World Royal VIP Community

Love and Care ... The Key To Universal Of Unity . Memertabatkan Malaysia ke Pentas Dunia.

Welcome

Berita-berita Semasa

PERJUANGAN - AL HASYIMI IDENTITI TERAHSIA KEBANGKITAN ISLAM

TRANSLATE : ENGLISH TURKISH RUSSIAN

PERJUANGAN AL HASYIMI

BAB 8      Al Hasyimi dibaiat

BAB 9      Al Hasyimi dan Pasukan dari Khurasan

BAB 10     Pertempuran di Astokhor

BAB 11     Al Hasyimi dikalahkan

BAB 12     Al Hasyimi menghilangkan diri

BAB 13     Al Hasyimi di Mekah

BAB 14     Panji dari Hujung Barat

BAB 15     Jihad Al Hasyimi

BAB 16     Al Hasyimi dan Nabi Isa as




BAB 8      Al Hasyimi dibaiat

Imam Suyuti telah meriwayatkan juga dari Dhamrah bin Habib dan guru-gurunya kata mereka

 “As Sufyani menghantar tentera berkudanya sehingga sampai keseluruh Timur dari bumi Khurasan dan bumi Parsi, orang orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlaku pertempuran diantara mereka di beberapa tempat. Bilamana peperangan berpanjangan mereka berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim, mereka ketika itu di hujung Timur lalu dia membawa ahli Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari Bani Tamim yang mempunyai darah ajam yang digelar Syuaib Ibnu Soleh berkulit sawo matang dan berbadan sederhana” 

Muhammad bin Abdullah At Tiharti telah meriwayatkan kepada kami dari Muawiyah bin Soleh dari Syuraih bin Ubaid dan Rasyij bin Saad dan Dhamrah bin Habib dan guru-guru mereka, kata mereka 

“As Sufyani menghantar tenteranya keseluruh Timur di bumi Khurasan dan Parsi, orang-orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlakulah pertempuran di antara mereka di beberapa tempat, bilamana peperangan berpanjangan orang-orang Timur itu berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang datang dari hujung Timur, lalu dia membawa orang-orang Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari bani Tamim yang berdarah ajam, berkulit sawo matang, berjanggut nipis”

Hadis yang lain menyebut 

“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani mengerahkan pasukan tenteranya sampai ke kawasan timur Khurasan dan Parsi. Mereka akan dilawan oleh penduduk Timur dan ramai (tentera as-Sufyani) yang terbunuh. Kaum dari Timur itu kemudian (bergabung dan) membaiat al-Hasyimi yang mana tangan kanannya memegang bendera. Allah memudahkan urusan dan jalannya. Kemudian dia keluar bersama-sama 5,000 orang penduduk Khurasan yang di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak berjambang. 

Hadis pertama dan kedua menyatakan bahawa Al-Hasyimi itu jelas datang dari hujung timur. Ketiga-tiga hadis menyetujui bahawa bangsa Timur berbaiat kepada Al-Hasyimi setelah diserang oleh As-Sufyani. Bangsa timur bersatu dibawah pimpinan Al-Hasyimi. Jadi Al-Hasyimi bukan sebarang orang bahkan dia merupakan pemimpin. Ada hadis lain menyebutkan hal ini.

 “Sebelum Al-Mahdi, Al-Hasyimi akan menjadi penguasa” 

Al-Hasyimi akan dilantik sebagai pemimpin bangsa Timur dan dia akan memimpin pengikut Pemuda Bani Tamim yang berada di Khurasan. Pemuda Bani Tamim pula jelas dinyatakan merupakan lelaki yang berkulit sawo matang atau kuning, berjanggut nipis, tidak berjambang dan berdarah ajam (bukan arab). Ciri-ciri pemuda bani tamim ini jelas menunjukkan ciri-ciri yang terdapat kepada bangsa yang tinggal di hujung Timur iaitu bangsa Melayu. Kerana Al-Hasyimi dan Pemuda Bani Tamim bersaudara, maka masuk akal bahawa hujung Timur merupakan Nusantara dan Al-Hasyimi juga berbangsa Melayu juga. Jadi Al-Hasyimi akan diangkat sebagai penguasa Nusantara.


