World Royal VIP Community

Love and Care ... The Key To Universal Of Unity . Memertabatkan Malaysia ke Pentas Dunia.

Welcome

Berita-berita Semasa

Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)

Terbitnya HIKMAH

Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang.

Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa.

Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


Isi Resolusi

1. Memohon dikembalikan hak KETUHANAN Melayu selain hak ketuanan Melayu.

2. Memohon raja-raja menonjolkan peranan sebagai ketua agama dan bangsa melalui contoh keperibadian yang tinggi sesuai dengan kedudukan mulia baginda sebagai punca kuasa negeri dan negara yang berdaulat.

3. Memohon diangkat sistem syurayang terdiri daripada ahli-ahli ilmu yang berwibawa dalam bidang-bidang tertentu sebagai penentu hala tuju negara di bawah seliaan raja.

4. Memohon sejarah Tanah Melayu disemak dan diperbetulkan agar dapat mempertahankan peradaban orang Melayu dan Islam.

5. Memohon para Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW diketengahkan sebagai sarana keselamatan ummah seperti disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW.

6. Memohon undang-undang syariah diangkat mengatasi common law dan muamalat Islam berdasarkan penggunaan dinar dan dirhammengatasi sistem ekonomi konvensyional seperti pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.

7. Memohon didaulatkan kembali penggunaan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi pada semua peringkat.

8. Memohon diwujudkan satu minggu sambutan Umat Melayu Sedunia diakhiri dengan cuti am hari Jumaat.

9. Memohon ditubuhkan Universiti Ketamadunan Melayu sebagai pemangkin untuk memartabatkan ilmu tradisional Alam Melayu.

10. Memohon dibenarkan anak-anak Melayu berjalan berkerisdan/atau bersenjata adat lain jika berbusana tradisional sebagai hak memperagakan jati diri bangsa.



HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007).

Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran.

Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.

Haha. Seronok melihat sebuah artikel yang ditulis lama dahulu muncul dalam sebuah majalah baru yang berkualiti tinggi. Saya sebetulnya sudah lupa menulisnya sehinggalah diingatkan seorang kawan tadi. Menariknya artikel yang bercerita tentang aspirasi cabang ekonomi HIKMAH itu dipaparkan sejurus selepas artikel mengenai visi dinar dan dirham Tun Dr. Mahathir...


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.

Maklumat lanjut:

Blog : Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)

Facebook : Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Powered by Blogger.

Blog Archive

Contact

we would really love to hear from you

Contactinfo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt.

quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum