diperkotak-katikkan sesuka hati oleh musuh Islam. Dalam apa jua bidang pun umat Islam terpaksa ikut kata musuh. Kata-kata umat Islam tidak laku, bagai angin yang keluar dari mulut dan hilang begitu saja. bahkan kadang-kadang ditertawakan dan dipermainkan. umat Islam hidup betul-betul sebagai agen musuh untuk menjayakan dasar pelajaran sekular,ekonomi riba, politik dan demokrasi pilihanraya yang kotor, sosial lucah, mass media karut, budaya liar, akhlak buruk dan lain-lain sistem hidup barat yang sangat bertentangan dengan syariat Islam dan sunnah Nabi. Pejuang Islam sendiri yang kononnya cintakan Islam bahkan memperjuangkannya, pun masih terlibat dan terikut-ikut dengan seluruh hidup barat itu. Sudah berpuluh-puluh tahun tahun pejuang Islam kedengaran mencerca sistem pendidikan sekular, tapi hingga ini mana ada sekolah yang benar-benar menjalankan sistem pendidikan dan pembelajaran Islam ? Ada juga sekolah Islam kecil-kecilan di bangunkan tetapi pemimpinnya pun tidak hantar anak mereka kesitu. Tidak yakin dengan sekolah sendiri tapi lebih yakin pada sekolah sekular. Walhal sekolah sekular itulah bahan cerca. Begitulah keliru jemaah pejuang-pejuang Islam kita, termasuk juga pemimpin-pemimpinnya.
Kenapa semua ini berlaku? Bukankah panduan sudah ada? Yang mana kalau panduan itu diikuti benar-benar, bukan saja jemaah Islam selamat dan lebih berjaya dari musuhnya bahkan musuh akan serah diri pada Islam.Bukankah generasi salafus soleh sudah membuktikan ini? Iaitu mereka telah tundukkan 2/3 dunia kepada Islam hanya bersenjatakan Al Quran dan hadis? Kesilapannya ialah kita tidak betul-betul merujuk pada Al Quran dan hadis dalam setiap aspek atau masalah hidup kita. Sinar wahyu dan berkat lidah Nabi, kalau benar-benar kita ambil sebagai panduan hidup dan dasar perjuangan kita, tentu akan memberikan kita kekuatan luarbiasa yang mampu melemahkan kekuatan nuklear, kekuatan ekonomi dan kebijaksanaan manusia sedunia. Ini mesti berlaku, bahkan wajib berlaku. Sebab Allah Allah tidak pernah mungkir janji.
Kenapa semua ini berlaku? Bukankah panduan sudah ada? Yang mana kalau panduan itu diikuti benar-benar, bukan saja jemaah Islam selamat dan lebih berjaya dari musuhnya bahkan musuh akan serah diri pada Islam.Bukankah generasi salafus soleh sudah membuktikan ini? Iaitu mereka telah tundukkan 2/3 dunia kepada Islam hanya bersenjatakan Al Quran dan hadis? Kesilapannya ialah kita tidak betul-betul merujuk pada Al Quran dan hadis dalam setiap aspek atau masalah hidup kita. Sinar wahyu dan berkat lidah Nabi, kalau benar-benar kita ambil sebagai panduan hidup dan dasar perjuangan kita, tentu akan memberikan kita kekuatan luarbiasa yang mampu melemahkan kekuatan nuklear, kekuatan ekonomi dan kebijaksanaan manusia sedunia. Ini mesti berlaku, bahkan wajib berlaku. Sebab Allah Allah tidak pernah mungkir janji.
(Al-Jaathiyah: 19)
Apakah ada suatu kuasa yang lebih gagah dari kuasa Allah? Tentu tidak ada. Tapi kenapa perjuangan Islam masih tetap di takat lama? Bukan sahaja tidak dapat negara Islam, sebuah kedai Islam pun belum ada ! hingga jual beli pun masih terus menerus dalam riba, syubhat dan haram. Demikian juga sistem pendidikan, sosial,perubatan dan politik, semuanya bukan Islam. Bukankah ini satu hal yang sungguh malang ? Sebab kita melakukan dosa secara tetap dan terus menerus. Apakah para jemaah pejuang Islam merasa tidak apa-apa dengan hal ini? Reda berada dalam kemurkaan Allah? Atau masih terus mencari alasan itu dan ini untuk mengelirukan orang ramai bahawa hal demikian tidak dimurkai oleh Allah S.W.T. atau masih mahu menyalahkan musuh kerana tidak memberi peluang pada kita menegakkan Islam dalam keluarga, jemaah dan negara umumnya dunia?