World Royal VIP Community

Love and Care ... The Key To Universal Of Unity . Memertabatkan Malaysia ke Pentas Dunia.

Welcome

Berita-berita Semasa

JIHAD FISABILILLAH : MENGORBANKAN PERASAAN SATU JIHAD


       Manusia adalah jenis makhluk yang ada perasaan. Apabila kita menyebut perasaan, ia adalah rasa-rasa yang bertapak di hati nurani dan sarangnya adalah hati daging.

Perasaan-perasaan itu seperti rasa kasih, rasa benci, rasa jijik, rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu, rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa berbelah bagi.

Perasaan-perasaan yang merupakan fitrah atau tabiat semula jadi manusia, bukan senang hendak diasuh, dididik, didisiplinkan, dikendalikan dan diurus kerana ia ada yang positif, ada yang negatif. Yang positif hendak dilepaskan, yang negatif hendak ditahan.

Melepaskan yang positif adalah satu pengorbanan. Menahan yang negatif adalah juga satu pengorbanan. Mengorbankan perasaan dianggap satu jihad, yakni jihad batin. Bahkan ia lebih besar lagi daripada jihad-jihad benda-benda yang lahir seperti mengorbankan tenaga, harta dan nyawa.

Jihad yang lahir tidak akan boleh berlaku kalau tidak bermula daripada jihad yang batin. Dari yang batinlah mencetuskan yang lahir. Kalau yang batin tidak mampu hendak dikorbankan sudah tentu yang lahir ikut serta, sudah tentu tidak sanggup dikorbankan. Yang sebenarnya pengorbanan yang lahir itu, ia adalah merupakan implimentasi dari pengorbanan yang batin. Dengan kata-kata yang lain, pengorbanan yang lahir itu adalah buah daripada pengorbanan yang batin iaitu pengorbanan perasaan.

Perlu diingat, untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala perlukan pengorbanan. Tidak ada pengorbanan, tidak ada keredhaan. Tidak ada pengorbanan adalah nonsence. Tidak ada pengorbanan adalah angan-angan. Tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kejayaan untuk dunia dan Akhirat.

Mengorbankan perasaan, amat susah hendak dilakukan. Sungguh perit dan sakit. Sungguh tercabar dan menyusahkan.

Contoh:

Kita kasih dan sayang pada suami kita. Kita suka dia duduk di rumah sahaja untuk membelai kita. Apakah mudah kasih sayang kita itu hendak kita korbankan untuk membenarkan dia berjuang di luar rumah.   Untuk dia menunaikan kewajipan kepada Tuhan di luar rumah hingga terpisah daripada kita beberapa ketika.

Kita sayang sangat dengan suami kita. Apakah mudah kita hendak korbankan kasih sayang kita untuk dibahagi sedikit kepada orang lain dengan membenarkan suami kita berkahwin lagi. Agar suami kita itu dapat dikongsi kasih sayangnya dengan orang lain.

Kita marah kepada seseorang. Bolehkah kita korbankan perasaan marah itu hingga kita boleh memberi maaf atau meminta maaf kepada orang itu. Sanggup memberi maaf atau meminta maaf ertinya kita sanggup mengorbankan perasaan ego atau sombong kita.

Kita sayang sangat dengan harta kita. Perasaan sayang dengan harta itu kita korbankan dengan cara harta kita itu kita infakkan kepada jalan Allah. Perasaan itu sudah tentu menyeksakan kita.

Perasaan ingin berehat. Ingin bersenang-senang dan menyenangkan badan. Tiba-tiba ada tetamu datang atau ada jiran yang memerlukan pertolongan kita. Sanggupkah kita mengorbankan perasaan dengan cara kita hormati tetamu atau kita pergi menolong jiran kita yang memerlukan pertolongan kita.

 Jihad Fisabilillah - Rakyat serta pemimpin membantu mangsa banjir 

"Kita amat memahami hati dan perasaan PM sedih dan terharu melihat nasib rakyat yang sedang hadapi banjir.  Kita juga memahami, jauh di lubuk hati PM kesedihannya yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata.  Seperti dalam lagu P. Ramlee " Nak Ku Nangis Tak Berair Mata, Nak Kurayu Pada Siapa" .  Jangan bersedih PM, Allah SWT Maha Mengetahui .  Semoga Allah memberi petunjuk kebenaran pada isteri PM semoga pada tahun 2015 ini beliau akan berubah dan lebih memahami PM.  Semoga Allah SWT kurniakan taufik dan hidayah pada isteri PM jadi insan yang beriman dan taat pada suami serta di sayangi oleh semua rakyat."