BAB 9      Al Hasyimi dan Pasukan dari Khurasan

Imam Suyuti telah meriwayatkan juga dari Dhamrah bin Habib dan guru-gurunya kata mereka

“As Sufyani menghantar tentera berkudanya sehingga sampai keseluruh Timur dari bumi Khurasan dan bumi Parsi, orang orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlaku pertempuran diantara mereka di beberapa tempat. Bilamana peperangan berpanjangan mereka berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim, mereka ketika itu di hujung Timur lalu dia membawa ahli Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari Bani Tamim yang mempunyai darah ajam yang digelar Syuaib Ibnu Soleh berkulit sawo matang dan berbadan sederhana, dia keluar kepada Al Hasyimi bersama 5000 orang orangnya, bilamana sampai kepada Al Hasyimi berita itu dia terus bergabung dan menjadikan Pemuda Bani Tamim pemimpinnya, kalaulah mereka menghadapi bukit-bukit yang terpasak gagah nescaya mereka akan meratakannya”

 Muhammad bin Abdullah At Tiharti telah meriwayatkan kepada kami dari Muawiyah bin Soleh dari Syuraih bin Ubaid dan Rasyij bin Saad dan Dhamrah bin Habib dan guru-guru mereka, kata mereka 

“As Sufyani menghantar tenteranya keseluruh Timur di bumi Khurasan dan Parsi, orang-orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlakulah pertempuran di antara mereka di beberapa tempat, bilamana peperangan berpanjangan orang-orang Timur itu berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang datang dari hujung Timur, lalu dia membawa orang-orang Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari bani Tamim yang berdarah ajam, berkulit sawo matang, berjanggut nipis, keluar juga bersama-samanya seramai 5000 orang” 

Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaa’far katanya 

“Akan keluar seorang pemuda dari Bani Hasyim, ditapak tangan kanannya ada tahi lalat dari Khurasan bersama-sama dengan panji panji hitam, bersamanya juga ada Syuaib bin Soleh. Dia memerangi golongan As Sufyani dan mengalahkan mereka” 

Hadis pertama dan kedua menceritakan apa yang dilakukan Al-Hasyimi setelah dilantik penguasa Timur. Setelah Al-Hasyimi menjadi penguasa, Pemuda Bani Tamim membawa 5000 pengikutnya dari Khurasan untuk bertemu dengannya namun Al-Hasyimi bertindak menjadikan Pemuda Bani Tamim sebagai pemimpinnya. Setelah itu Al-Hasyimi membantu memimpin pasukan Pemuda Bani Tamim di Khurasan menentang As-Sufyani. 

Sudah jelas, Al-Hasyimi menjadi pemimpin no 2 kepada pasukan Khurasan dan mereka menentang pasukan As-Sufyani dan mengalahkan mereka. Hebatnya pasukan Khurasan ini hingga jika gunung menghalang maka akan diratakan gunung tersebut. Ketika inilah Al-Hasyimi mula memegang panjí-panji hitam yang asalnya dipegang oleh Pemuda Bani Tamim.

BAB 10     Pertempuran di Astokhor

Al Walid bin Muslim dan Rusydain bin Saad telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahia’h dari Abi Qubail dari Abi Rauman dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA katanya

 “Apabila tentera berkuda As Sufyani telah keluar ke Kufah dan menghantar utusan kepada ahli Khurasan sedangkan utusan Khurasan keluar mencari Imam Mahdi lalu dia (utusan khurasan) dan Al Hasyimi bertemu dengan panji-panji hitam yang dipimpin oleh Syuaib bin Soleh lalu bertemu pula dengan orang orang As Sufyani di pintu Astokhor maka berlakulah pertempuran yang besar diantara mereka, panji panji hitam mendapat kemenangan dan tentera berkuda As Sufyani melarikan diri, ketika itulah semua manusia menginginkan Imam mahdi dan mencarinya” 

Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaa’far katanya 

“As Sufyani menghantar tenteranya ke segenap penjuru setelah dia menduduki Kufah dan Baghdad, maka dia mengirim sepasukan tenteranya ke negara Ma Waraunnahar (negara dibelakang sungai) terdiri dari penduduk Khurasan, kemudian ahli Masyriq (penduduk timur) menyambut mereka dengan peperangan, dan pergilah pengirim berita mereka maka apabila sampai berita itu kepada As Sufyani dia pun menghantar sepasukan tentera yang besar ke Astokhor bersama mereka (diketuai) seorang lelaki dari bani Ummayyah, maka berlakulah peperangan di Qumas, dan peperangan di Daulat Ar Rayy, dan peperangan di sempadan Zarnaj, ketika itu As Sufiani memerintahkan supaya dibunuh penduduk Kufah dan penduduk Madinah, dan ketika itu pula muncul panji-panji hitam dari Khurasan, bersama seluruh manusia itu (diketuai) seorang pemuda dari bani Hasyim, ditapak tangan kanannya terdapat tahi lalat, Allah mempermudahkan urusan dan perjalanan mereka, kemudian berlakulah peperangan di sempadan Khurasan, dan berjalanlah Al Hasyimi tadi melalui jalan Ar Rayy maka keluarlah seorang lelaki dari bani Tamim berdarah ajam yang digelar Syuaib bin Soleh ke Astokhor kepada lelaki dari bani Ummayyah, maka bertemulah dia dan Imam Mahdi dan Al Hasyimi di tengah-tengah Astokhor, lalu berlakulah di antara kedua mereka korban nyawa yang besar” 

As-Sufyani menghantar seorang utusan dari Bani Ummayyah untuk mencari Imam Mahdi di Khurasan. Al-Hasyimi dan Pemuda Bani Tamim memimpin pasukan panjí hitam yang datang dari Khurasan. Apabila tiba di Astokhor, Pemuda Bani Tamim bertemu dengan utusan As-Sufyani dan pasukan As-Sufyani yang mahu berperang dengan pasukan panjí hitam. Pemuda Bani Tamim dan Al-Hasyimi bertemu Imam Mahdi di tengah-tengah huru-hara peperangan di Astokhor. Pasukan panjí hitam memenangi peperangan dan pasukan As-Sufyani melarikan diri. Pertempuran ini mengorbankan banyak nyawa bagi kedua-dua pihak. Hadis kedua menjelaskan bahawa Imam Mahdi sudah ada sebelum kemunculannya di Mekah.


BAB 11     Al Hasyimi dikalahkan


Dari Syuraih bin Ubaid dan Rasyij bin Saad dan Dhamrah bin Habib dan guru-guru mereka, kata mereka

“As Sufyani menghantar tenteranya keseluruh Timur di bumi Khurasan dan Parsi, orang-orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlakulah pertempuran di antara mereka di beberapa temapat, bilamana peperangan berpanjangan orang-orang Timur itu berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang datang dari hujung Timur, lalu dia membawa orang-orang Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari bani Tamim yang berdarah ajam, berkulit sawo matang, berjanggut nipis, keluar juga bersama-samanya seramai 5000 orang apabila mendegar berita munculnya (Imam Mahdi) dan berbaiah kepadanya, maka dialah merupakan muqaddimah kepada Imam Mahdi, kalau dia menghadapi bukit yang teguh nescaya dapat diratakannya, maka bertemulah dia dan pasukan As Sufyani lalu dia menewaskan mereka terbunuhlah daripada mereka satu korban nyawa yang besar, kemudian berlaku pula kemenangan bagi As Sufyani, dan keluarlah Syuaib bin Soleh bersembunyi ke Baitul Maqdis menyerahkan kepada Imam Mahdi kedudukannya apabila dia mendapat tahu pemergiannya ke Syam” 

Imam Suyuti telah meriwayatkan juga dari Dhamrah bin Habib dan guru-gurunya kata mereka

 “Maka bertemulah Pemuda Bani Tamim dan tentera berkuda As Sufyani dan mendapat kemenangan keatas mereka dan membunuh ramai tentera As Sufyani, selepas itu golongan As Sufyani pula yang menang, Al Hasyimi berundur begitu juga Syuaib bin Soleh pergi ke Baitil maqdis secara diam-diam untuk menyerahkan kepimpinan kepada Imam Mahdi bilamana dia mendengar kedatangan Imam Mahdi ke Syam” 

Setelah kemenangan di Astokhor, As-sufyani tidak berpuas hati lantas dia menghantar satu pasukan lain untuk menentang pasukan panjí hitam. Pertempuran kali ini dimenangi oleh pasukan As-Sufyani. Al-Hasyimi dan Pemuda Bani Tamim berundur sebagai satu strategi peperangan. Apabila pasukan panjí hitam mendapat tahu rancangan Imam Mahdi ke Syam (Baitul Maqdis) Pemuda Bani Tamim bersembunyi di Baitul Maqdis untuk menyambut Imam Mahdi. 

Dalam hadis lain 

“Kemudian secara diam-diam At-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Dalam perjalanannya menuju ke Syam, dia menyerahkan jemaahnya kepada Al-Hasyimi. Ketika itu At-Tamimi berkata (kepada Al-Hasyimi), “Wahai anak bapa saudaraku, al-Mahdi akan berada di Makkah setelah kota Madinah runtuh.” Kemudian jika Al-Mahdi muncul, maka Al-Hasyimi juga muncul” 

Pasukan panjí hitam berpecah. Pemuda Bani Tamim berada di Baitul Maqdis manakala pasukan panjí hitam berada di Mekah menyambut Imam Mahdi di bawah pimpinan Al-Hasyimi.


BAB 12 Al Hasyimi menghilangkan diri

Atsar menyatakan

“Sebelum al-Mahdi (muncul), al-Hasyimi keluar untuk berperang selama 18 bulan. Dia akan menuju Baitulmaqdis tetapi tidak sampai ke sana. Serentak dengan itu, as-Sufyani mengirimkan pasukan tenteranya untuk menyerang al-Mahdi tetapi mereka ditelan oleh bumi di al-Baidak.”

Kata Al Walid

“Telah sampai kepada aku bahawa Al Hasyimi adalah saudara sebapa dengan Imam Mahdi, kata sebahagian ulamak, dia anak saudara Imam Mahdi dan kata sebahagian yang lain, dia tidak mati tetapi berundur ke Mekah setelah kekalahan itu, bila muncul Imam Mahdi dia keluar semula”

Dalam hadis lain

“Kemudian dia (al-hasyimi) keluar bersama-sama 5,000 orang penduduk Khurasan yang di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak berjambang. Seandainya mereka ini menghadapi gunung, nescaya dihancurkannya. Mereka lantas berhadapan dengan pasukan as-Sufyani, terus menggempur mereka dan (berjaya) membunuh mereka dalam jumlah yang besar. Akhirnya pasukan as-Sufyani melarikan diri dan al-Hasyimi pula menghilangkan diri”

Dalam sebuah hadis disebut

“Kemudian secara diam-diam At-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Dalam perjalanannya menuju ke Syam, dia menyerahkan jemaahnya kepada Al-Hasyimi. Ketika itu At-Tamimi berkata (kepada Al-Hasyimi), “Wahai anak bapa saudaraku, al-Mahdi akan berada di Makkah setelah kota Madinah runtuh.” Kemudian jika Al-Mahdi muncul, maka Al-Hasyimi juga muncul”

Setelah Al-Hasyimi menang di Astokhor, Al-Hasyimi mengalami kekalahan terhadap pasukan As-Sufyani ketika pasukan panjí hitam menghampiri Baitul Maqdis. Al-Hasyimi dikatakan terbunuh namun sebenarnya dia telah berpakat dengan Pemuda Bani Tamim dimana Pemuda Bani Tamim terus bergerak ke Baitul Maqdis manakala Al-Hasyimi menghilangkan diri membawa pasukan panjí hitam mendapatkan Imam Mahdi di Mekah. Setelah Imam Mahdi muncul barulah Al-Hasyimi muncul semula. Iaitu sesudah peristiwa ditelannya pasukan di Al-Baida’ yang mahu menyerang Mekah.


BAB 13     Al Hasyimi di Mekah

Sebuah hadis menyatakan

“Al-Mahdi akan muncul dari Makkah pada waktu Isyak dengan membawa Panji-panji Rasulullah SAW. Baju besi dan pedangnya mempunyai tanda-tanda khusus, berkilauan dan bercahaya. Jika mengerjakan sembahyang Isyak, dia lantas berkhutbah dengan khutbah yang panjang, mengajak manusia seluruhnya taat kepada Allah dan rasul-Nya. Bumi Hijaz akan diserahkan kepadanya, Pemuda Bani Hasyim yang berada di laut mendarat, Panji-panji Hitam dikirimkan kepadanya dari Kufah dan askar-askarnya akan bertebaran ke seluruh penjuru alam”

 Dalam hadis yang lain 

“Penguasa Madinah mengirimkan tentera kepada Al-Hasyimi di Makkah. Tentera ini kemudian mengusir penduduk Makkah. Peristiwa ini didengar oleh khalifah di Syam, iaitu As-Sufyani daripada keturunan Abu Sufian bin Harb. Seterusnya As-Sufyani mengirimkan pasukan ke Makkah. Dalam perjalanan itu, mereka singgah di Al-Baidak yang pada waktu itu kebetulan bulan penuh. Kemudian ada seorang penyeru yang memerhatikan (ketibaan) pasukan itu berkata, “Aduh, celakalah kamu semua penduduk Makkah kerana kedatangan pasukan ini.” Dia terus pergi dan datang lagi ke tempat itu. Tetapi dia tidak nampak lagi pasukan tadi. Dia lantas bertasbih, “Subhanallah, mereka telah berangkat sebentar tadi.” Lalu dia meneruskan perjalanannya. Di sana dia menemui pasukan tadi dalam keadaan tertimbus separuh badan. Dia bercadang mahu membantu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya dia meklum bahawa pasukan tadi telah ditelan oleh bumi. Dia bergegas masuk ke Makkah untuk menyampaikan berita tersebut. Mendengar berita ini, penduduk Makkah mengucapkan alhamdulillah, kemudian berkata, “Inilah tanda yang kita tunggu-tunggu.” Lantas mereka pergi menuju ke Syam.” 

sebuah hadis yang lain berbunyi

 “Imam Mahdi mula muncul di khalayak ramai pada waktu Isyak sementara Al-Hasyimi tiba di daratan setelah beberapa lama berada di laut. Al-Hasyimi menyerahkan panjí-panji hitam yang dikirim oleh pemuda Bani Tamim di kufah kepada Imam Mahdi. Penguasa madinah menghantar pasukan tentera untuk mengusir penduduk Mekah. Apabila peristiwa ini diketahui As-sufyani, dia mengirim tentera ke Mekah untuk memusnahkan Mekah namun tentera ini ditelah di Al-Baida’. Imam Mahdi dan Al-Hasyimi menyertai Pemuda Bani Tamim di Baitul Maqdis.” 

Imam mahdi muncul pada waktu Isyak, serentak dengan itu Al-Hasyimi tiba dari laut untuk menyerahkan panjí-panji hitam yang dikirim pemuda bani tamim sebelum itu. Gabenor Madinah menghantar pasukan tentera ke Mekah untuk mengusir penduduknya. Apabila As-Sufyani mengetahui hal ini maka dia mengirimkan bala tenteranya untuk memusnahkan Mekah secara keseluruhannya namun tentera mereka ditelan di Al-Baidak (Padang) dekat zulhulaifah. Penduduk mekah memahami tanda ini lantas mengejar Imam Mahdi ke Baitul Maqdis kerana Imam Mahdi dan Al-Hasyimi berangkat untuk menyertai Pemuda Bani Tamim yang siap menunggu mereka.


BAB 14     Panji dari Hujung Barat

Dalam kitab Tadzkirah tulisan Imam Al Qurthubi Rh meriwayatkan

“Telah diriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Masud dan para sahabat lainnya bahawa Al Mahdi akan muncul di akhir zaman dari 'hujung barat' . Tentera bantuan berarak dengan jarak 40 batu di hadapan. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning. Terdapat nombor-nombor dan tertera nama Allah padanya” 

Dalam Mukhtasar Ad Tadzkirah Al Qurthubi As Sya'rani meriwayatkan 

“Di akhir zaman seseorang yang dikenali sebagai Al Mahdi akan muncul dari negeri 'hujung barat. Bantuan berada 40 batu di hadapannya. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning dan tertera nama Allah yang agung. Tiada siapa pun dibawah panji ini yang akan dikalahkan” 

Imam Mahdi as mempunyai dua divisyen tentera dilambangkan oleh panji-panjinya yakni panji hitam dari timur dan panji putih-kuning dari barat. Pasukan panji hitam dipimpin oleh Al Hasyimi dan Putera Bani Tamim. 

Pasukan panji dari hujung barat ini merupakan pasukan bantuan yang akan membantu pasukan Panji Hitam. Ramainya pasukan ini dikatakan membentuk benteng sejauh 40 batu. Pasukan dari barat ini akan bersatu dengan pasukan panji hitam dari timur yang mahsyur itu. Panji-panjinya dikatakan terdapat nombor dan nama Allah swt. Tidak dipastikan siapakah yang memimpin pasukan bantuan ini. Boleh jadi yang memimpin pasukan ini juga merupakan orang yang mendapat gelaran Al-Mahdi. Ini bermaksud pemimpinnya dipandu secara Roh oleh Rasulullah saw yang berpenaran membantu pasukan Panji Hitam. 

Hujung Barat yang dimaksudkan ini merupakan negeri-negeri Amerika Selatan yang akhir-akhir ini berlumba-lumba untuk mendalami Islam. Tidak seperti Amerika Syarikat yang sangat memusuhi Islam, pandangan bangsa Amerika Latin ini condong kepada menyokong Islam. Mereka sangat menyokong perjuangan mujahidin di Palestin berbanding bangsa-bangsa lain. 

Bangsa Latin ini yang dipanggil bani asfar dalam hadis-hadis dimana 70 000 daripada mereka akan membantu Imam Mahdi mengepung Konstantinople.


BAB 15     Jihad Al Hasyimi

Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan

“Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kalian perangi) Persia sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Ruum sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” 

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, at-Tarmizi dan Abu Daud 

“Seandainya umur dunia ini cuma tinggal sehari sahaja lagi, nescaya Allah akan memanjangkan hari itu, sehingga (Allah) mengangkat seorang amir daripada keturunanku, yang mana perang besar (Al-Malhamatul ‘Uzma) akan terjadi dalam masa pemerintahannya. Dan Islamlah yang akan menang. Sesungguhnya Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya dan amat cepat (pula) hisabnya.” 

Setelah kemunculan Imam Mahdi, Al Hasyimi turut serta dalam empat peperangan yang besar. Peperangan pertama ialah peperangan menentang Arab Saudi. Arab Saudi merupakan pusat bidaah terbesar di akhir zaman kerana di situ berkuasanya Mazhab Wahabi yang merupakan penjemaan semula Khawarij. Wahabi merupakan musuh Islam kerana mereka cuba menghilangkan syiar-syiar Islam menggantikannya dengan syiar-syiar baru yang bidaah. 

Perang kedua ialah peperangan menentang Iran. Iran merupakan pusat kepada Syiah yang sesat. Syiah muncul di zaman Sayyidina Ali kwj serentak dengan Khawarij. Syiah mengagung-agungkan Sayyidina Ali kwj dan ahlulbait hingga ada yang menganggap Sayyidina Ali setaraf tuhan. Syiah mencela para sahabat yang lain dan menganggap mereka ini kafir. Syiah merupakan fitnah terhadap Sayyidina Ali kwj dan ahlulbait kerana Sayyidina Ali kwj dan ahlulbait tidak pernah menganut Syiah. 

Peperangan ketiga menentang Vatican yang merupakan pusat bagi agama Kristian. Vatican adalah pusat kejahatan dimana musuh-musuh Allah merancang rancangan maha hebat untuk menghapuskan ajaran Nabi Muhammad saw dan Islam. Vatican telah menipu jutaan manusia yang menganut Kristian yang mempercayai Nabi Isa as adalah tuhan. Vatican menyimpan seribu satu rahsia yang belum dibongkar. Peperangan ini merupakan peperangan terbesar dalam sejarah manusia yang disebut Malhamah Uzma atau Malhamah Kubra dan penganut Kristian mengenalinya sebagai Armageddon. 

Peperangan terakhir ialah peperangan menentang Dajjal laknatullah dan bangsa Yahudi seluruhnya di bumi Palestin. Dajjal laknatullah muncul dengan membawaa fitnah terbesar dalam sejarah manusia. Manusia mengalami ujian keimanan yang hebat dimana majoriti manusia akan kafir menjadi pengikut dajjal laknatullah. Orang-orang beriman pula menghadapi kesulitan yang paling berat sekali. Bangsa Yahudi ketika itu menjadi bangsa yang hebat kerana kehebatan Dajjal penyelamat yang ditunggu-tunggu mereka. Peperangan ini akan menghapuskan Yahudi secara mutlak di muka bumi ini.


BAB 16     Al Hasyimi dan Nabi Isa as

Sebuah atsar menyebut

“Al-Hasyimi akan menyerahkan kekhalifahan (selepas kematian Imam Mahdi) kepada Isa bin Maryam AS.” 

Sebenarnya tiada dalil yang jelas tentang kehidupan Al-Hasyimi sesudah pembaiatan Imam Mahdi, tidak disebutkan tentang peranan Al-Hasyimi dalam Malhamah Uzma (Armageddon). Tiada dalil menceritakan apa yang Al-Hasyimi lakukan semasa Dajjal muncul. Namun dalil di atas mungkin mengkhabarkan apa yang Al-Hasyimi lakukan sesudah dia dan pemuda bani tamim berusaha keras memperjuangkan kebenaran. 

Atsar tersebut menceritakan bahawa sesudah kewafatan Imam Mahdi, Al-Hasyimi menyerahkan kekhalifahan milik saudaranya Imam Mahdi kepada Nabi Isa as. Ini bermakna Al-Hasyimi tetap diberi amanah penjagaan untuk melantik kekhalifahan sesudah saudaranya. Atsar di atas menjadi dalil bahawa Al-Hasyimi menyertai perang malhamah uzma dan perang dengan Dajjal kerana Al-Hasyimi mengenali Nabi Isa as. 

Ada yang menyatakan bahawa Al-Hasyimi ini mungkin Al-Hasyimi yang lain. Pendapat ini mungkin tidak salah kerana tiada dalil menceritakan akan apa yang berlaku kepada Al-Hasyimi setelah Imam Mahdi berkuasa. Saya lebih cenderung untuk menyetujui pendapat pertama iaitu Al-Hasyimi yang dimaksudkan adalah Al-Hasyimi yang memegang panjí-panji hitam kerana ada dalil menyatakan bahawa beliau akan disangka mati namun sebenarnya tidak mati. Jadi Al-Hasyimi yang menyerahkan kuasa kepada Imam Mahdi adalah Al-Hasyimi yang sama menyerahkan kuasa kepada Nabi Isa as.


PENUTUP


Al-Hasyimi merupakan lelaki yang berketurunan bani hasyim, merupakan ahlul bait, merupakan sebahagian dari keluarga Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. Beliau mempunyai ciri-ciri khas iaitu tahi lalat di bahu kiri dan tapak tanganya. Berasal dari satu tempat di hujung timur dan dilantik menjadi penguasa di timur untuk menentang as-sufyani.

Al-Hasyimi akan bergabung dengan pemuda bani tamim yang berada di khurasan dan diamanahkan memegang panjí-panji hitam. Al-Hasyimi dan Pemuda Bani Tamim memimpin pasukan panjí-panji hitam menentang pasukan as-sufyani dan mengalahkan mereka di astokhor. Al-Hasyimi menuju ke baitul maqdis namun pasukannya dikalahkan oleh pasukan As-Sufyani. Al-Hasyimi disangka mati namun sebenarnya dia berundur ke Mekah untuk menyambut kedatangan Imam Mahdi dan menyerahkan panji-panji hitam.

Pasukan As-sufyani cuba menyerang Al-Hasyimi dan Imam Mahdi namun pasukan tersebut ditelan di Al-Baidak. Al-Hasyimi dan Imam Mahdi berangkat ke baitul maqdis untuk bergabung dengan pemuda bani tamim yang siap menunggu di sana. Mereka berjaya mengalahkan As-sufyani dan membunuhnya. Pasukan Al Hasyimi akan mendapat bantuan dari negara-negara hujung barat dan Al Hasyimi akan menyertai empat peperangan utama termasuklah peperangan menentang Jazirah Arab dan peperangan menentang Parsi yakni Iran pada hari ini.

Al-Hasyimi menyertai perang malhamah uzma (Armageddon) dan juga menyertai peperangan dengan Dajjal. Setelah Imam Mahdi wafat, Al-Hasyimi mengangkat Nabi Isa as sebagai khalifah baru. Al-Hasyimi mungkin wafat kerana sakit tua dan di sembahyangkan oleh seluruh umat islam sepertimana saudaranya Imam Mahdi.

Al-Hasyimi merupakan tokoh tersembunyi yang menjadi kunci utama kegemilangan umat Islam setelah Imam Mahdi dan juga Pemuda Bani Tamim. Al-Hasyimi adalah pemegang kunci kemenangan dan identitinya masih kekal rahsia sehingga tiba jadual Allah swt. Begitulah sedikit sebanyak tentang Al-Hasyimi dan segala yang baik adalah dari Allah dan segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri.

 Sekian

Powered by Blogger.

Blog Archive

Contact

we would really love to hear from you

Contactinfo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt.

quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum