Di akhir zaman ini sedang berlaku pertembungan dua blok kuasa besar dunia yang merupakan ROM BARU di dunia. Mereka masing-masing sedang berebut berkejar mencari pengaruh dan pengikut untuk kepentingan kekuasaan mutlak di atas muka bumi.
ROM BARU ini saling serang menyerang, saing menyaingi antara satu sama lain, dan di dalam sejarah sudah berlaku antara mereka peperangan dahsyat dan peperangan saraf serta teknologi.
Mereka adalah ROM BARU yang berkuasa penuh dengan menggantikan mengambil alih kekuasaan ROM LAMA yang telah jatuh semenjak era penjajahan satu dunia oleh kalangan mereka sendiri.
Pemerintahan Empayar Rom lama diketuai oleh seorang Maharaja, manakala untuk Empayar Rom Baru pula juga diketuai oleh seorang Maharaja yang lebih dikenali sebagai Presiden. Presiden adalah gelaran kepada "Maharaja Rom Baru", dimana mereka berperanan seperti Maharaja yang memandu empayar kekuasaannya diseluruh dunia.
Pemerintahan Empayar Rom lama diketuai oleh seorang Maharaja, manakala untuk Empayar Rom Baru pula juga diketuai oleh seorang Maharaja yang lebih dikenali sebagai Presiden. Presiden adalah gelaran kepada "Maharaja Rom Baru", dimana mereka berperanan seperti Maharaja yang memandu empayar kekuasaannya diseluruh dunia.
Kedua-dua Rom baru ini saling memiliki kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri yang pada akhirnya akan menumbangkan kedua-duanya sekali.
Sesungguhnya kedua-dua Rom baru ini telah menguasai dunia pada hari ini dengan pengukuhan pengaruh dan kekuatan kuasa yang ada pada mereka.
PERTEMBUNGAN DUA KUASA DUNIA
Apabila masing-masing telah berpegaruh dan berkuasa, maka berlakulah pertembungan dua kuasa dunia ini, lantas terjadilah pelbagai bentuk persaingan serta provokasi dari kedua belah pihak untuk menunjukkan kekuatan dan pengaruh dengan cara yang tersendiri.
Di dalam kesibukan pertembungan ini, terselitlah Yahudi Zionis untuk "Mencucuk Jarum" dengan mengambil kesempatan menyebelahi mempengaruhi salah satu daripada pihak yang terkuat itu sehingga mampu menguasainya dari belakang.
Perseteruan mereka adalah berpunca kerana berlainan fahaman (mazhab dan pemikiran ideologi) serta persaingan merebut kekuasaan kekayaan dunia keseluruhannya. Kedua-dua Rom baru ini sedang gigih di dalam mengumpulkan pengaruh dan kekuasaan dengan sebanyak-banyaknya sebelum bakal bertarung pada medan peperangan akan datang demi menentukan penguasaan mutlak terhadap kesemua Rom baru (Pemusatan Rom) dan dunia.
PERSETERUAN YANG MENGUNTUNGKAN ISLAM
Peperangan saraf dan teknologi sedang giat berlaku diantara mereka (Rom baru). peperangan (persaingan) ini akan terus berlanjutan sehingga mengheret negara-negara Islam untuk menganggotai daripada sebahagian Komponen Blok mereka.
Maka saling ghairahlah antara kedua Rom baru ini di dalam merebut Komponen blok itu seperti "Bermain tali" dan Bertolak-tarik dalam mengumpulkan sokongan negara-negara Islam agar berpihak kepada salah satunya daripada mereka.
Apabila berlakunya peperangan diantara kedua-dua Rom Baru ini, Negara-negara Islam akan berpihak dari salah satu daripada keduanya dan akan berperang bersama-sama, hasilnya peperangan itu akan dimenangi oleh salah satu Rom baru itu.
Apabila salah satu Rom itu menang maka mereka dengan bangganya telah mengumumkan bahawasanya Salib sudah menang, sedangkan di dalam pasukannya terdapat ramai negara-negara Islam menjadi Komponen Blok mereka, lantas berlakulah berselisihan faham dan pembunuhan sehingga membawa kepada peperangan yang terbesar dengan salah satu Rom itu di medan Malhamah Kubra.
HADIS RASULULLAH S.A.W: KERJASAMA ROM DENGAN UMAT ISLAM
Rasulullah saw bersabda:
Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s."
(HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)
Rasulullaah saw bersabda:
” Kemudian kamu akan berbaik-baik dengan Bangsa Rom dan kamu serta Rom akan memerangi musuh di belakang mereka . Lalu kamu akan menang , berasa aman dan memperolehi harta Ghanimah (Harta rampasan), sehinggalah apabila kamu sampai ke sebuah taman yang luas , nanti akan ada seorang daripada pihak Rom berkata: “ Salib telah menang “ , manakala seorang pula daripada tentera Islam akan berkata : “Bahkan sebenarnya Allah lah yang telah menang “ . Pasukan Rom itu tadi terus-menerus mengucapkan ucapan itu dan mengangkat salib mereka daripada jauh , sehinggalah seseorang daripada pihak tentera Islam marah lalu menerpa kepada si lelaki ( Rom ) yang memegang salib itu dan membunuhnya . Lelaki Islam itu pula dibunuh oleh mereka daripada pasukan Rom . Kemudian , tentera Islam pula segera mencapai senjata-senjata mereka dan memerangi Rom pula sehinggalah tentera Islam itu diberikan kemulian oleh Allah Ta’ala dengan anugerah mati syahid . Pasukan Rom selepas itu pun balik dan menemui Maharaja mereka dan berkata : “ Kami dah takluk Tanah Arab untuk tuanku ! “ . Kemudian , tentera Rom itu pula berkumpul untuk menghadapi satu peperangan yang besar ( Malhamah Kubra ) dan akan datanglah mereka sebanyak 80 pasukan dan setiap pasukan itu ada 12,000 tentera “ Hadis Sahih Riwayat Al-Imam Ibnu Hibban RH.
ULASAN AKHIR
Krisis antara kedua-dua ROM BARU ini akan menaikkan Islam seterusnya memenangkan Islam di akhir zaman. Perkara ini adalah Janji Allah seperti di dalam sabda Rasul bahawasanya Maharaja Rom dan Kerajaan Rom itu masih wujud sehingga ke hari ini dan bakal berlaku perulangan dengan kebangkitan peradabannya dengan kembali menubuhkan serta menguatkan ketamadunan Rom mereka dengan cara yang tersendiri,itulah Rom baru.
Kini Pihak Rom Russia telah mula menunjukkan bunga-bunga mahu mengembalikan sistem pentadbiran Rom sepenuhnya dengan mengembalikan sistem beraja dengan melantik Presiden mereka sebagai Mahajara Rom baru. Apabila Rom Russia sudah berani dan berhasrat mahu melaksanakan dasar perubahan ini iaitu kembali kepada sistem ketamadunan Rom lampau (Rom lama), maka Rom Amerika juga tidak akan ketinggalan akan membuat rombakan dan perubahan drastik terhadap kepimpinannya sama seperti Rom Russia.
Presiden akan menjadi Maharaja, itulah Maharaja Rom Amerika dan Maharaja Rom Russia. ROM BARU ini boleh diibaratkan sebagai:
"YANG MENANG MENJADI ARANG & YANG KALAH MENJADI ABU"