Muhasabah Tahun Baru 2015

Kita diuji dengan berbagai-bagai ujian, miskin, kemalangan, bencana alam. Sudah tentulah hati kita susah. Begitulah perasaan kita di waktu itu. Kalau kita tidak boleh menahan atau mengorbankan perasaan kita, sudah tentu kita keluh-kesah, risau. Fikiran berserabut atau tidak menentu hingga memberi kesan di sudut kehidupan kita yang lain. Bahkan boleh menyusahkan orang lain. Sedangkan masalah tidak selesai juga. Bahkan boleh menambahkan masalah lagi.

Tapi kalau kita sanggup mengorbankan perasaan kita itu, timbul ketenangan. Fikiran kita stabil. Membuat kerja-kerja lain tidak terganggu. Orang lain pun tidak dapat kesusahan. Bahkan dengan pengorbanan perasaan kita itu datang simpati orang atau orang pun kasihan.

Kita orang kaya atau berilmu atau berpangkat besar dan berkuasa. Sudah tentu perasaan kita berbunga. Perasaan sombong pun datang. Perasaan megah pun ikut tiba. Kalau kita tidak korbankan perasaan yang telah disebutkan tadi, berapa ramai orang yang tersinggung. Berapa banyak orang yang terzalim. Entah berapa ramai yang mendapat susah.

Sudah tentu lahir side effectnya. Iaitu orang benci, masyarakat marah. Mungkin ada orang yang berdendam dan bertindak menyusahkan orang itu. Akhirnya kedua-dua pihak tidak selamat. Kedua-dua pihak mendapat kesusahan.

Tapi kalau si kaya atau yang berilmu tadi atau yang berpangkat besar dan mempunyai kuasa sanggup mengorbankan perasaan yang negatif tadi, ia mempunyai side effect yang baik. Datang orang ramai sayang, masyarakat hormat, orang memberi hati dan jiwa. Ertinya sama-sama menerima faedah. Sama-sama mendapat kasih sayang, sama-sama harmoni.

Itulah dia kelebihan mengorbankan perasaan. Oleh kerana itu, mengorbankan perasaan adalah rahsia segala kebaikan. Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang, lahir kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, lahir bertolong bantu, lahir ukhwah, lahir keredhaan. Maka kerana itu, mengorbankan perasaan itu adalah satu jihad. Kerana di sini nafsu terpaksa dilawan.

Melawan nafsu lebih besar daripada jihad di medan perang. Oleh itu mengorbankan perasaan amat perlu dilakukan. Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidak akan dapat dimiliki. Apatah lagi sifat redha. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, kita akan jadi pemarah. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, tolak ansur tidak akan wujud. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, bertolong bantu, simpati, ukhwah, harmoni semuanya tidak akan wujud.

Ertinya mengorbankan perasaan itu sangat besar ertinya di dalam kehidupan masyarakat atau di dalam kehidupan sesama manusia. Oleh itu minta selalu kepada Tuhan hidayah dan taufik-Nya agar kita mampu mengorbankan perasaan agar segala perkara yang lahir yang kita miliki dapat kita korbankan demi keredhaan Tuhan.


Pada tarikh 4 Mei 1996 Tun Mahathir deklamasi sajak yang bertajuk 

" Perjuangan Yang Belum Selesai"

 Kisah yang menyayat hati pabila mengenangkan bagaimana 
sejarah Bangsa Melayu telah di jajah sekian lama.  

Tidak ada yang lebih menyedihkan 
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya. Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir, Dipersenda dan dilupakan



Bukan kecil tugas kita ... Meneruskan perjuangan

Memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati



Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri







Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah
mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang

Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian.

Di manakah silapnya?
sehingga bangsa ku berasa
kecil dan rendah diri.
Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mulai melupakan kegemilanagn
silam membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum
menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

Powered by Blogger.

Contact

we would really love to hear from you

Contactinfo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt.

quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum